|
Menyusuri sejarah Tamil Nadu
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
SEKALI imbas Tamil Nadu, negeri paling selatan di India mungkin tidak tersenarai sebagai destinasi ingin dilawati bagi mereka yang berhasrat meneroka selatan India.
Jauh daripada glamor Bollywood, ia sebenarnya memiliki sejarah panjang yang kini dapat dihayati menerusi warisan seni bina monumen agama dan istana rajanya.
Mercu tanda bagi monumen agama, Trichy terletak pada kuil seakan-akan dikelilingi bukit berbatu, Rock Fort. Menariknya, kota pada ketinggian 83 meter (m) ini dibina pada batuan yang berusia 3,800 juta tahun - lebih tua daripada daratan Greenland atau banjaran Himalaya yang dilihat pada hari ini.
Justeru, tidak hairanlah kota ini menyimpan lipatan sejarah silam yang panjang dan dapat dilihat menerusi tulisan seawal kurun ketiga, dapat dilihat sepanjang 344 anak tangga menuju ke puncak bukit.
Memainkan fungsi utama sebagai kubu pertahanan ketika era perang, ia beberapa kali bertukar tangan daripada Nayaks of Madurai, sehingga kepada kuasa penjajah termasuk British. Puncaknya menempatkan kuil menjadi lokasi terbaik menyaksikan panorama sebahagian besar bandar ini.
Tidak jauh dari kota ini, pengunjung boleh singgah ke rumah Robert Clive, askar British yang mengukuhkan kuasa politik dan ketenteraan Inggeris di selatan India menerusi East India Company dan orang penting dalam pembentukan British India.
Kesan penjajahan British juga dapat dilihat menerusi St Lourdes Church yang dibina bermodelkan gereja utama di selatan Perancis, Basillica of Lourdes. Lokasi monumen ini juga terletak berhampiran dengan kawasan beli-belah utama di Trichy yang beroperasi hingga lewat malam.
Pemerintahan kuasa asing tidak melunturkan perkembangan Islam. Ini dapat dihayati di Nadhirsha Darga, antara tempat suci masyarakat Islam yang memiliki sejarah melebihi 1,000 tahun. Masjid Arcot Nawab pula terkenal kerana memiliki tangki air terbesar.
Bagi penduduk India, warisan dunia Thanjavur sudah mereka kenali dengan jolokan mangkuk nasi Tamil Nadu kerana pengeluaran padi utama negeri ini. Penjajahan kuasa asing menyaksikan British mewarisi sistem pengairan dari zaman pemerintahan Raja Chola.
Bagaimanapun, pengiktirafan monumen warisan dunia oleh Lembaga Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kepada Brihadishwara Temple, meletakkan daerah ini di peta dunia.
Antara 26 monumen warisan dunia Unesco di India, ia memiliki dua laman utama dilengkapi tulisan purba di setiap sudut bangunan yang megah dengan beberapa menara ini. Kuil yang dibina Raja Chola I disiapkan sekitar 1010 dan menjadi pusat pemerintahan kerajaannya.
Bangunan bersejarah lain termasuk Vijayanagara Fort yang memiliki istana, menara loceng dan Saraswathi Mahal Library, perpustakaan lama menempatkan lebih 30,000 manuskrip India dan Eropah ditulis pada helaian kertas serta daun palma.
Betapa merdunya gema puisi dan tarian klasik India, samalah indahnya dengan seni bina yang menghiasi latar langit Madurai, negeri yang menjadi pusat seni dan kesusasteraan di daerah di negeri selatan India ini.
Sejarah panjang yang menyaksikannya beberapa kali bertukar tangan antara kerajaan dapat dilihat pada pertembungan seni dan budayanya. Thirumalai Nayak Mahal, istana raja Madurai dibina pada abad ke-16 umpamanya indah dengan gerbang seni bina Islam Moghul dan sarat dengan kehalusan ukiran Hindu.
Hanya satu perempat daripada binaan asalnya yang tinggal selepas diruntuhkan pemerintah, apabila ingin memindahkan kerajaannya ke Trichy.
Kegemilangan pemerintahan raja Hindu ini dapat disaksikan kembali jika anda menyaksikan pertunjukan bunyi dan cahaya yang diadakan pada lewat petang setiap hari.
Daerah sama turut menempatkan Muzium Ghandi, menempatkan semua maklumat yang anda ingin tahu mengenai pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi. Kedai buku bersambung dengan premis ini menawarkan bahan bacaan berkaitan idea dan falsafah pemimpin terulung negara itu.
