View: 9589|Reply: 12
|
jumpa barang/harta etc..
[Copy link]
|
|
Salam Ustaz/Ustazah/ forumner,
saya nak tanya.. bila masa kah kita dibolehkan mengambil barang yg kita jumpa?..
sebagai cth:
1) katakan saya saya jumpa rm10 kat tmpt pembungan sampah.. bole tak ambil?
2) tengah menyelam kat laut jumpa seutas rantai emas.. bole tak ambil?
3) surat khabar di perhentian bas...
dan cth2 lain...
katakan saya x ambil :
1) kalu mat gian jumpe rm10 tu..nanti dia buat beli dadah..
2) kalu saya amibil pun tp nak pulangkan pada sape>?
3) kalu x ambil nanti jadi sampah pulak kat perhentian bus tu..
minta pandangan..
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah jumpa duit selonggok kat psr mlm.. celah celah org ramai..
masa tu kecik lagi.. kutip je la..
tp ade dgr gak..
kalau jumpa duit gitu.. masuk kan je dlm tabung derma memana.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah jumpa lidi rim basikal,tak tak tau owner basikal tu.camner nak buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by relaxjek at 23-10-2008 11:10 AM
Salam Ustaz/Ustazah/ forumner,
saya nak tanya.. bila masa kah kita dibolehkan mengambil barang yg kita jumpa?..
sebagai cth:
1) katakan saya saya jumpa rm10 kat tmpt pembungan sampah.. bo ...
1. kalau ko jumpa duit ko angkat je la...mungkin dah rezeki ko..tapi kalau ko jumpa beg duit siap ada i/d pemilik, maka wajiblah di pulangkan semula dan duit tu takleh amik...(kalau di jepun ko jumpa duit tgh jln tapi tak tau sapa tuannya, hantar kat balai polis, kalau lebih 3 bulan tiada pemilik tuntut, tu dah jadi milik ko)
2. sama gak...jumpa rantai dlm laut, tu dah konsider rezeki ko...Allah leh tarik rezeki dan kasi rezeki kepada sesiapa yg di kehendaki...kasi contoh la..ada satu orang tgh berenang, alih2 rantai emas yg di pakai tercabut dan hilang di laut,then beberapa tahun kemudian, orang lain berenang kat situ tersauk rantai tu,so dah jadi rezeki dia jumpa.
3. paper..kalau paper hari ini ko amik je la baca..kalau taknak ko masuk dlm tong sampah atau kasi kat orang yg kutip kotak/surat khabar lama..mungkin rezeki diaorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Z77 at 23-10-2008 11:54 AM
1. kalau ko jumpa duit ko angkat je la...mungkin dah rezeki ko..tapi kalau ko jumpa beg duit siap ada i/d pemilik, maka wajiblah di pulangkan semula dan duit tu takleh amik...(kalau di jepun ...
thanks bro Z77,
maksudnyaa kat sini kalu kita tau sape tuan punya barang tu kita pulangkan..kalu xtau sape punya kita bole ambik jd harta kita.. mcm tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kaedah di dlm fiqh mengenai HUKUM LUQOTHOH ( barang jumpa ) ialah :
mengambil itu lebih baik dari membiarkan ... dgn syarat yg mengambil itu seorg yg adil & jujur ....
WALLAHU A'LAM .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 relaxjek's post
kalau x tahu siapa tuannya bolehlah buat harta ... tapi jika tuannya menuntut haknya balik, hendaklah kita kembalikan kpd yg berhak ....
WALLAHU A'LAM .... |
|
|
|
|
|
|
|
1) katakan saya saya jumpa rm10 kat tmpt pembungan sampah.. bole tak ambil?
2) tengah menyelam kat laut jumpa seutas rantai emas.. bole tak ambil?
3) surat khabar di perhentian bas...
1. kalau ko jumpa duit ko angkat je la...mungkin dah rezeki ko..tapikalau ko jumpa beg duit siap ada i/d pemilik, maka wajiblah dipulangkan semula dan duit tu takleh amik...(kalau di jepun ko jumpaduit tgh jln tapi tak tau sapa tuannya, hantar kat balai polis, kalaulebih 3 bulan tiada pemilik tuntut, tu dah jadi milik ko)
2. sama gak...jumpa rantai dlm laut, tu dah konsider rezeki ko...Allahleh tarik rezeki dan kasi rezeki kepada sesiapa yg di kehendaki...kasicontoh la..ada satu orang tgh berenang, alih2 rantai emas yg di pakaitercabut dan hilang di laut,then beberapa tahun kemudian, orang lainberenang kat situ tersauk rantai tu,so dah jadi rezeki dia jumpa.
3. paper..kalau paper hari ini ko amik je la baca..kalau taknak komasuk dlm tong sampah atau kasi kat orang yg kutip kotak/surat khabarlama..mungkin rezeki diaorang.
