CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6192|Reply: 9

menguruskan daging aqiqah

[Copy link]
Post time 9-10-2008 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Salam forumner,

nak tanya..kalu daging Aqiqah kita buat masak untuk jamuan majlis perkahwinan bole tak?

niat aqiqah tapi daging masak jamu majlis perkahwinan .. bole tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 05:30 PM | Show all posts
kalau xsilap daging aqiqah diuruskan macam ni....
Daging kambing or lembu sunat dibahagi tiga; sepertiga untuk makanan yang empunya aqiqah, sepertiga untuk dihadiahkan dan sepertiga untuk disedekahkan.

jd rasanyer kalau pakai daging untuk tuan punya aqiqah tu boleh la kut...cuba rujuk yg lebih fasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #2 baroque's post

Thanks bro..

maknanyaa kalu ada 3 ekor kambing nak aqiqah.. sekor utk tuan punya.. lagi sekor dihadiahkan lagi sekor disedahkan.. sedakah dgn hadiahkan mcm sama jee bro...

alamak masih konfius laa.. bole bagi makan kat non-muslim tak daging aqiqah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:25 AM | Show all posts
kalau xsilap daging aqiqah diuruskan macam ni....
Daging kambing or lembu sunat dibahagi tiga; sepertiga untuk makananyang empunya aqiqah, sepertiga untuk dihadiahkan dan sepertiga untukdisedekahkan.


Syeikh, hang biaq betoi. Hang nak jawab soalan cam nih tapi hang masih keliru antara korban dan aqiqah. Yang hang habaq tu korban ler. Sunat atau paling afdhalnya ialah utk dibahagikan daging korban ( daging mentah ) tu semua sekali dan harus kita menyimpan satu pertiga dan disedekahkan baki dua pertiga.

maknanyaa kalu ada 3 ekor kambing nak aqiqah.. sekor utk tuan punya..lagi sekor dihadiahkan lagi sekor disedahkan.. sedakah dgn hadiahkanmcm sama jee bro...


Silap tu. Bukan sedekah kambing tapi sedekah daging kambing yg telah dimasak, dan aqiqah ini dibuat pada hari ke-7 kelahiran bayi dgn mencukur rambutnya.

Dari Aisyah r.a : Yang sunat 2 ekor kambing yg sekupu ( sama besar ) utk bayi lelaki dan utk bayi perempuan seekor kambing, yg dimasak secara berangkai2 dan jangan dipecah2kan tulangnya.

( Riwayat Baihaqi )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 11:38 AM | Show all posts

Reply #4 noriabdullah's post

salam kak..

so bole laa daging aqiqah di masak dan dijamukan pada majlis perkahwinan dan tulangnyaa kita tak bole patah2kan..
jamu pada non-muslim bole x?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 12:42 PM | Show all posts
Hukumnya harus dibuat serentak antara majlis aqiqah dan kenduri perkahwinan.

Mengenai daging masakan aqiqah itu dijamu/sedekah kepada orang bukan Islam...tiada pulak nas yg menyebut mengenai hal ini. Namun ada ulamak yg menganggapnya sebagai haram dgn rasionalnya aqiqah ini sebagai pekara ibadat dan menjadi kebiasaan daging aqiqah ini disedekahkan kerana mengucap kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata dan moga2 dgn pemberian daging aqiqah ini orang2 yg menerimanya mendoa kebaikan ke atas anak kita. Tapi jika disedekah kepada orang bukan Islam menurut pandangan ulamak seolah2 menyalahi matlamat aqiqah itu sendiri.

Pendapat saya, jalan terbaik tak payahlah beri kat orang2 bukan Islam ketika kenduri kawin. Time kenduri nih pun biasanya lauk pun banyak ada ayam, daging lembu, dhal dll. Kalau boleh ianya dimasak dan dijamu atau diberi kat sedara mara sudah memadai.

Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2008 03:14 PM | Show all posts

Reply #6 noriabdullah's post

thanks kak,

tak elok bagi kat non-muslim ehh..hmm.. maknanyaa xleh buat utk majlis kahwin laa.. buat kenduri doa selamat ok kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 04:19 PM | Show all posts
Aikk kan dah habaq hukumnya harus kalau dibuat serentak - majlis aqiqah dan kenduri  perkahwinan. Cuma daging aqiqah tu  ada ulamak yg beri pandangan bahawa haram diberikan kpd orang bukan Islam.

Jadi, cam nih...kalau nak buat serentak adakanlah majlis aqiqah tu waktu pagi pada hari aqad nikah atau sehari sebelum majis perkahwinan dgn buat doa selamat. Time tu semua adik beradik pun dok berkumpul dgn tok imam buat majlis cukoq kepala dan akad nikah...tengah hari lak buat kenduri kawin...hehehe pandai2 lak aku dok ngatur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2008 05:07 PM | Show all posts

Reply #8 noriabdullah's post

hmm maybe buat sehari sebelum kot..pastu masak utk kenduri..
kalu masak utk majlis perkahwinan nanti kalu non muslim datang makan daging tu kan dah x elok gayanyaa.. heh..

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 07:34 PM | Show all posts
ini apa yang aku jumpa kt internet

6: Apakah perbezaan antara aqiqah dan korban?
J: Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan korban ialah;

   1. Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah korban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
   2. Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
   3. Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang.
   4. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.


4: Bolehkah haiwan sembelihan aqiqah dijadikan hidangan untuk kenduri kahwin?
J: Di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah S.W.T terhadap kurniaan anak, antara tujuan utama dianjurkan ibadah aqiqah di dalam Islam ialah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga, jiran, rakan taulan, dan orang Islam yang miskin dengan mengadakan kenduri dan jamuan, maka mengikut pendapat Imam Syafie menyembelih haiwan aqiqah dan membuat kenduri kahwin pada masa yang sama adalah dibolehkan. Wallahuaklam

PEMBAGIAN DAGING AQIQAH

Sebagian daging aqiqah diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah. Sebagian lagi diberikan kepada kerabat, tetangga, orang yang membantu persalinan, atau suku bangsa tertentu sebagai hadiah. Juga boleh sebagian untuk dimakan sendiri, tetapi tidak boleh lebih dari sepertiga bagian.

Ahli fiqih juga membolehkan mengadakan walimah aqiqah dengan mengundang fakir miskin, kaum kerabat, dan yang lainnya untuk makan bersama. Hal ini berguna untuk mempererat ukhuwah Islamiyah.

daging akikah juga sama seperti daging korban dibahagikan kepada 3bahagian dan utk diri sendiri tidak lebih sepertiga...
kenduri kahwin tu kiranya ibarat jamuan makan la jugak..jd dibolehkan digunakan bahagian 2/3 lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071853 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list