Bagaimanapun, kunjungan anda ke daerah ini seakan-akan tidak lengkap tanpa singgah ke pusat peranginan tanah tinggi Kodaikanal. Terletak 120 kilometer (km) dari Madurai, banjaran bukit pada ketinggian 2,130 meter ini menawarkan percutian dalam suasana nyaman dikelilingi kehijauan hutan di pergunungan.
Selain padang golf 18 lubang, ia memiliki tarikan semula jadi termasuk Tasik Kodaikanal di kawasan seluas 24 hektar, Bryant's Park iaitu taman dengan lebih 740 jenis ros dan beberapa air terjun termasuk air terjun Fairy dan Silver Cascade.
*************************************************************************************
bila sebut pasal tamil nadu tu.. or negeri dia.. ramai mungkin ingat
LEDC.. tapi.. banyak juga tempat2 yang menarik dan bersejarah di sana -
ada few my friends.. suka benar bercuti di india.. sokmo pergi india
bila bercuti -- mungkin sebab banyak seni budaya kat india
yang tak banyak nak tengok kat negara lain.. -- |
|
|
|
|
|
|
|
kalau cerite pasai India Selatan
hero tak laen dan tak bukan
Mr. Sivaji the Boss lar .. Rajnikand <-- salah eja kot..
ps: Kamal Hassan pun situ gak ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 tutankhamun!\ catat
rajinikanth la, kamal hasan pun situ la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 sekngucing's post
aku kalu sebut tamil nadu.. aku tingat mgr (mg ramachandran) misai dia leh tahan gak...ada la ala ala tuanku muhriz n9 ruler tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tamil nadu ni aku igt kalo org dia gado2 mesti berbunyik kan
nak angkat kaki sbb nk sepak pn bunyik kenmain
blm lg tumbuk
kena tembak pn blh bgn lagi dgn gagahnya
sorang blh kalahkan 18 orgf
hebat org sana ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tamil Nadu ni Kaum India yg hitam kan..sebab orang kata diorang ni kasta rendah....kalau India yg putih cam bollywood tu...India high class la..cam Kayveas tu....kasta dia lagi tinggi dari Samy Velloo... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 revolusi_30\ catat
yg tu india utara, geng2 khan, yg selatan ni geng2 asoka (betul?) |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dia hero tamil nadu: Rajinikanth
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shawbrother at 2-1-2009 11:33
Ni dia hero tamil nadu: Rajinikanth
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/1/10/Rajinikanthhogenakkal.jpg/250px-Rajinikanthhogenakkal.jpg
Paddayappa.....deyyyyyyyyyyyyy............. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 2-1-2009 11:18
yg tu india utara, geng2 khan, yg selatan ni geng2 asoka (betul?)
a'ah...yg Khan2 tu yg dari Dinasti Monggol l la...yg asoka tu yg berkasta2 bagai kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 revolusi_30\ catat
ye, dinasti monggol, org monggol dah sebar benih merata2, tgok la org turki, kazakhstan, eropah timur, siberia, semua tu anak cicit monggol la |
|
|
|
|
|
|
|
been there before for 1 week. its very very hot!! food dier sedap.. but we are not advise to eat outside from hotel.... hmmm
barang tak jugak murah sgt...
but looking back at their history it is pretty interesting to know that in tamil naidu itself.. they have so many kings... ( dulu laa ) |
|
|
|
|
|
|
|
memang mereka bangsa yang sudah lama wujud di dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by revolusi_30 at 2-1-2009 12:34 PM
a'ah...yg Khan2 tu yg dari Dinasti Monggol l la...yg asoka tu yg berkasta2 bagai kot...
Dinasti Mughal Keturunan Parsi-Mongol... kebanyakan beragama islam tak ada kasta2 cuma pemerintah hindu (Aryan) kat utara jer amalkan kasta nih.... yang gelap diselatan (Dravidian) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Asoka Tak silap beragama Buddha kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 2-1-2009 04:17 PM
Asoka Tak silap beragama Buddha kan.....
asoka mulanya... hindu pastu converted to buddha.... yep!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
deyyy tambi..........
uncle sam punya tempat daa,tamil nadu mari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 2-1-2009 07:15 AM
aku kalu sebut tamil nadu.. aku tingat mgr (mg ramachandran) misai dia leh tahan gak...ada la ala ala tuanku muhriz n9 ruler tu...
betul.. mgr sudahpon dianggap dewa kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...kalu tak silap Aishwarya Rai dgn Rekha pun berasal dari sana gak...:re: |
|
|
|
|
|
|
| |
|