|
Zaman Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam
[Copy link]
|
|
Konflik Darfur - Sudan (2)
Puak yang didakwa melakukan 憄embersihan etnik抂/b] itu, iaitu Militan Arab Janjaweed, dikatakan mendapat sokongan dana dan senjata daripada kerajaan Sudan.
Analisis-analisis yang mendakwa kekacauan yang sedang berlaku di Darfur adalah berpunca daripada operasi pembersihan etnik oleh Arab Janjaweed adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, rakyat Sudan semuanya mempunyai warna kulit yang sama dan pergaulan serta kahwin campur di antara yang umat Islam yang berketurunan Afrika dan Arab telah menjadi kebiasaan dan meluas. Hanya adat-adat tertentu sahaja yang membezakan di antara orang-orang Islam keturunan Afrika dan Arab.
Ini diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair. Beliau mengatakan : 揔eadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ia semata-mata berpunca daripada perebutan sumber bumi擺/b] [Bashir Sets Up Panel to Probe Human Rights Abuses in Darfur, News Article by PANA, 9/5/2004]
TAPI Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan US di dalam kekacauan di Darfur . |
|
|
|
|
|
|
|
Konflik Darfur - Sudan (3)
UNHCR Goodwill Ambassador Angelina Jolie visited Western Darfur, from El Geneina to Habila, including internally displaced persons' camps and destroyed villages. "When asking the children their needs they discussed first their fears. Before clothes and food, they asked for security." (October 2004)
Pertama , Darfur yang terletak di wilayah barat Sudan itu sangat kaya dengan hasil-hasil bumi seperti uranium, gas asli dan emas. Menurut Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair, "US telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut, namun, kami telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat daripada Asia untuk melakukan operasi carigali." Daripada kenyataan Muhammad itu, tidak mustahil US masih menyimpan minat untuk masuk ke dalam wilayah Darfur berdasarkan kepentingan hasil-hasil bumi tersebut, terutamanya uranium.
Ke-dua , latar belakang Darfur juga memberi petunjuk membuktikan campurtangan US . Darfur merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat pimpinan US .
Walaupun kekacauan di Darfur telah bermula sejak tahun 1970-an lagi, ia mula memuncak hanya setelah kejadian 11 September 2001, peristiwa yang menyaksikan dua menara WTC ( World Trade Centre) runtuh akibat dilanggar dua pesawat penumpang yang didakwa angkara perbuatan pengganas.
Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan..
Ke-tiga , campurtangan US menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, US telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi ( US House Democratic Minority Leader) , Carlifornia: "Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa".
Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata:
"Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti"
Ke-empat , campurtangan US telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. US telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil US telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang?
Kekacauan di Darfur (barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada US untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan.
[ Last edited by anakencana at 18-11-2008 05:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SUDAN (3)
Di sebalik semua ini, para wartawan Barat sering melaporkan berita-berita tentang kes-kes kelaparan di Sudan. Satu-satunya kawasan di negara tersebut yang dilanda kelaparan sebenarnya adalah di bahagian selatan, yang memberontak menentang pemerintahan pusat.