Jawap pakai akal tanpa rujuk dalil yg sahih sapa2 boleh buat tapi ianya boleh membinasakan diri sendiri.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhainni r.a bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda :
Sesiapa yg mengambil barang orang yg tercicir, maka dia berada dlm kekesatan selama belum diberitahukannya.
( Riwayat Muslim dan Ahmad )
Bab barang tercicir/dijumpai ini termasuk dlm Bab Luqothoh. Penjelasannya dari kitab2 memang agak panjang lebar dan menarik sekali.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhainni yg berkata : Pernah seorang laki2 datng kpd Rasulullah SAW lalu ia bertanyakan mengenai barang yg tercicir. Maka Dijawab oleh Nabi SAW : Perhatikanlah bungkusan dan ikatannya, kemudian beritahukanlah selama setahun, barangkali akan datang orang yg empunya barang itu. Dan jika ia tidak juga datang maka adalah urusan engkau terhadap barang itu.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Maksud dari hadis Nabi SAW ini ialah sebelum kita cepat2 nak ambil dan isytihar barang tercicir itu sebagai hak milik kita ada beberapa pekara yg mesti dipatuhi :
i.) Barangan yg dijumpai itu wajib diwar2kan selama setahun, Maknanya perlu diberitahu misalnya di papan kenyataan mesjid atau ditempat awam di mana barang itu dijumpai.
ii.) Perhatikan barangan yg keciciran itu. Misalnya jika yg dijumpai itu adalah dompet berisi wang. Hendaklah dicatitkan oleh kita warna dompet itu, wang yg ada di dlmnya, tempat di mana dompet itu dijumpai dll. Ini kerana setelah diwar2kan dan ada orang yg menuntut barangan tersebut...semua pekara yg dicatitkan ini akan kita tanya utk dapatkan pengesyahan.
iii.) Setelah setahun tiada yg menuntut maka bolehlah barangan tersebut dianggap sebagai hak milik kita.
1) katakan saya saya jumpa rm10 kat tmpt pembungan sampah.. bole tak ambil?
2) tengah menyelam kat laut jumpa seutas rantai emas.. bole tak ambil?
2 soalan ini sama mcm penerangan spt mana penjelasan dari hadis Nabi SAW di atas.
Dan sebuah hadis lain mengenai masalah yg sama disebutkan :
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhainni r.a bahawasanya Nabi SAW pernah ditanya mengenai luqothoh emas dan perak lalu dijawab baginda :
Perhatikanlah bungkusannya dan ikatannya, kemudian beritahukanlah selama setahun, jika engkau tidak ketahui pemiliknya maka belanjakanlah barang itu dan hendaklah barangan itu dianggap sebagai pertaruhan engkau. Tetapi apabila datang orang yg menuntutnya pada satu hari sesudah masa war2 itu maka berikanlah kepadanya semula.
( Riwayat Muslim )
Dlm hadis ini pula disebutkan bahawa setelah habis waktu kita mewar2kannya maka bolehlah barangan itu jadi hak milik kita. Namun, katakan selepas waktu war2 selama setahun itu tiba2 ditakdir muncul pemilik sebenar barang tercicir itu maka wajib kita pulangkan kepadanya.
3) surat khabar di perhentian bas...
Mengenai barangan yg nilainya tidaklah begitu tinggi maka hadis Nabi SAW menyebutkan :
Dari Ya'la bin Murrah ia berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda :
Sesiapa yg memungut satu barang cicir yg sedikit, misalnya seutas tali atau satu dirham, atau yg sama dgn itu, maka hendaklah ia war2kan selama 3 hari. Jika nilainya lebih dari itu maka diwar2kan selama 6 hari, barangkali akan datang tuan punya barangan tersebut, dan jika tidak juga datang hendaklah ia sedekahkan sahaja barangan yg dijumpainya itu.
( Riwayat Ahmad dan Tabrani )
Bagaimana pun jika barangan yg dijumpai itu tiada nilai maka hadis Nabi SAW menerangkan :
Dari Jabir r.a yg berkata : Telah dibolehkan bagi kami oleh Rasulullah SAW pada tongkat, cambuk, tali dan sebagainya yg dipungut oleh seorang laki2 utk digunakan.
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )
Kalau kita rajin baca kitab2 lama mengenai bab luqothoh ini ada menyebutkan bahawa sahabat Nabi SAW apabila mereka menjumpai barang2 cicir kalau tidak sampai jadi keberatan maka mereka tidak akan mengambilnya kerana khuatir akan dipertanggung jawab oleh Allah SWT pula dikemudian hari.
Bagaimana pun jika barangan yg dijumpai itu misalnya adalah barangan yg cepat busuk atau rosak maka ulamak memberi laluan utk kita menurut budi bicara kita. Misalnya jika barangan yg dijumpai itu adalah sesikat pisang yg tercicir oleh pelanggan di kedai kita maka bolehlah kita tunggu selama 2 atau 3 hari sebelum pemiliknya kembali menuntut sebelum kita memakannya. Tapi andai kata selepas kita makan pisang tadi tiba2 muncul pemiliknya maka wajib atas kita membayar kembali kepadanya harga pisang yg kita makan itu.
