|
Salam
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab :
" The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
- Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulusebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
- Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi merekabekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Faedah Ibadah Tengah Malam / Awal Pagi dari Sudut Kesihatan
Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur? Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari sudut kesihatan, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini. Dlm ertikata lain, di waktu dinihari itu, udara sungguh nyaman. Fresh gitu!
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Iktikaf:
Ketika Nabi Ibrahim as berjaya menunaikan beberapa perintah Allah, termasuk di antaranya membangun Baitullah - (Kaabah) bersama anaknya Ismail - Tuhan lalu memerintahkan kepada keduanya agar tetap menyucikan rumah Allah tersebut bagi melaksanakan tiga kegiatan ibadah.
Dan (ingatlah) ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam (tempat berdiri) Ibrahim sebagai tempat solat. Dan kami tlh membuat janji dengan Ibrahim dan Ismail agar menyucikan rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk, dan yang sujud. (al-Baqarah [2]: 125).
Ayat ini jelas menyebut bahawa salah satu fungsi tempat ibadah ialah iktikaf.
Membicarakan persoalan iktikaf ini, banyak hadis Nabi dapat kita temui dalam kitab Bukhari-Muslim yang diriwayatkan dari Ibnu Umar, Anas, dan Aisyah seperti berikut ini:
1. Bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. melakukan iktikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sejak tiba di Madinah sampai Baginda wafat. (H.R. Bukhari-Muslim).
2.Diriwayatkan oleh AlBukhari,Abu Daud dan Ibn Majah bahawa Sahabat dan Isteri-isteri Rasulullah pernah ber'iktikaf bersama-sama dengannya dan selepas kewafatannya.
3. Dari Aisyah r.a. ia berkata: rasulullah SAW melakukan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sampai saat ia dipanggil Allah Azza wa Jalla (Hr Bukhari dan Muslim).
4. Dan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Rasulullah SAW melakukan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan (HR Bukhari dan Muslim).
5. Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa: Adalah Rasulullah SAw, apabila masuk sepuluh hari, ialah sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, beliau menjauhi istrinya, dan menghidupkan malamnya, dan membangunkan ahli rumahnya (HR Bukhari dan Muslim).
6. Dari Aisyah pula, ia berkata; "Adalah Nabi SAW apabila beliau hendak ber-i'tikaf, beliau shalat subuh lalu masuk ke tempat i'tikafnya (Hr Bukhari dan Muslim).
Hukum/Pensyaria'atannya:
Ulama' berijma' bahawa 'Iktifaf adalah sesuatu yang disyariatkan. Rasulullah s.a.w pernah ber'itikaf setiap Ramadhan sebanyak sepuluh hari dan pada tahun kewafatan Rasulullah,selama 20 hari. Diriwayatkan oleh AlBukhari,Abu Daud dan Ibn Majah bahawa Sahabat dan Isteri-isteri Rasulullah pernah ber'iktikaf bersama-sama dengannya dan selepas kewafatannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat Beriktikaf
Iktikaf boleh dilakukan di mana saja. (Sebelum diangkat jadi rasul, Nabi Muhammad melakukannya di Gua Hira). Tetapi berdasarkan sunah yang ditunjukkan Nabi sepanjang hidupnya di Madinah, Baginda terus melakukannya di masjid.
Nabi saw menganjurkan mengamalkan iktikaf di masjid dalam rangka perenungan dan penyucian jiwa. Masjid adalah tempat suci. Segala aktiviti kebajikan bermula di masjid. Di masjid pula seseorang diharapkan merenung tentang diri dan masyarakatnya, serta dapat menghindar dari hiruk-pikuk yang menyesakkan jiwa dan fikiran bagi memperoleh tambahan pengetahuan dan pengkayaan iman.
