CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3249|Reply: 2

IKHTILAT

[Copy link]
Post time 24-10-2008 02:09 PM | Show all posts |Read mode
HUKUM DAN DALILl

Permasalahan ikhtilat kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topikhangat dalam perbualan harian kita. Adayang mengatakan ikhtilat dibolehkan, dan sebahagian yang lain pulamengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yangbetul-betul memahami apa itu ikhtilat dari segi hukum dan syariat, adakahianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cubamengupas serba sedikit tentang permasalahan ikhtilat dari segi takrif,hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan ikhtilat serta beberapa jenisikhtilat yang dibenarkan di dalam Islam.

TAKRIF

Ikhtilat berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksudpercampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanitabersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepadasaling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah ikhtilat ini dibolehkanoleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan ikhtilat antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yangdiharuskan.

1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT

Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemanioleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani olehmahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuankecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorangperempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untukberjihad, lalu Nabi menjawab:Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikanhaji�.

Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telahdisepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah dimasjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untukhadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yangsudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solatberjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

路 Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
路 Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menujuke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya ikhtilat ketika menunaikan solat, kaum wanitadiwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumahmereka lebih baik untuk mereka.

Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketikamenunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya ikhtilat antara lelakidan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Kaaabah sewaktukaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya ikhtilat .Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrahpada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkankesibukan dan ikhtilat bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang bolehmenyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sanaterdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihatpercampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruhpara wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunyaikhtilat di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan ikhtilat antaralelaki dan wanita, lebih-lebih lagi ikhtilat yang boleh menimbulkanfitnah.

2) IKHTILAT YANG DIBOLEHKAN

Di sanaterdapat beberapa jenis ikhtilat antara lelaki dan wanita yang dibenarkanoleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`,keperluan atau yang seumpama dengannya.

Ikhtilat yang berkaitan dengan muamalah

Ikhtilat yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara`seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yangmemerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahanseperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusanwanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada ikhtilat .

Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jikatiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai.

Ikhtilat yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupunberlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat diatas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalamsesuatu kes.

Ikhtilat bertujuan melayani tetamu

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemanioleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untukmengelakkan berlakunya 鈥榢halwah鈥
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 04:13 PM | Show all posts
ye btol...

sy penah tgk dalam DC (discovery cenel) yahudi ortodox arahkan agar bas kat israel dibahagi utk penumpang lelaki and pompuan... dan dah dilaksanakan...

negara islam lain bile nak follow ikhtilat ni ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 10:56 PM | Show all posts

Reply #2 mejik's post

ntah la...kebanyakkan negara islam pun bersifat sekular...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045196 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list