View: 3070|Reply: 12
|
SEJARAH PENULISAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA
[Copy link]
|
|
NAMA BUKU: RINGKASAN SEJARAH PENULISAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA
PENGARANG: ABDUL KADIR BIN HAJI MUHAMMAD
PENERBIT: DBP 1996
MUKASURAT 213
BAB 1- Penulisan Awal Hukum Islam
1. Oleh sebab tidak ada dokumen yang lengkap tentang kedatangan Islam ke Malaysia berbagai-bagai teori telah timbul tentang tarikh sebenar kemasukan agama Islam ke negara ini.
2. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang kuat menunjukkan bahawa Islam tiba di negara ini sekitar abad ketiga Hijrah bersamaan abad kesepuluh Masihi.
3. Pada waktu itu, segala kegiatan tentang hukum sama ada berupa perintah atau pengajaran dilakukan dalam bentuk lisan.
4. Kedatangan Islam kemudiannya merintis jalan ke arah menggunakan penulisan sebagai media dalam menyampaikan perintah atau pengajarannya kepada orang ramai dan masyarakat.
5. Tulisan jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab telah mula diperkenalkan, dengan beberapa tambahan untuk disesuaikan dengan bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.
6. Batu bersurat yang dijumpai di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 M dianggap kemuncak kesempurnaan tulisan tersebut.
7. Batu Bersurat yang mempunyai empat penampang itu memproklamasikan perundangan Islam kepada rakyat negeri Terengganu tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
8. Penulisan perundangan pada Batu Bersurat Terengganu amat ringkas iaitu hanya mengandungi beberapa aspek kecil sahaja daripada perundangan Islam yang amat luas itu.
9. Secara amnya perundangan itu terbahagi kepada 2 bahagian, pertama: merangkumi bidang muamalat, kedua: tentang jenayah zina.
10. Penulisan undang-undang Islam yang terpahat di Batu Bersurat Terengganu bukan sahaja dianggap tertua dalam bidang perundangan Islam, bahkan mendahului ilmu lain yang ditulis dalam bahasa Melayu berhuruf Arab selepas kedatangan Islam.
[ Last edited by BeachBoys at 18-10-2008 09:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Kanun Melaka
1. Undang-undang Melaka yang dikenal sebagai Hukum Kanun Melaka dibuat pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, yang memerintah antara tahun 1446 hingga 1456.
2. Hukum Kanun Melaka yang ditulis itu merupakan undang-undang bertulis yang kedua yang mempunyai unsur-unsur perundangan Islam selepas undangundang Islam pertama yang terpahat di Batu Bersurat Terengganu.
3. Melaka dianggap kerajaan Melayu pertama yang menyusun perundangan yang mempunyai unsur-unsur syariah Islam.
4. Hukum Kanun seperti Undang-undang Jenayah, Undang-Undang Muamalat, Undang-Undang Keluarga dan Undang-Undang Keterangan dan Acara adalah berasal daripada hukum Islam.
5. Sultan Muzaffar Shah dianggap bertanggungjawab memerintah supaya dikanunkan undang-undang Melaka secara bertulis.
6. Seri Nara Diraja merupakan orang yang bertanggungjawab menyusun Hukum Kanun itu untuk Sultan Muzaffar Shah. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Kanun Pahang
1. Penulisan Hukum Kanun Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abd Ghafur Muhaiyuddin Shah, Pahang 1592-1614 adalah lanjutan daripada Hukum Kanun Melaka.
2. Para sarjana telah sependapat bahawa Hukum Kanun Pahang ini kuat dipengaruhi oleh perundangan Islam.Hampir separuh daripadanya diambil secara langsung daripada perundangan Islam.
3. Undang-undang Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang lebih lengkap dan terperinci berbanding undang-undang Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan
1. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang terdapat di negeri Perakmerupakan salah satu lagi bentuk penulisan perundangan yang mempunyaiunsur-unsur keIslaman yang dijumpai di Malaysia.