Matlamat utama di sebalik laporan-laporan sedemikian ialah:
Pertama sekali untuk menggambarkan bahawa kerajaan sebagai bertanggungjawab dengan menyebarkan propaganda tentang "kebuluran di Sudan" dan kemudian cuba untuk meraih pengaruh di negara tersebut dengan mengatakan bahawa bantuan kemanusian sedang dihulurkan kepada mereka yang kelaparan di negara tersebut. Sudah tentu bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Sudan adalah satu tugas kemanusiaan yang sangat penting, dan mereka harus disokong. Namun, apa yang sering berlaku ialah bantuan-bantuan tersebut tidak sampai ke destinasi yang ditetapkan atau pun intensif-intensif sedemikian tidak dilakukan dengan niat untuk menolong. Hakikatnya bantuan yang diberikan tidak mempunyai kualiti yang bagus dan tidak sesuai. Hal ini menjadi petanda penting terhadap niat sebenar penghantaran bantuan terbabit. Mereka yang pernah melihat bantuan tersebut di tempatnya pasti mengatakan bahawa makanan yang diberikan tidak berkualiti dan hanya sesuai diberikan kepada haiwan. Seorang pemerhati telah melaporkan seperti berikut:
Saya melihat dengan mata saya sendiri bantuan makanan gandum yang dihantar ke Sudan. Kerajaan Sudan bercadang untuk menjadikan gandum tersebut makanan kepada haiwan ternakan kerana ia sudah melebihi tarikh luputnya dan mempunyai kualiti yang sangat teruk. Saya berasa hairan apa...akan...terjadi kepada gandum ini jika ia tidak dihantar ke Sudan? Saya percaya mereka (Pent: iaitu yang menghantar gandum ke Sudan) akan memusnahkannya atau pun menjadikannya sebagai makanan kepada haiwan mereka sendiri. Inilah kebenaran di sebalik bantuan yang diberikan oleh...negara-negara Barat yang lain, bantuan yang dipergunakan sebagai propaganda. Kerajaan baru Sudan kini tidak lagi mengetuk pintu negara-negara penindas dan meminta bantuan makanan dari mereka.
Di sebaliknya, propaganda yang mengatakan Sudan sebagai sebuah "negara pengganas" dan menyokong keganasan masih terus berlaku. Ini pastinya satu tuduhan serius yang perlu disiasat. Adalah sesuatu yang semula jadi bahawa hal-hal seperti keganasan mesti diberikan perhatian mendalam kerana ia melibatkan keselamatan rakyat. Namun, tiada usaha yang dijalankan bagi menghalang terorisme yang boleh menyebabkan mereka yang tiada sangkut-paut dengannya berada di ambang bahaya. Usaha-usaha yang diambil hanya boleh berjaya jika kedamaian dan keadilan berjaya diwujudkan. Jadi kita tidak seharusnya bersikap acuh tak acuh dalam hal ini.
Seperti yang telah ditekankan berulang-kali dalam buku ini, punca utama terhadap apa yang sedang berlaku di Sudan kini adalah disebabkan oleh identiti Islamnya yang kuat. Namun demikian, sebenarnya kerajaan Omar Hassan al-Bashir yang memegang kuasa selepas al-Turabi, sedang melakukan konsesi atau pun penyerahan ke atas garis-garis panduan Islam negara tersebut dan mengambil beberapa langkah bagi memenuhi hasrat Barat. Hakikatnya al-Bashir, yang dituduh membawa semangat nasionalisme Arab ke Sudan, yang berhasrat mahu menangkap tokoh-tokoh seperti al-Turabi yang mendapat sokongan dari banyak negara Islam, telah memberikan petanda kepada kita semua bahawa sebuah perkembangan yang tidak diundang sedang berlaku di negara tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya aku tgk video tu.. Malaysia pun ada dalam video tu... Kalau lah Malaysia nk antar tentera ke sana aku nk join skali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 HOTlips's post
Salam all.
Persoalan yg perlu kita pertimbangkan ialah... kenapa umat Islam dulunya gemilang tapi kini terbuang?
Tersebarkah islam, kalo orang Islam tu sendiri yg melumpuhkannya..??
Satu kisah yg menarik mengenai kerajaan Othamniyyah yg dapat dikongsi bersama |
|
|
|
|
|
|
|
SOMALIA (1)
Negara Miskin di Tengah-Tengah Perang Saudara
Apabila nama Somalia disebut, kebanyakan manusia memikirkan tentang musibah-musibah dahsyat yang dipetik dari laporan-laporan akhbar dan juga televisyen: kebuluran yang dideritai oleh jutaan rakyatnya, penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik saudara, peperangan suku kaum, ketidakstabilan politik - kesemuanya ini adalah penyakit-penyakit yang menjadi se璪ahagian daripada kehidupan orang-orang Somalia. Bantuan dari badan-badan ke璵anu璼iaan masih tidak dapat menyelesaikan situasi getir yang sedang menimpa penduduk di situ, dan ia hanya dapat melegakan masalah dalam jangka masa pendek. Campur tangan politik yang beralasan untuk membina semula ke璬amaian dan keselamatan, sebenarnya hanya meningkatkan lagi kekacauan dan konflik yang sedia ada.
