View: 4760|Reply: 3
|
Sains : Lif Angkasa Pengangkutan Masa Depan -
[Copy link]
|
|
Lif angkasa pengangkutan masa depan
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Mungkinkah lif angkasa menjadi kenderaan popular untuk melawat angkasa pada masa akan datang sebelum manusia memikirkan untuk membina hotel di sana.
PENGEMBARAAN ke angkasa selalunya melibatkan kapal yang direka khas untuk membawa angkasawan atau pelancong berbayar dan singgah ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) atau mengorbit bumi.
Sejak Yuri Gagarin melakukannya pada 12 April 1961 yang dikatakan mengambil masa selama 108 minit, manusia telah melihat ke hadapan dan konteks meneroka alam tanpa batasan itu.
Apollo 11 mendarat di bulan pada 1969 dan sejak itu manusia terus berulang alik ke angkasa lepas walaupun tidak lagi ke bulan.
Pelbagai agensi angkasa seluruh dunia menghantar misi secara berkala dan mengunjungi Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tetapi satu-satu medium perjalanan ialah menggunakan pesawat angkasa.
Hari ini, aktiviti mengembara ke kawasan yang dinamakan ruang angkasa sudah menjadi impian dan terdapat segelintir manusia yang sanggup membayar jutaan ringgit, semata-mata untuk melancong ke sana.
Usaha tersebut terus diperhebatkan dan terkini, perkembangan sains dan teknologi memungkinkan manusia berulang alik ke sana di masa depan dengan pengangkutan yang dikenali sebagai lif angkasa.
Ia masih di peringkat konsep dan idea pembinaan dan hasrat membawa manusia menggunakan lif angkasa mungkin masih dianggap suatu cereka sains.
Namun, sejak idea lif angkasa mula diperkenalkan buat kali pertama oleh saintis Rusia, Konstantin Tsiolkovsky pada tahun 1985, aplikasinya terus diperkembangkan oleh seorang lagi saintis yang dikenali sebagai Arthur C. Clarke pada tahun 1970.
Bertitik-tolak dari situ, teknologi sains fiksyen berkenaan telah diaplikasikan oleh saintis-saintis bagi memperkembangkan penciptaan lif angkasa.
Menerusi kajian, para saintis dari Universiti Cambridge telah menghasilkan alat berbentuk silinder diperbuat daripada karbon yang ringan, fleksibel, kukuh serta berpotensi untuk bergerak dalam jarak yang jauh.
Pembangunan teknologi itu juga secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan mereka untuk membenarkan angkasawan mengembara menggunakan lif tersebut pada jarak beribu-ribu batu di angkasa.
Asasnya, lif angkasa bertindak sebagai 'kenderaan elektrik' yang boleh membawa angkasawan mendaki naik dan turun dengan membawa muatan tanpa had.
Antara kelebihan lif angkasa adalah ia membenarkan perjalanan terus ke angkasa menggunakan pengaruh tekanan graviti, tiada gegaran akustik dan tidak memerlukan sebarang minyak pelincir atau petrol - menjadikannya mudah dan murah untuk dilaksanakan.
Secara praktikalnya, lif itu juga boleh membawa muatan tanpa had berat kerana menerusi kabel 2.5 inci yang digunakan, ia boleh menampung bebanan sehingga 100 kali lebih berat dari beratnya sendiri.
Kuasa solar
Dari segi kos pula, perjalanan menggunakan lif angkasa tidak melibatkan pelaburan yang tinggi kerana kuasa yang diperlukan hanya menggunakan kombinasi kuasa solar dan juga laser yang dipancarkan dari platform di permukaan tanah untuk membantu pelancarannya ke atas.
Menyorot kembali perkembangan bidang sains yang menakjubkan itu, seorang saintis yang bernama Yuri Artsutanov telah membangunkan rekaan lif angkasa secara asas pada tahun 1960 diikuti dengan penemuan kejuruteraan tiub nanokarbon pada rekaan lif angkasa pada tahun 1990 oleh Sumio Iijima.
