View: 34159|Reply: 7
|
Huruf Jawi Pada Batu Nabau -
[Copy link]
|
|
Huruf jawi pada Batu Nabau timbulkan persoalan
CORAK yang didakwa menyerupai huruf jawi ditemui pada bahagian
tengah Batu Nabau di Engkilili, Sri Aman, Sarawak baru-baru
SRI AMAN 22 Dis. - Batu Nabau di kawasan Sungai Bukong di daerah kecil Engkilili bukan sekadar merupakan bongkah batu panjang yang seakan-akan menyerupai seekor ular gergasi, malah ia juga dikesan terdapat corak menyerupai huruf jawi di bahagian tengah batu tersebut.
Penemuan corak menyerupai huruf jawi iaitu alif, lam, ha, nun, mim dan sin dikesan tersusun dalam keadaan terbalik serta terpisah antara satu sama lain sekali gus menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
Perkara itu disedari oleh seorang penduduk tempatan, Zulia Jemat yang berkunjung ke lokasi batu tersebut selepas tertarik dengan keajaiban Batu Nabau yang disiarkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini.
Zulia memberitahu, garisan corak yang terukir pada bahagian tengah batu telah menarik perhatiannya untuk mengamati batu itu dengan jarak dekat sebelum membuat kesimpulan bahawa ia adalah motif tulisan jawi lama.
Menurutnya, dia telah mengambil gambar huruf jawi itu dan kemudiannya membawa perkara tersebut kepada beberapa orang rakannya yang arif mengenai tulisan tersebut bagi pengesahan lanjut.
''Apabila diamati dengan jelas, huruf-huruf yang terdapat pada batu itu adalah alif, lam, ha, nun, mim dan sin itu tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah antara satu sama lain.
''Tetapi jika huruf jawi itu disusun dengan tepat lalu digabungkan boleh membentuk kalimah Allah," katanya di sini hari ini.
Batu Nabau, iaitu bongkah batu besar yang menyerupai ular gergasi mempunyai ukuran panjang melebihi sembilan meter dan ukuran lilit melebihi dua meter.
Ia terletak kira-kira 50 meter daripada Rumah Nyalau Muang, Bukong yang tidak asing lagi bagi penduduk rumah panjang di situ.
Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau itu mula tersebar apabila seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur yang mendakwa bermimpi mengenai ular gergasi menjadi batu sehingga menjurus pencariannya di kawasan Engkilili.
Penghulu Rumah Nyalau, Michael Derin memberitahu, kedudukan Batu Nabau terletak hanya 50 meter dari kawasan rumah panjang dan mempunyai legenda yang tersendiri.
*************************************************************************************
nak juga tahu pasal ular gergasi ni.. -
nanti akan cari lagi pasal batu nabau ni
sebab sebelum ni tak pernah tahu pun
kewujudan tempat ni.. bagus kalau
sama2 dapat belajar sejarah dan legenda tempat ni - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 23-12-2008 08:23 AM
''Apabila diamati dengan jelas, huruf-huruf yang terdapat pada batu itu adalah alif, lam, ha, nun, mim dan sin itu tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah antara satu sama lain.
''Tetapi jika huruf jawi itu disusun dengan tepat lalu digabungkan boleh membentuk kalimah Allah," katanya di sini hari ini.
ﺍ ,ﻫ@ﺡ ,ﻝ ,ﻥ ,ﺱ = tak leh bentuk kalimah Allah. kalo "ﻝ" @ lam ade 2 boleh la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ehh..mim tinggal.. ni huruf mim..
"ﻡ"
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak de gambo ker? |
|
|
|
|
|
|
|
ade ganbor penuh paste la...x jelas lak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 naen's post
Penemuan corak menyerupai huruf jawi iaitu alif, lam, ha, nun, mim dan sin dikesan tersusun dalam keadaan terbalik serta terpisah antara satu sama lain sekali gus menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
gambar diterbalikkan :
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
batu tu memang kaler original cmtu ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|