Faktor asas yang membawa kepada ke璳acauan di Somalia bermula sejak detik pertama era kolonialisme. Somalia mula ber璽emu dengan dunia Islam apabila umat Islam bermigrasi ke Abyssinia bertujuan untuk lari dari para penyembah berhala di Mekah. Ia telah dijajah oleh British pada abad ke-19. Selepas tempoh tersebut, Somalia menjadi sebuah medan peperangan yang tidak pernah tamat, kebuluran dan juga penyakit. Pada tahun 1884, pihak British menakluk utara Somalia, dan Itali pula menakluk bahagian selatan pada 1887, dan se璸erti mana yang telah ber璴aku di kebanyakan ne璯ara Islam lain, ia membawa kepada zaman yang penuh dengan kezaliman dan pe璶in?dasan.
Setelah melalui zaman kolonialisme yang panjang, Somalia akhirnya merdeka pada tahun 1960, dan Aden Abdullah dilantik menjadi presiden. Walau bagai璵ana璸un, penubuhan sebuah sistem pentadbiran yang adil dan stabil tidak di璪enarkan. Jeneral Moham璵ed Siad Barre mengambil alih negara tersebut dalam satu siri rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1969, dan semua parti politik dihapuskan. Barre melihat Islam sebagai halangan utama kepada sistem sosiolis yang mahu di璴aksanakannya. Oleh yang demikian, Barre telah mengharamkan segala buku-buku, majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang Islamik. Ramai golongan-golongan intelek dan ulama Islam yang menentang polisi tersebut telah dihukum di bawah arahan Barre.
Barre lari meninggalkan Somalia apabila pergaduhan tercetus pada 1991, dan terjadilah perang saudara yang besar. Kira-kira sejuta orang yang kebanyakannya umat Islam Somalia terpaksa berpindah ke beberapa buah negara-negara Afrika yang lain.
[ Last edited by anakencana at 21-11-2008 02:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SOMALIA (3)
Di bawah resolusi Perhimpunan Umum PBB 1992, 30,000 orang dari pasukan askar PBB di bawah arahan Amerika Syarikat telah diletakkan di situ. PBB memasuki negara tersebut disebabkan protes yang meningkat dari masyarakat tempatan, dan telah meninggalkan negara tersebut pada 1994. Mereka menyebabkan lebih 7,000 orang mati, dan juga menjadikan kekacauan yang lebih teruk di Somalia.
Pada hari ini, peperangan saudara yang berlaku di antara pelbagai suku kaum diteruskan dengan pelbagai cara, dan bilangan mereka yang mati setiap hari semakin bertambah. Masalah kritikal yang sedang dihadapi negara ini ialah kira-kira 8 juta penduduk berada dalam kelaparan dan kemiskinan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) tahun 2000, 75 peratus rakyat Somalia mengalami kekurangan zat, dan banjir berterusan mempengaruhi negara tersebut dengan membawanya ke arah kebuluran yang sangat dahsyat.
Harus diingat bahawa berbeza dengan pandangan umum masyarakat dunia, masalah kelaparan sebenarnya boleh diatasi. Pembahagian secara adil sumber-sumber kekayaan bumi, sumber-sumber teknologi negara-negara kaya yang digunakan di serata dunia, dan menghalang penggunaan lebihan hasil keluaran dan sebaliknya menggunakannya untuk tujuan membantu, adalah beberapa langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menolong mereka di Somalia. Walau bagaimanapun, apa yang terselindung di sebalik kegagalan dalam usaha menyelesaikan masalah seperti kebuluran dan wabak penyakit pada hari ini ialah kebejatan masalah moral seperti pentingkan diri sendiri, tamak dan tidak peduli.
Budaya tidak beragama yang sedang mendominasi dunia hari ini memandu manusia ke arah sikap pentingkan diri sendiri. Akibatnya mereka enggan berkorban dan berusaha untuk menolong insan yang memerlukan.
