View: 2687|Reply: 9
|
Europe Financial Crisis; update: 3000 rebut 150 kerja!!
[Copy link]
|
|
Divided Europe holds financial crisis summit
Gambar AFP European leaders meet in Paris. The leaders of Europe's four biggest economic powers held crisis talks on the global financial meltdown in Paris, brushing aside a dispute that killed off talk of a joint bailout package.
|
PARIS (AFP) - The leaders of Europe's four main economic powers held crisis talks on the global financial meltdown on Saturday, brushing aside a dispute that killed off talk of a joint bailout package.
After US President George W. Bush signed off on a 700-billion-dollar handout to Wall Street, the financial world's eyes turned to Europe in the hope of more measures to free up capital and reassure jumpy markets.
French President Nicolas Sarkozy, British Prime Minister Gordon Brown, German Chancellor Angela Merkel and Italian Prime Minister Silvio Berlusconi were to seek a coordinated response to the credit crunch, which has drained liquidity from banks and stock markets and undermined flagging growth rates.
"I want the message to go out from this meeting today: No sound and solvent banks should be allowed to fall because of a lack of liquidity," Brown told reporters ahead of the closed door meeting.
"We must take the action that is necessary to sort out the failings that exist in the system," he added.
Before the talks there was sharp disagreement between Germany and France on how to proceed, with Berlin shooting down a French bid to promote a joint European bailout fund similar to the US package.
But when Sarkozy welcomed the German chancellor to the summit, the pair were careful to appear in agreement on the broader issues.
"We believe that in this difficult period European countries should shoulder their responsibilities, but that those who did the damage should also play their role," Merkel said.
"We are going to dicuss putting in place mechanisms of prevention.
There is a high level of agreement and understanding among us about what to do to make sure this doesn't happen again," she added.
Sarkozy agreed: "You can translate everything Madame Merkel just said. I'm completely in agreement.
A global problem needs a global solution.
"In today's world, Europe needs to demonstrate its will to find an answer.
That will reassure the world, taxpayers, markets and savers." But the European leaders were unlikely to agree a US style fund to underwrite institutions exposed to bad credit.
France privately floated the idea this week, European officials said, and the Dutch government talked in terms of more than 300 billion euros (416 billion dollars) being set aside by European governments.
Germany and Britain shot this down quickly, however, and the Paris talks were expected to concentrate on improving coordination between governments on financial bailouts and on reform to accountancy rules.
Before leaving London, Brown said he would call for the early release of a previously announced 15-billion-euro (21-billion-dollar) European fund to help provide small business loans.
France still sees the summit as an opportunity to push for more state regulation in place of the free market approach of recent years that many blame for allowing the crisis to develop.
Ahead of the summit, Sarkozy met with the French head of the International Monetary Fund, Dominique Strauss-Kahn.
"resident Sarkozy wants the Europeans to be coordinated. He wants a collective response.
He wants to avoid a lack of solidarity between Europeans.
This is the right response," Strauss-Kahn told journalists after his meeting.
"In the eurozone we haven't yet undergone trial by fire.
This is a trial by fire.
Europe, and in particular the eurozone, needs to show it is capable of responding in a crisis," he said.
Last week, when the financial storm hit European banks, Sarkozy urged the Group of Eight industrialised powers "to establish the basis of a new international financial system."
The four leaders were to hold two hours of talks at the Elysee Palace followed by a working dinner.
A press conference was planned for later in the evening. Britain, France, Germany and Italy are Europe's representatives on the G8.
They were joined at the summit by European Commission president Jose Manuel Barroso, Jean-Claude Juncker, who chairs the eurozone single-currency group and Jean-Claude Trichet, president of the European Central Bank (ECB).
satu doniya ada financial crisis ni... last month USA dgn bankcrupt lehman bros bank... kat asia dah lama dah.. ni kat UK pung sama.... ke arah inflasi ler jawabnya... macam uk masa industrial revolution dulu gak...
[ Last edited by amazed at 2-3-2009 06:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Eropah bergelut selamatkan bank
SEORANG wanita berjalan melepasi Bank Hypo Real Estate di Berlin baru-baru ini.
STOCKHOLM - Kerajaan-kerajaan di Eropah semalam bergelut untuk menyelamatkan bank-bank yang gagal sehari selepas para pemimpin di empat benua berkenaan mendesak lebih banyak peraturan ketat dilaksanakan untuk menghadapi krisis kewangan.
Di Berlin, kerajaan Jerman menganjurkan perbincangan berhubung krisis kewangan selepas runtuhnya pelan penyelamat bank hartanah Hypo Real Estate AG.
