|
Air Wudhu...Part mana Wajib? Part mana Sunat?
[Copy link]
|
|
Reply #39 indah1285's post
betul...mazhab datang setelah agama telah sempurna dan wahyu telah terputus... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #34 makcikmengamok\ catat
dah tentu kalau sentuh berkeinginan tu sengaja sentuh. macam raba-raba ler.
tapi ada juga yang menyatakan kalau tersentuh tak sengaja, tetapi masa sentuhan tu terus ada rasa lain macam maka batal wudhu'. itu ikut beberapa pendapat ulamak ler.
ada beberapa ulamak shafie pula berhujah pula, sekiranya sezseorang tu disentuh secara tak sengaja, macamana dia nak tau bawa yang menyentuh dia tu tak ada niat apa-apa?
Makin complicated pulak ni yer. kalau nak berhati-hati, elok la ikut pendapat imam shafie. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by makcikmengamok at 12-2-2009 12:50 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hehe aku dah confuse dah...
dahla aku nak semayang zuhur neh...
nak pakai air mustakmal ker tak..
Saya harap ini dapat memberi pandangan yang lebih jelas tentang pegangan mazhab shafie dari pejabat mufti brunei.
Nasihat saya, cuba sedayanya utk keluar dari pertelingkahan mazhab dngn cara mengambil jalan yang paling selamat.
Wallahua'lam.
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut
Baginda)
Salah satu daripada kepentingan sumber air ialah fungsinya sebagai alat untuk
bersuci seperti untuk berwudhu', mandi kerana mengangkat hadas, mencuci najis
dan membasuh kotoran, dengan syarat air tersebut mestilah suci lagi menyucikan.
Disebut suci kerana air itu bersih pada zatnya dan disebut menyucikan kerana
air tersebut dapat digunakan untuk bersuci pada yang lain seperti berwudhu'
dengannya.
Apa Dia Air Musta'mal?
Menurut ulama Syafi`eyah, air musta`mal adalah air yang telah digunakan dan
kurang dari dua qullah. Apakah yang dimaksudkan dengan air yang telah digunakan
dan kurang dari dua qullah itu?
Maksudnya ialah air yang kurang dari dua qullah yang sudah digunakan untuk
bersuci pada fardhu thaharah seperti wudhu', mandi mengangkat hadas besar dan
juga digunakan untuk menghilangkan najis, di mana sifat-sifat yang terdiri dari
bau, warna dan rasa tidak mengalami perubahan dan tidak bertambah timbangannya
setelah digunakan.
Apa yang dimaksudkan dengan fardhu thaharah itu ialah cucian yang wajib seperti
basuhan yang pertama pada setiap anggota wajib dalam wudhu' iaitu muka, kedua
tangan sehingga siku, sebahagian kepala dan kedua kaki ataupun basuhan yang
pertama pada seluruh badan serta pangkal-pangkal rambut dan kulit ketika
mengangkat hadas besar.
Kadar Dua Qullah
Kadar air yang sedikit menurut mazhab Syafi`e adalah kadar yang kurang dari dua
qullah. Kadar air yang digunakan ketika melakukan fardhu thaharah jika kurang
dari dua qullah, maka air yang sudah digunakan itu sama ada bertujuan untuk
mengangkat hadas atau menghilangkan najis, adalah dianggap air musta`mal.
Namun bersuci dengan air yang sampai kadar dua qullah atau lebih, tidaklah
menjadikan air tersebut sebagai air musta`mal. Ini kerana, apabila air tersebut
mencapai kadar dua qullah, maka ianya dapat menghalang dari najis yang
merosakkan sifat air tersebut, apalagi jika ianya melebihi dari kadar dua
qullah.
Nabi Shallallahu `alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: "Apabila sampai (kadar) air dua qullah, tidaklah ia menanggung
kekotoran."
(Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits di atas menunjukkan bahawa air yang sampai kadar dua qullah tidak akan
menjadi najis. Dengan syarat tidak berubah bau, warna atau rasanya. Jika air
musta`mal yang tidak berubah bau, warna atau rasanya dikumpulkan sehingga
mencapai kadar dua qullah, maka air tersebut adalah suci dan menyucikan.
Kadar dua qullah ialah:
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by si_wawa at 27-7-2010 14:41
------- ok ni soalan baru ye------
lepas berkumur2 dan masuk air ke hidung,,.... kita basuh muka....
waktu kita nak basuh muka ..air di muka (bekas kumur2 tadi) menitis masuk ke tangan kita (yg kita tadahkan air nak basuh muka) ....
soalannya....>> boleh tak kita basuh muka dgn air tu... atau dah jadi mustakmal ke?