Budaya ini secara umumnya mencipta dua buah masyarakat yang berbeza: terlampau kaya dan terlampau miskin. Al-Quran telah menerangkan kisah mereka yang enggan memberikan makan kepada orang-orang yang lapar dan memerlukan seperti berikut:
Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak meng璦njurkan memberi makan kepada orang miskin. (Al-Maa'uun, 107:1-3)
Atas sebab itulah, usaha menyelamatkan dunia ini tidak terletak pada bahu orang-orang yang mendustakan agama, tetapi terletak pada bahu kerajaan yang sangat patuh kepada agama dan memerintah dengan adil. Jika Islam boleh menjadi lebih kuat dan seterusnya menguasai dunia ini, ia akan menjadi penyelamat bukan sahaja kepada umat Islam yang ditindas, tetapi juga kepada seluruh manusia yang ditindas di serata dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
ERITREA - ETHIOPIA
Umat Islam Mahukan Kedamaian dan Keselamatan
Peperangan dan kekacauan telah lama berterusan di benua Afrika selama bertahun-tahun. Keganasan yang ber璴aku amat sukar untuk dihapuskan. Selepas kuasa-kuasa kolonial seperti Britain, Perancis dan Belandas keluar pada tahun 1950-an dan 60-an, kebanyakan negara-negara Afrika jatuh ke dalam tangan diktator-diktator komunis atau pun fasis. Hampir kesemua rejim-rejim pasca-kolonial ini mengikut polisi pencerobahan sistematik ke atas umat Islam, dan mereka masih terus melakukannya. Salah satu dari璸ada negara-negara tersebut yang mana peperangan dan kekacauannya tidak pernah reda gara-gara polisi tersebut adalah Eritrea, yang telah berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah selama dua abad yang bermula pada pertengahan abad ke-16.
Eritrea: Lokasi Strategik Afrika
Eritrea terletak di utara Ethiopia, di sepanjang selat di mana benua Afrika menjadi semakin rapat dengan benua Asia. Ia telah menjadi sebuah lokasi penting selama beribu-ribu tahun, sama ada dari segi komersiol atau ketenteraan. Seperti mana kebanyakan negara-negara lain yang terdapat di Afrika, negara ini juga muncul akibat proses pembahagian yang dilakukan oleh kuasa kolonial Eropah, yang mana ia dilakukan tanpa memikirkan kehendak dan hasrat penduduk tempatan.
Sesiapa sahaja yang mengua璼ai Eritrea akan mengawal pintu masuk selatan ke Laut Merah, dan dengan demikian segala trafik di antara Mediter璻anean dan Lautan Hindi. Di samping itu, Eritrea me瓀akili pelabuhan untuk Ethiopia.
Setelah menilai ke璸en璽ingan strategik Eritrea, British telah me璶ye瓀a璳an璶ya kepada Amerika se璪agai pengkalan komunikasi se瓀aktu Perang Dunia II, dan Amerika seterusnya telah menggunakannya selama 25 tahun yang berikutnya, de璶gan berdasarkan kepada perjanjian pertahanan di antara Amerika dan Ethio璸ia. Ia adalah di antara pengkalan paling utama di dunia dan telah memainkan peranan penting dalam me璶yampaikan informasi ke璸ada Washington sewaktu Perang Korea. Di samping kepentingan strategiknya, Eritrea menjadi semakin bernilai kepada kuasa-kuasa yang berminat terhadap kawasan tersebut disebabkan kekayaan simpanan emas dan mineralnya. Malah dijangka juga terdapat simpanan minyak dan gas di kawasan tersebut.
Sebelum Perang Dunia II, populasi di Eritrea adalah kira-kira 1 juta orang. Berdasarkan kepada sumber Barat, sekarang ia menjadi 2.5 juta orang, walaupun menurut pertubuhan penentang aktif di kawasan tersebut, 3.5 juta orang adalah angka yang lebih tepat. Majoriti populasi terdiri dari umat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
ERITREA - ETHIOPIA (1)
Perjuangan Umat Islam Eritrea
Selepas berakhirnya pemerintahan Turki Uthmaniyyah, Eritrea telah dijajah oleh Itali, dan melalui keputusan PBB pada tahun 1952 ia telah menjadi sebuah negeri persekutuan yang dihubungkan dengan Ethiopia. Walau bagaimanapun, rakyat enggan menerimanya. Akhirnya tercetuslah kebangkitan rakyat yang meluas. Pada 14 November 1962, Maharaja Haile Selassie telah mengumumkan bahawa beliau telah mengasimilasikan Eritrea, dengan menggunakan kekacauan dalaman di Ethiopia sebagai alasan. Semasa zaman Selassie, bermulalah polisi penindasan dan penderaan ke atas umat Islam. Ramai di antara mereka yang menentang pemerintahan rejim Ethiopia telah dibunuh.
