CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2791|Reply: 6

BOLIVIA: update - rakyat bolivia sokong pindaan perlembagaan

[Copy link]
Post time 15-9-2008 10:39 AM | Show all posts |Read mode
28 maut ketegangan di Bolivia

LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales, kelmarin menuduh kerajaan pembangkang menggunakan penjenayah dari luar negara untuk menentang penyokong kerajaan dalam keganasan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 nyawa, sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengisytiharkan penguatkuasaan undang-undang tentera di wilayah terpisah di negara itu.

Dalam usaha meredakan ketegangan membabitkan perlembagaan baru dan reformasi tanah yang mengancam negara Andean itu, Chile meminta satu pertemuan segera diadakan membabitkan pemimpin negara Amerika Selatan, hari ini.

"Tragedi lebih besar harus dielakkan," kata Presiden Venezuela, Hugo Chavez iaitu sekutu kuat Presiden berhaluan kiri Bolivia.

Morales menyatakan serangan hendap di timur wilayah Pando, Khamis lalu menyebabkan beliau terpaksa mengisytiharkan penggunaan undang-undang tentera sehari selepas itu.

Menteri Dalam Negeri, Alfredo Rada, berkata 16 orang terbunuh dalam pertempuran itu dan kebanyakannya adalah penyokong Morales.

Pihak berkuasa pula berkata, dua penduduk lagi mati di lapangan terbang utama Pando, Jumaat lalu, selepas tentera kerajaan mengambil alih kawalan dan melepaskan tembakan bagi meleraikan penunjuk perasaan.

Presiden Bolivia berkata, dia tidak teragak-agak untuk melanjutkan pengepungan terhadap tiga wilayah autonomi di timur negara itu, di mana pemisah merampas pejabat kerajaan dan lapangan gas asli minggu lalu, dalam krisis paling serius sejak beliau menjadi presiden hampir tiga tahun lalu.

Pembangkang kerajaan meminta Morales membatalkan pungutan suara mengenai perlembagaan baru pada 7 Disember lalu yang akan membantunya memusatkan kuasa pemerintahan dan memerintah untuk penggal kedua. � AP




ekceli dah few days aku baca pasai krisis kat bolivia nih... negara nya pung bukannya kaya mana... berkrisis sana sini.. yg jadi mangsa rakyat jugok!!

[ Last edited by  amazed at 27-1-2009 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2008 02:15 PM | Show all posts
Presiden Bolivia raih sokongan

Penyokong Presiden Bolivia menyertai demonstrasi di ibu kota Buenos Aires bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Evo Morales.– Reuters

SANTIAGO 16 Sept. – Presiden negara-negara Amerika Selatan mengadakan sidang tergempar semalam dengan harapan untuk mencegah keruntuhan politik di Bolivia.

Presiden Bolivia yang berhaluan kiri, Evo Morales tiba di ibu negara Chile ini untuk menghadiri sidang yang diatur secara tergesa-gesa itu setelah kehilangan kuasa ke atas separuh daripada wilayah negaranya.

“Saya ke sini untuk memberi penjelasan kepada Presiden-Presiden di Amerika Selatan bahawa gabenor-gabenor terlibat telah cuba merampas kuasa,” kata Morales.

Sidang itu turut dihadiri oleh Presiden Chile, Michelle Bachelet dan para pemimpin Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, Paraguay dan Uruguay.

Pada sidang tersebut, kesemua pemimpin yang hadir berikrar memberikan sokongan padu kepada Morales dan menolak sebarang usaha memisahkan wilayah-wilayah di Bolivia daripada pemerintahan kerajaan pusat negara itu.

Penunjuk perasaan anti-Morales telah menyekat lebuh raya, mengambil alih pejabat kerajaan pusat, menutup pintu sempadan dan merosakkan saluran paip sehingga memaksa hampir separuh daripada eksport gas asli Bolivia ke Brazil terhenti buat sementara waktu.

Tentangan paling hebat terhadap kerajaan Morales digerakkan oleh gabenor-gabenor wilayah yang menuntut kuasa autonomi.

Wilayah di kawasan tanah rendah itu kaya dengan sumber tenaga dan merupakan tanah pertanian paling subur di negara itu.

Morales menuduh gabenor-gabenor berkenaan “menghasut penyokong mereka supaya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan membunuh golongan paling miskin di negara saya secara beramai-ramai.”

Gabenor-gabenor wilayah mahu peruntukan lebih besar daripada keuntungan gas Bolivia dan menuntut Morales membatalkan rancangannya untuk mengadakan pungutan suara berhubung perlembagaan baru.

