View: 3567|Reply: 8
|
Qari muda julang Malaysia
[Copy link]
|
|
DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila
menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran
Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.
Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan
memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera
Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.
Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah,
Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima
tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri
Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.
Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu,
menerima hadiahnya pada upacara berasingan.
Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam
dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid
Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.
Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000
dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga
ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham
bersamaan kira-kira 95 sen.
Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan
bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar
tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.
"Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya
sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis
penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed
Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula
berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang
budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan
ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.
"Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah.
Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata
Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.
Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke
banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan
al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di
pelbagai masjid di Malaysia.
Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di
sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana
berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.
p/s: sorry kalau dah ada |
|
|
|
|
|
|
|
ni pulak petikan dari Gulf news .......
Malaysian teenager's Quran recitation wins hearts | By Siham Al Najami, Staff Reporter
Published: September 19, 2008, 23:42 | Dubai: The young Malaysian participant who was eventually declared the winner of the recitation event at the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) event had the jam-packed audience in a thrall.
The contest began at midnight on Thursday after the conclusion of programmes associated with the event. The prizes will be announced on Saturday at 9.30pm in the presence of His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, at the Cultural and Scientific Association.
There were seven participants in all who vied for the top three prizes. A Turkish contestant and a Kuwaiti participant were adjudged second and third respectively in the recitation event.
Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid's performance moved some members of the audience to tears.
His recitation of verses from Surat Ar-Rahman (The Beneficent, The Mercy Giving) of the Quran during the stage of the competition when each participant was given seven minutes to showcase his talent went down especially well with those assembled.
|
[ Last edited by biggirlduncry at 22-9-2008 07:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah... kpd adik Muhammad Ahmad Zahid... Tahniah juga kpd kedua ibu bapa adik Muhammad Ahmad Zahid yg berjaya mengasuh dan mendidik anaknya sehingga mengecapi kejayaan sedemikian rupa...
Aku teringin juga ler nak jadi ayah yg anaknya memperoleh kejayaan sedemikian rupa..! tak payah sampai tahap antarabangsa, dapat tahap johan kampung pun dah pada dah...! |
|
|
|
|
|
|
|
Ini dia gambar adik Muhammad Zahid |
|
|
|
|
|
|
|
jeles weh, apa kah permakanan adik ni terjaga oleh orang tua dia....sebab klu makan minum yg masuk ke badan kita itu terjamin halal dari segala hal, terang la hati dan minda kita kan?...
secara jujur, aku tak terer bab konvert $$ tu,.
so brapa RM adik ni dapat?? |
|
|
|
|
|
|
|
adik muhammad ni pun pelajar lam "Mari Bertarannum" kat tv9 tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru ada intw kt tv9 pagi ni. kalau tak silap mak bapak dia bukan calang2 org. sorang doc gigi sorang lagi penasihat undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lebaimandraguna at 23-9-2008 08:27 AM
Tahniah... kpd adik Muhammad Ahmad Zahid... Tahniah juga kpd kedua ibu bapa adik Muhammad Ahmad Zahid yg berjaya mengasuh dan mendidik anaknya sehingga mengecapi kejayaan sedemikian rupa...
AkAku teringin juga ler nak jadi ayah yg anaknya memperoleh kejayaan sedemikian rupa..! tak payah sampai tahap antarabangsa, dapat tahap johan kampung pun dah pada dah...! ...
tak payah jadi johan mana2 pertandingan kampung takpa.... dapat hafal Quran dan amalkan isinya pun dah terlalu berharga sgt....
btw tahniah adik Muhammad....:pompom:
p/s: suka nama Muhammad....nama milik seorang lelaki yg sempurna Rasulullah.... orang kata klau mahu anak menjadi cantik, nama Yusuf, klau mahu cerdik nama Luqman, tapi semua sifat ni juga ada pada insan bernama Muhammad.....swt... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah bukti daulah Islam boleh bermula dari Nusantara bumi Melayu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|