CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 19

BENARKAH Mengintip org khalwat tak Islamik?

[Copy link]
Post time 14-11-2008 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari
Posted on Nov 02, 2008

Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yangmendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukanoleh jabatan agama dan disiarkan secara 憄romosi maruah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2008 02:54 PM | Show all posts
Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah 憃rang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 02:54 PM | Show all posts
Aduhai dukacita, jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2,3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenagauntuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malamdijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin.Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata.

Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya:

[quote]Dibawa seorang lelaki kepada 慉bd Allah bin Mas憉d, laludiberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata慉bd Allah bin Mas憉d: 揔ita dilarang untuk mengintip, namun apabilajelas kepada kita maka kita bertindak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 02:56 PM | Show all posts
sumber http://drmaza.com/home/?p=480

aku pung setuju dgn pendapat Dr. Maza, dari menangkap, baik kita mencegah dulu........
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:21 PM | Show all posts
Sebagai renungan bersama, sama-sama berfikir adakah lagi manusia yang sanggup menyucikan diri sebegini rupa, atau barangkali ia cumalah sejarah dan kenangan.



Dari Abdullah ibnu Buraidah dari ayahnya berkata, "Aku pernah duduk di sisi nabi SAW, lalu seorang wanita dari Ghamid datang menemui Rasulullah dan berkata, "Nabiyallah, sesunguhnya aku telah berzina, dan aku ingin Anda mensucikan diriku (merajam)." Namun Rasulullah berkata kepadanya, "Pulanglah. " Maka wanita itu pun pulang.

Keesokan harinya, wanitai tu datang kembali kepada Rasulullah dan kembali membuat pengakuan zina. Dia berkata, "Nabiyallah, sesunguhnya aku telah berzina, dan aku ingin Anda mensucikan diriku (merajam). " NamunRasulullah berkata kepadanya,"Pulanglah. " Maka wanita itu pun pulang.
"Ya Nabiyallah, rajamlah diriku. Apakah Anda menolakku sebagaimana menolak pengakuan Ma''iz bin Malik? Demi Allah, saat ini aku sedang hamil."
Rasulullah mengatakan, "Pulanglah, sampai kamu melahirkan anakmu"

Seusai melahirkan, wanita itu kembali menghadap Rasulullah sambil menggendong bayinya itu seraya melapor, "Inilah bayi yang telah aku lahirkan."
Beliau bersabda, "Pergilah, dan susuilah bayi ini hingga disapih."

Setelah disapih, wanita tersebut kembali menghadap beliau dengan membawa bayinya yang di tangannya memegang sekerat roti. wanita itu berkata, "Ya nabiyallah, aku telah menyapihnya."

Akhirnya, Rasululah pun mempercayai pengakuan wanita itu, lalu menyerahkan anak itu kepada seorang pria dari kalangan ummat Islam, dan kemudian beliau memerintahkan agar menggali lubang sampai di atas dada, lalu memerintahkan orang-orang untuk merajam wanita tersebut.

Saat itu Khalid bin Walid membawa batu di tangannya lantas melemparkannya ke arah kepala wanita itu hingga darahnya memuncat mengenai wajah Khalid. Khalid pun memaki wanita itu. Akan tetapi RasuluLlah mengatakan,
"Sabar wahai Khalid! Demi Dzat yang jiwaku ada di tangannya, sungguh dia telah bertaubat dengan taubat yang seandainya dilakukan oleh seorang pemungut cukai (pajak), niscaya ia akan diampuni."

Maka Rasulullah SAW memerintahkan untuk memandikan jenazahnya, dan menshalatkan dan menguburkannya. (HR Ahmad dalam musnad Ahmad jilid 5 halaman 348 hadits nomor 22999).

Dan dalam riwayat yang lain, ketika Rasulullah menshalatkan wanita Al-Ghamidziyah ini, Ummar bin Khathab terheran,
"Engkau menshalatinya, wahai RasuluLlah? Padahal ia telah berzina." RasuluLlah menjawab, "Dia telah bertaubat dengan taubat yang sekiranya dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mencukupinya. Apakah engkau menemukan taubat yang lebih baik daripada orang yang menyerahkan jiwanya kepada Allah?" (HR Muslim, XI/347)
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:23 PM | Show all posts

Balas #5 pepasir\ catat

Seandai wanita Al-Ghamidziyah ini lari setelah melahirkan anaknya, ia takkan dicari oleh Rasulullah mau pun menyuruh orang pergi mencari atau menangkapnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2008 11:10 PM | Show all posts
Kalau sengaja mengintip orang dengan menebuk dinding di rumah mereka untuk melihat sama ada berkhalwat ataupun tidak for sure ia adalah sesuatu yang melanggar norma-norma kesusilaan dalam kehidupan nilai murni beragama. Maka sudah tentu ia sesuatu yang dilarang oleh Islam tapi...
kalau dah nampak ada couple berdua-duaan dan masuk ke dalam semak takkan nak biarkan saja. Manusia yang tak beragama saja membiarkan demikian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-11-2008 11:10 PM
Kalau sengaja mengintip orang dengan menebuk dinding di rumah mereka untuk melihat sama ada berkhalwat ataupun tidak for sure ia adalah sesuatu yang melanggar norma-norma kesusilaan dalam kehidup ...


Actuallykan...bukan dlm kes berkhalwat saje yg  patut diambil tindakan...
Tapi bile org muslim yg disekeliling kite mmbuat ape jua jenis dosa..
Kite kena tegur...