2. Undang-undang ini telah dibawa oleh Syed Hassan ke negeri Perak yang pada masa itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Shah.
3. Undang-undang yang dibawa dari Hadramaut ini besar kemungkinan telah mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan masyarakat setempat.
4. Bentuk susunan undang-undang ini seakan-akan kandungan kitab al-ihkam fi tamyiz al-fatawa an al-ahkam wa-al-tasarufat al-adi wa-al-imam karangan Imam al-Qarafi pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
5. Sungguhpun terdapat unsur-unsur lain dalam perundangan itu, maka tidak dinafikan ia juga mengandungi undang 杣ndang yang bersumberkan pengajaran Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sirat al- Mustaqim
1. Kitab Sirat al-Mustakim adalah hasil karya Sheikh Nuruddin al-Raniri
2. Merupakan antara hasil penulisan perundangan Islam terawal dan terbesar dalam bahasa Melayu yang bukan berbentuk hukum kanun dan ia dianggap sebuah kitab perundangan Islam yang berwibawa pada zaman tradisi hingga beberapa lama kemudian.
3. Dihasilkan pada abad ke-11 H bersamaan abad ke-17 di Pahang.
4. Kitab perundangan Islam pertama yang lengkap mengandungi hukum-hukum ibadat yang dijumpai di Tanah Melayu pada waktu itu.
5. Mengandungi hukum-hukum tentang pakaian orang Islam, berwuduk, bersugi, mengerat kuku, mencabut bulu-bulu di badan, sembahyang, pengkebumian jenazah, zakat, makanan dan seterusnya.
6. Ditulis bersumberkan buku-buku perundangan Islam yang ditulis oleh ulamaulama Islam yang berwibawa daripada mazhab Syafi抜.
7. Merupakan sebuah kitab perundangan Islam yang amat berpengaruh dan digunakan dengan meluas terutama di Acheh sehingga abad ke-19.
8. Kitab perundangan Islam ini memainkan peranan besar dalam menyampaikan hukum ibadat kepada penduduk Islam yang tinggal di Gugusan Kepulauan Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2- Penulisan Hukum Islam Pada Abad Ke-19
1. Siri pertama penulisan perundangan Islam yang dipelopori oleh para ulama ini bermula di Pahang dengan karya Sheikh Nuruddin al-Raniri yang bertajuk Sirat al-Mustaqim.
2. Diikuti dengan karya yang berjudul Mirat al-tullab li-marifat al-shariat al-Maliki al-Wahhab yang dihasilkan oleh Sheikh Abdul Rauf Al-Fansuri.
3. Seterusnya karya Sabil al-Muhtadin lil-tafaqquh fi amr al-din yang dihasilkan oleh Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari. Kitab ini merupakan lanjutan atau sambungan kepada kitab Sirat al-Mustaqim.
4. Pada pertengahan abad ke-11 H/17 hingga awal abad ke-12 H/18, siri penulisan perundangan Islam ini telah berkembang di Terengganu.
5. Penulisan ini dipelopori oleh Sheikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali dengan Tuk Pulau Manis.
6. Beliau hidup antara tahun 1650-1750 dan lebih terkenal dalam bidang penulisan ilmu tasawuf dengan karyanya kitab Hikam Melayu, sebuah huraian yang didasarkan kepada Matan Hikam, karangan Ibn Ata抜llah (1616-1690).
7. Beliau telah menghasilkan tiga buah tulisan dalam bidang perundangan Islam. Dua berbentuk risalah dan satu berbentuk kitab.
8. Karya-karya itu adalah Risalah naql, Risalah Kayfiyat al-Niyyah dan Kitab Kifayah.
9. Pada abad ke-19, perkembangan penulisan ini berpindah ke Pattani. Pada masa ini Pattani telah berkembang menjadi pusat pengajian Islam.