Penekanan masjid sebagai tempat iktikaf menjadi sangat penting mengingatkan tempat tinggal Nabi sesungguhnya bersambung dengan masjid. Ertinya, seandainya masjid tidak begitu penting dalam hal tempat, maka Nabi boleh saja memperbanyak (melakukan dengan tekun) ibadah di masjid tapi kemudian istirahat dan tidur di rumahnya. Tapi nyatanya Nabi tidak melakukan itu. Itu tanda bahawa masjid adalah satu-satunya tempat yang boleh digunakan untuk iktikaf. Tentu saja selama masjid tersebut memiliki kemudahan yang memungkinkan orang untuk tinggal beberapa hari di sana; misalnya tandas, bilik mandi, bilik persalinan menukar pakaian dan sebagainya.
Ingatlah iktikaf bukannya wahana untuk berdiskusi, apa lagi untuk berbual kosong. Juga bukan tempat istirahat atau tidur. Tidur dilakukan untuk sekadar menjaga keadaan tubuh agar tetap sihat. Iktikaf adalah wahana untuk bersungguh-sungguh dalam berfastaniqul khairat (berlumba-lumba) dalam memperbanyak ibadah.
Iktikaf di Surau:
Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan MasjidAl-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-manamasjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, iniadalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya.Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.
Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikansolat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin.Wallahu 'alam.
Ber抜tikaf dalam sebuah bilik penjuru masjid
Jika terdapat bilik-bilik yang bersambung dengan ruang masjid dan sebagainya, ia boleh dijadikan sebahagian tempat untuk ber抜tikaf lebih-lebih lagi buat muslimat. (Fatawa al-Lajnah ad-Da~imah 411/10).
Jenis 'Iktikaf
Terbahagi kepada dua:
Sunat
Adapun yang sunatnya apa yang dibuat atas kerelaan sendiri seorang Muslim sebagai mendekatkan diri kepada Allah,mengharap ganjaran daripadaNya dan dengan mengikut sunnah RasulNya s.a.w dan ditekankan 'iktikaf ini pada sepuluh terakhir Ramadhan
Wajib
Adapun yang wajib adalah apa yang seseorang itu mewajibkan ke atas diri sendiri e.g nazar
Umar ra pernah berkata kepada Nabi saw, 揥ahai Rasulullah, sesungguhnya aku pada masa jahiliyah dulu pernah bernadzar untuk melakukan iktikaf satu malam di Masjidil Haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Fadhilat Iktikaf:
Tidak diriwayatkan apapun mengenai kelebihan ber'iktikaf walaupun satu hadith sahih. Kata Abu Daud:Aku bertanya Ahmad(ibn Hanbal) rahimahullah: Kau tahu sesuatu tentang kelebihan 'Iktikaf (daripada apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w-pen)?Katanya:Tidak kecuali yang dhaif sahaja.
Walau bagaimanapun, terdpt beberapa hadis hasan yg menggambarkan faedah/fadhilat iktikaf:
1. Dari Aisyah r.a., dari Nabi SAW, bahwa beliau bersabda: "Barangsiapa ber-i'tikaf karena iman dan ikhlas, maka diampunilah dosanya yang telah lewat."
2. Dan Ibnu Abbas sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Orang yang iktikaf itu mencegah pada beberapa dosa dan dijalankan baginya kebaikan sebagaimana dia beramal pada semua kebaikan. (HR. Ibnu Majah)
3. Dari Husain bin Ali RA Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang iktikaf sepuluh hari didalam bulan Ramadan seperti 2 kali haji dan 2 kali umrah. (HR. Albaihaki)
4. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: 揃arang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai. |
|
|
|
|
|
|
|
Iktikafnya Seorang Wanita
a. Seorang wanita boleh mengunjungi suaminya yang sedang beriktikaf.
b. Wanita pun boleh beriktikaf bersama suaminya atau beriktikaf sendirian. Hal itu sesuai dengan ucapan Aisyah, 揘abi shallallahu 慳laihi wasallam biasa beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan sampai akhir hayatnya. Sepeninggal Baginda saw, istri-istrinya pun beriktikaf.擺/color]
Syaikh Al-Albani berkata, 揇i dalam hadis tersebut terkandung dalil yang menunjukkan dibolehkannya wanita beriktikaf. Tidak diragukan lagi kebolehannya itu dengan syarat ada izin dari walinya untuk melakukan iktikaf. Selain itu, jika keadaannya aman dari fitnah serta tidak berduaan dengan laki-laki, karena adanya banyak dalil mengenai hal tersebut dan kaidah fiqhiyyah yang berbunyi, 搈enghindari kerusakan harus lebih didahulukan daripada mengambil kemaslahatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dr Ustaz Zaharuddin (Zaharuddin.net)
Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?
