CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

LANUN SOMALIA; update: tawan 2 lagi kapal!!

[Copy link]
 Author| Post time 25-11-2008 08:36 AM | Show all posts
Lanun potong tuntutan

MOGADISHU: Lanun Somalia yang menahan sebuah kapal tangki Arab Saudi disifatkan sebagai rampasan terbesar dalam sejarah maritim mengurangkan jumlah tuntutan wang tebusan kepada AS$15 juta (RM52 juta).

Lanun terbabit pada asalnya dikatakan meminta AS$25 juta (RM87 juta) bagi membebaskan Sirius Star yang membawa minyak bernilai AS$100 juta (RM350 juta) bersama 25 krew warga Britain, Poland, Croatia, Arab Saudi dan Filipina.

Bagaimanapun, seorang jurucakap sebuah pergerakan Islam tempatan, Abdirahim Isse Adow memberitahu agensi berita Reuters, tuntutan berkenaan sudah dikurangkan.

“Orang tengah memberitahu angka tebusan AS$15 juta bagi kapal Arab Saudi itu. Angka itu yang dinyatakan sekarang,” kata Adow.

Beliau juga berkata, lanun terbabit membawa kapal berkenaan sejauh 100 kilometer dari pantai di tengah Somalia selepas militia Islam ke bandar berhampiran sejak beberapa hari untuk mencari mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian yang mengejutkan dunia itu.

Adow yang mewakili Kesatuan Mahkamah Islam (ICU) berkata, pihaknya cuba berunding dengan lanun dan membebaskan kapal Sirius Star kerana ia adalah milik sebuah negara Islam. Tetapi, penduduk juga berkata, militia lain cuba untuk mendapatkan pengurangan bagi pembayaran wang tebusan.

Penahanan Sirius Star menjadikan pelabuhan kecil berkenaan bertukar menjadi sibuk dengan lelaki bersenjata dilihat berkereta di bandar berkenaan.

Kumpulan Islam terbabit yang menentang kerajaan Somalia dan sekutu tentera Habsyah sejak dua tahun lalu mengutuk kegiatan lanun.

Tetapi, penganalisis berkata, beberapa serpihan cuba untuk berkongsi atau menggunakan kumpulan lanun untuk mendapatkan senjata melalui penghantaran laut.

Tokoh kanan kerajaan Somali juga didakwa terbabit dalam kegiatan lanun yang memperoleh berjuta dolar wang tebusan tahun ini, kata penganalisis dan diplomat. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan kerajaan.

“Kami menentang perbuatan ini dan akan memburu kapal itu walau di mana ia dibawa dan membebaskannya,” kata Adow. “Ia sudah bergerak kira-kira 100 kilometer dari sini untuk berada jauh daripada kami.”

Tentera laut Amerika Syarikat yang menjejaki kejadian itu bersama kapal tentera antarabangsa lain di kawasan berkenaan atau pengendali kapal tidak dapat mengesahkan sebarang tuntutan wang tebusan. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 10:21 AM | Show all posts
Kapal Yemen pula dirampas lanun Somalia

NAIROBI - Kurang seminggu mendapat perhatian dunia, kumpulan lanun Somalia kembali beraksi dengan merampas sebuah kapal kargo milik Yemen di Teluk Aden, kata pegawai maritim wilayah semalam.

Koordinator Program Bantuan Pelaut Afrika Barat, Andrew Mwangura berkata, kapal tersebut dikenali sebagai MV Amani tetapi tidak ada maklumat lanjut diperolehi.

Rampasan kapal itu berlaku hanya 10 hari selepas lanun dari Somalia merampas kapal pengangkut milik Arab Saudi yang dipercayai rampasan terbesar dalam sejarah maritim.

Kejadian pada 15 November lalu membabitkan kapal Sirius Star yang membawa minyak mentah bernilai AS$100 juta (RM362 juta) itu turut membabitkan 25 krew dari Britain, Poland, Croatia, Arab Saudi serta Filipina.

Sejumlah serangan lanun terhadap kapal dagang di Teluk Aden sepanjang tahun ini membabitkan bayaran wang tebusan berjumlah jutaan dolar sekali gus meningkatkan kos insurans.

Keadaan merbahaya itu turut mengundang kehadiran tentera laut antarabangsa termasuk dari Malaysia. - Reuters




sampai biler  ler   kes lanun nih....  sampai kapal besaq2 dok kena samun ari2 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 10:35 AM | Show all posts
Pemilik kapal Sirius Star dijangka bayar tebusan

LONDON 27 Nov. - Pengerusi syarikat Insurans Lloyd's, Lord Peter Levene berkata, pemilik kapal tangki minyak Arab Saudi, Sirius Star yang dirampas oleh lanun Somalia kemungkinan besar akan membayar wang tebusan yang dituntut oleh lanun.