10. Pattani telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama, antaranya Sheikh Daud bin Abdullah al-Pattani yang banyak menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang keilmuan keislaman; aqidah, tasawuf dan perundangan yang merangkumi ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah.
11. Antara hasil karya Sheikh Daud ialah:
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 3-Penulisan Hukum Pada Abad Ke-20 Hingga Merdeka
Penulisan Tidak Khilafiyah
1. Merupakan lanjutan atau sambungan kepada penulisan para ulama pada abad terdahulu.
2. Penggunaan teknik dan bahasa yang lebih mudah sesuai dengan
perkembangan masyarakat.
3. Pelaksanaan hukum tersebut dilakukan oleh para pemeluknya secara sukarela.
4. Pelaksanaannya terbatas kepada hukum ibadat, munakahat dan muamalat, kerana hukum-hukum ini tidak memerlukan kuasa para pemerintah dalam melaksanakannya.
5. Penulisan hukum Islam pada abad ke-20 ini boleh dikatakan pada keseluruhannya tertumpu kepada perundangan Islam yang melibatkan hukum ibadat, khususnya tentang bersuci dan sembahyang
6. Beberapa pembaharuan dilakukan dengan tujuan untuk menarik para pembaca supaya membaca karya-karya tersebut.
Perkembangan Penulisan di Pattani
1. Sesuai sebagai pusat perkembangan Islam, Pattani banyak menghasilkan karya perundangan pada abad ke-20.
2. Antara bahan-bahan yang dijumpai adalah:
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulisan Khilafiyah
1. Masalah Khilafiyah ini telah lama wujud dalam persuratan Islam.
2. Timbulnya masalah Khilafiyah ini ialah berpunca daripada pandangan yang tidak sama tentang sumber-sumber hukum pada masalah tertentu.
3. Perbezaan ini terjadi kerana:
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulisan Enakmen Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
1. Enakmen pentadbiran Islam yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat turut juga diperkenalkan juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NMB ) yang merangkumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Perak adalah negeri yang pertama diperkenalkan dengan enakmen tersebut.
3. Perintah atau Order in Council pertama itu bertarikh 28 Februari 1880 mengenai pungutan zakat.
4. Yang kedua pula bertarikh 5 Januari 1981, mengenai pengharaman pengebaran bendera di masjid.
5. Peruntukan yang dilaksanakan di Perak dan Negeri Sembilan tidak jauh bezanya daripada peruntukan sebelumnya, iaitu menekankan kepada aspek pendaftaran perkahwinan dan perceraian tanpa menyentuh hukum-hukum substantif Islam itumsendiri.
6. Ini berbeza dengan pelaksanaan di Pahang dan Selangor yang telah memansuhkan beberapa peruntukan mengenai hukum-hukum substantif kekeluargaan Islam itu sendiri.
7. Selangor turut memperkenalkan enakmen pentadbiran mengenai Islam. Antara enakmen terawal yang dilaksanakan ialah perintah mengenai perlantikan kadi, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan kematian di kalangan orang Islam.
8. Pada tahun 1952, Selangor telah memperkenalkan undang-undang yang lebih lengkap dan sempurna mengenai pentadbiran Islam.
9. Undang-undang itu disebut sebagai The Administration of Muslim Law Enactment, 1952.
10. Kemudian undang-undang itu telah dipinda dari semasa ke semasa, tetapi tidak jauh bezanya daripada undang-undang yang asal.
11. Negeri Sembilan turut memperkenalkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.
12. Sama seperti Perak dan Selangor, Negeri Sembilan turut menyatukan segala bentuk undang-undang pendaftaran perkahwinan dan perceraiannya.
13. Pada tahun 1949, Negeri Sembilan memperkenalkan satu enakmen baru iaitu Undang-Undang Majlis Mesyuarat Agama, 1949.
14. Pada tahun 1957, Negeri Sembilan menggubal pula satu undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957.
15. Akhirnya segala undang-undang tersebut disatukan ke dalam undang-undang yang digubal selepas merdeka.
16. Pahang turut diperkenalkan dengan enakmen pentadbiran agama Islam.
17. Pada tahun 1920, Pahang telah menggubal satu enakmen baru bagi menggantikan enakmen pendaftaran perkahwinan dan perceraian di atas.
