CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3014|Reply: 8

Negara2 Kumpul Dana Untuk Tolong Rakyat Palestine -

[Copy link]
Post time 11-1-2009 07:31 AM | Show all posts |Read mode
UAE kumpul RM301 juta

ABU DHABI 10 Jan. - Hampir AS$86 juta (RM301 juta) berjaya dipungut di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari pertama kempen untuk membantu mangsa keganasan Israel di Genting Gaza.


Timbalan Perdana Menteri, Sheikh Hamdan bin Zayed al-Nahayan hari ini berkata, kempen pungutan derma yang bermula dengan teleton semalam dijadual diteruskan sehingga minggu pertama bulan depan.

Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan dan Naib Presiden, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum masing-masing menawarkan sumbangan bagi membiayai pembinaan 600 buah rumah di Gaza.

Ia adalah untuk menampung keperluan penduduk yang hilang tempat tinggal akibat serangan Israel.

Tunjuk perasaan untuk menyuarakan sokongan terhadap penduduk Gaza turut diadakan semalam di empat daripada tujuh emiriah yang membentuk UAE.

Sementara itu, Israel hari ini meneruskan kempen menakut-nakutkan penduduk Palestin dengan menggugurkan ribuan risalah mengandungi amaran bahawa rejim Zionis merancang untuk memesatkan lagi serangan.

Menurut pihak tentera Zionis, risalah berkenaan disebarkan di seluruh Genting Gaza dan ia disebarkan sebagai 'amaran umum.'

Notis tersebut mengandungi kenyataan bahawa Israel akan memulakan 'fasa baru perang terhadap keganasan'.

Amaran tersebut dikeluarkan ketika jumlah korban meningkat melebihi 800 orang akibat serangan Israel sejak 27 Disember lalu.

Serangan yang masuk hari ke-15 ini dilancarkan dengan alasan menghentikan serangan roket oleh Hamas.

Tentera Israel mendakwa serangan hanya ditujukan ke arah Hamas namun pegawai Palestin menjelaskan, dua pertiga daripada jumlah korban adalah orang awam.

- Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2009 09:54 AM | Show all posts
PBB terus misi agih bantuan di Gaza


Rejim Zionis memberi jaminan keselamatan

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan meneruskan pengagihan bantuan bagi penduduk Palestin di Semenanjung Gaza selepas menerima jaminan keselamatan daripada Israel, kata badan dunia itu dalam kenyataan lewat kelmarin.


Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) dan Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat (UNSCO) berkata dalam kenyataan bersama bahawa PBB menerima 'jaminan boleh dipercayai bahawa keselamatan kakitangan PBB, kemasukan dan operasi kemanusiaan akan dihormati sepenuhnya.'

"Berdasarkan jaminan itu, pergerakan kakitangan PBB yang tergendala kelmarin akan diteruskan secepat mungkin," kata dua organisasi terbabit.

UNRWA menangguhkan operasi di jajahan itu Khamis lalu selepas sebuah konvoinya diserang dua kereta kebal Israel yang mengorbankan seorang pemandu kontrak PBB dan mencederakan seorang lagi.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) juga mengehadkan operasi di Gaza selepas satu daripada kenderaannya terkena sasaran, jelas oleh tembakan Israel.

Jaminan itu diberi kelmarin dalam mesyuarat peringkat tinggi di Kementerian Pertahanan di Tel Aviv di mana Israel 'amat menyesal' dengan insiden itu dan berkata ia tidak menggambarkan dasar rasmi kerajaan, kata pegawai PBB.

Kenyataan berkata PBB akan 'mengekalkan tahap keselamatan kakitangannya mengikut kajian berterusan.'

Bercakap menerusi rangkaian video dari Gaza, Pengarah Operasi UNRWA John Ging berkata pekerja bantuan PBB amat lega. Beliau menambah beratus ribu penduduk Gaza amat memerlukan makanan, air dan keperluan lain berikutan serangan zalim selama dua minggu oleh Israel di jajahan Palestin.

Lapan peratus daripada 1.5 juta penduduk Gaza amat memerlukan bantuan, kata pegawai PBB.

Mereka menggambarkan situasi kesihatan sebagai 'amat membimbangkan', sambil menambah kakitangan hospital sukar pergi ke tempat kerja.

Kebanyakan bahagian di Gaza tanpa bekalan elektrik, sisa pepejal sedia ada semakin bertimbun dan lebih 21,000 penduduk kini berlindung di sekolah PBB di tengah kekurangan selimut dan keperluan lain, kata pihak berkuasa.

Penolong Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Kemanusiaan John Holmes memberitahu satu taklimat situasi di Gaza adalah 'hampir sama atau semakin buruk.'

