CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: juwaini

Cinema Paradiso

[Copy link]
Post time 28-3-2012 12:22 PM | Show all posts
Melihat Kembali Nostalgia Cinema Paradiso

Semalam aku tonton kembali filem arahan Giuseppe Tornatore ini. Aku tak tonton versi 'Director's Cut' tetapi 'Theater's Cut'.

Efeknya masih sama. Susah untuk tidak merasa nostalgik dan sebak walaupun dah tonton dekat beratus kali.

Babak 'Kissing Scene' di penghujung filem ini masih lagi aku anggap sebagai the best climatic scene ever made in the history of silver screen. Mungkin orang lain anggap aku melebih-lebih, tetapi secara peribadi, tiada filem yang mempunyai klimak yang begitu hebat sehingga memberi impak yang amat mendalam pada jiwa penonton.

Teringat pada kata-kata lecturer kelas screenwriting aku, "to make people cry is easy, to make people laugh is also easy but to make people cry and laugh at the same time...now that's hard"...babak Toto dewasa menonton rilisan kolektif filem-filem lama yang dibuat oleh mendiang Alfredo pada dasarnya biasa sahaja, tiada apa yang menarik tetapi pada penonton yang mengikuti kisah Toto dari awal filem dapat merasakan dari babak tersebut betapa sayangnya Alfredo pada Toto. Ditambah pula dengan sokongan padu musik latar karya agung Ennio Morriconne begitu mencengkam jiwa. Bagi aku apa yang membuatkan babak itu lebih bermakna ialah bagaimana Toto ketawa dan menangis menonton reel pemberian Alfredo kerana kita tahu itulah negatif-negatif filem yang dia merayu-rayu minta dan akhirnya dapat dimiliki 50 tahun kemudian.

Kisah cinta Elena dan Toto bagi aku tak agung. Ianya mengikut acuan cliche filem cinta yang lain. Aku lebih tertarik dengan intervention Alfredo dalam percintaan mereka. Ada yang mengatakan Alfredo adalah antara antagonis paling hebat pernah difilemkan, tapi bagi aku dialah yang bertanggungjawab menjadikan filem ini agung. Dia yang menggerakkan Toto untuk menghidupkan cerita.

Walaupun aku sebenarnya 'jatuh cinta' pada Elena tetapi itu kerana Toto yang membuatkan aku rasa begitu. Aku melihat cinta Elena daripada mata Toto. Kemunculan pertama Elena pada Act 2 tak invoke feeling aku untuk jatuh cinta seperti kemunculan pertama Zhao Di lakonan Zhang Ziyi dalam filem The Road Home (jangan tanya kenapa). Babak Elena dan Toto hanya okay bagi aku, it's cute but nothing special. Even the scene where Toto waited for Elena below her window pun aku rasa tak berapa special. Sehinggalah intervention Alfredo yang bertindak memutuskan hubungan mereka.

Antara dialog yang aku ingat sampai sekarang ialah babak di mana Alfredo brainwash Toto untuk meninggalkan Giancaldo dan mengejar impian dia.

"Don't give in to nostalgia"

Ironinya filem ini ialah definisi kepada nostalgia.

Setiap kali aku balik kampung halaman dan melihat tinggalan panggung wayang lama, susah hendak tidak merasa nostalgik.

Damn.

Cinema Paradiso is a miracle that only comes once in 100 years.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 03:52 PM | Show all posts

Cinema Paradiso

Melihat Kembali Nostalgia Cinema Paradiso

Semalam aku tonton kembali filem arahan Giuseppe Tornat ...
cmf_king_kong Post at 28-3-2012 04:22


betul tu! Kerana Cinema Paradiso lah setiap kali aku tgk pawagam lama d mana2 bahagian Malaysia akan terasa emosional. BAca post kau ni pun dah terasa emo gak, heh..

dan aku setuju dgn scene comolot yg akhir tu...kita ketawa dan menangis dgn nya....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 04:41 PM | Show all posts
Reply 22# cmf_GAIA

Susah nak carik filem yang ada effect yang sama bagi aku...

