|
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya "Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”
i)Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorangmuslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T,bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagaipelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasukdalam kontek jihad.
ii) Bekerja adalah senjata utama untukmemerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominandalam mencipta kemakmuran hidup.
iii) Seseorang itu dituntutsupaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telahdiamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterimadaripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuathendaklah diniatkan kerana Allah.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya
iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
v)Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawapekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untukmenghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkanuntuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan danpekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja sertatanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlusebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabdayang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan(upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” . |
|
|
|
|
|
|
|
macam mane dengan org yg makan gaji buta,ape hukum dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|