BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian
seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
tp kdg2 jd satu sindiran kpd Allah... nk tambah soklan bodoh lg... awat Dia wat manusia lps tu sebahagiannya nk cmpak ke syurga n sebahagiannya lak campak dlm neraka?
saya belum ada apa2 yang hendak dipersoalkan dan saya ini juga masih cetek dalam persoalan agama...namun syurga atau neraka itu letaknya pada amalan manusia itu sendirikan?
Originally posted by juwaini at 13-2-2009 01:07 AM
Lambang berkuasa...
tuhan tu kan lebih hebat daripada presiden us. maka tentulah tuhan itu berupaya untuk membuat segala kerja hatta menjenguk seorang manusia tu tiap2 hari pun. apa masalahnya, kata tuhan?
Originally posted by adi_iskandar at 13-2-2009 01:30 AM
tuhan tu kan lebih hebat daripada presiden us. maka tentulah tuhan itu berupaya untuk membuat segala kerja hatta menjenguk seorang manusia tu tiap2 hari pun. apa masalahnya, kata tuhan?
Tuhan tu kan bongkak dan takbur. Tuhan self proclaim Dia Maha Berkuasa... Kewujudan malaikat adalah satu bentuk manifestasi bongkak dan takburnya Tuhan untuk tunjuk kekuasaannya...
Sebab tu Tuhan benci manusia yang bongkak dan takbur. Sebab manusia tu seakan-akan cuba mengambil sifat Tuhan..
Banyak soalan yang sama boleh ditanya. Kenapa Tuhan turunkan kitab suci? Kenapa tak embedded aje dalam otak manusia bila manusia dilahirkan? Kenapa Tuhan turunkan Nabi? Kenapa tak Tuhan sendiri masukkan cip dalam otak manusia tentang kebesaran-Nya?
Ya Allah ku rela mati pada usia muda tapi ambil ketika aku masih d'jalan yang benar...
kenapa ya Allah tidak memberi ujian aku rasa tidak d'pedulikan..
Originally posted by juwaini at 13-2-2009 10:13 AM
Tuhan tu kan bongkak dan takbur. Tuhan self proclaim Dia Maha Berkuasa... Kewujudan malaikat adalah satu bentuk manifestasi bongkak dan takburnya Tuhan untuk tunjuk kekuasaannya...
Hari ini aku telah benar2 melihat Kekuasaan ALLAH SWT dan kebenaran kisah Malaikat Maut menjenguk kita 70kali sehari ini..
Seorang kawan lelaki aku telah meninggal dunia hari ni... meninggal di dlm tidur.. tidur nya kali ini tidak bangun2 lagi.. dalam keadaan dia sihat walafiat dan tiada sebarang tanda sedikit pun..dengan tak sangkanya dia telah meninggal dunia begitu saja.. sesenang ibarat bulu putih diatas meja yg ditiup angin begitu sahaja..
Kematian dia sangat memeranjatkan semua org... entah kenapa aku merasa cemburu dgn kematiannya... oh, amalan apakah yg allahyarham telah tinggalkan di dunia hingga begitu senang dia meninggalkan dunia ini..
aku sedih tapi ada satu perasaan bahagia yg pelik dlm hati ni.. patutkah aku merasa sedih lagi? kerana nampaknya dia telah mendapat kebahagiaan hakiki....
Originally posted by orghijau at 18-2-2009 01:21 AM
Hari ini aku telah benar2 melihat Kekuasaan ALLAH SWT dan kebenaran kisah Malaikat Maut menjenguk kita 70kali sehari ini..
Seorang kawan lelaki aku telah meninggal dunia hari ni... meninggal ...
hmm....aku pun hampir...mati lam tido...2...3 hari yg lalu..
mata aku bergerak...but...badan aku ditindih....pahtuh aku rasa lemas...rasa cam kene cekik...