CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4853|Reply: 12

Mualim / Cina Buta

[Copy link]
Post time 5-11-2008 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Dibayar hingga RM10,000 - Jadi ‘Cina Buta’ untuk satukan pasangan cerai talak tigaOleh WARTAWAN Kosmo!
[email protected]

DANIAL menceritakan pengalamannya kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Ingin menjadi Mualim atau 'Cina Buta'?

Ada sindiket yang menawarkan pekerjaan tersebut kepada sesiapa yang berminat walaupun bercanggah dengan hukum Islam.

Lebih memalukan lagi, sindiket terbabit turut mengiklankan 'kerja' tersebut untuk mengisi kekosongan pada masa-masa tertentu!

Bukan cerita kosong tetapi pertemuan eksklusif dengan Danial (bukannama sebenar) membongkar kegiatan yang selama ini dilakukannya demimenyatukan pasangan yang telah bercerai


Menurut Danial, 32, dia dibayar sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap tugasan yang diamanahkan.


"Bayaran tersebut boleh dirunding sehingga kedua-dua pihak bersetujutermasuk kos untuk berkahwin di Thailand atau di Indonesia, bayaranjurunikah dan dokumen.

Danial mendedahkan wang tersebut bukan sahaja sebagai upah untuknyatetapi digunakan untuk membayar sindiket yang menjalankan kegiatannikah ekspres.

Menurut eksekutif jualan di sebuah syarikat swasta ini lagi,kerjasama dengan sindiket tersebut lebih memudahkan kerana sijil nikahpalsu boleh dikeluarkan untuk mengaburi mata jabatan agama.

"Mulanya saya buat kerja ini seorang diri tetapi untuk memastikansegala urusan licin, saya menggunakan sindiket nikah ekspres yangmenjalankan urusan perkahwinan serta semuanya," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2008 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:37 AM | Show all posts
mempersendakan hukum da nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:51 PM | Show all posts
Kalau ikut hukumnya, konsep cina buta tak boleh wujud..

Kalau dah talak tiga, kena tunggu si isteri berkahwin lain DAN bercerai (diakibatkan oleh takdir)... Tapi kalau dirancang perceraian itu, haram hukumnya...

Manusia macam ni mempersendakan agama dan menjadikan wanita sebagai bahan pemuas nafsu (sebab wanita tu hendaklah melakukan seks dengan suami barunya at least sekali) . Moga dilaknat Allah ke atas mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:45 PM | Show all posts
sedihnyer
brani persenda hukum Allah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:28 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

apa kata....   ko ambil duit tu pastu lepas nikah ko bawak lari bini tu.  duit dapat, bini baru pun dapat.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 5-11-2008 01:51 PM
Kalau ikut hukumnya, konsep cina buta tak boleh wujud..

Kalau dah talak tiga, kena tunggu si isteri berkahwin lain DAN bercerai (diakibatkan oleh takdir)... Tapi kalau dirancang perceraian itu ...


Mana dalilnya Puan Ju?? Ramai juga orang yang nak tahu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:37 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 6-11-2008 11:51 PM


Mana dalilnya Puan Ju?? Ramai juga orang yang nak tahu ni.


Aku ni lelaki la...

Tafsir Surah Al-Buqarah, ayat 230...
So if a husband divorces his wife (irrevocably), He cannot, after that, re-marry her until after she has married another husband and He has divorced her. In that case there is no blame on either of them if they re-unite, provided they feel that they can keep the limits ordained by Allah. Such are the limits ordained by Allah, which He makes plain to those who understand.

Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (mas kahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 7-11-2008 12:37 AM


Aku ni lelaki la...

Tafsir Surah Al-Buqarah, ayat 230...


Sorilah encik Ju....ingatkan pompuan tadi sebab adik ipar ku yang cantik manis nama dia Ju jugak.

Dalam surah al-Baqarah tu part mana yang dikatakan tak boleh berCina Buta?
Ia cuma mengatakan tak boleh kawin semula jer kalau dah cerai talak 3...tak gitu??
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 7-11-2008 01:16 AM


Sorilah encik Ju....ingatkan pompuan tadi sebab adik ipar ku yang cantik manis nama dia Ju jugak.

Dalam surah al-Baqarah tu part mana yang dikatakan tak boleh berCina Buta?
Ia cuma menga ...


Betul jugak tu kan?

So, marilah kita menggalakkan perkahwinan cina buta...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 03:15 AM | Show all posts

Reply #9 Gravedigger's post

Adik ipar saya punya adik pun namanya Ju.  Ju yg kiranya cantik molek jugakle.  Ju ni dolu2 tak jadik kahwin dgn sorang aktor tu.

OK, berbalik pada isu dithread, konsep Cina buta terhasil dari salah tafsir akibat dari fahaman tradisi yg diserapkan kedalam pemahaman panduan al Qur'an.

Ini dapat dilihat seawal kita merujuk Q2:229.

Q2:229
Transliteration:
Alttalaqu marratani ...

Rata2 terjemahan lazim mengatakan talaq dibenar dua kali.  Jika kita merujuk kata akar marratani / Miim-Ra-Ta, dijelaskan oleh Lane mahupun terjemahan Lafziyyah yg sdr sedia maklum, ia tidak merujuk kepada sebarang bentuk angka.

Sebaliknya ianya merujuk kepada suatu keadaan yg menggambar sifat perpisahan  itu sendiri.
Miim-Ra-Ta = Render a thing smooth, remove a thing from its place, to break a thing, to be without water and herbage (land or tract of land).
Lane's Vol 7 pp  231.


Jika kita melihat konteks ayat keseluruhan ayat Q2:229, kita dapat melihat bila satu penceraian itu terjadi, kita perlu mengambil kira persoalan tanggungjawab/komitmen sedia ada semasa dan selepas hidup sebagai pasangan.

Lihat terjemahan Q2:229 setelah meneliti tafsiran "Alttalaqu marratani" seperti yg digariskan dibawah untuk melihat konteks panduan yg saya cuba utarakan.

The divorce is allowed twice. So, either they remain together equitably, or they part ways with kindness. And it is not lawful for you to take back anything you have given the women unless you fear that they will not uphold God's limits. So if you fear that they will not uphold God's limits, then there is no sin upon them for what is given back. These are God's limits so do not transgress them. And whoever shall transgress God's limits, then these are the wicked.



Manakala didlm Q2:230, secara ringkasnya setelah berpisah dengan pasangan kita, maka kita tidak boleh berkahwin semula dengan pasangan kita yg telah berkahwin semula, sehinggalah pasangan itu berpisah, barulah kita dibenarkan bersatu kembali dengan bekas pasangan kita.  

Tiada Cina buta, tiada lafaz talaq, sebaliknya apa yg diambil kira adalah tindakan sebenar/susulan didlm perhubungan suami/isteri. Rujuk Q2:225

It's all about logic.

Diharap ini dapat membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 08:26 AM | Show all posts
Ibn Rusyd ada cerita pasal kahwin cina buta ni dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid (ini kitab perbandingan mazhab). Kategori kawin cina buta ni didefinasikannya (kalau tak silap)  kawin dengan niat utk menceraikan nak bagi laki asal kawin dan dikategorikan sebagai "perkahwinan yang mungkar", sama kategori dengan kawin mut'ah. Cuba pi check library atau masjid berdekatan yang ada kitab ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:58 AM | Show all posts
tajuk tuan ghumah ni mualim / cina buta...

mualim tu hape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.074933 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list