Jawapannya:
Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagimana lelaki di masjid. bgmnpun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertoib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.
Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut " dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )
Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.
Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)
Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boeh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.
Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai
yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.
Sekian,
ust zaharuddin abd rahman |
|
|
|
|
|
|
|
Rukun 'Iktikaf
Rukun artinya dasar-dasar utama atau bahagian-bahagian pokok yang mutlak harus diyakini dan dikerjakan, seperti rukun iman, rukun islam, rukun shalat, dan sebagainya.
Adapun yang termasuk rukun i'tikaf itu ada tiga:
1)Niat
Niat ialah tergeraknya hati untuk melakukan sesuatu(Qasdu asSyai) .Tiada satu dalil pun akan pensyariaatan talaffuz niyyah(melafazkan niat) daripada Rasulullah s.a.w dan sesunggguh sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Rasulullah s.a.w dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang diadakan-adakan. Wallahualam
2. Mu'takif atau orang yang akan beri'tikaf; karena i'tikaf itu pekerjaan, mau tidak mau harus ada pelakunya.
3. Tempat beri'tikaf, yaitu tempat yang diambil mu'takif untuk tinggal selama dalam i'tikafnya. Secara umumnya masjid. Tidak sah kalau iktikaf di rumah. Sayyidina Ali r.a. pernah mengatakan : "Tidak sah i'tikaf selain dalam masjid yang digunakan untuk berjamaah". Karena dalam masjid yang biasa digunakan untuk berjamaah itulah biasanya kita senantiasa siap sepenuhnya untuk melakukan shalat apa saja sebaik-baiknya, termasuk apabila sewaktu-waktu shalat berjamaah dilaksanakan.
Pendapat Fuqaha Tentang Masjid Yang Dibolehkan 'Iktikaf:
Ulama berbeza pendapat tentang masjid yang sah iktikaf di dalamnya. Abu Hanifah,Ahmad Ibn Hanbal, Ishaq, Abu Thaur berpendapat sah iktikaf di mana-mana masjid yang dikerjakan di dalamnya solat 5 waktu dan didirikan jamaah di situ, berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w: "Setiap masjid yang mempunyai muazzin dan imam maka bolehlah beriktikaf di dalamnya" tetapi hadis ini adalah hadis mursal dan tidak boleh digunakan sebagai hujah.
Imam Malik, AsSyafiee dan Daud(AzZahiri) berpendapat boleh di semua masjid kerana tidak diriwayatkan sesuatupun tentang pengkhususan masjid tertentu untuk didirikan 'iktikaf. Berpendapat asSyafiyyah(ulama' mazhab Syafiee): Yang lebih afdhal ialah iktikaf di masjid jami'
Pendapat Jumhur ulamak mengenai tempat iktikaf kaum wanita:
Bagi golongan perempuan tidak sah bagi mereka untuk beriktikaf di masjid di rumah mereka kerana masjid di rumah tidak dapat dikatakan masjid dalam erti kata sebenar dan juga kerana isteri-isteri Rasulullah s.a.w beriktikaf di masjid Nabawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg dilakukan semasa iktikaf:
Membuat apa2 shj amalan2 wajib dan amalan2 sunat spt solat sunat, tilawah al Quran, bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir , berisytihgfar, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, berdoa dan juga termasuklah pembelajaran ilmu dan membaca kitab-kitab Fiqah, agama, tafsir, hadis, sirah Nabi2 dan solihin.
