|
nk buat ape ngan 22k...update..mintak advice!
[Copy link]
|
|
ok...sat aku amik petikan yang cakap haram ek...aku de bace ritu....sat ek..... |
|
|
|
|
|
|
|
Halal atau Haram Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)
Disember 7, 2006 oleh sulaiman
Dari laman web JAKIM (seacrh ASB di http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf )
Mengikut fatwa negeri Perak dan Kedah, pelaburan dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.
Keputusan Fatwa Negeri Terengganu http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=756
Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.
Keputusan Fatwa Negeri Selangor http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/ ... sult.asp?keyID=1155
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ “
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Dikirim dalam ASB | 7 komen
7 Respons bagi “Halal atau Haram Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)”
di Disember 23, 2006 pada 4:29 am1 ahmad albab
Pulangan atau keuntungan ASB semakin menurun jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu atau yang ditawarkan oleh unit trust semasa.
http://uptrend.wordpress.com/
di Mac 23, 2007 pada 4:36 pm2 izwannizam
assalamualaikum..
sekadar pandangan.selepas membaca fatwa yg dikeluarkn oleh majlis fatwa selangor,sy fikir adalah baik utk berhenti melabur dlm asb.kalau dulu mungkin harus sbb tiada unit trust yg berteraskn syariah.skarang byk syarikat unit trust swasta yg tawarkn unit trust ikt hukum syarak.pilihlah yg halal kalau sudah ada di pasaran.jauhi yg haram.
di Februari 8, 2008 pada 2:30 am3 khairul
assalammualaikum, kita orang ne sebenarnye tak berapa pandai tang muamalat ne, tapi beberapa mufti pun tak sependapat so pada sapa yang kita nak percaya.. ataupun ada sentimen lain untuk yang kata halal dan kata tidak….. tolonglah memberikan satu jawapan keputusan yang tidak akan memberikan pandangan yang buruk tentang majlis fatwa supaya tidak mudah diperlekehkan. sebagai contoh isu peraduan sms haram tapi tetap ada juga mana kuatkuasaan…..
di Jun 25, 2008 pada 5:22 am4 tarabas
Betol! btol…. islam itu mudah, bila x cukup ilmu tuh yg jd susah. Kalu dh sosah jgn la di pk, itu kerja Mufti.
Saya kurang setuju ttg bercanggahan fatwa dr mufti. Mana ada ‘FATWA’ bercanggahan pendapat??? tunjukan web, sya nk tahu gak. Konsep FATWA sama shj satu dunia (pkr & mufti dok semeja).
Yg bercanggahan adalah pndapat individu, kalau fatwa dh kuar itu keputusan duduk semeja berbincang dgn pakar’2 dlm bidang masing’2 yg lain.
‘FATWA’ yg perlu di ikut bkn ‘INDIVIDU @ AHLI MUFTI itu sendiri. Pauk Sayyidina Ali dulu pun pakar juga. Ttp yg continue itu dah jd individu tuh yg jadi SYIAH pulak.
Islam itu mudah indah, yg kurang ilmu itu pk jd susah. Wallahuaklam yg baik dr Allah yg silap dr saya.
Rewind ..ikut FATWA bkn INDIVIDU @ AHLI..
Allah HuakhbaRr!!
di Julai 27, 2008 pada 10:34 am5 oytn
Salam…
Mungkin saya ketinggalan zaman… tapi kalau ASB melabur di pelaburan yang tidak mengikut syara’ … saya cadangkan ASB dilaburkan lah ke pelaburan yang MENGIKUT SYARA’ . Lagipun kebanyakan pelabur ASB ni adalah Islam.
Kata nak tolong Melayu/Bumiputera… tapi kalau pelaburan tak mengikut syara’ …..sukarlah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huhu...yang dengan dalil2 tu tak jumpe ar...sat nk carik lg |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ambil d/p lmn http://www.zaharudd in.net
Salam,
Disertakan koleksi jawapan yang pernah saya berikan di Forum saya , sila buka http://www.freeforu m101.com/ jordanian/
hukum ASB telah saya sebutkan byk kali di pelbagai tempat.
Majlis Fatwa Selangor kata haram.
Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi.
Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.
Dan saya juga tidak setuju kerana :-
1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.
2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.
3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Berikut pula adalah Jawapan Terdahulu Saya
salam ,
Disertakan jawapan saya sekali lagi, yang pernah saya berikan di web ahkam.net untuk perhatian pembaca. ditambah dengan komentar tambahan saya tentang isu ini.
Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah-olah ianya jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu a'lam.
Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang agak longgar. Bagi yang boleh membaca teks bahasa arab, sila buka di
http://www.zaharudd in.com/Maqasid% 20Shariah. htm
atau baca ringkasan tulisan saya ini
Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan `maslahat' ;-
Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan masalahat adalah :-
1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan sekelompok tertentu.
2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian jauh dan lemah.
3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti.
Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan `dhawabid' berikut :-
1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.
Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya seperti berikut :-
1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat.
2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dari al-Quran.
3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat'ie Dalalah dan thubut dari Hadith.
4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih.
5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya.
Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.
Berikut pula jawapan lepas saya di ahkam.net utnutk bacaan :-
Quote:
Salam,
Bismillah wa hamdalillah,
Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-
Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-
1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
2) Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)
justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.
Bagaimanapun, kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.
Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?
Perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.
Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.
Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.
Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.
Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .
adapaun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apa pun terjadi, maka ia tidak menepati shariah.
Sila baca tulisan saya yang berikut berkenaan isu ini :-
Quote:
Isu Jaminan wang modal tidak lupus : dalam kontrak Pelaburan
Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;
Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-
a) Jaminan modal dikembalikan jika pihak `mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
b) Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)
Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan ASB.
Harap ianya dapat menjelaskan isu ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku.. simpan kat asb.. then buat od...
boleh simpan, duit tak kurang, boleh bayar hutang |
|
|
|
|
|
|
|
pegi makan angin ke europe.. cukup tu 22K.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
22K?? beli barang kemas kot... kalau perang, senang nak bawak lari..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emiliahani at 28-10-2008 01:55 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku nk tanyekorang...kalau dapat 22k tetibe...ape yang korang buat....hutang ptptn ade 10k lagi...nak bayar ptptn perabis or nk melabur....aku ni jenis tak suke nk berutang2 nih...klo boleh nk ba ...
kalau aku...
ptptn tu bayar ansur jaaa..
baik ko labur RM22k tuh...
labur tempat yg boleh bawa untung jangka masa panjang!!
duit jangan habiskan sekaligus..
biarla duit menjana duit!
ingat duit ngan masa kena kira...
cth ko bayar ptptn lump sum
10k : abih.. 0 tak dpt apa2 cuma hati senang x de hutang!
kalau bayar ansur katakan ptptn ko bayar RM 150
10kX1% = RM100 intrest
10100/150= 67 bulan ..nk setel ptptn lebih kurang 5 tahun 6 bulan
kalau ko labur..
selain asb (fatwa kate harus..)= return lebih kurang 6-9% kita amk return tengah2 7%
untung kau RM22 k X 7%X 5tahun = RM7700!!!!!!!
asb ni aku ragu2 sket..
ada lagi pelaburan ikut syariah..amk unit trust islamik nyer..return boleh tahan...
ada fund yg lima tahun samapai 70% untung....
cuba bayang
untung ...RM22k X 70% = RM 15,000!!!!!!!!!!!
lima tahun sekejap je bebeh!
amacam??? |
|
|
|
|
|
|
|
masuk dalam asb, pastu beli umah..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|