CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2033|Reply: 10

Azan 24 jam diseluruh dunia..

[Copy link]
Post time 9-10-2008 01:29 PM | Show all posts |Read mode
sy dpt dr mail.. klu dh ada, mod delete or merge aje   

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 01:34 PM | Show all posts
Saya dan   kawan saya  minum bersama  tok imam  ....
Ada ler   topik   yg  menarik  tu
Kawan saya   tanya   tok Imam  tu :  Apakah islam sudah berjaya ..Tok Imam
Tok Imam : Sudah tentu ....berjaya
Kawan saya : Abis tu mengapa masjid  selepas   sembahyang  aje  terus   kunci   
Tok Imam : sekarang ...  ni  ... ramai tul  pencuri  ... pantang   tak  kunci   abis  sejadah  n kipas   masjid  dicuri  ....
Kawan saya :  Yang  azan  5  kali sehari   tu    ape? Tok Imam   ...  yg  azan  ..  Marilah  bersolat  ..marilah  menuju   kejayaan   tu  ...apa  ?
bukan  mengajak  manusia  menuju   kejayaan  ....
Bukan  mengajak   umat  islam   menuju   kejayaan ker  ....
Kalo   mcm   tu   ...  islam    masih   gagal  ler
Terus     terdiam .....  tok  imam    tu  .....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 01:39 PM | Show all posts
jelas lg kalu tgk video nie

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 01:43 PM | Show all posts

Balas #3 snot\ catat

adepun video nye.. sy malas upload coz connection tenet kt sini slow bangat...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 01:44 PM | Show all posts
Subhanallahhh.... ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 01:55 PM | Show all posts

Balas #2 mahathirGX\ catat

bg sy.. kejayaan ni ifiniti.. tiada penghujungnya..

kenapa?? sbb islam x mahu umatnya cepat berpuas hati..
kerana.. mereka akan lalai.. dan akan terima kegagalan jua akhirnya..


bangkitlah umat islam!! bangkit dr lena mimpi mu .. AMIN...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2008 03:00 PM | Show all posts

Reply #6 katana83's post

islam  itu   bukan  sekadar   azan  .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 03:47 PM | Show all posts

Balas #7 mahathirGX\ catat

iyo ..
islam adalah kehidupan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 03:57 PM | Show all posts
islamu yaklu wala yukla alaih
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 04:25 PM | Show all posts

Reply #6 katana83's post

Kejayaan yang dimaksudkan dalam azan itu adalah kejayaan mengerjakan solat dalam waktu yang diazan itu.

Orang sekarang dah tak nampak lagi mengerjakan solat itu sebagai satu kejayaan, padahal ianya satu kejayaan yang besar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #2 mahathirGX's post

Yang datang ke masjid dan menunaikan ibadat yang disuruh sahaja yang mendapat kejayaan.

Berkenaan yang pi jugak masjid tapi mencuri, tidak mendapat kejayaan di sisi Allah. Laknah lah mereka di kahirat nanti.

Sejahil-jahil penduduk mekah sebelum kedatangan Nabi SAW pun mereka dapat membezakan yang mana hasil haram dan halal. Ini di buktikan oleh pembinaan Ka'bah, dmana duit yang hala sahaja di terima dalam pembinaan ka'bah tersebut. Sebab tu kita dapat lihat bangunan ka'bah di sebelah makan nabi ismail tak cukup tingg, ini keran duit halal yang di kumpul hanya cukup untuk pembinaan setakat itu, maka kerja tersebut di berhentikan.

Wal Allah Hua'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.157739 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list