|
Originally posted by whitequeen at 24-10-2008 12:16
saya rasa bole kut sbb sdgkan dr yang kesempitan waktu pun dibenarkan solat jamak..ni saya dengar dalam kuliah jumaat kat tv3 hari tu..
Kita Ade Rukhsah Kan...Kelonggaran Dalam Ibadat Jikalau Ade Masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
best nyer |
|
|
|
|
|
|
|
wallahualam....ilmu cetek...kene tanya imam @ guru2 agama yang tahu ttg penyelesaian masalah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
saya ade terbaca permasalahan seorg sahabat di thread lain yang mengatakan dia telah pergi outstation ke china selama 10 hari...dan telah melakukan solat jamak sepanjang tempoh tersebut...dgn alasan dia sukar mencari tempat utk solat...macam mana pula kalau terjadi permasalahan seperti ni??dibenarkan kah kerana org tersebut menghadapi kesusahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sahaja Baru Sahaja Balik Dari Negeri China(Guangzhou)..Saya BeradaDisana Selama 10Hari...Diatas Urusan Kerja..Selama Saya BeradaDisana..Saya Hanya Melakukan Solat Jamak (Zohor Dengan Asar) Dan(Maghrib Dengan Isyak)...Ini Kerana Saya Keluar Dari Hotel Pada Pukul0900hrs Dan Kembali Semua Pada Pukul 2100hrs....Dan UntukMaklumat...Masalah Untuk Solat Disana Seperti Biase Adalah Sukar KeranaTiada Musollah..Masjid Pula Agak Jauh Dari Tempat Saya Menginap..JadiCara Senang Saya Melakukan Solat Jamak Sahaja..
Pesoalannya..Bagaimanakah Dengan Solat Saya Tersebut...????
Menjamak/qasarkan solat fardhu ini sememangnya ( kelonggaran ) ruksyah yg diberikan dlm keadaan2 yg tertentu kpd umat Nabi Muhammad. Spt mana yg disebut dlm hadis Nabi SAW :
Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda :
Sesungguhnya Allah suka supaya kelonggaran yg dikurniakannya itu diterima ( dilaksanakan sebagaimana Ia sangat membenci apabila kamu melakukan kemaksiatan.
( Riwayat Ahmad )
Di dlm Fiqh Syafie ditegaskan ada 4 masa yg dibolehkan kita melakukan solat jamak/qasar ini :
1. Musafir
Imam Nawawi juga menegaskan : Telah berkata Syafie dan para sahabat : Jika sesaorang itu berniat utk menetap ( tinggal ) selama 4 hari maka jadilah ia mukim dan dgn itu maka putuslah rukhsah ( tidak boleh melakukan qasar )
( Dari Kitab Majmuk )
2.) Perjalanan jauh
DariAnas r.a menceritakan bahawa Nabi SAW
:Bahawasanya baginda bila terburu2 berjalan, diakhirkan solat zohor pada waktuasar lalu dijamakkannya antara kedua2nya dan ditakhirkannya pula solat maghribdan Isyak apabila hilang cahaya merah.
( Riwayat Muslim )
3.) Hujan
Dari Ibn Abbas yg berkata : Pernah Nabi SAW mengerjakan solat Zohor dgn Asar dan Maghrib dan Isyak secara menjamak, bukan kerana takut dan bukan kerana perjalanan. Berkata Imam Malik : Aku berpendapat hal itu kerana waktu hujan.
4.) Sakit yg berat
Dari Ibn Abbas yg berkata : Pernah Nabi SAW menjamak antara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah, tidak kerana takut dan tidak pula kerana hujan.
( Riwayat Muslim )
Bagaimanapun yg selalu jadi silap besar pada kita ialah dgn membaca dari kitab dari Sahih Muslim atau Sahih Bukhari maka dgn sepintas itu juga kita membuat kesimpulan hukum mengikut budi bicara kita. Di sinilah pentingnya peranan mengaji dan mendalami ilmu dari kitab2 yg mentafsir dan membahaskan hadis2 Nabi SAW ini spt kitab Syarah Muslim, kitab Majmuk, Al-Umm dll supaya kita dpt ketahui dgn lebih lanjut hukum yg sebenar pada satu2 masalah.
Misalnya pada ruksyah pertama di atas. Yang biasa difahami ialah solat fardhu itu dibolehkan utk perajalanan sejauh 2 marhalah ( 91 km ) dan menetap ditempat yg dituju selama 3 hari sahaja ( tidak termasuk hari sampai dan hari pulang ). Tetapi Imam Syafie juga mengenakan salah satu syarat utk orang yg musafir spt ini ialah perjalanan tersebut tiada di dalamnya unsur2 maksiat. Dlm kata lain jika perjalanan itu dari Kedah nak ke KL utk mandi manda di Sunway Lagoon sudah tentu ianya tidak dibolehkan.