Bank itu merupakan yang pertama meminta pertolongan kerajaan selepas menghadapi masalah pada pertengahan bulan lalu selepas kredit dibekukan di pasaran antarabangsa.
Pegawai-pegawai kerajaan dan ketua perbankan di Iceland turut mengadakan perbincangan kemungkinan menyediakan pelan penyelamat untuk bank-bank komersiol.
Baru-baru ini, kerajaan mengambil alih bank ketiga terbesar Iceland, Glitnir di mana keputusan itu menyebabkan beberapa agensi panarafan menurunkan rating pinjaman empat buah bank utama.
Kerajaan Belgium dan pegawai-pegawai perbankan juga bergelut untuk menyelamatkan operasi Bank Fortis NV di mana operasinya di Belanda dimilik negara kerana bimbang ia mungkin tidak mampu beroperasi.
Pilihan sedia ada adalah tindakan untuk membeli bank itu oleh Belgium atau mencari bank lain untuk mengambil alih operasi.
Ketua Perbendaharaan Britain, Alistair Darling berkata, beliau bersedia untuk mengambil beberapa langkah besar untuk membantu negaranya menghadapi krisis pinjaman kewangan.
Sebelum ini, kerajaan di negara itu pernah bertindak untuk memiliknegarakan Bank Northern Rock dan Bardford & Bingley.
Darling memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa kerajaan menyediakan berbilion-bilion pound sterling bagi membantu sektor perbankan.
Kerajan Perancis kelmarin mencadangkan pelan penyelamat berbilion-bilion dolar tetapi diketepikan selepas kerajaan Jerman menyatakan bank-bank perlu mencari sendiri jalan keluar untuk meneruskan operasi. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Taikun di London rugi besar
LONDON - Krisis ekonomi dunia dilaporkan memberikan impak besar terhadap beberapa taikun terkenal di London, lapor sebuah akhbar semalam.
Taikun industri besi, Lakshmi Mittal (gambar) merupakan bilionair terkaya di Britain mengalami kerugian paling besar selepas kehilangan |
|
|
|
|
|
|
|
billionaire nie....gile ah hilang berbillion-billion |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti kemelesetan global buruk
LONDON - Bukti bahawa kemelesetan ekonomi semakin buruk berlaku semalam apabila harga minyak mentah menjunam lagi.
Harga minyak mentah New York menjunam bawah AS$34 (RM118.03) setong iaitu yang terendah sejak 2004 berikutan kelemahan permintaan bahan komoditi itu di pasaran dunia.
Perdana Menteri Britain, Gordon Brown turut memberi amaran bahawa kegagalan untuk menangani penurunan harga minyak itu bakal menjejaskan ekonomi global bertrilion-trilion dolar.
Beliau yang berucap dalam satu persidangan tenaga di London menyatakan bahawa harga minyak rendah juga akan menjejaskan pengeluar dan pengguna.
"Risiko yang berlaku kini adalah pelaburan dalam sektor minyak dan sumber-sumber lain akan sekali lagi terhenti, bekalan akan diperketatkan hasil permintaan bagi memulihkan kedudukan ekonomi," katanya.
Brown menyatakan harga minyak mentah merupakan cabaran paling besar yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa.
Beliau mendesak supaya peraturan untuk memperbaiki pasaran minyak dilakukan bagi menstabilkan harga di dunia.
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) berusaha untuk meningkatkan harga minyak dalam minggu ini.
Tindakan yang mahu dilakukan oleh OPEC itu adalah dengan mengurangkan bekalan minyak harian bermula pada 1 Januari depan.
Rusia dan Azerbaijan turut mengumumkan akan mengurangkan ratusan ribu tong sehari di pasaran. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 3,000 'rebut' 150 kerja
LEBIH 3,000 orang beratur untuk ditemu duga bagi mengisi
150 kerja kosong di Zoo Twycross, Britain kelmarin.
ATHERSTONE - Kehadiran beribu-ribu pencari kerja termasuk bekas bos syarikat menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya sejauh lapan kilometer di sini untuk 'merebut' hanya 150 kerja kosong di sebuah zoo, lapor sebuah akhbar semalam.
Lebih 3,000 daripada mereka beratur panjang untuk mencari kerja di Zoo Twycross di wilayah Warwickshire, Britain bermula pukul 9 pagi kelmarin walaupun sesi temu duga hanya bermula dua jam kemudian dan berakhir pada pukul 3 petang.
Sambutan menggalakkan dan di luar dugaan itu memaksa pihak pentadbiran zoo menutup pintunya selepas satu jam sesi tersebut bermula.
