CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

AUSTRALIA Catastrophe: kebakaran hutan di tenggara: kebakaran lagi 100 fled!!

[Copy link]
 Author| Post time 14-2-2009 08:29 PM | Show all posts
Lelaki didakwa bakar hutan di Australia


Lelaki didakwa bakar hutan di Australia



MELBOURNE - Seorang lelaki semalam didakwa di sebuah mahkamah kerana menyebabkan salah satu kebakaran hutan di Australia yang menyebabkan lebih 180 penduduk terbunuh.

Polis berkata, suspek dituduh menyebabkan kebakaran dan sengaja menyalakan api di kawasan hutan berhampiran bandar Churchill yang mencatatkan 21 kematian.

Ia merupakan satu daripada beratus-ratus kebakaran yang melanda negeri Victoria pada 7 Februari lalu sekali gus menyebabkan 7,000 penduduk kehilangan rumah.

Suspek turut didakwa memiliki sejumlah gambar lucah kanak-kanak.

Angka rasmi korban ialah seramai 181 orang dan usaha masih diteruskan untuk mengenal pasti mangsa tetapi angka kematian dijangka melebihi 200 orang.

Lebih 3,900 kilometer persegi kawasan hutan dan ladang hangus terbakar.

Seorang pegawai polis di Victoria, Asisten Komisioner Moloney berkata, suspek kini ditahan di satu lokasi rahsia.

"Dia dipindahkan dari kawasan bencana ke Melbourne atas sebab-sebab keselamatan," katanya.

Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan suspek dituduh di sebuah mahkamah majistret tetapi dia tidak hadir.
Suspek kemudian diarah untuk ditahan serta menjalani ujian psikiatri.

Dalam satu kenyataan polis, Majistret Clive Allsop menegah sebarang penyiaran maklumat atau gambar suspek yang boleh menyebabkan orang ramai mengenalinya.

Jika dia didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 25 tahun kerana sengaja menyebabkan kebakaran. - AP




patutnya hukum bunuh ajer....  kasi sebat dulu... seksa sikit... tak guna punyer worang!! kecik kecik tanak mampos!!:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 09:34 AM | Show all posts
Kebakaran hutan berjaya dikawal

SYDNEY 14 Feb. - Pasukan bomba Australia hari ini memberitahu mereka kini dalam misi terakhir memadamkan beberapa kebakaran hutan yang masih berlaku di negara ini dan berharap dapat mengawalnya tidak lama lagi.

Jurucakap bomba berkata, hanya tinggal 12 kebakaran sahaja yang masih berlaku awal pagi ini di seluruh Victoria berbanding 20 kebakaran semalam.

"Kami telah melakukan sebaik mungkin sepanjang malam bagi memadamkan kebakaran, kini hanya tinggal 12 kebakaran sahaja lagi dan semuanya di bawah kawalan.

"Tiada amaran kecemasan kebakaran dikeluarkan hari ini," kata jurucakap berkenaan kepada Reuters.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya seramai 181 orang terbunuh dalam kebakaran hutan yang melanda Australia sejak hujung minggu lepas.

Pihak berkuasa Australia semalam, mendakwa seorang lelaki atas tuduhan melakukan pembakaran yang menyebabkan kematian, dalam insiden kebakaran hutan di negara ini.

Perdana Menteri Kevin Rudd telah memanggil bencana itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai". Para pengkaji percaya kira-kira separuh daripada kebakaran belukar itu dinyalakan dengan sengaja.

Kawasan bencana terbabit, adalah dua kali ganda daripada saiz London dan lebih 20 buah bandar telah diisytiharkan sebagai zon jenayah. Kebakaran menyebabkan 1,831 buah rumah musnah dan seramai 7,000 orang hilang tempat kediaman. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:08 AM | Show all posts
Penduduk tinjau kesan api besar


ASAP masih berlegar di udara dekat Yea, utara Melbourne,
Australia, semalam. Kebanyakan kebakaran hutan dilaporkan
dikawal.



60,000 kebakaran hutan setiap tahun di Australia

BUXTON: Penduduk di bandar yang paling teruk terjejas berikutan kebakaran hutan di Australia dibenarkan pulang dan melawat ke rumah mereka tetapi tidak dibenarkan tinggal di sana ketika kawasan itu dikategorikan sebagai tempat kejadian jenayah.

Kira-kira 300 penduduk dari Marysville menaiki beberapa bas bersama pegawai polis dan bomba dan dibawa ke bandar berkenaan seminggu selepas kejadian yang berlaku di Victoria itu membunuh sekurang-kurangnya 181 penduduk dan memusnahkan 1,800 rumah dalam masa beberapa jam.

