View: 2755|Reply: 2
|
Nasib Kota Tua di Jakarta
[Copy link]
|
|
Nasib malang Kota Tua
Kota Tua di Jakarta - bandar lama yang terbaik dan paling sempurna di Asia, kini terbiar.
KOTA ini pernah menjadi pusat perdagangan dan
pemerintahan penjajah Belanda.
DI tengah-tengah bandar raya Jakarta, terdapat sebuah runtuhan yang mengimbau sejarah lama yang indah bak peninggalan Angkor Wat di Kemboja.
Di situ, pokok-pokok tua tumbuh meliar di celah-celah dinding bangunan usang.
Old Town atau dikenali sebagai Kota Tua merupakan sebuah bangunan yang dibina oleh penjajah Belanda untuk tujuan pentadbiran dan perdagangan kira-kira enam dekad lalu.
Hari ini, bangunan yang mampu menarik pelancong itu dibiarkan 'mati' di tangan perosak. Para pelabur juga tidak menghiraukannya.
Sebaliknya, mereka membelanjakan berbilion-bilion rupiah untuk menjayakan projek pembinaan sebuah pusat beli-belah yang baru di situ.
"Kawasan ini adalah bandar lama yang terbaik dan paling sempurna di Asia," kata arkitek, Budi Lim.
Budi adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang terlibat dalam menghidupkan semula tempat itu yang dikenali sebagai Kota Tua Batavia.
"Anatomi bandar lama ini wujud dalam struktur penuh termasuk pelabuhan lama dan gudang," katanya.
Berbanding bandar-bandar lain di Asia, pihak berkuasa berusaha untuk memulihara kawasan bersejarah mereka.
Antaranya Boat Quay di Singapura dan Melaka di Malaysia. Namun, pihak berkuasa tempatan di Jakarta telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Batavia.
Datuk Bandar Jakarta, Djoko Ramadhan baru-baru ini mengeluh apabila membincangkan nasib sesetengah bangunan lama yang gagal bersaing dengan kepesatan pembangunan kota yang dihuni oleh lebih 12 juta penduduk itu bersama bangunan-bangunan pencakar langit dan rumah setinggan.
"Kami sedar bahawa kemudahan yang disediakan di Old Town sangat terbatas dan tidak mencukupi," katanya merujuk kepada tempat letak kereta yang terhad dan ketiadaan pengangkutan awam ke situ.
Old Town diiktiraf sebagai tapak warisan pada awal tahun 1970-an. Pegawai perancang bandar pernah mencadangkan beberapa skim bagi memperbaiki keadaan di sini untuk jangka masa panjang. Bagaimanapun, semua perancangan menemui jalan buntu.
Kira-kira dua tahun lalu, bandar itu membelanjakan lebih RM24 juta bagi meningkatkan pandangan luaran, terutama penampilan Dataran Fatahillah yang mencerminkan ciri-ciri Eropah.
Pada tahun 1970-an, sebuah dewan awam ditukar statusnya kepada muzium.
Dua lagi bangunan kolonial Belanda di dataran itu sudah diperbaiki dan diubah menjadi muzium anak patung dan seni lukisan halus.
Kafe Batavia yang terkenal itu sebenarnya 'meminjam' kawasan gudang lama di dataran tersebut. Daripada 284 bangunan di Old Town yang disenaraikan dalam tapak warisan, sebanyak 19 buah daripadanya adalah runtuhan bangunan.
Malah banyak lagi bangunan yang dirobohkan tanpa menghiraukan nilai-nilai sejarah yang disimpan.
GEDUNG Arsip Nasional, salah satu bangunan lama
yang dijadikan muzium di Old Town, Jakarta.
"Sebahagian daripada identiti bangunan tersebut dimusnahkan seperti pohon jati yang hidup sejak tahun 1800-an.
"Ada juga tinggalan antik yang dirosakkan atau dicuri," ujar pemilik Old Town, Ella Ubaidi.
Undang-undang yang sepatutnya melindungi bangunan-bangunan lama menyatakan sesiapa yang didapati bersalah merosakkan harta benda akan dijatuhi hukuman penjara enam bulan atau didenda sebanyak 100 juta rupiah (RM31,874).
Namun, peraturan itu tidak pernah dilaksanakan.
" Penguatkuasaan undang-undang amat lemah kerana kita tidak mempunyai pasukan penyiasat yang kuat," ujar Ketua Agensi Pembangunan Old Town, Candrian Attahiyyat.