Pada tahun 2001 pula, seorang jurutera, Bradley Edward telah menemui kawasan yang sesuai untuk dibangunkan sebagai laluan perjalanan bagi lif angkasa.
Banyak saintis kini sedang melakukan pelbagai penyelidikan dan kajian berhubung teknologi tiub nano untuk diaplikasikan secara komersial yang secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi proses pembangunannya ke tahap yang lebih baik.
Walaupun lif angkasa belum dibangun dan digunakan sepenuhnya namun berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, banyak pihak menjangkakan misi tersebut bakal terlaksana dalam masa lima hingga sepuluh tahun lagi.
Ini kerana kebanyakan mereka telah menetapkan matlamat positif dengan menukar persepsi daripada 'kami akan buat' kepada 'kami boleh buat' sebagai inisiatif mencapai objektif tersebut.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsanb (NASA) dalam mencari penemuan teknologi baru yang dapat membantu pembangunan lif angkasa.
Antaranya adalah seperti menganjurkan pertandingan Beam Power Challenge pada tahun 2005 bagi mencari inspirasi kepada pembangunan dan juga implementasi kuasa tanpa wayar yang dapat membawa manusia dan muatan ke angkasa hanya menggunakan lif angkasa.
Pertandingan lain yang dianjurkan adalah Centennial Challenges sebagai cabaran untuk membina model berskala lif angkasa yang boleh dipacu secara satu kilometer menegak dengan kelajuan dua meter sesaat.
Sejak peringkat awal pengenalan idea tersebut, lif angkasa digambarkan dengan reka bentuk yang kurus dan sangat kukuh untuk fungsi mengelilingi orbit pada jarak 22,300 batu.
Setakat ini, para saintis dari Universiti Cambridge sedang membangunkan lif tersebut secara aplikasi makmal dengan menggunakan material berteknologi tinggi.
Adalah diharapkan jika fungsi lif angkasa itu berjaya dilaksanakan kelak, ia akan memberi peluang kepada pelancong untuk meneroka angkasa dan melawat orbit seperti mana yang dilakukan oleh angkasawan selama ini.
Dengan cara itu, kos untuk aktiviti berkenaan turut menjadi murah kerana pelaksanaannya tidak memerlukan kuasa bendalir sebaliknya menjadikan graviti bumi sebagai medium pergerakan utama.
Bagi merancakkan lagi perkembangan industri ini, sebuah Konsortium Lif Angkasa Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun lepas yang mana terdapat kumpulan pengkaji bertugas di sana untuk mereka bentuk dan mempromosikan idea-idea terbaik.
Ia merupakan perancangan jangka panjang bagi menggantikan konsep konvensional dalam aktiviti penerokaan angkasa dan seterusnya membawa perubahan dalam kehidupan manusia di bumi dan juga di angkasa.
Kajian lain yang diberi penekanan adalah dari segi kuatan sokongan dan regangan pada tali kabel untuk tujuan menampung berat yang di bawa bersama.
Walaupun penemuan silinder tiub nano merupakan antara teknologi yang memberi kelebihan dari segi kekuatan dan ringan untuk dijadikan kabel lif, namun para penyelidik Universiti Cambridge sedang mencari alternatif dalam menentukan struktur kabel sokongan yang panjang dan kukuh.
Bagi melengkapkan lagi fungsi pada lif angkasa terbabit, pembinaannya juga bakal dilengkapkan dengan kekuatan permukaan kalis peluru.
Secara keseluruhannya, teori pembangunan lif angkasa ini sememangnya mampu untuk dilaksanakan, cuma penyelidikan mengenainya perlu dijalankan dengan terperinci bagi mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan.
********************************************************************************
dengan zaman technology ni nothing is impossible --
nak pergi angkasa nanti - kita naik lift aje nanti -
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pertandingan bangunkan lif angkasa
Uniknya struktur lif angkasa menurut gambaran artis.