Beliau berkata, sehingga kini tidak ada penyelesaian lain yang dapat menyelamatkan anak kapal dan membebaskan kapal berkenaan kecuali dengan membayar wang tebusan.

Sirius Star yang mengangkut dua juta tong minyak mentah dan 25 orang anak kapal dirampas lanun Somalia pada 12 November lalu.

Lanun berkenaan menuntut wang tebusan berjumlah AS$25 juta dolar (RM87.5 juta) bagi membebaskan kapal sekali dengan anak kapalnya.

Ketika ditemuramah oleh televisyen Channel Four News, semalam, Levene, yang menganggap lanun berkenaan sebagai pengganas, bagaimanapun bersetuju dengan cadangan kerajaan Britain supaya wang tebusan tidak dibayar.

"Tetapi jika ditanya kepada pemilik kapal Sirius Star sama ada akan membayar wang tebusan itu (atau tidak), saya fikir kemungkinannya adalah besar (ia akan membayar tebusan).

"Mereka perlu membuat keputusan sama ada membayar wang tebusan atau membiarkan anak kapal mereka mati dibunuh," jelas beliau.

- AFP




kadang2 aku rasa nak jadik lanun gak... dapat wang berjota jota tawan satu kapal!!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:36 AM | Show all posts
Lanun rampas kapal tangki kimia pula

NAIROBI: Lanun Somalia menawan sebuah lagi kapal tangki kimia di Teluk Aden manakala helikopter penyerang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) lambat bertindak bagi menggagalkan rampasan itu.


Bagaimanapun, ia berjaya menyelamatkan tiga pengawal keselamatan kapal yang terjun ke laut bagi menyelamatkan diri ketika kejadian.

Jurucakap Tentera Perancis, Komander Christophe Prazuck, berkata pasukan pemantau antilanun Perancis dan Jerman menghantar pesawat selepas menerima isyarat kecemasan selepas subuh kelmarin tetapi dalam tempoh 15 minit, lanun sudah merampas dan menahan anak kapal yang terdiri daripada 25 warga India dan dua Bangladesh.

Katanya, dua pengawal British dan seorang Ireland yang melompat dari kapal ketika diserang lanun kini selamat dan berada di atas kapal perang Perancis.

Selain Jerman dan Perancis, kapal perang negara lain turut berkawal di laluan maritim itu ialah Denmark, India, Malaysia, Russia dan Amerika.

Ketua Pusat Aduan Lanun Biro Maritim Antarabangsa, Noel Choong, berkata kapal yang ditawan kelmarin adalah MV Biscaglia dan mengibarkan bendera Liberia. Kelmarin, duta Russia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vitaly Churkin berkata. sukar bagi badan dunia itu meluluskan resolusi baru dan taktik lebih keras.

"Sekatan, tindakan dan gesaan lebih tegas kepada masyarakat antarabangsa mesti disokong," katanya kepada televisyen, Vesti-24.

Tentera Amerika pula berkata, mustahil meronda kawasan perairan 2.5 juta dan meminta pemilik kapal mengadakan rundingan dengan agensi keselamatan persendirian Amerika Syarikat bagi mengawal mereka dan anak kapal. - AP


************************************************************************************

lanun hijack lagi.... pelik betul la... benda ni dah berlaku berbulan2
takkan la tak ada airforce yang nampak kapal lanun ni -
buat something... jahat lanun ni - dok hijack then minta ransom -
takkan nak biarkan aje -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 09:38 AM | Show all posts
Lanun Somalia bebas kapal Yaman

GAROWE: Lanun Somalia membebaskan sebuah kapal kargo dari Yaman yang dirampas minggu lalu selepas rundingan berjaya antara pihak berkuasa serantau, pemimpin puak tempatan dan lelaki bersenjata, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

“Kapal Yaman itu dibebaskan malam kelmarin selepas rundingan panjang,” kata Ali Abdi Aware, menteri di wilayah utara Somalia di Puntland kepada Reuters.

“Ia meninggalkan Eyl dan menghala ke Yaman. Semua krew selamat dan tiada wang tebusan dibayar.”

Kapal MV Amani, milik syarikat perkapalan Yaman Abu Talal, mempunyai tujuh kelasi di atas kapal itu. Ia dirampas 25 November lalu ketika ia membawa 507 tan keluli dari pelabuhan Mukalla ke Pulau Socotra.

