CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: miss_white

apa yg di kata kan curi dalam solat

[Copy link]
Post time 4-11-2008 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by clairekimberly at 16-10-2008 07:49 PM
menjawab soklan..

ko solat ..faham tak semua maksud ayat bacaan ko tu?kalau ko faham..nescaya solat mu akan khusyuk...dan kamu tidak akan membayangi apa2 selain daripada maksud ayat2 bacaan mu ...

hello bro...(bro ker?)

anyway,saya akui,kadang2 saya mengalami perkara seperti yang bro cakap ni.....kadang2,mulut terkumat kamit dan cuba menghayatio apa yang dibaca.....tetapi kadang2 fikiran melayang ke tempat lain.....
hati rasa la bimbang takut2 ibadah tidak diterima tuhan....
apapun,aku cuba la kusyuk dan cuba memahami apa yang tersirat walaupun tidak semua bacaan yang dikumat kamitkan di ketahui akan maksudnya.....
demi Allah,aku takut andainya solatku tidak diterima Nya setiap hari.......
mungkin ada cara penyelesaian yang lebih baik untuk kusyuk solat,kerana aku taklah terlampau memahami kesemua isi kandungan,tapi apa yang aku cuba buat skarang,mengingati akan Allah,dosa2 yang lampau and cuba memahami setiap bacaan yang dibaca oleh aku di dalam solat ku.......

p/s:ya Allah,mudah2an Kau terimalah solat dan segala ibadah ku.....sesungguhnya aku takut akan azab Mu ya Allah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2008 06:05 PM | Show all posts

Balas #15 clairekimberly\ catat

sy akan cuba usaha kan sebaik yg mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 06:31 PM | Show all posts

saje share. teragak nak tgk net

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku, Kayakan daku,
Angkatlah darjatku, Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by miss_white at 16-10-2008 02:28 PM



tak bole solat sambil pejam mata sebab hukum dia makruh
semasa kita solat mata kena pandang kat tempat sujud


Kalau ikut tulisan Ustaz Zaharuddin(zaharuddin.net) dlm bukunya "Formula Solat Sempurna", yg terbaik ialah mata memandang tetap ke arah tempat sujud bagi mendatangkan khusyuk.

Namun jika dgn solat mata terbuka itu boleh menghilangkan khusyuk, jalan yg terbaik seterusnya ialah solat dgn memejamkan mata.
Tak lah sampai jatuh ke hukum makruh, mengikut Ustaz Zaharuddin lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 11:12 PM | Show all posts
Bayangkan solat kita tu solat terakhir, solat penghabisan(dan lepas tu kita akan mati)..
So mesti kita pulun solat tu..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list