View: 4970|Reply: 2
|
Dividen tu ker yg di panggil "riba"?
[Copy link]
|
|
nak tanya...
Dividen ASB tu riba ker?
maklum lah ujung2 tahun camni...dividen byk masyuk.....
tp tau lah status halal haram nyer...
Mohon penjelasan dari yg arif |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Sayang_dia\ catat
dividen diagihkan daripada keuntungan sesuatu perniagaan - amaun tak ditetapkan
riba diberikan dengan penetapan keuntungan terlebih dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Di sini saya terjemahkan mengenai tajuk riba di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam al-Shafie karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafha al-Bugho dan Ustaz Ali al-Syarbiji seperti yang dipohon oleh saudara/saudari Manggis. Saya tidak pasti samaada terjemahan kitab ini ke dalam Bahasa Melayu ada atau tidak di pasaran Malaysia. Terjemahan ini berdasarkan cetakan al-Dar al-Qholam - Damsyik dan al-Dar al-Syamiyah - Bairut tahun cetakan 1428H/2007M pada jilid ketiga mukasurat 57 dan 58. Terjemahannya adalah seperti berikut:
01)
RIBA
Takrif Riba
Dari segi bahasa:
Ia adalah masdar (kata terbitan) riba yarbu - apabila bertambah dan subur - maka ia bersamaan maknanya pada lebih, bertambah dan subur.
Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan lihatlah bumi yang tandus itu maka apabila Kami (Allah) turunkan air ke atasnya hidup dan suburlah. (Surah al-Hajj: ayat 5). Iaitu hidup / bergerak-gerak menjadi tinggi dan bertambah daripada keadaannya sebelum diturunkan hujan.
Dan firmah Allah Taala yang bermaksud: Adanya satu umat yang lebih banyak jumlahnya dari kaum yang lain. (Surah al-Nahl: ayat 92). Iaitu banyak bilangan dan kuat.
Dan firman Allah Taala yang bermaksud: Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. (Surah ar-Ruum: ayat 39). Iaitu setiap apa yang diberikan ia adalah pemakanan riba dari pertambahan ke atas modal-modal mereka, untuk pertambahan pada harta-harta mereka dan subur dengannya, maka sesungguhnya Allah Taala mencela dan tidak berkat padanya.
Dari segi syarak:
Akad ke atas timbal balik tertentu, tidak diketahui seumpamanya pada sukatan / timbangan syarak ketika akad, atau bersama kelewatan pada dua tukaran atau salah satu.
Dimaksudkan dengan timbal balik tertentu: Harta-harta riba.
Dimaksudkan dengan tidak diketahui seumpamanya: Adalah salah satu tukaran itu lebih daripada tukaran yang satu lagi atau tidak tahu persamaan bersamanya.
Dimaksudkan dengan sukatan / timbangan syarak: Sukatan dalam benda yang boleh disukat dan timbangan pada benda yang boleh ditimbang.
Dan diletakkan syarat pada keadaan akad dengan tujuan menjaga terhadap apa yang diketahui seumpamanya antara dua tukaran sepelas akad. Sepertimana kalau menjual satu sukatan dari gandum dengan satu sukatan barangan lain, dan tidak mengetahui kadar keduanya, maka ia akad riba, dipraktikkan ke atasnya hukum-hukum riba, sehingga kalau ditimbang dua sukatan selepas akad dan dikeluarkan kedua-duanya sama, kerana persamaan itu tidak tahu keadaan akadnya.
Dimaksudkan dengan kelewatan dua tukaran atau salah satu: tidak berlaku penerimaan pada satu majlis antara dua akad atau syarat tangguh pada akad.
02)
Adapun persoalan mengenai simpanan kewangan atau pelaburan di Amanah Saham Bumiputra (ASB) telah lama diperdebatkan dan diperbahaskan di Malaysia. Ada fatwa negeri yang mengharamkan dan ada fatwa negeri yang membolehkan. Di sini saya petik tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin.net) mengenai isu yang diutarakan ini:
1) Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.
Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan 慟irad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.
a- Ihya Ulumiddin
b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair 慉la Mazhab As-Syafie
2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.
Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-
Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)
2) Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-
2.0. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
2.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
2.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Kesimpulan:
Saya sarankan agar saudara/saudari dapat bertanya kepada pakar dalam muamalat Islam secara berdepan dengan lebih terperinci. Adapun untuk memahamkan seseorang dalam penulisan ini amatlah sukar sekali. Kadang-kadang saya sendiri pun tidak dapat memahami maksud yang cuba dijelaskan. Pohon kemaafan sekiranya tidak jelas dalam perterjemahan kitab di atas.
Adapun dalam masalah ASB - Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman cenderung untuk mengatakan haram melabur dalam ASB seperti di dalam wedsite beliau.
taken from:
www.iluvislam.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|