Marysville, sebuah perkampungan di kawasan Mystic Mountains popular di kalangan mereka yang berbulan madu dan pencinta alam, musnah dalam kebakaran berkenaan.

Ruth Halyburton adalah antara penduduk yang menyertai lawatan ke bandar itu semalam, peluang pertama beliau untuk melihat sendiri kemusnahan selepas meninggalkan kawasan itu seminggu lalu.

"Ia pastinya amat sukar," kata Halyburton sebelum lawatan itu. "Ia pastinya sesuatu yang paling sukar dalam hidup saya."

Dalam perkembangan lain, pakar berkata, sukar bagi pihak berkuasa Australia mendakwa orang yang dituduh sengaja memulakan kebakaran hutan atas sebab-sebab tertentu.

Bulan lalu, Institut Kes Jenayah Australia menyiarkan laporan mengatakan 60,000 kebakaran hutan berlaku setahun di Australia dan separuh daripada adalah disengajakan.

Antara faktor merumitkan pendakwaan ialah kebakaran di satu tempat mungkin merebak ke kawasan lain yang sudah terbakar sekali gus menyukarkan pihak berkuasa menuduh orang bertanggungjawab, kata pegawai institut, Damon Muller.

"Jika ada orang memulakan kebakaran yang merebak ke kawasan sudah terbakar, adakah orang itu bertanggungjawab," tanya Muller.

Seorang lelaki ditahan dan didakwa kerana memulakan kebakaran hingga mengakibatkan kematian dan mengakibatkan kebakaran hutan walaupun ia bukan membabitkan kebakaran yang memusnahkan Marysville.

Suspek juga didakwa memiliki bahan lucah kanak-kanak dan kini dalam tahanan sementara menantikan perbicaraan, esok.

Ketua pesuruhjaya, Christine Nixon berkata bahawa polis Vistoria mengesyaki kebakaran yang memusnahkan Marysvile itu adalah perbuatan khianat dan penyiasat cuba mengumpul sebanyak mungkin bukti.

Lelaki terbabit didakwa Jumaat lalu kerana memulakan salah satu daripada kebakaran yang dikenali sebagai kebakaran Churchill yang membunuh sekurang-kurangnya 21 penduduk. Seorang majistret melarang menyiarkan gambar atau maklumat mengenai suspek bagi melindungi beliau dan keluarganya. � AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 09:44 PM | Show all posts
Identiti suspek kebakaran hutan Australia didedahkan
16/02/2009

MELBOURNE 16 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 01:19 PM | Show all posts
Sokaluk pernah mohon jadi ahli bomba


MELBOURNE: Lelaki yang dituduh memulakan satu daripada kebakaran paling buruk di Australia, Brendan Sokaluk, 39, pernah memohon kerja sebagai anggota bomba sukarelawan tetapi ditolak.

Identiti pengutip besi buruk itu didedahkan di laman web dan akhbar Australia walaupun hakim pada awalnya mengeluarkan arahan supaya ia dirahsiakan demi keselamatan diri dan keluarganya.

Bagaimanapun, mahkamah menarik balik larangan itu semalam dan pihak berkuasa menggesa orang ramai tidak menjadikan Sokaluk sebagai sasaran kemarahan berhubung bencana yang menyebabkan hampir 190 kematian.

Tidak diketahui mengapa permohonan Sokaluk ditolak oleh Pihak Berkuasa Bomba Victoria, yang mengendalikan sepasukan ahli bomba sukarela yang mengawal kebakaran di kawasan pedalaman.

Pendedahan identiti Sukaluk dibuat ketika keluarga yang kehilangan orang tersayang dan rumah masing-masing dalam kebakaran maut di Kinglake yang meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa melancarkan saman, mendakwa bencana itu dicetuskan talian elektrik yang rosak.

Tindakan diambil terhadap kerajaan Victoria dan syarikat elektrik dimiliki Singapura, SP Ausnet. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 06:21 PM | Show all posts
Tuesday February 17, 2009
Australian bushfire death toll hits 200
SYDNEY (Reuters) - The death toll in Australia's deadliest bushfires reached 200 on Tuesday as police continued to search through ash and rubble of several razed towns in the southern state of Victoria.

Australia has launched its biggest arson investigation into the fires, fanned by a heatwave and strong winds, which swept through towns north of Melbourne on Feb. 7.

Flowers are seen at a makeshift memorial in a park for bushfire victims in the town of Kinglake, about 56 km northeast of Melbourne February 16, 2009. (REUTERS/Mick Tsikas)
"The toll has risen from 189 to 200," a police spokeswoman told Reuters, but declined to give any more detail of where bodies of more victims were found.

