|
7. Daripada Aisyah r.a. berkata, ba-hawa seorang wanita Yahudi datang kepadanya lalu menyebut tentang seksa dalam kubur dengan katanya, “Moga-moga Allah lindungi anda daripada seksa kubur.” Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai seksa kubur. Rasulullah menjawab, Ya, memang benar ada seksa kubur.Selepas itu, kata Aisyah, setiap kali Rasulullah melakukan solat,baginda tidak meninggalkan bacaan doa memohon perlindungan daripadaseksa kubur. Ghundur menambah, seksa kubur memang benar. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599-600).
8. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berdiri menyampaikan ucapannya.Dalam ucapan sabdanya itu Rasulullah menyebut berkenaan ancaman danseksaan (fitnah) kuburyang bakal dihadapi oleh si mati. Setelah Rasulullah bersabda demikian,para sahabat pun mula bercakap-cakap hingga hiruk pikuk. Inimenyebabkan ucapan Rasulullah tidak dapat didengar dengan baik. Setelahmereka diam, seorang sahabat bertanya mengenai apa yang disabdakan olehRasulullah selepas itu? Lalu dijawab, Rasulullah bersabda, Sesungguhnyatelah diwahyukan kepadaku bahawa anda sekalian akan menghadapi ujianseksa dalam kubur tidak jauh daripada ujian Dajjal. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600 dan 605).
9. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dankawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka,dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya,“Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?”Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allahlagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlahtempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkantempatmu di dalam Syurga.”
Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu.(Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan.Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata Manakala orangmunafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelakibernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Sayakata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidaktahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).”Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yangmenyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecualijin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).
Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kuburmasing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umatmasing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalamperkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, “Saya tidaktahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” (Ibn Hajar, FathulBari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).
10. Hadis Nabi s.a.w., Pada satu hari Rasulullah s.a.w. keluar selepasmatahari terbenam, lalu baginda mendengar suara yang mengerikan.Rasulullah pun bersabda, Itulah suara-suara Yahudi yang sedang diseksadalam kubur mereka.
`Mendengar suara’ kemungkinan suara malaikat yang menyeksa, atau suaraYahudi yang diseksa atau suara seksaan itu sendiri. Kalau Yahudidiseksa dengan sebab keYahudiannya, orang musyrikin juga tiadaterkecuali kerana kufur syirik lebih dahsyat daripada kufur Yahudi.
Putri Khalid al-’Asi berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. memohon mendapatkan perlindungan daripada seksaan kubur. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud: Ya Allah, hamba mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur, dan daripada azab Neraka, dan daripada kesengsaraan hidup dan mati, dan daripada kesengsaraan Al-Masih ad-Dajjal.
11. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. melalui dua tanah perkuburan.“Mereka (yang mati dikebumikan dalam dua tanah perkuburan itu) sedangdiseksa.” Mereka diseksa bukanlah kerana perkara besar. “Ya, (merekadiseksa kerana melakukan satu dosa besar) iaitu kerana seorang daripadamereka sengaja mengumpat, menyebarkan fitnah dan yang satu lagi tiadamengelakkan dirinya daripada kekotoran kencingnya.” (Ibn Abbasmenambah): Kemudian Rasulullah mengambil sehelai daun hijau laludikoyak dua, lalu meletakkan sekeping ke atas kuburseraya bersabda, “Moga-moga seksaan mereka berdua diringankan sehinggadaun ini kering.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 87 dan 88, Mengenai AzabKubur, halaman 610, 611-612, 613).
Sebuah hadis mengenai azab atau nikmat kubur bermaksud: Kuburitu sama ada satu taman dari taman syurga atau satu rongga dari rongganeraka. Hadis ini boleh dirujuk kepada at-Tirmizi dan al-Baihaqi,tetapi sanadnya daif. Sungguhpun ia daif, tetapi maksudnya betul danbenar kerana disokong oleh hadis-hadis daripada kitab Sahih Bukhariseperti tersebut di atas. Penulis merasa berpada dengan merujuk kepadaSahih Bukhari sahaja, tidak perlu kepada sumber-sumber lain, keranaSahih Bukhari adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.
Rujukan:
Tafsir al-Quran oleh Ibn-Kathir.
Ibn-Hajar, Fath al-Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz,bab 86 dan 87, jilid 3, Al-Maktabah at-Tijariyah, 144 H-1993M).
|
|