CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3306|Reply: 6

bihar, india dilanda banjir : update - beribu mangsa terperangkap!!

[Copy link]
Post time 1-9-2008 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Bihar dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun


PENDUDUK bandar Madhepura di Bihar, timur India membawa bersama binatang ternakan melalui jalan raya yang dinaiki air untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat, kelmarin.
- Reuters


PATNA, India 31 Ogos - Pihak berkuasa kini berhadapan dengan masalah logistik untuk menghantar bantuan kepada beratus ribu mangsa banjir yang terperangkap di kawasan pedalaman.

Cuaca buruk dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah menggagalkan operasi menyelamat di negeri Bihar, yang dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun.

"Saya tidak boleh menyatakan jumlah sebenar mereka yang terperangkap dalam banjir ini.

"Jumlah mereka yang terkandas mungkin mencecah ratusan ribu dan kami memerlukan lebih banyak bot dan bantuan menyelamat untuk memindahkan mereka," kata Menteri Pengurusan Bencana Negeri, Nitish Mishra.

Setakat ini, 90 orang dilaporkan terbunuh, manakala tiga juta penduduk terpaksa berpindah sejak banjir melanda negeri utara India awal bulan ini.

Jumlah ini mungkin meningkat memandangkan hujan lebat masih lagi berterusan.

Pihak berkuasa juga berhadapan dengan kesukaran kerana terdapat penduduk yang degil enggan berpindah.

Setakat ini masih terdapat penduduk di negeri Bihar yang belum menerima bantuan daripada kerajaan.

"Kami hanya menerima bantuan makanan setelah seminggu berlapar," kata seorang penduduk yang dipindahkan, Manohar Prasad.

Kerajaan Negeri ini turut menerima kritikan teruk dari akhbar tempatan akibat dari kegagalan menguruskan bantuan dan pemindahan dalam kejadian ini.
- Reuters




kalu tak china, india...tak india bangladesh.... lepaih satu satu... bencana berlaku.... ni sumer sbb global warming jugak ni..

[ Last edited by  amazed at 5-9-2008 09:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2008 11:31 PM | Show all posts
Ni semua petanda akhir zaman. Bumi dah semakin tua.i Ibarat nenek yang
bersolek cantik-cantik tapi sebenarnya akan mati anytime.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2008 11:36 PM | Show all posts
Tapi sian gak kat derang ni. Dahlah miskin ditimpa bala bencana pulak. Mungkin ini
satu ujian buat kita semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2008 12:24 AM | Show all posts
90 korban banjir buruk di Bihar



mangsa banjir di Kampung Chondipur mengharungi air sambil mendukung anak dan membawa beg bagi menyelamatkan diri masing-masing. – Reuters

PATNA, India 1 Sept. – Anggota tentera darat dan laut negara ini meningkatkan usaha bagi menyelamatkan beribu-ribu penduduk yang terperangkap dalam banjir besar di negeri Bihar dan berdepan dengan kebuluran.

Pegawai berkata, kira-kira tiga juta penduduk di negeri timur India ini terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat bencana itu yang setakat ini telah mengorbankan 90 nyawa.

Banjir besar itu menyebabkan sebahagian penduduk di kawasan pedalaman tinggal di atas bumbung rumah sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, ada penduduk yang terpaksa makan daun disebabkan kehabisan bekalan makanan.
Agensi bantuan berkata, kerajaan negeri Bihar perlu meningkatkan usaha untuk membantu mangsa.
Menurut pegawai, beratus- ratus buah bot telah digunakan untuk memindahkan penduduk, tetapi ia masih belum mencukupi.

“Dalam kemusnahan yang begini besar, kerahan anggota tentera yang dilakukan masih terlalu kecil,” kata pegawai pengurusan bencana negeri Bihar, Pratyay Amrit.

Stesen televisyen tempatan turut menyiarkan laporan bagaimana penduduk berebut-rebut untuk menaiki bot penyelamat sambil cuba dikawal oleh askar yang memakai jaket keselamatan.

Setakat ini, lebih 467,000 penduduk telah dipindahkan, tetapi masih ramai yang terperangkap.
Aktivis dan media melaporkan, bilangan korban jauh lebih tinggi daripada jangkaan sebenar pegawai kerajaan.
– Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2008 08:59 AM | Show all posts
Banjir di Bihar, mangsa perlu bantuan makanan

SAHARSA, India 4 Sept - Penduduk Bihar yang dilanda banjir kini amat memerlukan bantuan, berikutan negeri yang miskin ini dijangka akan terus ditenggelami air untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Setakat ini 600,000 penduduk telah dipindahkan dan usaha menyelamat kini mula memasuki kawasan-kawasan pedalaman.

Lebih 350,000 penduduk masih terperangkap dalam banjir sehingga memaksa pihak berkuasa yang serba kekurangan dengan peralatan bantuan berhadapan dengan tugas sukar.

"Kami belum makan apa-apa sejak lima hari lepas dan hanya minum air banjir yang berlumpur.

"Kami terpaksa minum air ini kerana segala kelengkapan kami telah ditenggelami air," kata seorang penduduk yang berjaya diselamatkan, Murti Shah.

"Kami sangat-sangat memerlukan bantuan daripada agensi dan pertubuhan antarabangsa seperti mana yang diterima penduduk yang menderita akibat dilanda tsunami dan gempa bumi Gujerat pada 2001.

"Adalah mustahil untuk kerajaan melaksanakan polisi pemulihan semula secara keseluruhan, apa yang jelas kami sangat memerlukan bantuan," kata Menteri Pengurusan Bencana, Nitish Mishra.

Banjir yang mula melanda wilayah ini pada 18 Ogos lepas setelah air empangan dari sungai di kawasan hulu di Nepal runtuh dan mengubah haluan sebelum memasuki wilayah Bihar.

- Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2008 09:36 PM | Show all posts
Banjir India: Berpuluh ribu mangsa terperangkap
05/09/2008

PATNA, India 5 Sept.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2008 03:57 AM | Show all posts
uwaaa kesiannye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.629401 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list