Sebab kalu kite biarkn saje...
Akibatnye..bile blaku bencana alam ke ape2..
Ramai org yg baik....pun mjadi mangsa..

Kenape?...sebab sblum ni....mereka tak pernah menegur saudara2 muslim mereka yg mmbuat dosa..

Sori kalu ade yg  tersalah/ tersilap info..terkluar topik....
Tapi watever share info ni pun dari rencana yg watever pernah baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by watever_0607 at 15-11-2008 02:49 PM


Actuallykan...bukan dlm kes berkhalwat saje yg  patut diambil tindakan...
Tapi bile org muslim yg disekeliling kite mmbuat ape jua jenis dosa..
Kite kena tegur...

Sebab kalu kite biarkn  ...


Totally agreed......tapi berapa ramai yang berani berbuat demikian.
I pernah tempeleng budak yang dok nak buat sumbang dalam monorel masa i pi KL suatu masa dulu. Ada ka berani pulak depa jawap 'mind your own bisnes' masa I tegoq depa sedang nak bercium. Nasib baik cepat2 depa minta maaf...kalau tidak kaki naik ke kepala budak jantan tu pulak.
La ni dengaq nya kat KL dah ada geng PEKIDA dan PERKID buat kerja2 tegoq tu. OK la noo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 05:27 PM | Show all posts
Bagi aku perbuatan mengintip untuk menangkap kaki maksiat ni tidak salah tetapi salah apabila media mula campur tangan dalam isu-isu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 06:32 PM | Show all posts

Reply #10 BeachBoys's post

dari menangkap, awat tak buat pencegahan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 12:06 PM | Show all posts
my 2 cents...

tangkap tu gak 1 kaedah cegah kan... bio org lain tak buat...
cegah sblm berlaku
cegah semasa berlaku
cegah slps berlaku...

  anda mampu mengubahnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:42 PM | Show all posts

Reply #11 Acong's post

sape kate takde pencegahan? yang ustaz2 duk ceramah kat masjid2 ngan surau2 tu.forum2 yang membincangkan soal agama kat tv spt halaqah,forum perdana ehwal islam,al-kuliyyah,...semua tu nak suh orag sedar. tpi orang kite ni jenis bute perut, xnak dengar benda-benda elok camni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:56 PM | Show all posts
saya ingin bertanya sikit, jika dilteliti dari kes rejam samada dari hadis mahupun sumber agama samawi yg lain, hukuman rejam ini memang wujud tetapi seolah berat utk dilaksanakan....ini dapat dilihat dari kisah nabi Muhammad mahupun nabi isa.....

yg mana Rasulullah seolah2 melengah2kan dan memberi peluang si penzina melarikan diri....

nabi isa juga melaksanakan hukuman rejam jika diteliti dari sudut bible namun memerintahkan sesiapa yg nak merejam perlulah bersih dari dosa, maka tiada siapa yg berani merejam ,akhirnya perempuan itu dibebaskan.....

adakah ini melambangkan besarnya kasih sayang Allah....?

[ Last edited by  ussopp at 18-11-2008 01:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 02:46 PM | Show all posts

Balas #14 ussopp\ catat

dulu pernah ambil paper undang2 jenayah islam...ustaz yg ajar tu ada cerita...ada seorang penzina mgaku telah berzina tp Rasullullah suruh balik jgn sampai org lain dgr..3 kali dia mgaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:03 AM | Show all posts
sumtime bile dengar alasan sedemikina.. macam memudahkan org wat zina..

u know asalkan tak desaper tauw.. soo it's fine...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 12:12 PM | Show all posts
Tulah sekarang nih maksiat semakin berleluasa. Dah tak kira tempat terbuka ker tempt tertutup ker.....
Seolah-olah tiada sifat bertuhan dan beragama dlm masyarakat muslim sendiri. Aku bersyukur sbb belum jumpa benda2 maksiat nih. Kalau ikutkn mmg aku x nak lihat benda2 maksiat cuma terbaca dari surat khabar atau terdengar2 citer org jek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 18-11-2008 13:42
sape kate takde pencegahan? yang ustaz2 duk ceramah kat masjid2 ngan surau2 tu.forum2 yang membincangkan soal agama kat tv spt halaqah,forum perdana ehwal islam,al-kuliyyah,...semua tu nak suh or ...

tapi ko pasti kaa sampai pada semua?


adakah takat tu dah mencukupi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 06:58 PM | Show all posts
pada pandangan aku laa........

masalah khalwat ini berlaku kerana jiran, terutama di bandar, sudah tak mengambil tahu jiran yg dok sebelah......


bayangkan jika ko nak bawa awek balik umah, jiran sblh tu kenal ko & tau ko tu bujang, brani kah ko bawa pompuan balik umah? manusia nie pelik tau.... tak takut tuhan, tapi tau malu lak jika jiran nampak..... pikir
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 08:53 AM | Show all posts
my 2 cents...

berdasarkan kenyataan di atas...

sebab tulah di wujudkan 1 badan yang memantau... wat intipan... terhadap perilaku sumbang... bukan nak skodeng... sebab jiran sblh menyebelah tak amik tawu...

tapi mungkin gak badan pencegah maksiat ni dapat maklumat berdasarkan info yg diberikan oleh jiran tu...
cume jiran tu tak nak glemer je....

dalam keadaan sekarang... ape alternatif yg mufti perlis boleh sarankan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.081279 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list