(sorry... tak start topik baru...dah orang bincang pasal air mustakmal...terus wa tanya sini je la...) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 44# si_wawa
masih lg air mutlak. blum jd mustakmal sbb kumur tidak wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
------- ok ni soalan baru ye------
lepas berkumur2 dan masuk air ke hidung,,.... kita basuh muka. ...
si_wawa Post at 27-7-2010 14:34 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Mengikut mazhab shafie, air tu dah jadi mustakmal sebab bercampur dengan air yang telah digunakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# ibnur
check balik jawapan anda... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 45# kelat
oooo... sebab berkumur tak wajib ye.... okeh terima kasih.,.. |
|
|
|
|
|
|
|
blaja sesuatu yg baru setiap hari..i like.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ibnur
check balik jawapan anda...
kelat Post at 29-7-2010 09:29 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Check juga jawapan awak. Walaupun berkumur tidak wajib, tetapi air itu telah digunakan.
MACAM KEDUA: AIR MUSTAMAL,YANG TERPAKAI
Dalam bentuk air ini lah menjadi khilaf ulama mengenai kesuciannya untuk berwudhu
Kita telah dibesarkan dalam lingkungan mazhab Syafii. Maka logikla kalau dikatakan apa yang kita pelajari di alam persekolahan dulu merupakan pendapat mazhab Syafii. Dan mengikut mazhab Syafii air mustakmal tidak boleh digunakan untuk bersuci. Ini kena dgn Imam Syafii yang mengambil berat bab Taharah berbanding Imam Mazhab yg lain. Walaupun begitu, jumhur ulama mengatakan bahwa air mustakmal suci lagi menyucikan. Ini termasuklah juga pentahqeeq semula. Berikut diringkaskan pendapat2 tersebut:
Pendapat mazhab Syafi'I mengenai air musta'mal:
Mazhab jadid/baru: Suci tetapi tidak boleh menyucikan.
Mazhab qadim/lama: Suci dan boleh menyucikan.
Alasan pendapat mazhab Syafi'I yang mengatakan air mustakmal tidak boleh menyucikan ialah, para sahabat Nabi s.a.w. tidak pernah menghimpun air musta'mal utk kegunaan bersuci. Jika ketiadaan air, mereka tidak akan gunakan air musta'mal untuk bersuci, tetapi digantikan dengan bertayammum.
dipetik dari koleksi soal jawab agama.
http://solatjemaahjumaat.blogspo ... m-tong-plastik.html |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kelat at 30-7-2010 08:54
Reply 50# ibnur
sila rujuk post always_typo:
Apa Dia Air Musta'mal?
Menurut ulama Syafi`eyah, air musta`mal adalah air yang telah digunakan dan
kurang dari dua qullah. Apakah yang dimaksudkan dengan air yang telah digunakan
dan kurang dari dua qullah itu?
Maksudnya ialah air yang kurang dari dua qullah yang sudah digunakan untuk
bersuci pada fardhu thaharah seperti wudhu', mandi mengangkat hadas besar dan
juga digunakan untuk menghilangkan najis, di mana sifat-sifat yang terdiri dari
bau, warna dan rasa tidak mengalami perubahan dan tidak bertambah timbangannya
setelah digunakan.
Apa yang dimaksudkan dengan fardhu thaharah itu ialah cucian yang wajib seperti
basuhan yang pertama pada setiap anggota wajib dalam wudhu' iaitu muka, kedua
tangan sehingga siku, sebahagian kepala dan kedua kaki ataupun basuhan yang
pertama pada seluruh badan serta pangkal-pangkal rambut dan kulit ketika
mengangkat hadas besar.
apa yg anda quote itu adalah hukum menggunakan air mustakmal. sedangkan soalan adakah air sudah berubah menjadi air mustakmal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ibnur
sila rujuk post always_typo:
apa yg anda quote itu adalah hukum menggunakan ai ...
kelat Post at 30-7-2010 08:49 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
air tu dah bercampur dengan air mustakmal. tiada kaitan dengan perbuatan sunat atau wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 52# ibnur
mana dtg air mustakmal? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ibnur
mana dtg air mustakmal?
kelat Post at 30-7-2010 14:36 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukan ke dia kata air kumur dia menitik dalam tangan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# ibnur
Maksudnya ialah air yang kurang dari dua qullah yang sudah digunakan untuk
bersuci pada fardhu thaharah seperti wudhu', mandi mengangkat hadas besar dan
juga digunakan untuk menghilangkan najis, di mana sifat-sifat yang terdiri dari
bau, warna dan rasa tidak mengalami perubahan dan tidak bertambah timbangannya
setelah digunakan.
adakah air kumur tu fardhu thaharah? adakah air kumur tu utk hilang najis? air kumur tu masih lg mutlak klu tak berubah sifat. mungkin kau ingat air kumur tu bcampur dgn air liur dan menjadikan dia mustakmal. lain la klu air liur basi.
klu yg menitik masuk dlm air tadahan tu dari tepi2 mulut, adakah dikira mustakmal sdgkan ia tidak masuk mulut. air tu masih mutlak lg. yg ditanya bukan air ludahan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|