18. Pada keseluruhannya boleh dikatakan enakmen-enakmen ini tidak mempunyai banyak perbezaan di antara satu sama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Penulisan Enakmen di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
1. Sejarah penulisan enakmen pentadbiran Islam di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor, sama dengan sejarah penulisan enakmen di NMB.
2 Setiap enakmen pentadbiran Islam yang hendak diluluskan bagi setiap negeri Melayu mesti terlebih dahulu disahkan oleh penasihat British yang dilantik bagi setiap negeri tersebut.
3 Penggubalan enakmen di NMTB lewat diperkenalkan berbanding dengan enakmen yang diperkenalkan di Negei-negeri Selat dan NMB.
4 Pada peringkat permulaan, enakmen-enakmen yang diluluskan di NMTB ditumpukan kepada menggubal peraturan-peraturan mengenai perkahwinan dan perceraian sahaja.
5 Kemudian baru diikuti dengan perkara lain, tetapi tidak menyentuh hukum-hukum muamalat dan jenayah.
6 Perundangan ini telah dilaksanakan mengikut sistem perundangan British dan hanya terhad kepada orang Islam sahaja.
7 Pada keseluruhannya boleh dikatakan enakmen-enkmen ini mula diperkenalkan selepas tahun 1909, kerana bermula dari tarikh itu barulah British menguasai secara rasmi negeri-negeri tersebut.
8 Seterusnya enakmen-enakmen pentadbiran Islam telah digubal dari semasa ke semasa sehingga pada tahun 1938 barulah digubal beberapa enakmen yang lebih lengkap dan sempurna berbanding dengan enakmen-enakmen yang diperkenalkan sebelum ini.
9 Pada keseluruhannya, enakmen-enakmen yang ditulis kesemuanya dalam bahasa Inggeris.
10 Dengan terlaksananya enakmen-enakmen pentadbiran Islam di NMTB, maka kseluruhan negeri tersebut telah mempunyai undang-undang pentadbiran Islamnya tersendiri dengan diberi nombor siri undang-undang mengikut negeri masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan
1. Pada tahun 1948, NMTB dan NMB digabungkan untuk menjadi sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanan Melayu.
2. Bagaimanapun perkara tentang pentadbiran Islam dan penggubalan enakmennya terus diletakkan di bawah kekuasan sultan negeri masing-masing kecuali negeri-negeri Selat diletakkan di bawah kuaasa gabenor.
3. Enakmen-enakmen itu terus digubal dari semasa ke semasa sehinggalah setiap
negeri itu mempunyai enakmen yang berasingan tentang perkahwinan dan
perceraian, pelbagai kesalahan, zakat dan fitrah, undang-undang Baitulmal dan
undang-undang Majlis Agama Islam.
4. Semua enakmen Majlis Agama ini telah digubal selepas tahun 1948, iaitu selepas berlakunya pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
5. Sungguhpun begitu, badan ini tidak mempunyai kebebasan mutlak, kerana setiap enakmen Islam yang digubal mestilah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan mesti mendapat persetujuan daripada penasihat British.
6. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam enakmen-enakmen Islam itu sebahagian besarnya menyentuh tentang masalah pentadbiran.
7. Disebabkan oleh pengaruh dan campur tangan British, terdapat beberapa peruntukan yang bertentangan dengan undang-undang substantif Islam, khususnya dalam enakmen kesalahan.
8. Kesalahan-kesalahan yang disentuh oleh enakmen-enakmen tersebut terbahagi kepada 6 bahagian:
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumusan
1. Daripada fakta-fakta yang telah dibincangkan dalm fasal-fasal di atas, pnulisan hukum Islam di Malaysia telah dipelopori oleh 3 golongan yang berlainan.