setakat ni hanya 5 filem je yang betul-betul membuatkan aku "nak jatuh cinta"

cinema paradiso, before sunrise, before sunset, the road home dan whisper of the heart (animasi ghibli studio)

filem-filem lain walaupun bagus tapi tak begitu menjadi dari segi chemistry...

maybe jugak aku tak tonton byk filem-filem romantik neh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 12:34 PM | Show all posts
Reply 23# cmf_king_kong

before sunrise dan before sunset ialah filem terhebat.. aku boleh tgk ethan hawke dgn julie tu, bersembang 5 jam straight,

the road home membuat aku depress...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 02:07 PM | Show all posts
sunrise sunset blom tgk betul2 tapi ada la nampak tayang kat astro kat public place masa nunggu org, nampak mcm camera tu tak putus pun...shot diorang sembang sampai kesudah...road home best, aku suka guna warna hitam putih utk kini n warna colour utk dulu (terbalik gitu)....tapi kuasanya penangannya tak sebesar cinema paradiso pd aku n bercakap pasal filem karya Zhang Yimou, yg paling terkesan bagi aku ialah Not One Less.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 04:11 PM | Show all posts
sunrise sunset blom tgk betul2 tapi ada la nampak tayang kat astro kat public place masa nunggu org, ...
cmf_GAIA Post at 29-3-2012 14:07


Off topic : aku start minat zhang yimaou masa Flying Daggers pastu Riding Alone For thousand Miles. Mula2 aku tak sedar ianya adalah dr Zhang Yimou sbb dulu aku tgk movie gitu2 aje. Bila ko sebut Not One Less from Zhang Yimao aku cari kat youtube apakah jenis filem ini, daaaaan, yesss aku pernah tengok citer ni kat mana tak ingat, mungkin kat TV pasal kakak cari adik terpisah tulis poster sendiri. Arrhhgg mmg best lah. The Road Home ada kat Youtube. Aku nak tgk skrg.....TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2012 04:30 PM | Show all posts
hehe...mmg best Not One Less tu, tapi tu bukan kakak dia, tapi cikgu ganti kat skolah kampung...budak laki tu anak murid yg berenti skolah sbb nak cari duit sara keluarga kat bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 04:40 PM | Show all posts
hehe...mmg best Not One Less tu, tapi tu bukan kakak dia, tapi cikgu ganti kat skolah kampung...buda ...
cmf_GAIA Post at 29-3-2012 16:30


OO ye ke.. dah lupa jalan ceritanya. tapi pasal cari budak hilang. tq for info. (patut ada budak sekolah di awal2 tu). Dah lama sangat tgk sbb tu lupa.




Ok back to Cinema Paradiso.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 09:30 AM | Show all posts
somehow aku rasa filem-filem minimalis macam tu lagi berkesan kat jiwa aku dari filem-filem berat avant-garde bagai neh...tapi aku tak paham kenapa di US, filem-filem macam The Road Home, Not One Less...even Cinema Paradiso pun diletakkan dalam kategori "art-house" pada awal-awal tayangannya dia US...padahal Inception dan Black Swan yang sikit punya complex tu ialah mainstream...

begitu juga before sunrise dan sequelnya...dikategorikan sebagai "art-house"...pelik aku dengan audience US ni...

baru-baru ni aku tonton Departures...cukup minimal tapi begitu cantik sekali hasilnya...takda letup-letup....takde fast-cut editing...takde CGI...tapi cukup perfect..

samalah macam Cinema Paradiso, The Road Home dan Before Sunrise/Sunset...simple straightforward films...

some times it feels like the less, the better...atau org cakap "Less is More"
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 09:33 AM | Show all posts
talking about minimalist film...aku rasa filem Darren Aronofsky paling berkesan ialah The Wrestler...look so realistic and natural...lagi berkesan pada jiwa aku...dibandingkan dengan Requiem dan Black Swan, mahupun Fountain..while it looks awesome tapi aku rasa...kosong...aku rasa macam Aronofsky trying to hard with those films...dibanding dengan The Wrestler yang lebih in-depth dan relates to audience...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046026 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list