Rampasan kapal masih berterusan walaupun dengan kehadiran beberapa kapal perang asing di kawasan itu. Kumpulan lanun masih menahan 12 kapal, dengan hampir 300 krew diambil sebagai tebusan.

Sementara itu, di NEW YORK Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin melanjutkan kebenaran bagi tentera negara asing yang ingin memasuki kawasan perairan Somalia untuk menentang lanun di negara itu selama setahun lagi.

Resolusi menentang lanun yang pertama kali diusahakan Jun lalu akan tamat pada bulan ini tetapi kebenaran baru daripada Majlis Keselamatan PBB itu menyebabkan ia dilanjutkan sehingga 2 Disember 2009.

Usaha itu dilakukan dengan desakan daripada Perancis dan Amerika sebagai sebahagian daripada maklum balas terhadap rayuan Somalia dan PBB supaya tentera asing membantu memerangi kegiatan lanun yang semakin bermaharajalela di perairan negara itu.

Pegawai maritim berkata, kira-kira 100 serangan terhadap kapal dilaporkan di perairan Somalia sepanjang tahun ini dengan 40 kapal ditawan. Sebahagian kapal dibebaskan selepas wang tebusan dibayar. - AP/Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 01:03 AM | Show all posts
Saturday December 13, 2008
U.S. lacks intelligence to fight pirates in Somalia


MANAMA (Reuters) - The United States lacks the intelligence needed to pursue the fight against pirates on Somali soil, U.S. Defense Secretary Robert Gates said on Saturday.

His comments came days after the U.S. delegation at the United Nations circulated a draft resolution that would give countries the right to pursue pirates on land as well as at sea.

Pirates on speedboat approach one of their mother boats docked near Eyl, Somalia in this framegrab made from a November 24, 2008 TV footage. The United States lacks the intelligence needed to pursue the fight against pirates on Somali soil, U.S. Defense Secretary Robert Gates said on Saturday. (REUTERS/Reuters TV/Files)
Analysts say that pursuing pirates on land is crucial to any military response to attacks that have targeted dozens of ships in the Gulf of Aden and Indian Ocean in recent months.

"With the level of information we have at the moment, we're not in a position to do that kind of land-based operation," Gates told a regional security conference in Bahrain. "Our first need is intelligence, (to know) who is behind it."

Referring to media reports that "two to three clans or extended families" were behind the pirate attacks on ships off the Somali coast, Gates said: "If we can identify who those clans are then we can operate on land under the auspices of the United Nations and seek out ways to minimise collateral damage."

Scores of attacks in the Gulf of Aden and Indian Ocean in recent months have pushed up insurance costs, earned Somali pirates tens of millions of dollars in ransom and prompted foreign navies to rush to protect merchant shipping.

Some 20 ships are still being held by sea gangs, among them a Saudi supertanker loaded with $100 million worth of crude oil.
On Friday, Vice Admiral Bill Gortney, who commands the U.S. Navy's Fifth Fleet in Bahrain and oversees a coalition of navies fighting piracy off Somalia, also expressed concern about the difficulty in identifying the pirates.

He said firms should use armed security guards much more to protect their vessels.

Rahul Roy-Chaudhury, an expert for maritime security at the International Institute for Strategic Studies, said adding land operations to those at sea is crucial to an effective military response to pirate attacks.

"The single most difficult problem the forces are facing is that they don't ... have the jurisdiction to chase them into their natural habitat on land and to deal with them there," Roy-Chaudhury told Reuters.

He said the international military response to piracy off the Somali coast lacked coordination.

"Military efforts to combat piracy continue to be fairly ad hoc, and not in terms of any strategic thinking or in terms of any attempted institutionalisation," he said.

The European Union this week decided as an initial step to send three warships to the region, as well as two maritime surveillance aircraft from France and Spain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2008 05:14 PM | Show all posts
Tentera India tahan 23 lanun di perairan Somalia
14/12/2008

NEW DELHI 14 Dis. – Tentera laut India berjaya menahan 23 lanun yang cuba merampas sebuah kapal dagang Ethiopia, MV Gibe, ketika ia sedang belayar di Teluk Aden, semalam.

Kementerian Pertahanan India melaporkan, kapal laut dan helikopter tentera sedang menjalankan rondaan ketika menerima panggilan kecemasan daripada kapal dagang berkenaan.

“Kapal dagang itu memaklumkan bahawa mereka telah diserang oleh dua bot lanun yang sedang menghampiri mereka” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian berkenaan, lanun tersebut cuba melarikan diri ketika pasukan tentera tiba di tempat kejadian tetapi berjaya dihalang oleh pasukan tentera India.