2. Pada peringkat permulaan, ia telah dipelopori oleh pihak istana. Bagaimanapun tidak dinafikan peranan para ulama dalam menjayakannya.
3. Peringkat berikutnya ia dipelopori pula oleh para ulama secara individu manakala peringkat seterunya penulisan seperti itu telah dipelopori oleh pihak penjajah British.
4. Ketiga-tiga peringkat penulisan ini berbeza antara satu sama lain, baik dari segi bentuk mahupun kandungan dan bukan merupakan lanjutan antara satu sama lain, tetapi merupakan karya-karya yang berasingan.
5. Penulisan yang dipelopori oleh para pemerintah ini ialah berbentuk Hukum Kanun. Ia bermula dengan Batu Bersurat diTerengganu, kemudian diikuti dengan Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak.
6. Penulisan ini bersumberkan hukum Islam dalm bahasa Arab dan bercampur aduk dengan hukum adat.
7. Penulisan-penulisan yang dipelopori oleh para ulama pula terbahagi kepada penulisan perundangan tidak khilafiyah dan penulisan perundangan khilafiyah.
8. Penulisan dalam bentuk tidak khilafiyah hanya menyebut pendapat para ulama yang selain kalangan mazhab Syafii secara sepintas lalu sahaja dan dengan tujuan memperluaskan pengetahuan para pembaca semata-mata.
9. Penulisan dalam bentuk khilafiyah membincangkan sesuatu hukum secara terperinci dengan membuat kesimpulan tanpa terikat kepada pendapat mazhab Syafii.
10. Kedua-dua bentuk penulisan ini dilahirkan oleh dua aliran pengajian yang berlainan.
11. Penulisan tidak khilafiyah dipelopori oleh mereka yang masih kuat berpegang dengan aliran pengajian mazhab Syafii, manakala penulisan bercorak khilafiyah dipelopori oleh mereka yang terpengaruh dengan aliran pengajian Islah di Mesir,Arab Saudi dan India.
12. Mereka mahu umat Islam kembali berpegang secara terus kepada al-Quran dan as-Sunnah, mengamalkan Itjihad dan meninggalkan taklid dalam menyelesaikan masalah hukum.
13. Walaupun begitu kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam karya mereka tidak menunjukkan demikian.
14. Penulisan perundangan tidak khilafiyah telah memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam di Tanah Melayu dalam memehami segala bentuk hukum Islam, mengikut mazhab Syafii.
15. Daripada karya-karya perundangan yang dapat dikesan, kemuncak penulisan perundangan Islam telah dicapai oleh Sheikh Daud al-Pattani, pada abad ke-19 di Makkah.
16. Karya-karya para ulama yang bermastautin di Makkah merangkumi pelbagaibagai aspek perundangan Islam seperti ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, kehakiman dan sebagainya.
17. Kegiatan penulisan berbentuk enakmen yang diperkenalkan oleh British mempunyai perbezaan yang jelas dengan perundangan Islam yang diperkenalkan oleh pemerintah atau para ulama pada zaman permulaan.
18. Oleh sebab enakmen-enakmen ini digubal di bawah pengaruh dan kekuasaan British, ia hanya menyentuh sebahagian kecil daripada urusan pentadbiran Islam yang begitu luas.
19. Terdapat juga beberapa peruntukan yang bersifat negatif terhadap perkembangan Islam khususnya perkara yang berkaitan dengan dakwah, baik berbentuk pengajaran atau pernyebaran buku-buku agama.
20. Enakmen-enakmen yang digubal pada masa penjajahan British lebih sempit jika dibandingkan dengan peruntukan undang-undang Islam yang digubal oleh para pemerintah negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.
21. Malah ianya jauh lebih sempit jika dbandingkan dengan karya perundangan yang dihasilkan oleh para ulama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|