CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15155|Reply: 0

Ternakan Unta di Malaysia...

[Copy link]
Post time 31-1-2009 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Seekor Unta Sejuta Khasiat
     “Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak , benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-bintang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan.” (Surah al Mu’minun ayat 21)

     Jika diamati ayat al Quran ini, sememangnya terlalu dalam makna tersirat akan kebaikan makhluk bernama UNTA. Selain diguna sebagai alat pengangkutan, unta mempunyai pelbagai kegunaan. Menurut beberapa fakta, unta mempunyai sejuta kelebihan dari hujung kepalanya hinggalah ke kuku kakinya. Bahkan ada pendapat lama mengatakan kencingnya juga elok dijadikan penawar.

    Hati unta misalnya dikatakan elok untuk mengubati penyakit lelah, semput mahupun Asma. Ia juga dikatakan boleh menghitam dan melebatkan rambut manakala dagingnya sesuai untuk memanaskan badan dan menghindarkan letih dan lenguh.lemak yang terdapat pada bonggol unta juga mujarab dijadikan ubat sapu atau minyak urut. Beliau turut menurunkan tips membuat minyak unta ini. Katanya, masak lemak bonggol hingga cair dan sejukkan. Bila hendak digunakan hanya ambil sedikit sahaja untuk disapukan ke bahagian yang sakit.

    Bagi mengelakkan ia kehilangan zat, hiris daging nipis-nipis. Namun menurut beberapa pihak yang sering berkunjung ke tanah Mekah, daging unta terbaik adalah daging anak unta jantan.Di kawasan jualan daging unta itu, tiada seekor lalat pun menghinggapi daging tersebut sebaliknya daging-daging itu dihurung oleh tebuan. Ini bermakna daging unta bukanlah seperti daging kambing yang hamis dan tinggi kolestrol. Sebaliknya daging unta lebih manis, berlemak dan tiada kolestrol.Hati unta lebih berkhasiat dibuat sup. Walaupun rasanya sedikit payau namun ia tetap manis berlemak.Susu unta amat berkhasiat berbanding susu haiwan ternakan lain. Lemak yang terkandung dalam susu unta dikatakan 40% lebih rendah daripada susu lembu.

    Susu unta juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi. Dari kajian yang dibuat oleh beberapa pihak, susu unta tahan lama jika betul cara pensterilannya.Susu unta tahan lama andai dididihkan bersama gula pasir. Setelah disejukkan ia tidak akan masam atau berkulat..Susu unta mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman.

_____________________________________________________________________

amboi... banyak betul keistimewaan menternak unta ni.... saya tengok kalau ada penganggur/ anak melayu membuat perusahaan ternakan Unta ni pasti cerah memandangkan ternakan ini jarang orang buat, so mesti dapat sambutan. Agak2 senang ke pelihara unta ni ? agak2 binatang ni kuat tak makan.... ?

sesiapa tahu, harap2 sudi berkongsi pengetahuan.

TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.538398 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list