View: 2112|Reply: 3
|
CT terima lamaran Mamat Khalid-confirm
[Copy link]
|
|
'Kelip-Kelip' Siti Nurhaliza masuk pawagam
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
KEMUNCULAN Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dalam dunia lakonanmemang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk peminatnya dan impiantersebut bagaikan termakbul apabila dia bersetuju untuk membintangifilem animasi Kelip-Kelip.
Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah tersohor Mamat Khalid itu merupakan lakonan pertama Siti di layar perak.
Penyanyi nombor satu negara ini juga turut bersetuju untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut.
Namun, penampilan Siti dalam filem tersebut hanya dalam bentukanimasi dan cuma suara Siti yang digunakan untuk halwa telinga penonton.
Yang menariknya, penonton dapat menatap Siti dalam bentuk kelip-kelip cantik yang mengenakan selendang.
Siti bakal membintangi filem Kelip-Kelip arahan Mamat Khalid. -foto MSTAR oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Kata Siti, dia sendiri telah melihat sedutan 'teaser' yang dibuatmenggunakan teknologi seperti filem animasi luar negara iaitu WarnerBros itu.
"Saya tertarik dengan 'teaser' tersebut dan Insya Allah, saya akanmelakonkan watak kelip-kelip itu," komen Siti ketika majlis rumahterbuka Aidilfitrinya di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa semalam.
Walaupun telah membuka hatinya dalam filem tersebut, tidak bermakna Siti mudah untuk menerima tawaran filem lain.
Siti mengiyakan yang dirinya turut ditawarkan oleh KRU Studio untuk berlakon filem.
"Skrip saya dah dapat tetapi kami masih berbincang. Jadi, saya belummembuat keputusan sama ada hendak menerima tawaran tersebut atautidak," jelas Siti.
Namun, berdasarkan komen berikut, Siti seakan-akan menolak tawaran tersebut.
"Saya belum bersedia untuk berlakon sepenuhnya sebab masa tidakmengizinkan. Jika sikit-sikit tu bolehlah. Bukan apa, nak berlakon nikita kena sabar menunggu. Saya rasa belum tiba masanya lagi. Tengokdulu, saya akan terima jika ada karektor bersesuaian dengan saya,"beritahu Siti lagi.
Tambah Siti, jika ingin menceburi dunia lakonan, dia akan pastikankarektor tersebut bersesuaian dengan imejnya dan ceritanya mempunyaimesej atau unsur yang baik seperti filem Ayat-Ayat Cinta.
"Saya juga tidak menolak jika cerita tersebut bergenrekan komedi danaksi. Tak semestinya cerita Islamik tetapi yang menyentuh tentangkehidupan," ujar Siti yang sedang sibuk dengan pembikinan albumkontemporari terbarunya.
Menurut Siti, dia akan menghabiskan masa di studio untuk rakaman lagu pada hujung bulan ini.
"Harap-harap album tersebut boleh siap pada bulan Disember ini atauawal tahun depan," jawab Siti yang tidak memikirkan matlamat 'kejar' Anugerah Industri Muzik sebagai alasan untuk menyiapkan album secepat mungkin.
Siti juga dalam perangkaan untuk melakukan persembahan jelajahYayasan Nurjiwa namun dia bagaimanapun mahu menyiapkan album terlebihdahulu sebelum memikirkan tentang persembahan tersebut.
Jamuan Hari Raya besar-besaran
Sebelum ini, Siti tidak pernah melakukan jamuan secara besar-besaran untuk peminatnya.
Jika ada pun, dia hanya melakukan majlis tertutup itupun jika ada masa terluang.
Komen mengenai majlis rumah terbuka Aidilfitri yang pertama kalidilakukan untuk peminatnya, Siti berkata dia sudah lama memasang niattersebut.
"Sebelum ini, saya ada menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kelabpeminat saya, Sitizone. Kali ini, saya baru berkesempatan untuk membuatmajlis secara besar-besaran untuk peminat yang melayari laman webSitizone.
"Ramai juga yang datang hari ini dalam lebih 300 orang termasuk stafSiti Nurhaliza Production. Kalau ada kelapangan nanti, saya akan buatmajlis ini setiap setahun sekali.
Alhamdulillah, suami pun beri sokongan," tutur Siti yang bakal sibuk mulai minggu hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
kelip2 ni cuma citer animasi kan?
bukanlah berlakon dalam erti kata sebenar.. so, maybe sebab tu ct pun takde masalah nak terima..
apapun tak sabar nak tgk kelip2 pakai selendang |
|
|
|
|
|
|
|
Syd dah paste artikel nie kat thread asal kat bawah...
leh merged/closed je kot thread nie... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun rasa g2 gak eddy...bukan sepenuhnya ct berlakon...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|