Holmes menambah keadaan di Gaza tidak selamat bagi semua rakyat dan menekankan kematian orang awam berjumlah 792 dan 3,200 yang cedera, menurut angka Palestin yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2009 09:58 AM | Show all posts



KANAK-KANAK Palestin mengisi bekas dengan air di daerah
Zeitun di bandar Gaza semalam. PBB mengambil keputusan
untuk meneruskan pengagihan bantuan kepada rakyat Palestin
yang bertahan di Semenanjung Gaza selepas menerima jaminan
keselamatan dari Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 07:53 PM | Show all posts
11 Januari, 2009

Senada Kumpul RM10,000 Isi Tabung Untuk Gaza



KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) -- Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) hari ini berjaya mengumpulkan sebanyak RM10,000 bagi Tabung New Straits Times Press (NSTP) untuk Gaza.

Pengerusi Senada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sumbangan daripada orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara itu berjaya dikumpul dalam masa tiga hari sahaja.

"Kami berharap dana dikumpulkan ini dapat mengurangkan keperitan dan penderitaan rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak untuk membina kembali kehidupan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada wakil NSTP, Abdul Halim Yusoff di Lorong Che Mat Tawkay di sini.

Senada yang ditubuhkan Jun tahun lepas adalah di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosiol.

Antara objektif utama sekretariat ini adalah untuk memastikan hak-hak wanita dan keluarga Islam mendapat pembelaan sewajarnya.

Kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd melancarkan Tabung NSTP Untuk Gaza, 5 Jan lepas, bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza. Tabung itu dibuka sehingga 7 Feb depan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:47 PM | Show all posts
NSTP Fund For Gaza: Women's group raises RM10,000




Senada chairman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil receiving money
from children for the NSTP Fund for Gaza in Kuala Terengganu yesterday.[size=+0]


KUALA TERENGGANU: In just three days, the Secretariat on the Protection and Enhancement of Muslim Women (Senada) has raised RM10,000 for the NSTP Fund for Gaza.

[table=200][/table]"We're upset about what is happening in Gaza. We pray the attacks will end immediately," Senada chairman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said, after presenting the donation to Te-rengganu Berita Harian bureau chief Abdul Halim Yusoff yesterday.

"This small amount is symbolic of our support for the Palestinians. We will continue to raise donations to help them. I urge the international community to unite and push for an immediate ceasefire in Gaza."

To donate to the fund you can do any of the following: Bank in/transfer funds to Maybank account number 514105-320501 under the name NSTP Fund for Gaza; send cheques payable to NSTP Fund for Gaza and send to the New Straits Times Press, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; or make cash donations to the cashier at Balai Berita or any NSTP branch nationwide.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:33 PM | Show all posts
Felda serah RM100,000




KUALA LUMPUR: Mendokong pegangan yang besar serta berkuasa perlu membantu golongan lemah, membuatkan Kumpulan Felda terpanggil menjadi sebahagian penghulur sumbangan kepada tabung kebajikan untuk rakyat Palestin yang menderita.

Sumbangan berjumlah RM100,000 disampaikan dalam bentuk cek kepada Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di samping penyediaan beberapa tabung kilat bagi memudahkan kakitangan menderma.

NSTP diwakili Pengarah Pengiklanannya, Badrul Hisham Mahzan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata pihaknya sedar tekanan dan penderitaan dihadapi penduduk Palestin ketika ini, malah turut sama bersimpati dengan nasib mereka yang menjadi mangsa keganasan Zionis.


Justeru, katanya huluran sumbangan berkenaan sebagai tanda sokongan dan dorongan daripada semua ahli keluarga Felda termasuk anak syarikatnya dalam usaha memulihkan semangat penduduk selain dianggap simbolik terhadap pengorbanan mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 07:29 PM | Show all posts
bagus2 alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 07:03 AM | Show all posts
Kutipan Dakap kini RM645,675

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) terus menerima sambutan daripada masyarakat apabila mencatat kutipan sebanyak RM645,675.01 setakat ini.


Hari ini sahaja, jumlah kutipan terkumpul ialah RM27,050.15.

Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zauji berkata, pihaknya hari ini menerima sumbangan RM850 daripada Pusat Latihan Askar Wataniah.

"Kami juga terima RM2,222 daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Serdang dan kutipan online sebanyak RM4,071.80," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah menyampaikan cek bernilai RM10,811.35 kepada wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Raja Abu Bakar untuk disumbangkan kepada Tabung Dakap.

Kutipan itu merupakan sumbangan ahli-ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep).

Turut hadir pada majlis di Kementerian Pertahanan di sini itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Persatuan Kemajuan Masyarakat dan Penduduk Taman Datuk Senu, di sini turut memperlihatkan keprihatinan dengan menyumbang RM1,140 untuk tabung Dakap.

Pengerusinya, Zainal Arshad berkata, pihaknya mengadakan kutipan derma daripada orang ramai menerusi tabung-tabung di pasar malam Taman Datuk Senu serta derma daripada orang perseorangan baru-baru ini.

