CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2815|Reply: 15

Tukar konsep album selepas kahwin

[Copy link]
Post time 17-12-2008 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Tukar konsep album selepas kahwinOleh NOR FADZILAH BAHARUDIN [email protected]

ALBUM  terbaru Mawi, Qasidah Allah Habeebi akan berada di pasaran Januari depan.
- Gambar WAHIDAH ZAINAL ARIPIN


TINGGAL beberapa hari sahaja lagi penyanyiidaman Malaya, Asmawi Ani akan menamatkan zaman bujangnya bersama Nora'Ashikin atau Ekin.



Mengharapkan agar segalanya berjalan lancar, namun pelantun lagu popular, Kian ini masih lagi sempat menyiapkan album qasidah keduanya berjudul Qasidah Allah Habeebi.

Bakal berada di pasaran sekitar Januari depan, Mawi yakin sokonganpara peminatnya tidak akan berbelah bahagi meskipun status dirinya akanberubah tidak lama lagi.

"Ini semua rezeki dan saya yakin para peminat akan menyokong kariersaya meskipun saya sudah berkahwin. Lagi pun album ini sangat istimewadan penghasilannya juga mengambil masa yang sangat panjang," katanyaketika ditemui pada majlis pradengar album terbarunya itu, di pejabatMaestro Talent, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan terang anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai,Johor ini, kelewatan album tersebut yang sepatutnya diedarkan padapenghujung tahun ini berlaku kerana pemilihan material untuk album tersebut sangat terperinci.

"Kita tak mahu selitkan lagu-lagu yang tidak bermutu. Oleh keranaitu, proses mencari lagu sahaja telah memakan masa yang lama. Malah,mutu penghasilan album qasidah kedua ini lebih dititikberatkan agar iamampu menarik minat bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja,"ujarnya tenang.

Jelas Mawi, kos album tersebut juga lebih tinggi berbanding album-albumnya yang lain.

"Hampir RM60,000 kos dibelanjakan untuk album ini, malah kesemuanya menggunakan peralatan muzik live string itu yang menyebabkan ia lebih mahal berbanding album-album terdahulu," katanya.

Qasidah Allah Habeebi memuatkan lapan buah lagu antaranya berjudulAllah Habeebi, Hijab, Sujud kolaborasi bersama KRU, Seroja dan TemanHakiki.

Bercerita lanjut tentang dua buah lagu iaitu Sujud dan Seroja,sambil tersenyum kata Mawi: "Saya sukakan muzik KRU kerana apabila kitadengar sahaja sesebuah lagu itu, kita boleh tahu itu lagu mereka.

"Seroja pula saya rakamkan semula kerana ramai sangat yang meminatilagu itu. Apabila pergi buat persembahan, ramai yang minta sayanyanyikan lagu tersebut.


"Jadi apa yang boleh saya katakan, dalam album ini tidak terlalu kearah nasyid tetapi ia lebih kepada etnik kreatif sebab kita hendaktarik minat orang muda."

Akui Mawi, sekiranya peminat mengharapkan sesuatu yang baru daripadanya, semua itu akan berlaku selepas perkahwinannya kelak.

"Insya-Allah, selepas kahwin saya akan menukar konsep lagu-lagunyanyian saya. Cukup berbeza daripada yang sedia ada. Memang saya adaniat untuk mencuba konsep muzik yang baru serta lain daripada nasyiddan etnik kreatif. Tunggu sahajalah di mana semuanya masih dalamperancangan," jelas lelaki berbintang Virgo ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 11:37 AM | Show all posts
next year baru keluar eh????

lambatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:13 PM | Show all posts


asik2...anak banak syd je yg tukang reply...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #3 rohakhal's post

rindu laa ngan ko

dan empunye kaki petir tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:38 PM | Show all posts
mawi nak tukar konsep ape ek... jazz... hik hok
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 01:06 PM | Show all posts

Reply #3 rohakhal's post

wehhhh

lama menghilang
gi mana????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2008 01:06 PM | Show all posts

Reply #5 dino's post

raggae lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 01:19 PM | Show all posts

Reply #5 dino's post

dangdut dut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 01:20 PM | Show all posts
awat nak tukar?
dah elok dah konsep yg ada skrang ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 01:55 PM | Show all posts

Reply #9 niy's post

skang ni konsep solo
tahun depan konsep duet

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:00 PM | Show all posts
Dia nak berduet ngan bini dia kut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:08 PM | Show all posts
tahun dpn konsep disco lah..senang sikit nak ikut minik gi clubbing...hik hik...musti dino marah aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 04:59 PM | Show all posts

Reply #12 zamzam's post

dino mana ada marah
org lain kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 05:01 PM | Show all posts

Reply #10 chekshu's post and #11 litra's post

haruslah merudum kalau dia berhajat nak berduet

tau tau ajelah kenapa kan
tak selera u
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 06:17 PM | Show all posts

Balas #14 niy\ catat

confirm x de yg selera....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:37 PM | Show all posts
i pun tk seleraaa u....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.139723 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list