Kesan daripada kempen kekejaman dan keganasan Ethiopia, beratus-ratus ribu rakyat Eritrea telah dipaksa keluar daripada tanah mereka di antara tahun 1967 dan awal 1970-an. Wanita, kanak-kanak dan orang tua, yang membentuk salah satu daripada kumpulan pelarian paling besar sepanjang sejarah, telah ditinggalkan begitu sahaja dan dibiarkan mati. Kesannya, kira-kira 200,000 orang mati akibat kebuluran. Ini berlaku gara-gara polisi pertanian yang salah.
Akhirnya, rejim Haile Selassie telah ditumbangkan melalui satu rampasan kuasa pada 1947. Pentadbiran kemudiannya diambil-alih oleh junta yang memiliki pandangan-pandangan Marxis. Tiada perubahan yang berlaku ke atas umat Islam. Sistem diktator bercorak Marxis ditubuhkan untuk menggantikan sistem fasis. Umat Islam terus menderita akibat penindasan, penderaan, penahanan dan kepayahan hidup.
Pemimpin selepas Haile Selassie, iaitu Haile Mariam yang memimpin rejim Mengistu Marxis, telah menjalankan polisi-polisi yang penuh dengan keganasan sewaktu zaman peme璻intahannya. Beliau tidak mengehadkan jumlah mereka yang dibunuh kerana memiliki pandangan yang berbeza, sebaliknya telah menghapuskan sebahagian populasi secara besar-besaran sewaktu ke璳uasa璦nnya selama 17 tahun. Gerakan anti-Islam di negara tersebut telah disokong oleh Mengistu, yang telah menyebarkan ke璽akutan di seluruh negara. Sewaktu pemerintahan Mengistu, 10,000 buah masjid telah hancur dimusnahkan, dan setengah juta umat Islam terpaksa mencari perlindungan di negara jiran Sudan. Sebilangan kecil telah mencari perlindungan di Somalia. Pada bulan Mei 1991, perubahan kuasa sekali lagi berlaku di Ethiopia, walaupun Mengistu telah meninggalkan sebuah kedahsyatan di waktu kebangkitannya:
- 60,000 kanak-kanak menjadi lumpuh dan 45,000 menjadi anak yatim.
- Kira-kira 750,000 orang menjadi pelarian, yang mana seramai 500,000 orang masih hidup dalam kelaparan di Sudan.
- Kira-kira 80 peratus daripada populasi hidup tanpa zat makanan yang cukup atau hampir kebuluran, mereka memerlukan bantuan makanan.
- Hanya 1 doktor bagi setiap 48,000 penduduk, dan jangka hayat purata rakyat adalah 46 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
ERITREA - ETHIOPIA (2)
Sokongan Israel Terhadap Rejim Anti-Islam
Salah satu sebab berlakunya konflik yang tidak berkesudahan, kacau-bilau dan peperangan di Eritrea, yang merupakan salah satu kawasan termiskin di dunia walaupun ia memiliki kepentingan sosioekonomi dan geostrategik, adalah kerana wujudnya beberapa buah negara yang mendominasi polisi-polisi di kawasan tersebut, yang dilakukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, dengan mengabaikan kemahuan dan kehendak rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Israel adalah negara yang memainkan peranan utama.
