|
Sukan hotel, resort kembali lagi
Oleh RIZALMAN NOR
NORDIN menunjukkan aturcara Sukan Hotel dan
Resort Kelantan Chapter 2009 di Kota Bharu semalam.
PERSATUAN Hotel-Hotel Malaysia (MAH) cawangan Kelantan akan menganjurkan Sukan Hotel dan Resort Kelantan Chapter 2009 selama empat hari bermula esok.
Setiausaha Kehormat MAH, Muhd. Nordin Omar berkata, sebanyak 10 hotel dan resort sekitar Kota Bharu akan menyertai kejohanan kali ini.
Hotel dan resort tersebut ialah Sutera Inn, Perdana Resort, Hotel Renaissance, Hotel Grand Riverview, Juita Premier Hotel, Flora Place, Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort, Royal Guest House, Sudara Beach Resort dan New Pacific.
Jelasnya, antara acara yang akan dipertandingkan ialah street soccer, bola tampar, bola jaring, bola sepak, dart dan sepak takraw.
"Perlawanan ini akan berlangsung di Perdana Resort bagi acara street soccer dan bola jaring manakala bola tampar di Sudara Beach Resort.
"Bola sepak akan diadakan di Padang Perdana, sepak takraw di Wisma Sukan JPN Kelantan manakala dart dijalankan di PCB Resort," katanya semalam.
Jelas beliau, objektif mengadakan kejohanan itu adalah untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan pihak pengurusan hotel di bawah naungan MAH.
Katanya, ini adalah kali keempat kejohanan tersebut dianjurkan selepas kali pertama diadakan pada September 2006 yang menyaksikan Hotel Renaissance muncul juara.
"Pada 2007 Hotel Renaissance sekali lagi menjadi juara, namun pada 2008 kejuaraan mereka telah dirampas oleh Hotel Perdana," katanya.
Ujarnya, kesemua perlawanan bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang dan majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di PCB Resort pada 25 Februari pukul 8 malam.
*****************************************************************************************
pernah dengar sukan antara resort dan hotel ni.. tapi tak ada lah ambil pot sangat -
however - mungkin dari sukan ni pun boleh keluarkan athletes yang bagus juga -
sesiapa kerja kat hotel2 bolehlah participate, eh -- kalau jojo kerja kat hotel.. for sure
dia masuk netball tu.. -- |
|