Prime Minister Kevin Rudd has described the fires, with at least one deliberately lit, as "mass murder". A man has been charged with "arson causing death" over one of the deadly bushfires, which killed 21 people.

In Victoria, arson carries a jail term of two to 15 years, and 25 years if there's loss of life.



RIP to all the victims!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2009 06:32 AM | Show all posts

Di Melbourne, Polis Australia mengesahkan bahawa angka korban dalam kebakaran hutan telah meningkat kepada 200 orang dan akan terus meningkat.

Angka tersebut dicapai hari ini selepas pasukan penyiasat mengesahkan 11 lagi penduduk maut akibat satu daripada lebih 400 'tsunami api' yang melanda negeri Victoria, selatan negara ini bermula 7 Februari lalu.

Lebih 1,800 hangus sementara lebih 3,900 kilometer persegi ladang, hutan dan bandar di negeri itu musnah.

Pihak polis Victoria dalam kenyataannya menjelaskan, penemuan mayat rentung yang terbaru itu adalah mangsa kebakaran yang berlaku di bandar Kinglake dan kawasan sekitarnya.

Jurucakapnya, Marty Beveridge berkata, angka kematian akan meningkat kerana lebih banyak mayat yang rentung telah dikenal pasti. - AP/ Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 06:20 AM | Show all posts
Korban kebakaran hutan, 208 orang

SYDNEY 19 Feb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2009 06:22 PM | Show all posts
Kebakaran hutan berlaku lagi di Victoria, 100 penduduk lari



SATU mesej ditinggalkan kepada pelanggan pada pintu sebuah tempat perniagaan di Warburton, timur Melbourne.


MELBOURNE: Kebakaran hutan terbaru di selatan Australia memaksa sebahagian penduduk mula meninggalkan kediaman semalam kerana bimbang suhu tinggi, manakala angin kencang akan menyemarakkan api hingga tidak dapat dikawal.

Ketegangan semakin memuncak di Victoria, yang menyaksikan kebakaran memusnahkan sebahagian besar negeri itu pada 7 Februari lalu, memusnahkan lebih 1,800 rumah dan membunuh lebih 200 orang dalam bencana kebakaran paling buruk negara itu.

Sesetengah kebakaran berlanjutan selama beberapa minggu di negeri itu, walaupun semuanya dikawal di kawasan tidak berpenghuni oleh pasukan bomba. Namun, selepas beberapa hari suhu berada di bawah 20 darjah Celsius, ia kembali meningkat kepada pertengahan 30 darjah semalam manakala angin kuat menyebabkan sekurang-kurangnya dua kebakaran berlaku dan mengancam merebak ke kawasan baru.

Penduduk diberi amaran sama ada meninggalkan kediaman mereka lebih awal atau menyiapkan diri melawan kebakaran itu.

Pegawai Pihak Berkuasa Bomba Negeri berkata, hartanah di sekitar Upwey di timur Melbourne dan di Enoch Point, kira-kira 80 kilometer ke timur laut, terancam.

Ahli majlis Yarra Rangers Shire, Simon O扖allaghan, berkata lebih 100 penduduk sudah meninggalkan kediaman mereka berhampiran Enoch Point awal semalam.

揑ni adalah satu langkah berjaga-jaga memberi amaran kepada orang ramai supaya keluar lebih awal,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 09:44 PM | Show all posts
28 Februari, 2009   
37 Still Missing In Australian Bushfires



CANBERRA, Feb 28 (Bernama) -- An Australian Army chief said on Saturday that three weeks after the deadly Victorian bushfires, at least 37 people were still known to be missing. Brigadier Michael Arnold, commander of the Joint Task Force assisting Victorian authorities in the fire relief effort, said new teams of soldiers would begin searching devastated properties previously combed for disaster victims, Xinhua reported.

Ninety army reservists flew into Melbourne on Saturday to join existing soldiers on the ground around the Kinglake area, about 80 km north of Melbourne, in double-checking ruined homes.

Last week, Victorian Coroner Jennifer Coate ordered virtually all bushfire-ravaged sites to be closely searched again after several sets of human remains were recovered from sites already searched.

"This is a search task requested of us by the police. The coroner wanted to be convinced that a reasonable search had been conducted," Australian Associated Press quoted Arnold as saying in Melbourne, the state capital of Victoria.

"To do that, the police, with us, will go right through the 1, 300 or so sites that were affected by the fire to confirm that there are no more human remains," he said.

The death toll from February 7 hits 210, which is already the worst of any bushfire disasters in Australia's history.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053246 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list