CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2698|Reply: 8

Realiti Drama/Filem sekarang...

[Copy link]
Post time 27-11-2008 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

* Cinta.
* Cinta 3 segi.
* Cinta 4 segi.
* Anak-anak rebut harta pusaka.
* Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa baku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.



Drama/Filem Cina.


1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.




Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 07:03 PM | Show all posts

Balas #1 matlampir\ catat

DRAMA/FILEM MELAYU...

matlampir correction. sy nk betulkan sket... jgn marah ek... mintak ampun maap nk lalu...

No. 2 tu salah.... tu keja art director or propsmaster, or even production manager... bkn director...

No.7 plak- klu cita yang slalunya ada sc mcm tu mesti sebab dorg x cukup duration... itu adalah kebiasaan..

No.8 bkn nak kaver line tp dah dittpkan mmg xleh nak tunjuk smbhyang.. klu nak sama ada ms bg salam or masa baca doa... pergerakan yg menunjukkan sembahyang mmg xleh...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by matlampir at 27-11-2008 06:16 PM

Drama/Filem Melayu

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot ).


part solat/mengaji dalam drama ni, aku nak tambah sikit ..
kalau watak tu perempuan, selalunya muka bermakeup, siap berlipstick masa solat/mengaji
aku rasa cam nak cekik2 je pelakon & pengarah citer tu kalau aku tertengok camtu :@

lagi satu, dalam citer melayu .. kalau ada scene baru bangun atau time nak tido,
mesti muka siap makeup cantik ngan lipstick segala ..
kalau baru bangun tido lak, rambut elok je terletak .. iskkkkk aa
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:27 PM | Show all posts
cite melayu selalu buat cite bini teraniya gile babi ngan suami atau ibu selalu kena tipu ngan anak. jalan cerita diulang-ulang cuma pelakon dan part gaduh/sepak-tendang laki-bini je lain2. penamat cerita, mcm biasalah... dah bleh agak. aku rasa bnyk lagi kisah benar yg berlaku dlm msyrakat bleh ditonjolkan dalam drama/filem. contohnya, ahli politik yg menipu atau kisah seorang kapitalis yang tamak haloba. boleh buat punya, yg penting kena buat research dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by shortie at 27-11-2008 07:03 PM
DRAMA/FILEM MELAYU...

No.8 bkn nak kaver line tp dah dittpkan mmg xleh nak tunjuk smbhyang..klu nak sama ada ms bg salam or masa baca doa... pergerakan ygmenunjukkan sembahyang mmg xleh...
nice info, tapi memang tak boleh pun,kecuali mase pembelajaran pasal semayang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #1 matlampir's post

nak tambah skit... citer melayu misti ade adegan makan2...
skit2 makan... skit2 makan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2008 03:36 PM | Show all posts

Balas #5 gelugugu\ catat

tu pun betul.. klu nk tunjuk pembelajaran sembahyang xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 07:46 PM | Show all posts
THE OTHER SIDE OF THE SCREEN:-
- Producer nak cepat siap, murah & bagus... (shortcut nya, ambik pelakon POPULAR yg sibuk kat majalah tapi xpernah ada kerja, cari pelkon kat majalah macam cari perabot dlm katalog IKEA, hehehe)

- Tap director nak berkarya sebanyak mungkin sebab nak jaga reputasi... (tap lately ni ramai plak DIRECTOR yg jenis nak cpat siap jgak, so Producer boleh sayang kat dia... huhuhu)

- Tap pelakon pulak nak kejar schedule sebab photo shoot bersepah, kononnya kalau xpergi photo shoot nanti org xkenal... (Biar org kenal tapi berlakon kayu sbb producer nak yang org kenal jer, hmmh)

- Dan Crew pulak ngumpat Director kat belakang sebab xsuka kerja keras kat set... (Kalau Director power, nanti letih lebih tapi payment sama jugak, oooh)

PUNCANYA:-
->Tv bayar ciput (payment DRAMA TV xnaik-naik sejak 15tahun lepas, zaman Kak Erma single).... producer smua senyap sbb takut kena BLACKLIST & xdapat slot SAMARINDA

->Flem plak, org maki hamun ckap xnak tgk kat pawagan kononnya crite tu xbest, so beli VCD jer.... tapi bila crite best diaorg kata saya xtau pun so xpergi tgk lah... tau2 dah kluar燗stro, tenogk2 rupanya ok plak...  

TAPI bila keluar media.... kami memberikan yang terbaik, kami buat untuk peminat, kami suka kerja dengan pengarah power.....

SO.... itu adalah yang kita dapat..... INDUSTRI MAKAN SEGERA PENUH MSG    


my2cents

[ Last edited by  bront at 30-11-2008 07:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 01:09 PM | Show all posts

Balas #8 bront\ catat

AHAH!!!

SETUJUKKKKK!!!

director takut xde job
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.053260 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list