Rejim-rejim Ethiopia dan Eritrea terdahulu memiliki satu perkara yang serupa seperti Israel: sifat anti-Islamik. Seperti yang telah kita lihat di awal buku ini, Israel melihat Islam sebagai ancaman paling bahaya terhadap dominasinya di Timur Tengah, maka Israel mengenakan kekejaman, kezaliman dan penindasan. Inilah sebabnya mengapa Israel sering hadir di kawasan-kawasan yang mana umat Islam sedang ditindas dan mengalami kepupusan, dari Bosnia hingga ke Filipina, dari Turkestan Timur ke Eritrea. Di dalam buku yang ditulis oleh Profesor Benjamin Beit-Hallahmi dari Universiti Haifa Israel, iaitu The Israeli Connection: Who Arms Israel and Why?, beliau telah menyifatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh negaranya di seluruh dunia sebagai "Perang Dunia Israel." Seperti yang diutarakan oleh seorang kolumnis terkenal akhbar Israel, Nahum Barnea, "Israel akan menjadi pelopor Barat dalam peperangan untuk menentang Islam..."
Israel masih memiliki dua pengkalan yang sangat strategik di Eritrea. Satu terdapat di Pulau Dahlak, dan satu lagi terletak di kawasan pergunungan Mahel Agar berhampiran sempadan Sudan. Hubungan rapat Israel dengan Ethiopia bermula pada tahun 1950-an. Perikatan Israel-Ethiopia bermula pada tahun 1952 bermula dengan hubungan perdagangan, dan seterusnya membawa kepada dialog kelas atasan apabila wakil Israel bermesyuarat dengan Maharaja Haile Selassie dan pegawai-pegawai atasannya pada tahun 1956. Israel mula memberikan bantuan militari, kepintaran dan latihan kepada rejim Selassie dan pasukan askarnya.
Ia bertujuan untuk meredakan pergerakan-pergerakan radikal dan umat Islam yang bangkit dan menyerang orang-orang Kristian Ethiopia. Profesor Hallahmi telah menggambarkan asas-asas ideologi perikatan Ethiopia-Israel seperti berikut:
Asas ideologi perikatan ini adalah persepsi Israel "sebagai manusia berani yang dikelilingi oleh kuasa-kuasa Islam yang memusuhi mereka kerana cuba merampas tanah air bersejarah milik Israel, sebuah situasi serupa terhadap orang-orang Kristian Ethiopia yang menganggap ia adalah satu analogi kepada sejarah mereka yang mana mereka kini berada di tengah-tengah ancaman umat Islam."
Berdasarkan kepada buku tulisan Hallahmi, sebuah kumpulan penentang-pemberontakan yang dianggotai seramai 3,100 orang, dikenali sebagai "Polis Kecemasan," telah ditubuhkan oleh Selassie untuk mematahkan arus kebangkitan di Eritrea. Kumpulan ini mendapat latihan khas daripada pakar-pakar Israel. Berikutan dengan lawatan militari ke Ethiopia yang dipimpin oleh Jeneral Bar-Lev pada tahun 1971, Halep dan Fatima yang memiliki kepentingan strategik di pulau Ethiopia, telah dibuka untuk kegunaan Tentera Laut Israel.
Umat Islam Eritrea sedar akan kewujudan perikatan yang sedang mereka hadapi itu. Abu Halid, pemimpin pergerakan umat Islam Eritrea, telah membincangkan tentangnya dalam sebuah temuramah pada tahun 1970 yang dilindungi oleh wartawan Turki:
Ethiopia dan Israel telah menyatukan matlamat mereka. Para pegawai Israel telah melatih askar-askar Ethiopia yang mengelar leher-leher umat Islam... Perang pada 5 Jun 1967 tercetus akibat alasan penutupan Teluk Aqaba oleh Mesir. Israel mahu melihat Pelabuhan Eilat dan teluk tersebut terus dibuka, kerana ia menjadi pintu perdagangan di antara Israel dan dunia Timur. Jika kita di Eritrea berjaya mendapatkan kemerdekaan, kita dapat menutup jalan air Israel yang menjalinkan kerjasama dengan Yaman Selatan di bahagian selatan Laut Merah. Inilah sebabnya mengapa Israel membantu Ethiopia. Enam juta Yahudi di Amerika Syarikat menyokong tesis tersebut. Terdapat 400 orang pegawai Israel di dalam pasukan askar Ethiopia. Tiga musuh utama kita ialah Ethiopia, Israel dan juga Amerika Syarikat.