Do(s) and Don抰(s) semasa Beriktikaf:
Do (s):
1. Keluar dari masjid untuk mengiring keluarga spt isteri pulang sebagaiman diriwayatkan oleh alBukhari,Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah keluar dari masjid untuk mengiring Safiyyah pulang
2. Menyisir rambut,mencukur kepala,memotong kuku,membersihkan badan,memakai sebaik-baik pakaian,memakai wangian sebagaimana diriwayatkan oleh AlBukhari,Muslim dan Abu Daud daripada Aisyah
3. Keluar kerana urusan yang tidak dapat dielakkan sebagaimana diriwayatkan oleh alBukhari,Muslim dan lain-lain daripada Aisyah rha. Orang yang beriktikaf diperbolehkan keluar masjid untuk kepentingannya. Aisyah rha menuturkan, 揜asulullah shallallahu 慳laihi wasallam terkadang memasukkan kepalanya ke kamarku, sedangkan beliau saat itu dalam keadaan (beriktikaf) di dalam masjid, sementara aku berada di dalam kamarku lalu aku pun menyisirnya. (Dalam sebuah riwayat disebutkan, 揕alu aku membersihkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Don't(s) : Amalan2 yg Dibenci dilakukan tp tidaklah sehingga membatalkan iktikaf:
(1) Makruh hukumnya menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berguna sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Di antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna" (HR Tarmidzi dan Ibnu Majah)
(2) Juga adalah dilarang membisu tidak bercakap-cakap kerana menyangka bahawa itu di antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melarang Abu Israil berbuat demikian.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan (LailatAl Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan . Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit Fajar ".(SurahAl Qadr/97: 1-5)
Qada' Iktikaf
Sesiapa yang sudah memulai iktikaf yang sunat kemudian dia membatalkannya sebelum habis,disukai ke atasnya untuk menqada'nya dan ada yang berpendapat wajib. Imam Malik berpendapat wajib berdasarkan riwayat yang mengatakan Rasulullah s.aw pernah keluar dari iktikafnya dan menggantikannya dalam bulan Syawal.Berkata asSyafiee: Jika ia bukan adalah iktikaf wajib.....,maka tiada ke atasnya qada' kecuali dia mewajibkan ke atas dirinya atas pilihan dirinya sendiri. Berkata asSyafiee lagi: Dan setiap amalan apabila kamu mula melakukan, makan tidak boleh keluar daripadanya, dan jika kamu mula melakukannya dan kemudian kamu meninggalkan maka tiada ke atas kamu qada kecuali bagi Haji dan Umrah
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa Jumlah Bilangan Hari Iktikaf?
Tidak dapat dinafikan bahawa I'tikaf selama 10 hari 10 malam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. adalah cara I'tikaf yang terbaik, paling lengkap dan paling sempurna. Namun demikian, jika kita tidak atau belum mampu berbuat demikian maka kita dibolehkan melakukan I'tikaf sekadar termampu. Ketahuilah! Terdapat beberapa prinsip di dalam Islam, iaitu antaranya: "Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sesuai dengan kemampuan ". (AI-Taghabun / 64: 16); " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Al-Baqarah / 2: 286); "Dan terhadap apa yang aku suruh, maka lakukanlah dia sesuai dengan kemampuanmu". (HR. Bukhari dan Muslim); "Jika kamu tidak mampu melakukan suruhan seluruhnya maka janganlah pula ia ditinggalkan seluruhnya". (Kaedah Ilmu Ushul)
Sunnah I'tikaf adalah di antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. yang kurang diamalkan pada akhir zaman. Diharapkan semoga dengan menghidupkan kembali sunnah I'tikaf ini, kita akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T. Sunnah I'tikaf tidak semestinya dilakukan secara penuh selama 10 hari berturut-turut pada 10 Ramadhan yang terakhir. I'tikaf boleh dilakukan sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Ibnu HajarAl 'Asqalany di dalam kitabnya Fath Al Baary (Syarh Sahih Bukhari) berkata: Juga dibolehkan menjalankan ibadat "I 'tikaf Sunat" secara tidak penuh atau tidak muaalat (berurutan) seperti I'tikaf hanya sehari atau dua hari atau selang sehari atau hanya pada waktu malam sahaja atau hanya siang sahaja dan sebagainya. Siapa yang ingin I'tikaf malam sahaja, hendaklah ia memasuki tempat I'tikafnya menjelang terbenam matahari (sebelum solat Maghrib) dan keluar setelah terbit fajar (setelah solat Subuh). Siapa yang ingin I'tikaf siang sahaja hendaklah ia memasuki tempat I'tikaf ketika terbit fajar (sebelum solat Subuh) dan keluar setelah terbenam matahari (setelah solat Maghrib). Siapa yang ingin I'tikaf siang dan malam, hendaklah ia memasuki tempat I'tikafnya sebelum terbenam matahari (sebelum maghrib) dan keluar setelah terbenam matahari (sesudah maghrib) pada keesokan harinya.