AKTIVITI Cabaran Pelancaran Kuasa pada prototaip lif angkasa adalah bertujuan untuk meningkatkan pengaruh dan persepsi positif umum terhadap kekuatan serta keunikan sistem tersebut.
Dengan menyertainya pertandingan yang di anjurkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) itu, setiap individu berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan teknologi pelancaran kuasa.
Menerusi cabaran tersebut, peserta akan dibekalkan dengan trek perlumbaan secara menegak untuk membolehkan pasukan yang bertanding menggerakkan prototaip lif angkasa mereka menggunakan transformasi kuasa pada kabel bermula dari permukaan tanah.
Untuk membolehkan pelancaran dilakukan, berat lif berkenaan mestilah tidak melebihi 50 kilogram (kg) selain kelajuan pendakian berada pada minimum dua meter per saat dengan berat muatan sebanyak mungkin.
Pertandingan tersebut akan diadili berdasarkan kelajuan yang didarabkan dengan berat muatan yang dibawa kemudiannya dibahagikan dengan berat asalnya.
Dari segi kuasanya, ia bergantung kepada keupayaan peserta untuk membina ketumpatan kuasa pada mesin masing-masing berdasarkan spesifikasi yang komprehensif.
Untuk ciri keselamatan pula, aplikasi mesin automatik adalah berbahaya kerana sejak tahun 2007, operasi seperti menggunakan laser boleh membawa risiko kecederaan.
Sebenarnya, dalam sesuatu pertandingan, ciri-ciri keselamatan perlu ditekankan terutama pada spesifikasi mesin.
Di tapak program tersebut , pihak penganjur akan memastikan ia mampu menyokong cabaran sehingga jarak satu kilometer (km).
Sementara itu, sebuah konsortium yang menggabungkan beberapa peneraju dalam pembangunan konsep lif angkasa telah dibentuk dinamakan Konsortium Lif Angkasa Antarabangsa (ISEC).
Kumpulan bebas ini bermatlamatkan untuk mempromosi dan menggerakkan penyelidikan berkaitan pembangunan lif angkasa pada tahap global.
Ahli pengasas gabungan konsortium tersebut Spaceward Foundation, Space Elevator Reference, Blog Lif Angkasa , EuroSpaceward dan Persatuan Lif Angkasa Jepun.
Kumpulan tersebut diketuai oleh Ted Semon dari Blog Lif Angkasa yang menyandang jawatan sebagai presiden.
Semon berkata, sudah sampai masanya projek lif angkasa itu digerakkan.
''Dengan cabaran ekonomi global pada hari ini, kita memerlukan idea dan industri baru bagi menghadapi pada abad ke- 21,'' katanya.
Industri itu boleh menjadi penggerak , dalam penemuan sains bahan nanoteknologi yang menjadikan kenderaan lebih kukuh dan ringan kepada industri baru yang menawarkan banyak peluang pekerjaan dan pelaburan.
Antara matlamat ISEC iaitu mempromosi pembangunan dan pembinaan dan operasi
lif angkasa sebagai pengangkutan berkesan ke angkasa untuk semua manusia.
Ia akan memfokuskan kepada:
l Pembangunan pelan dan peta kerangka serta menyelaras kajian berkaitan.
l Menyalurkan dana untuk penyelidikan teknologi berkaitan
l Pembangunan rangka kerja undang-undang antarabangsa untuk lif angkasa beroperasi
l Sebagai penggerak dan pusat pertukaran maklumat berkaitan aktiviti lif angkasa.
Konsortium beribu pejabat di Los Angeles , Amerika Syarikat (AS), bandar raya yang menjadi pusat industri angkasa lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kos nya mahal............................. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal satu.. tapi mcm susah ajer... nak buat tu.. faktor2 climate lagi.. jgn nak memain dgn space nih... apa2 ajer bley jadik... yg paling aku saspens sbb graviti bumi nih... bukan senang nak buat nih... tak tahulak aku kalu possible teknologi tu nak buat nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|