CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sinar_inspirasi

KERTAS KERJA UTK LOAN

[Copy link]
Post time 5-11-2009 12:55 AM | Show all posts
29# ctredzuan  

kak ct, reesa dah tlg jawabkan soalan tu...
rasanya skim prosper ni dah takde lagi kan??
dana dah habiss...
elle_gogo Post at 4-11-2009 22:04


oo yer ek..

nak tanyalah utk kawan ct

kalau nak buka tadika loan apa yg boleh di buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2009 01:07 AM | Show all posts
tertangguh lama utk buat loan nih... adakah busy atau mmg tangguh.... huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 10:01 AM | Show all posts
ok sinar beres... nanti i forward kat ur email
elle_gogo Post at 9-10-2008 17:51


i nak jugak bole?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 10:04 AM | Show all posts
apekah syarat2 nk buat loan dgn punb?
ctredzuan Post at 5-11-2009 00:53

setahu aku, kena mengikuti dulu kursus dia...

pastu baru boleh apply loan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 10:38 AM | Show all posts
rasanye tak perlu g kursus pun takpa.. tp wajib pg attend penerangan dia n
ambik exam dia... klu kita dah ada bisnes proposal/kertas keje leh terus anto masa tu..

but cam elle katalaa.. duit dah abis kot... so susah skit nk dpt sekarang ni..

tp pd yg dh ada bisnes tu lehcuba riki kat bank SJPP... dia cam CGC gak... kerajaan jadi guarantor.. leh mohon utk rolling capital
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 11:08 AM | Show all posts
uih...ada exam lak...

SJPP tu bank apa...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2009 11:28 AM | Show all posts
aku rasa most of bank ada kot..
then most of org kita blum tahu lagi.. yg banyak dpt la ni company cha ya.

cuba tgk link ni http://www.sjpp.com.my/

pasal exam PUNB tu ala bukan exam apa pun just nk tgk kitanye keusahawanan camne...
klu tak lulus pun just kena tocher lebih je masa interview nk dpt loan tu je laa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 04:18 PM | Show all posts

Apa Itu Kertas Kerja Perniagaan?

saja nak share ....

Pengenalan
Selepas mengenal pasti dan memilih satupeluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yangteratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan denganberkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebihcekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnyaialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap.Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancanganperniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yangberkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebutmengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatanyang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspekpemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan.Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek ataukertas kerja.
Kepentingan Rancangan Perniagaan
Salah satu kepentingan menyediakanrancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaanyang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatupeluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini.Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Inidisebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaanyang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi,penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yangsangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasratuntuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuatperancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalamperniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaansecara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan olehusahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itudokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bankatau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihatsebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkankebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakansebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (ataumungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakanprojek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumentersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Olehyang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaanberkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya iacenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untukmeluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaanbukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapidokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:
  • Rancangan perniagaan sebagai pelanatau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan.Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuaiaktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan danmengendalikan perniagaan.
  • Sebagai panduan untuk mengurangkanrisiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasildan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu,usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan(berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untukmemulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaanmemerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.
  • Rancangan perniagaan juga disediakanuntuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakanatau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapatmembantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumberpembiayaan yang diperlukan.
  • Penyediaan rancangan perniagaanmembantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaanyang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusanperniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.
  • Rancangan perniagaan juga merupakandokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Inidapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apayang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atauenggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satukerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek bolehterus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalahlebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulissecara teratur (walaupun ringkas) berbanding ‘perancangan’ yangbergantung kepada daya ingatan semata-mata.
Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan
Memahami sasaran pembaca rancanganperniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancanganperniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan.Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancanganperniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yangdisasarkan adalah seperti berikut:
Usahawan
Pembaca atau pengguna utama rancanganperniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaanusahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakandengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapatmembantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebihberkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projekdari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.
Pelabur
Usahawan mungkin memerlukan pihak lainuntuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-pihak tertentu sepertipemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar merekaberminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalamperniagaan tersebut. Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaanuntuk menilai sama ada perniagaan tersebut mampu memberi pulangan yangbaik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.
Bank
Bank dan institusi kewangan lainmerupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagimelaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bankdan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewanganperniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan.Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaandan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon.Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilairancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdayamaju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
Pembekal Kredit
Lazimnya, agak sukar bagi sebuahperniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan bahan secara kreditdaripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untukmenawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentangkemampuannya untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan.Oleh itu, rancangan perniagaan dapat membantu usahawan meyakinkanpembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutangtersebut.

*KERTAS KERJA PINJAMAN JUGA DI KENALI RANCANGAN PERNIAGAAN(RP):
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2009 09:53 PM | Show all posts
dulu aku rajin sangat buat RP.. tp dh lama tak buat...

aku kena buat blk utk plan tahun depan... sebelum masuk tahun baru insyaALLAH siap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.142194 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list