Begitu juga mengenai ruksyah disebabkan hujan, ada beberapa pekara yg wajib diambil kira. Misalnya Imam Nawawi dlm kitab majmuk menyebutkan :
Apabilasesaorang telah masuk dlm waktu zohor sebelum hari hujan, kemudian tiba2 turunhujan, tidaklah boleh lagi ia menjamak, sebab rukhsyah adalah pekara datangsesudah waktunya, maka ketika itu tidaklah ada hubungannya dgn jamak.
Demikian juga ruksyah atas sebab sakit. Sakit yg membolehkan solat fardhu dijamak/qasar ialah sakit yg berat yg sampai jadi sukar utk ditanggung spt terpaksa memakan ubat dan hilang sedar pada waktu yg lama. Tetapi jika kita lihat dari hadis riwayat Nabi SAW pernah diceritakan bagaiamana Nabi SAW di hari2 akhir hidupnya masih berjalan ke mesjid utk bersolat jemaah berimam Syaidinna Abu Bakar r.a
Apa yg saya nak sampaikan ialah ruksyah2 dlm pekara2 ibadat ini jangan kita cepat2 ambil mudah dan buat hukum sendiri. Sama spt halnya utk solat yg didirikan secara duduk atau baring. Walaupun ianya adalah ruksyah yg dibenarkan dlm Islam tetapi ada beberapa peraturan yg mesti dipatuhi sebelum kita lakukan. Sebab ada orang2 yg pi ke mesjid utk solat fardhu dgn berjalan kaki tetapi apabila tiba masa solat berjemaah ia duduk dgn alasan tidak kuat utk berdiri. Perbuatanya ini boleh menyebabkan solat fardhunya tidak sah sama sekali. -->> sila rujuk thread sebelum ini mengenai masalah solat utk orang yg uzur : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=375608&extra=page%3D6
Saya Keje DiLuar...Bukan Di Ofis...Berjalan Kaki, Naik MRT,Bas...Sampai Malam Setiap Hari..Nak Buat Solat Jamak Zohor Dan Asar NiPun Curi2...Gi Toilet Amik Wuduk..Lepas Tu Cari La Exit Kecemasan YgTakde Orang Lalu Tu...Semayang La Kat Sana(Bawah Tangga).....Negeri2 Selatan China Kurang Orang Islam Dia...Guangzhou Yg Besar Dari Selangor Tu Pun Hanya Ade 3 Biji Masjid Je...
Itulah..Tapi Sekarang Masalahnya..Kesukaran Mencari Tempat Solat DiChina..Kalau Kat Padang Pasir Lain La...Ni China...Kotor DenganNajis(Anjing, Kencing, Air Ludah merata2)
Masalah sdr ialah sdr mmg dah berniat utk ke China nih selama 10 hari. Maknanya sesampai di China itu ruksyah utk musafir itu tidak boleh sdr dapatkan. Mcm mana pun kalau nak solat pun bukan kita nak solat atas lantai atau simen yg bernajis tanpa lapik. Agak2nya tidak boleh ker kalau sdr bentangkan suratkhabar dan kemudian bentangkan sejadah di atasnya utk solat. Kalau nak selamat dari gangguan orang yg lalu lalang letakkan beg sebagai sempadan di hadapan tempat sujud.
Saya dulu pun pernah belajar di kolej dan yg jadi masalah ialah waktu solat maghrib tu lah lecture dah start. Utk atasi masalah ini sebelum masuk lecture hall tu saya dah siap2 berwuduk. Bila ada break time 5-10 minit...saya cepat2 keluar dan bentang suratkhabar lama dan sejadah dan solat buat yg seringkas mungkin. Maknanya baca yg wajib iaitu Al-Fatihah, tidak payah ler baca doa iftitah atau surah. Zikir ketika rukuk atau sujud pun baca sekali dah memadai asalkan kita pelihara tuma'ninahnya. Begitu juga dgn bacaan tahiyyat. Ambik yg wajib2 saja. Selawat utk Nabi Ibrahim tu semua sunat sahaja. Kira2nya dlm masa tak sampai 5 minit pun sah boleh selesai.
Masa kat luar negeri pun saya biasa tgk orang2 Arab solat kat airport. Kita pastikan tempat nak sujud tu bersih dan najis dan pakaian dan anggota badan kita pun suci maka kat mana2 pun boleh kita solat. Tiada masalah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|