Pegawai pemasaran dan pentadbiran zoo tersebut, Kim Riley berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa itu selepas hanya 500 orang hadir pada sesi yang sama tahun lalu.
"Sekurang-kurangnya 400 orang beratur seawal jam sembilan pagi dan mereka sanggup berdiri lebih dua jam. Menjelang 11.30 pagi bilangannya mencecah 3,000 orang sedangkan kekosongan yang ditawarkan hanya 150," katanya.
Kebanyakan jawatan kosong itu merupakan jawatan rendah seperti penjual barangan cenderamata, pembantu makanan dan minuman, tukang masak, pembantu runcit dan tukang cuci selain renjer.
Bagaimanapun, menurut pegawai pemasaran itu sejumlah pemohon bagi jawatan rendah itu merupakan pemilik ijazah dan mereka yang pernah memegang jawatan tinggi.
Kebanjiran ribuan orang itu dipercayai berlaku akibat krisis kewangan global yang menyebabkan 1.97 juta orang hilang pekerjaan di Britain, angka terbesar sejak kegawatan ekonomi 1997.
Salah seorang pencari kerja itu, Alan Rowley, 53 yang memiliki pengalaman bekerja di sektor keselamatan berharap dia mendapat kerja sebagai renjer dengan gaji |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh!!! Kesiannye kirenye kite kat Malaysia lebih bernasib baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan Perancis cetuskan rasa tidak senang Britain
SEJUMLAH imigran beratur untuk mendapatkan
makanan percuma di Calais, Perancis kelmarin.
LONDON - Berikutan Britain sedang menuju ke arah kemelesetan, satu fenomena baru berlaku di Eropah pada malam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Kerajaan Perancis menyatakan ia menubuhkan satu pusat bagi membantu ratusan imigran yang berbaris di Calais dengan harapan untuk pergi ke United Kingdom.
Pusat-pusat itu akan memberikan maklumat bagaimana untuk mencari perlindungan di Britain termasuk menawarkan makanan dan kemudahan membersihkan diri kepada imigran.
Sekumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak menunggu dekat kawasan air terjun Calais bagi mendapatkan peluang untuk memasuki secara haram ke Britain dengan menyeberangi Selat Inggeris.
Bilangan mereka adalah ramai di mana pekerja-pekerja kebajikan menganggap terdapat 1,500 imigran berhimpun di pelabuhan utara Perancis itu dengan harapan dapat mencari kehidupan baru di Britain.
Berikutan masalah peningkatan pengangguran dan pasaran pekerjaan yang lenyap, imigran-imigran haram kini keluar dari Itali, Sepanyol, Belgium dan Jerman untuk menuju ke Britain.
Seorang pekerja kebajikan di Calais, Aiasa Zaibet berkata: "Ia merupakan kisah yang sama berlaku di seluruh Eropah.
"Setiap kerajaan cuba mengusir mereka keluar dari jalanan dan jalan yang terakhir bagi mereka adalah United Kingdom."
Situasi itu menjadi lebih buruk di Calais menyebabkan kerajaan Perancis terpaksa mengumumkan satu rancangan bagi membantu imigran terus hidup.
Hampir 1,000 pelarian dari Iraq, Afghanistan dan Afrika tidur di pusat bandar dan kawasan kediaman yang buruk.
Menteri Imigresen Perancis, Eric Besson berkata, satu bangunan akan didirikan di bandar itu bagi menyediakan imigran makanan dan minuman.
SEBAHAGIAN imigran menunggu di bandar
Calais bagi mendapatkan peluang untuk memasuki Britain.
Apa yang mencetuskan kontroversi adalah mereka akan turut menerima maklumat bagaimana untuk mendapatkan suaka politik sejurus memasuki Britain.
Pada 2002, kerajaan Perancis atas permintaan United Kingdom menutup pusat Persatuan Palang Merah yang menempatkan pelarian dan imigran ekonomi di Sangatte, sebuah kampung yang berhadapan dengan Calais.
Pada malam kelmarin, seorang jurucakap Agensi Sempadan United Kingdom berkata: "Kerajaan Britain sudah berulang kali menentang sebarang pusat yang mungkin menjadi magnet untuk imigran haram, dan penyeludupan manusia yang membantu mereka."
Pada malam kelmarin, Hungary mengeluarkan satu amaran kepada rakyatnya supaya tidak berpindah ke Britain kerana krisis ekonomi bermakna peluang untuk mencari pekerjaan sebenarnya tiada langsung. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|