“Pasukan komando kemudian menaiki kapal lanun berkenan dan menahan 12 rakyat Somalia dan 11 rakyat Yemen serta merampas beberapa peralatan senjata daripada mereka.

– Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 08:48 AM | Show all posts
Perancis sekat serangan lanun

PARIS: Kapal perang Perancis berjaya menghalang serangan lanun Somalia ke atas sebuah kapal kargo di Teluk Aden dan menahan lapan orang, kata tentera Perancis semalam.


Kapal Perancis itu meronda kawasan perairan Somalia sebagai sebahagian misi Kesatuan Eropah (EU) terhadap serangan lanun di kawasan berkenaan apabila ia menerima isyarat kecemasan sebuah bot.

Jurucakap pasukan Perancis, Christophe Prazuck, berkata lanun berkenaan lari apabila kapal perang itu mendekatinya dan akhirnya ditawan apabila ia cuba melakukan serangan kedua ke atas kapal kargo, S Venus, beberapa jam kemudian.

揝ukar bagi mereka menepis ketika berdepan dengan kapal perang,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2009 08:33 PM | Show all posts
Lanun tawan kapal Denmark, 20 krew AS

NAIROBI: Lanun Somalia merampas sebuah kapal kontena Denmark yang mengibarkan bendera Amerika Syarikat semalam, membawa 20 krew warga Amerika yang setakat ini dipercayai selamat.

Kapal Maersk Alabama seberat 17,000 tan dirampas di Lautan Hindi, kata Andrew Mwangura, penyelaras Program Bantuan Kelasi Afrika berpejabat di Mombasa.

Firma A P Moller-Maersk Denmark mengesahkan rampasan kapal berkenaan oleh lanun kira-kira 500 kilometer dari perairan Somalia.


Ini kali pertama lanun Somalia dipercayai menawan warga Amerika menyebabkan Rumah Putih menegaskan ia memerhati rapat perkembangan berkenaan.

揔ami mengutamakan keselamatan krew kapal,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 06:38 AM | Show all posts
Lanun mula balas dendam


GAMBAR fail menunjukkan kapal Liberty Sun milik
Amerika Syarikat (AS) yang menjadi sasaran lanun Somalia.



MOMBASA - Lanun Somalia yang menyerang sebuah kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), Liberty Sun dengan roket adalah dengan tujuan untuk membalas dendam, kata seorang ketua lanun, Abdi Garad semalam.

Dia membuat kenyataan itu selepas sekumpulan lanun melancarkan serangan balas pertama terhadap sebuah kapal pengangkut dengan bedilan roket dan mesingan kelmarin.

"Serangan itu adalah yang pertama berhubung sasaran serangan utama," kata Garad.

"Kami berhasrat untuk memusnahkan kapal Amerika itu dan krew-krew di dalamnya tetapi adalah malang, ia tidak berjaya.
"Sasaran serangan itu adalah berlainan. Kami tidak meminta wang tebusan," jelasnya.

Dia berkata, pihaknya menghantar sebuah pasukan khas untuk menangkap dan mengejar sebarang kapal yang mengibarkan bendera AS.

Tindakan itu dilakukan bagi membalas dendam terhadap pembunuhan tiga lanun oleh penembak hendap Tentera Laut AS baru-baru ini.

Pada minggu lalu, Tentera Laut AS berjaya menggagalkan percubaan sekumpulan lanun remaja Somalia untuk mendapatkan wang tebusan kerana menahan seorang kapten kapal.

Kumpulan lanun berkenaan menawan empat kapal sejak kalah dalam dua pertempuran dengan tentera AS dan Perancis pada minggu lalu.

Kapal Tentera Laut AS, USS Bainbridge muncul menyelamat Liberty Sun, kata beberapa pegawai.

"Kami diserang oleh lanun dengan roket dan peluru. Kami berlindung dalam bilik enjin jadi tidak ada seorang pun yang tercedera," kata seorang krew, Thomas Urbik dalam satu e-mel kepada ibunya.

Satu roket mengenai kapal itu namun ia hanya meninggalkan kesan kecil.

Presiden AS, Barack Obama berikrar untuk membendung masalah lanun di perairan Somalia berikutan terselamatnya seorang kapten warga AS, Richard Phillips dan sejumlah warga Perancis setelah mereka menjadi tawanan lanun pada minggu lalu. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:24 AM | Show all posts
aiseh lanun mengganas...
CT harus bertindak ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 08:41 AM | Show all posts
senangnya jadi lanun.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2009 08:30 AM | Show all posts
Lanun Somalia dianggap wira
Oleh Nurul Adlina Kamaludin


KETIKA dunia tertumpu kepada pergolakan di Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka, ada satu lagi peperangan yang seakan-akan tiada pasang surutnya - ancaman lanun di perairan Somalia.