[ Last edited by anakencana at 1-12-2008 01:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ERITREA - ETHIOPIA (3)
Para pegawai Israel yang melatih komando-komando Ethiopia dan kumpulan-kumpulan antipengganas turut memainkan peranan penting dalam menjaga kekuasaan Haile Selassie. Menurut Jeneral Matityahu Peled, yang merupakan bekas pegawai kanan di dalam pasukan askar Israel, Selassie telah diselamatkan sebanyak tiga kali dalam cubaan rampasan kuasa. Itu semua adalah bantuan dari ejen-ejen Israel terutamanya yang mempunyai pengaruh kuat dalam pasukan polis rahsia Addis Ababa.
Ejen-ejen Israel hanya melakukan sedikit campur tangan dalam menentang rampasan kuasa Marxis untuk menyingkirkan Selassie pada tahun 1974. Ini adalah kerana rejim baru itu akan selari sepenuhnya mengikut taraf dan kehendak Israel, dan akan terus menjadi anti-Islam dan seterusnya melancarkan peperangan ke atas umat Islam Eritrea. Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Hallahmi, "Ikatan yang berterusan dengan Israel dijelaskan melalui pendiriaan serupa kedua-dua buah negara tersebut dalam menentang kumpulan-kumpulan Islam di kawasan tersebut."
Usaha-usaha oleh kumpulan pakar Israel di Ethiopia diteruskan dengan lebih cepat di bawah rejim Mengistu Marxis. Mereka terus melatih kumpulan-kumpulan anti-pemberontakan Ethiopia dan menyediakan bekalan senjata kepada puak rejim terbabit. Perikatan ini, yang diasaskan kerana permusuhan terhadap Islam, semakin mendapat kekuatan pada tahun 1990 apabila Israel menghantar bom-bom fragmentasi kepada rejim itu untuk digunakan ketika menentang "militan pemisah."
Kemerdekaan Eritrea Gagal Menamatkan Penindasan
Kejatuhan blok Timur menunjukkan bahawa rejim komunis Mengistu di Ethiopia turut mengalami nasib yang sama. Pada tahun 1991, penentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh seperti Isaias Afeworki dan Meles Zenawi telah berjaya menyingkirkan kerajaan komunis. Zenawi yang telah mendapat kuasa masih gagal untuk berdiri menentang kemahuan rakyat Eritrea yang dahagakan kemerdekaan. Kemudian, satu referendum bertarikh 25 April 1993, menjadikan Eritrea bebas dari Ethiopia dan berjaya mendapatkan kemerdekaan.
Afeworki muncul sebagai pemimpin Eritrea baru setelah kemerdekaannya, walaupun masalah-masalah baru berkaitan polisi luar dan dalaman muncul pada waktu yang sama. Afeworki mula bertindak seperti rejim ganas Mengistu apabila beliau memulakan gelombang keganasan untuk menentang mereka yang beriman. Tekanan dari Afeworki, yang mengidam jawatan sebagai ketua negara dan speaker parlimen, membuatkan para penentangnya mengangkat senjata. Konflik berdarah tercetus di antara pasukan askar Eritrea dan kuasa-kuasa penentang, terutama sekali di kawasan pergunungan.
Kedahsyatan penindasan, terutamanya ke atas umat Islam, memasuki dimensi yang lebih mengerikan sewaktu zaman Afeworki. Penahanan dan pembunuhan tanpa sebab semakin berleluasa. Sekolah-sekolah Islam ditutup dan masjid-masjid dimusnahkan. Bahasa Arab dihentikan dari menjadi bahasa rasmi, dan beratus-ratus ribu rakyat melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di Sudan. Sesiapa yang mengkritik rejim Afeworki akan merasakan akibatnya.