Perlembagaan tersebut akan memberikan lebih banyak kuasa kepada masyarakat majoriti pribumi di Bolivia, membenarkan Morales bertanding untuk penggal kedua dan memindahkan tanah pertanian kepada petani yang tidak bertanah.
– AP
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:44 PM | Show all posts
sana sini berlaku pergolakan,yg terbaru rusuhan bola sepak di timur Congo,13 org terbunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #3 derose83's post

yep... aku  baru bukak thread untuk citer pasal congo pulak..  yg rusuhan bolasepak tu... ada ke cakap main sihir... terus bunuh membunuh... mmg naya tul....    bley update kalu ada citer pasal krisis  kat congo lak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 12:46 PM | Show all posts
Krisis Bolivia berakhir

SANTACRUZ 17 Sept. - Presiden Bolivia, Evo Morales dan para gabenor yang mengetuai penentangan terhadap pembaharuan sosiolis beliau, semalam mencapai kata sepakat untuk mencari jalan bagi menamatkan krisis negara ini.

Gabenor-gabenor terlibat berjanji akan menghentikan penaklukan bangunan kerajaan selepas tunjuk perasaan bertukar ganas meragut 17 nyawa minggu lalu.

Morales  menyatakan kesediaan untuk berunding mengenai tuntutan mereka yang mahu lebih autonomi dan perkongsian lebih besar untuk sumber keluaran wilayah-wilayah tersebut.

Lima orang gabenor dari wilayah timur Bolivia yang kaya dengan sumber alam bersetuju berbincang walaupun seorang daripada mereka ditahan oleh pihak tentera awal semalam selepas dituduh membunuh 15 orang petani.

"Sekiranya kita mahu keadaan kembali tenang, mari kita tandatangani dokumen ini. Kerajaan telah berbuat demikian, jadi gabenor juga harus mengikutinya.

"Tidak menandatangan bererti keganasan, konfrontasi, pertempuran dan jurang lebih besar antara rakyat Bolivia," kata Naib Presiden, Alvaro Garcia.

Negara yang terletak di tengah benua Amerika Selatan ini mula bergolak apabila Morales merancang untuk memberi tanah kepada golongan miskin.

Morales juga mahu mengkaji semula perlembagaan serta beberapa dakwaan beliau cuba menukarkan Bolivia menjadi seperti Cuba.

-Reuters


[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 11:25 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2009 11:29 AM | Show all posts
Rakyat Bolivia sokong pindaan perlembagaan

LA PAZ 26 Jan. - Rakyat Bolivia semalam membenarkan pindaan besar dilakukan ke atas perlembagaan yang akan memberi lebih kuasa politik kepada masyarakat pribumi dan membolehkan Presiden Evo Morales bertanding semula dalam pilihan raya.

Tinjauan undi oleh dua rangkaian televisyen terbesar negara itu menunjukkan perlembagaan baru itu telah diluluskan dengan kelebihan lapan mata.

Keputusan rasmi itu dikeluarkan awal pagi ini dan dijangka keputusan akhir akan dikeluarkan dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.

"Kini Bolivia kembali diasaskan. Penjajahan terhadap negara telah tamat, dari segi dalaman ataupun luaran," kata Morales yang merupakan merupakan pribumi pertama menjadi presiden negara itu kepada penyokongnya di Plaza de Armas di sini hari ini.

Perlembagaan baru itu menghapuskan tempoh had perkhidmatan Presiden yang akan membenarkan Morales memegang jawatan itu untuk penggal kedua dalam tempoh lima tahun lagi.

Pindaan itu turut membenarkan 36 masyarakat pribumi memperolehi hak terhadap wilayah, bahasa dan pengadilan kaum mereka sendiri serta melaksanakan langkah-langkah pembaharuan pertanian dengan membataskan pemilikan tanah.

Bagaimanapun, tinjauan pilihan raya menunjukkan pindaan berkenaan kurang mendapat sambutan di timur Santa Cruz, Tarija, Beni dan Pando iaitu kawasan-kawasan yang menentang beliau.

Gabenor Tarija Mario Cossio yang merupakan seorang lagi pesaing Morales meminta satu rundingan pakatan keamanan negara diadakan antara presiden itu dengan gabenor-gabenor pembangkang bagi mewujudkan perlembagaan baru.

Sesetengah paderi Kristian turut menentang pindaan tersebut kerana khuatir akan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membenarkan pengguguran dan perkahwinan sejenis. - AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2009 10:20 PM | Show all posts
kagum ngan pemimpin latin amerika contohnyerr hugo chavez of venuzuela,evo of bolivia dorang nie betul betul anti warrr dan lagi satu dorang berani bersuara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 1.849190 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list