"Dengan keprihatinan orang ramai yang mengunjungi pasar malam di Taman Datuk Senu kami berjaya mengutip RM1,140 bagi meringankan beban yang ditanggung warga Palestin," katanya.

Di Johor Bahru, 1,100 pelajar dan guru SMK Seri Kora Puteri tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan RM864.50 kepada tabung Dakap.

Pengetuanya, Misti Kana berkata, sumbangan itu merupakan penutup kepada Kempen Derma Tangisan Di Bumi Palestin yang dianjurkan sejak seminggu yang lalu.

Katanya, kempen yang menyedarkan warga sekolah mengenai penderitaan penduduk Gaza itu turut menganjurkan pertandingan melukis poster dan ceramah.

Misti menyerahkan sumbangan tersebut kepada wartawan Utusan Malaysia, Haniza Hassan.

Selain SMK Seri Kora, tabung Dakap turut mendapat perhatian daripada empat sekolah di Kota Tinggi, Johor yang menghulurkan RM5,719.50.

Sekolah berkenaan ialah SMK Tun Habab, SMK Tanjung Datuk Pengerang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tajol.

Kesemua sumbangan itu diserahkan oleh Pengetua SMK Tun Habab, Mustafa Sani yang mewakili sekolah-sekolah terbabit kepada wartawan Utusan Malaysia, Maznah Mohd. Arsad di sekolah terbabit.

Di Perak, penderitaan rakyat Palestin mendapat perhatian apabila kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Seri Manjung menderma sebanyak RM1,371.

Sumbangan disampaikan oleh wakil pelajar Rusydi Amir kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Perak, Ajani Basri di pejabat sekolah itu hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2009 07:23 AM | Show all posts
Dakap cecah lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini berjaya melepasi sasaran RM1 juta dengan jumlah kutipan RM1,019,043.65.


Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zauji berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin menghulurkan sumbangan untuk membantu penduduk Palestin melalui tabung itu.

Pihaknya amat terharu dengan kejayaan IRM dan Kumpulan Utusan mencapai jumlah kutipan itu yang akan dimanfaatkan untuk membantu menyediakan keperluan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

"Hari ini, IRM menerima sumbangan sebanyak RM3,348 melalui laman web www.irm.org.my. Sebanyak RM1,042.65 pula disalurkan oleh kumpulan peniaga pasar malam Serdang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, sejumlah RM1,309 berjaya dikutip oleh Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak) menerusi majlis Makan Malam Semurni Hati Himsak yang diadakan Sabtu lalu.

Sumbangan itu idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Penaung Himsak.

Menurut Presidennya, Mohd. Faizal Daud, seluruh ahli tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin, justeru terpanggil untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan.

Di Negeri Sembilan, sebanyak RM5,500 berjaya dikumpul oleh warga Politeknik Port Dickson (PPD) untuk Dakap.

Hasil kutipan sejak seminggu lalu itu disampaikan oleh Pengarah PPD, Mohd. Kharir Mohd. Ibrahim kepada wakil Utusan Malaysia, Hussaini Amran pada perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan PPD di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, penderitaan penduduk Palestin yang dizalimi rejim Zionis itu turut mendapat simpati warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Negeri Sembilan, yang menyumbang sebanyak RM1,517.

Sebanyak RM700 lagi berjaya dikutip oleh jemaah surau Taman Bukti, Ampangan. Sumbangan tersebut diperoleh sejak dua minggu lalu.

Di Perak, sejumlah RM2,020 disumbangkan oleh warga Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib (SKNMT) Batu 3, Segari, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Hasil kutipan kalangan murid-murid, ibu bapa dan guru sekolah itu diserahkan oleh Guru Besar, Azizah Ramli kepada wartawan Utusan Malaysia, Norsharuddin Sapian.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil turut tidak ketinggalan untuk sama-sama membantu penduduk Palestin dengan menyumbang sebanyak RM1,550.

Kutipan bagi dana tersebut yang dijalankan selama dua minggu sejak pertengahan Januari lalu, melibatkan lebih 1,500 pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

Selain itu, di Kuantan, lebih 900 pelajar SMK Lepar Hilir mengeluarkan wang saku mereka dan berjaya mengumpul sebanyak RM1,454 untuk disumbangkan kepada Dakap.

Pengetua sekolah itu, Ibrahim Mat Akil berkata, sumbangan itu bagi menunjukkan tanda simpati golongan anak peneroka dan pendidik di tanah rancangan Felda itu terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Sebanyak RM1,911 pula dikutip oleh para pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Presint 11 (1), Putrajaya hanya dalam tempoh empat hari.

Sasaran kutipan Dakap RM1 juta itu juga tercapai dengan sumbangan daripada VirtualFriends.net yang berjaya mengutip RM300 melalui aktiviti paintball baru-baru ini.

********************************************************************************

bagus dakap ni... tahniah dah kumpul lebih dari rm1 juta -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.657697 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list