Lanun ganas ini terbukti jauh berbeza daripada gambaran filem 'The Pirates of the Caribbean
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 06:23 AM | Show all posts
Lanun Somalia didakwa di AS


ABDI diiringi oleh dua ejen persekutuan
ketika tiba di New York kelmarin.


NEW YORK - Satu-satunya lanun yang ditangkap oleh askar-askar tentera laut Amerika Syarikat (AS) dalam satu drama di luar pantai Somalia pada bulan ini tiba di New York malam kelmarin untuk menghadapi perbicaraan.

Lanun itu, Abdi Wali Muse berumur 19 tahun dipercayai menjadi individu pertama akan menghadapi dakwaan berhubung melanun di AS dalam tempoh 100 tahun.

Abdi memberikan senyuman ketika dibawa oleh ejen-ejen persekutuan di bangunan Plaza Persekutuan New York.

Tangan kirinya dibalut dengan kain putih akibat kecederaan ketika menaiki kapal Maersk Alabama apabila seorang krew warga AS menikamnya dalam usaha untuk menguasai kawalan kapal pengangkut tersebut.

Ketika kejadian, kapal pengangkut itu dirampas oleh empat lanun termasuk Abdi.

Lanun-lanun itu kemudian meninggalkan kapal tersebut tetapi Kapten Richard Phillips menjadi tebusan dalam sebuah bot penyelamat.

Pada 12 April lalu, setelah lima hari drama tebusan itu berlaku, seorang penembak hendap tentera laut AS menembak mati tiga lanun yang menyelamatkan Phillips yang mendapat sambutan sebagai wira ketika pulang ke AS.

Abdi menghadapi dakwaan di Mahkamah Daerah Selatan New York dan jika disabitkan akan dihukum penjara seumur hidup.

Beberapa laporan menyatakan umur Abdi adalah 19 tahun tetapi radio Voice of America melaporkan umurnya adalah 16 tahun dengan memetik kenyataan bapanya.

Beberapa pegawai undang-undang di AS perlu menentukan umurnya dengan sahih bagi memastikan sama ada dia boleh dibicarakan sebagai orang dewasa. - Agensi

******************************************************************

dok merompak orang - boleh senyum2 lagi...
tapi dalam hati mungkin takut tu -
patut kena bunuh aje lanun2 ni -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2009 05:24 PM | Show all posts
Kapal persiaran Itali tembak lanun Somalia


ROME: Sebuah kapal persiaran Itali mematahkan serangan lanun di luar pesisir Somalia apabila pasukan keselamatannya berbalas tembakan dengan kumpulan lanun malam tadi.

Komander Ciro Pinto memberitahu radio kebangsaan Itali enam lelaki dalam sebuah bot kecil menghampiri Msc Melody dan melepaskan tembakan tetapi berpatah balik selepas pasukan keselamatan kapal itu membalas tembakan.

Domenico Pellegrino, ketua pemilik kapal Msc Cruises, memberi tahu agensi berita ANSA bahawa semua 1,500 penumpang dan anak kapal Melody selamat.


Serangan itu berlaku kira-kira 290 kilometer di utara Seychelles.

Kapal berkenaan dalam pelayaran selama 22 hari dari Durban, Afrika Selatan, ke Genoa, Itali.

ANSA berkata kapal itu kini dalam perjalanan ke Pelabuhan Aqaba di Jordan seperti yang dijadualkan.
Lanun sudah menyerang lebih 100 kapal di pesisir Somalia dan dilaporkan mendapat kira-kira AS$1 juta wang tebusan bagi setiap kapal. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2009 08:10 PM | Show all posts
Lanun Somalia tawan dua lagi kapal

MOGADISHU: Lanun Somalia berkata mereka menahan sebuah kapal nelayan dan sebuah kapal yang dipercayai mengangkut minyak di Lautan Hindi.

Seorang lanun yang dikenali sebagai Hassan berkata menerusi telefon dari bandar pesisir pantai Haradheere bahawa tiga lelaki bersenjata cedera semasa menawan kapal kedua semalam.

“Mereka menawannya di Lautan Hindi dan 24 anak kapalnya selamat. Tiga daripada rakan saya cedera. Kami rasa mereka membawa minyak," katanya.


Lanun bersenjata dari Somalia kini menahan 11 kapal dan lebih 200 anak kapal, termasuk pasangan British apabila kapal layar mereka ditahan bwerhampiran kepulauan Seychelles. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052609 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list