Berdasarkan kaedah dan perinsip dalam beramal serta penjelasan dari Ibnu HajarAI-'Asqalany di atas jelaslah bahawa kita dibolehkan untuk melakukan I'tikaf berdasarkan kemampuan masing-masing.
10 mlm terakhir sudah bermula. Ayuhai Rijal! Beriktikaflah kamu. Sempurnakan Ramadhan dgn Iktikaf. Semuga bertemu Lailatul Qadar!!!
ps: Lepas belajar2 iktikaf, belajar2 keluar 3 hari. Ahakzzz! |
|
|
|
|
|
|
|
| Datuk Syaikh Ismail Muhammad.
|
[table=98%][tr][td][table][tr][td=2,1] Iktikaf dekatkan diri pada Allah
WAWANCARA DENGAN
Datuk Syaikh Ismail Muhammad.
--------------------------------------------------------------------------------
Hari ini adalah hari ke-20 umat Islam di Malaysia berpuasa Ramadan.Ini bermakna, kita telah memasuki fasa ketiga Ramadan iaitu berada pada10 malam terakhir yang terkandung di dalamnya lailatul qadar.
Pada suku terakhir Ramadan, umat Islam digalakkan meningkatkanibadat sunat. Antara yang paling utama ialah beriktikaf untuk beribadatpada sebelah malamnya.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w beriktikaf pada setiapbulan Ramadan sebanyak 10 hari. Apabila tiba tahun yang baginda wafatpadanya, baginda beriktikaf selama 20 hari. (riwayat Bukhari)
Allah berfirman: Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlahkepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang dimalam hari. (al-Insan: 26)
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto NAZERI ABU BAKAR menemubual Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad bagimengupas tentang ibadat sunat ini.
MEGA: Bagaimanakah kita boleh mendapat pahala dalam mengerjakan iktikaf ini?
SYAIKH ISMAIL: Iktikaf adalah amalan baik yang amat disunatkankepada umat Islam melakukannya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid. Tujuan iktikaf iniialah untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah dan taqarrub(berdamping) dengan Allah Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha bertaqarrubkepada-Nya.
Ia boleh dilakukan setiap kali kita berada di masjid iaitu semasamenunggu waktu solat Isyak misalnya, kita berniat beriktikaf. Denganniat begini, kita sudah pun beroleh pahala.
Dalam bulan Ramadan ini kita perlu merebut peluang di mana ibadatsunat yang dilakukan itu diberi ganjaran ibadat fardu. Ibadat fardupula diberi ganjaran 70 kali ganda.
Apakah amalan yang dianjur kita lakukan semasa iktikaf ini?
SHAIKH ISMAIL: Sudah tentu apabila kita beriktikaf untuk mendekatkan diri kepada Allah, kita akan melakukan sesuatu ibadat.
Iktikaf ini hendaklah dilakukan di masjid atau surau yang didirikan solat Jumaat padanya.
Perkara yang sunat dilakukan ialah berqiamullail iaitu membanyakkanibadat sunat seperti solat tahajud, hajat, taubat, tasbih, mutlak yangdiakhiri dengan solat sunat witir.
Selain itu, membaca al-Quran kerana Rasulullah pernah bersabda, membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.
Bersabda Rasulullah s.a.w., 揃arang siapa membaca satu huruf kitabAllah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak mengatakan Alif lam mimitu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satuhuruf. |
|
|
|
|
|
|
| |
|