CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generasi2

Kawen kontrak..

[Copy link]
Post time 20-10-2008 03:23 PM | Show all posts
mcm drama korea lak... hehehe tp ada ke?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 08:42 AM | Show all posts
Perkahwinan muta'ah haram, tidak diiktiraf di Malaysia - Hakim
Oleh NOR ZAINAH NORDIN

PUTRAJAYA 14 April -Mahkamah Rayuan hari ini berpendapat ia perlu bertanggungjawab untuk memperbetulkan salah anggapan bahawa rakyat Malaysia beragama Islam boleh melangsungkan perkahwinan muta'ah di luar negara dan diiktiraf di sisi undang-undang Islam.

Hakim Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, hanya golongan Syiah Asna-Ashari masih mengakui kahwin muta'ah sebagai satu amalan sah sedangkan kalangan Syiah lain termasuk aliran Ismaili tidak mengiktiraf perkahwinan jenis itu.

Katanya, negara Malaysia mengamalkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpandangan bahawa nikah muta'ah tidak sah dan haram serta tidak boleh diamalkan.

``Tidak lama dulu, terdapat laporan yang menyatakan pelajar kita di Iran dan Asia Barat mengamalkan nikah kontrak - satu nama lain bagi kahwin muta'ah.

``Dengan ini, biarlah diketahui umum bahawa pernikahan jenis itu adalah haram dan tidak diterima di negara ini. Ia tidak sah dan tidak diiktiraf,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulis bagi permohonan kebenaran merayu seorang guru agama, Ishak Shaari terhadap sabitan dan hukuman penjara dua tahun kerana mencabul pelajarnya sendiri yang berusia 14 tahun.

Hakim Mohd. Noor berkata, dalam kes itu, perbuatan Ishak menikahkan dirinya dengan mangsa seolah-olah meniru pernikahan yang diamalkan oleh rakyat Negeri Sabaa' dan pengikut fahaman Zoroaster pada zaman dahulu.

Penghakiman bertulis itu diperoleh hari ini walaupun Mahkamah Rayuan telah menyampaikan keputusan pada 18 Januari lalu yang menolak permohonan Ishak dan mengembalikan hukuman asal penjara empat tahun dan sebatan dua kali yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka.

Hakim Datuk Gopal Sri Ram yang bersidang bersama Hakim Datuk Azmel Ma'amor dan Hakim Mohd. Noor menggunakan kuasa sampingan di bawah Peraturan 76 Peraturan-Peraturan Mahkamah Rayuan 1994 dalam membuat keputusan itu.

Peguam pemohon, Datuk Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa tindakan Mahkamah Rayuan sebagai tidak sah dan telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk menyemak tindakan tersebut. Ia akan didengar pada 22 Mei ini.

Dalam penghakiman bertulis Hakim Sri Ram yang juga diperoleh hari ini, beliau berkata, sekalipun mereka terkhilaf menterjemah peraturan itu, mereka masih boleh bergantung kepada bidang kuasa semulajadi dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret.

Katanya, berdasarkan keputusan dua mahkamah terdahulu, Ishak telah menjemput mangsa ke rumah, melaksanakan upacara pernikahan antara dirinya dengan pelajar tersebut dan mencabul mangsa.

``Ini menunjukkan satu kes di mana tertuduh menggunakan kedudukan sebagai guru agama untuk memuaskan nafsu syahwatnya. Ini adalah kesalahan serius dan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila mengurangkan hukuman,'' katanya.

Pada 28 Januari 2004, Majistret Nor Hasmiza Othman menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sebat dua kali ke atas Ishak, 42, setelah didapati bersalah mencabul kehormatan pelajar tingkatan dua, 12 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Abu Samah Nordin mengurangkan hukuman itu kepada hanya penjara dua tahun walaupun beliau menolak rayuan Ishak berhubung sabitan.

Pada 14 November tahun lalu, Ishak berjaya mendapat penangguhan hukuman tetapi perintah itu ditarik balik pada 4 Januari lalu. Dia mula menjalani hukuman penjara dari tarikh tersebut.


aku amik kat bod muslimin & muslimat. tuk makluman semua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.067544 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list