Dalam pada itu, barangan mewah dari Asia seperti porselin, sutera dan set minuman pernah dibungkus dan dihantar dari pasar Batavia ke Eropah.
Antaranya rempah-ratus seperti kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.
Pelabuhan Batavia didirikan di bahagian barat laut pulau Jawa oleh Syarikat India Timur Belanda pada pertengahan tahun 1600-an dan kekal sebagai pusat bandar Indonesia sehingga namanya ditukar semasa penjajahan Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Apabila mencapai kemerdekaan pada tahun 1945, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam itu meraikan kemenangan besar.
Mereka menolak pengaruh Belanda dengan membina monumen pejuang tempatan. Idea untuk memulihkan tinggalan orang Belanda langsung tidak terlintas dalam fikiran.
Menurut agensi pembangunan tersebut, kebanyakan daripada 19 bangunan warisan yang telah musnah itu dimiliki oleh kerajaan negeri.
Henry Leo, seorang penduduk asal di kawasan itu berharap pusat sejarah tersebut cepat diperbaiki.
Walaupun bukan atas 'tiket' kolonial Indonesia, tetapi sekurang-kurangnya ia akan melonjakkan industri pelancongan tempatan.
"Saya dilahirkan di sini. Kami sangat marah dan terkejut dengan sikap sambil lewa kerajaan dalam mengambil tindakan segera. Sebab itu banyak bangunan telah musnah dalam dekad ini," katanya. - AFP
jadik ni ler old betawi... aku ada baca sikit2 ajer pasal sejarah old town nih.... tak pernah ambik pot.. tapi aku rasa patut gak kita tengok sejarah kota tua ni ekkkk.... lagi pun tengok building dia... waduh... sayang kalu dibiarkan mcm tu ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
Jakarta Old Town
The former Stadhuis (Town Hall) of Batavia, the seat of Governor General office of VOC during Dutch East Indies. The building now serves as Jakarta Historical Museum (Museum Fatahillah).
Jakarta Old Town (Kota Tua Jakarta), also known as Old Jakarta, and Old Batavia (Oud Batavia), is a small area in Jakarta, Indonesia. This special region spans 1.3 square kilometres of both North Jakarta and West Jakarta.
Dubbed "The Jewel of Asia" and "Queen of the East" in the 16th century by European sailors, Old Jakarta — or Batavia, as it was named by the Dutch — was once considered a center of commerce for the whole continent due to its strategic location and fertile resources.
History
In 1526, Fatahillah sent by Sultanate of Demak, invade Hindu Pajajaran's port of Sunda Kelapa, then he change the name of the port to Jayakarta. This town is only 15 hectare in size and rendered in traditional Javanese coastal city. In 1619 VOC destroyed Jayakarta under the command of Jan Pieterzoon Coen. A year later VOC build a new town named "Batavia" to honor Batavieren, the Dutch ancestors. This city centered around east bank of Ciliwung river, around present day Fatahillah Square.
The inhabitant of Batavia are called "Batavianen", later known as "Betawi" people, the creole ethnic, the descendants of mixed various ethnicities that has inhabited Batavia.
In 1635 the city expanded towards west banks of Ciliwung, on the ruins of former Jayakarta. The city was designed in European Dutch style completed with fortress (Casteel Batavia), city wall, and canals. The city was arranged in several blocks separated with canals.
The city of Batavia was completed in 1650. It become the center of VOC in East Indies. The canals was disbanded due to outbreak of tropical diseases within the city wall because of sanitation and hygiene problems. The city began to expand further south as epidemics in 1835 and 1870 encouraged more people to move far south of the port, to Weltevreden area (now the area surrounding Merdeka Square).
The city later become the administrative center of colonial Dutch East Indies. In 1942 during the Japanese occupation, the name of the city changes to Jakarta, and now serves as the capital city of Indonesia.
In 1972, the Governor of Jakarta Ali Sadikin issued a decree that officially made the Jakarta Kota area into a heritage site. The governor's decision was necessary in order to preserve the city's architectural roots — or at least what was left of it.
Despite the Governor's Decree, the vicinity remains neglected, as though the majority was pleased just by the issuing of the decree. Not enough was being done to protect and conserve the legacy from the Dutch colonial era.
The former Stadhuis (Town Hall) of Batavia, the seat
\ of Governor General office of VOC during Dutch
East Indies. The building now serves as Jakarta Historical
Museum (Museum Fatahillah).
tingat lak stadhaus kat melaka yg dutch bina masa depa konker melaka dulu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Sila lihat ini Old Batavia untuk info lebih lanjut Kota Tua Jakarta ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|