Polisi-polisi menindas Afeworki bukan sahaja dikenakan ke atas rakyatnya, malah beliau turut memusuhi negara-negara jirannya. Beliau membawa Eritrea ke dalam kanncah peperangan dengan jirannya Yaman dan Djibouti, dan juga turut memusuhi Sudan, iaitu satu lagi negara jirannya. Beliau malah menunjukkan sikap yang sama ke atas Ethiopia, yang berkongsi banyak polisi-polisi strategi dan politik yang sama. Akhirnya beliau menawan Ethiopia. Sehinggalah berlakunya genjatan senjata pada 18 Jun 2000, pencerobohan ke atas Ethiopia telah menyaksikan beratus-ratus ribu rakyat kehilangan tempat tinggal, berpuluh-puluh ribu mati, dan beribu-ribu rakyat hidup dalam kebuluran disebabkan oleh embargo (sekatan) ekonomi. |
|
|
|
|
|
|
|
ERITREA - ETHIOPIA (4)
Keadaan Mutakhir di Eritrea
Konflik sempadan di antara Eritrea dan Ethiopia yang bermula pada 1999 berakhir dengan genjatan senjata setahun kemudian dengan campur tangan Pertubuhan Kesatuan Afrika. Walau bagaimanapun, walaupun sudah jelas bahawa kedua-dua pihak berada dalam kesukaran ekonomi yang tenat dan rakyatnya pula sudah hampir kebuluran, agak memeranjatkan apabila mereka masih membelanjakan berjuta-juta dolar untuk membeli kelengkapan senjata. Elemen-elemen infrastruktur penting seperti pelabuhan, stesen janakuasa elektrik dan lapangan terbang telah teruk dimusnahkan, berjuta-juta rakyat terpaksa berpindah, kerugian berjuta-juta dolar berlaku dalam pergaduhan-pergaduhan yang tercetus. Berjuta-juta dolar, yang sangat-sangat diperlukan untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan tersebut, telah dikorbankan untuk membeli senjata. Dengan cara ini, kedua-dua pihak, yang merupakan sekutu Israel, telah menjadi pasaran menguntungkan kepada pengeluar senjata Amerika dan Israel. Malah mereka berjaya mengalihkan pandangan penduduk dunia tentang penindasan ke atas umat Islam kepada kisah peperangan.
Kezaliman berterusan sehingga ke hari ini. Umat Islam di Eritrea masih terus ditahan tanpa sebarang sebab, dihukum mati oleh mahkamah yang tidak adil, dibunuh oleh skuad-skuad pembunuh, dan segala macam bentuk penentangan diharamkan. Umat Islam dengan itu tidak dapat hidup berlandaskan kepada agama mereka, kebebasan untuk beribadah disekat, mereka yang tertindas meningkat hari demi hari, dan polisi-polisi penindasan, ketakutan dan pencerobohan tidak pernah reda. Sekolah-sekolah yang mungkin mengajar kanak-kanak Islam tentang agama mereka ditutup, dan masjid tempat bersolat diruntuhkan. Berpuluh-puluh ribu umat Islam terpaksa berpindah, dan berjuta-juta pelarian yang lari dari penganiyaan rejim tersebut sedang berusaha untuk terus hidup dalam keadaan lapar dan kebuluran.
Tindakan-tindakan zalim ini mengingatkan kita tentang ketidakadilan dan yang dikenakan ke atas umat Islam sepanjang sejarah. Al-Quran telah mendedahkan sifat-sifat pemerintah zalim adalah sama sahaja sepanjang zaman. Mereka ini, yang memiliki sifat-sifat keji, dan penganiayaan yang dikenakan ke atas wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak pernah berubah sama sekali. Seperti yang telah diterangkan oleh al-Quran, "Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, yang mana mereka itu memiliki kekuatan yang lebih besar dari mereka ini...?" (Qaaf, 50: 36), dengan jelas memberitahu kita bahawa mereka yang hidup di zaman dahulu adalah lebih kejam sewaktu melakukan kekejaman tersebut jika dibandingkan dengan mereka yang hidup pada hari ini. Salah seorang pemerintah zalim yang dikisahkan di dalam al-Quran ialah Firaun:
Sesungguhnya Firaun telah membuat berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki dan membiarkan anak perem璸uan mereka hidup. Sesungguhnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Al-Qashash, 28: 4) |
|
|
|
|
|
|
| |
|