Wallahu A'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 noriabdullah's post
info yg bagus utk dikongsi bersama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 Z77\ catat
ni hukum dari dalil mana ni?
[ Last edited by ibnur at 24-10-2008 01:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noriabdullah at 23-10-2008 16:57
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhainni yg berkata : Pernah seorang laki2datng kpd Rasulullah SAW lalu ia bertanyakan mengenai barang ygtercicir. Maka Dijawab oleh Nabi SAW : Perhatikanlah bungkusan danikatannya, kemudian beritahukanlah selama setahun, barangkali akandatang orang yg empunya barang itu. Dan jika ia tidak juga datang makaadalah urusan engkau terhadap barang itu.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
bagus info tersebut....
aku nak tambah sikit lagi mengenai hadis diatas. Diamana dalam riwayat Bukhari :
file:///C:/DOCUME%7E1/KKK/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/KKK/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpg
Zaid bin Khalid Al- Juhani r.a. berkata" Seseorang bertanya kepada Nabi. SAW mengenai barang penemuan dijalan.
Kata Nabi, "Kenalilah pengikat dan kalungnya (ciri2nya). Kemudian beritahu kepda khalayak ramai dalam tempoh satu tahun. Sudah lewat satu tahun bolehlah engkau pergunakannya. Tetapi kalau datang yang punya memintanya, berikanlah atau bayarlah kepadanya (1)".
Bertanya pula orang itu, "Bagaiman kalau yang ditemui itu unta, ya Rasulullah?' Rasulullah kelihatan marah (2) mendengar pertanyaan itu, sehingga merah mukanya. Rasulullah berkata "Apa perlunya engkau ambil unta itu. Bukan dia mempunyai kantong air dan tapak kaki. Ia sendirinya sanggup minum dan mencari makan dari daun2 kayu. Biarkan saja dia unta itu sampai ditemukan oleh tuanya".
Tanya orang itu pula. " Kalau kambing, bagaimana?". Jawab Rasulullah, " Untuk kamu atau saudaramu, atau untuk serigala (3)".
Nota kaki :
(1) APabila seseorang menjumpai barang di jalanan seperti dompet, rantai emas atau barang yang berharga dan tidak mengetahui siapa pemiliknya. Terdahulu mengenali ciri2nya yang khas seperti warnanya, ukurannya, dan sebagainya. Setelah itu umumknan kepada masyarakat tentang penemuan itu melalui radio, surat khabar, di masjid dan tempat2 awam. Jika pemiliknya datang meminta, berilah kepadanya setalh meneliti lebih dahulu benar atau tidak pengakuan orang itu. Apabila cukup satu tahun, pemiliknya belum datang menuntuk , bolehlah di gunakan. Tetapi jika pemiliknya datang menuntuk hendahlah di berikan gantinya.
(2) Nabi marah mendengar pertanyaan orang itu, kerana orang itu berlagak bodoh, Beliau olehkan memungut barang penemuan di jalan bukan untuk dimiliki bagi keuntungan peribadi tetapi untuk menjaga supaya barang itu jangan terbuang sia2. Unta yang hilang tak usah dikhawatiri kerana ia dapat mencari makan dan minum dengan sendiri. Sebab itu tak perlu diambil, biarkan sahaja sampai ia di jumpai oleh tuanya.
(3) Kambing boleh diambil, untuk keperluan peribadi atau dihadiahkan kepada orang yang sanggup menjaganya selama belum diketahui siapa pemiliknya, untuk menjaga agar tidak diamkan serigala atau binatang buas.
[ Last edited by Yo-Ya at 24-10-2008 07:58 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ada satu lagi info daripada soal jawab buletin At-Taqwa Jabatan Mufti Selangor.
Soalan
Jika terjumpa wang / barang berharga di jalanraya atau di tempat awam, adakah ianya boleh digunakan?
Jawapan :
Wang/ barang tersebut boleh digunakan dengan syarat hendaklah diisytiharkan terlebih dahulu di tempat awam dalam tempoh satu tahun dengan tujuan mencari pemiliknya. Dalam hal ini, wang / barang berharga yang dijumpai tercicir di jalanan dinamakan barang. Jika pemiliknya tidak dijumpai maka wang tersebut boleh digunakan dengan niat kalau ada pemiliknya yang menuntut orang yang menggunakan sedia menggantinya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya " ( Serahkan barang tercicir kepada pemiliknya ) kalau ia datang menuntut, kalau tidak ada yang menuntut, barang itu menjadi amanah di tangan engkau".
(Riwayat Bukhari)
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa%20Bil%204%2011.htm
[ Last edited by Yo-Ya at 24-10-2008 09:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|