CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9699|Reply: 18

MALAYSIA DREAMGIRL 2

[Copy link]
Post time 23-2-2009 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Chevrolet  Aveo taruhan Malaysia Dreamgirl 2


              Dua puluh satu peserta Malaysian Dreamgirl 2 mula berentap. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG


SIRI realiti online pertama nasional meneruskan kejayaan musim lalu dengan uji bakat untuk musim dua bagi mencari 12 finalis.

Siri realiti ini disiarkan eksklusif di www.malaysiandreamgirl.tvmenunjukkan kronologi kehidupan 12 bakal model yang tinggal bersamauntuk bersaing menjadi Malaysian Dreamgirl seterusnya.

Selepas dua bulan uji bakat dilakukan di Kuala Lumpur, Ipoh, JohorBahru dan Pulau Pinang, 21 peserta terpilih untuk pemilihan berikutnya.

Mereka sama-sama berpeluang untuk mendapat tempat sebagai 12 finalis.

Masing-masing perlu menambat hati pihak juri pada uji bakat tertutupyang dilakukan pada Khamis di Capxion Media Studio, Petaling Jaya.Semua peserta menetap di Tune Hotels sepanjang dua hari uji bakat itu.

Mereka melalui proses sesi fotografi, catwalk dan siri temu duga oleh juri.

Panel juri terdiri daripada model/pelakon Elaine Daly, perundingfesyen Lim Jimmy, pemilik Andrews Models, Andrew Tan dan CEO kosmetikBeautilicious, Julie Wong.

Saat penuh beremosi apabila separuh peserta layak ke peringkat akhir manakala sebahagian lagi gagal dan diminta pulang.

“Walaupun baru dua tahun, saya rasa kualiti peserta tahun ini sangatmengujakan. Memang sukar bagi kami memilih 12 finalis kerana semuanyaberbakat,” ujar Elaine.

Sekarang pemilihan 12 peserta sudah muktamad, mereka akan tinggal bersama selama dua bulan.

Mereka akan menempuh banyak aktiviti seperti sesi fotografi, bengkel dan cabaran yang akan ditentukan kelak.

Mereka juga perlu bekerja keras dan berdepan dengan kehidupan glamor sebagai model.

Finalis akan disingkirkan setiap minggu berdasarkan undian SMS, danpeserta yang mampu bertahan sehingga akhir bakal menyandang gelaranMalaysian Dreamgirl.

Tayangan perdana bagi episod pertama Malaysian Dreamgirl 2 adalahpada 28 Februari ini manakala 20 Episod seterusnya akan disiarkansetiap Khamis dan Sabtu.

Pemenang Malaysian Dreamgirl akan membawa pulang Chevrolet Aveo 1.4Lux (A), wang tunai RM10,000, HP Pavilion notebook, wangian Escadabernilai RM1,000 fragrances, kosmetik Beautilicious bernilai RM1,000,pakaian dalam Wacoal bernilai RM1,000, baucar Marie France Bodylinebernilai RM1000, baucar Bella Skin Care bernilai RM1,000, baucarSvenson Hair Care bernilai RM1,000 dan produk rambut WellaProfessionals bernilai RM500.

Pemenang juga akan muncul di majalah InTrend dan portfolio eksklusif oleh Andrews Models.

Malaysian Dreamgirl 2 dipersembahkan oleh Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd (HP) & Intel, dan disokong oleh Chevrolet.
Ia diterbitkan oleh Capxion Media dengan usaha sama Limkokwing University.

[ Last edited by  Eddlisa_uyuk at 25-2-2009 01:57 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 10:11 PM | Show all posts
nok, season 1 dolu gigih mak tgk..

nan hado sangat si nadia kot kalo xsilap yg kalah tapi deserve menang ittiew..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2009 10:47 PM | Show all posts
ohh u ols..
mmg minat tgk nih yek
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 12:04 AM | Show all posts
hikhik..mdg 1 pon dulu aku ade layan gak..
ade lalu sebelah hanis zalikha..aku lagik tinggi..ceh..
bek aku yg masok mdg nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 09:37 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

mak tgk gitu2 jer..

bosan2 uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 09:46 PM | Show all posts
citer sal ape ni?
hah dahs eason 2 ke?
season 1 aku tatau pon..huhuhu
ke ni yg citer aleeza kassim tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2009 09:21 AM | Show all posts

Reply #6 watachiwa's post

ala2 ANTM

versi Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 11:23 AM | Show all posts
Tak ada ke mana-mana penganjur nak buat program realiti WHO WANTS TO BE AN USTAZAH?

[ Last edited by  joey_mcintrye at 23-3-2009 11:24 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 02:21 PM | Show all posts
sapa menang 1st season erk..ada pic x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 08:22 AM | Show all posts
budak2 melayu yang masuk rancangan nih;


Farah






Liyana





Natasha





Shasya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:28 AM | Show all posts
Patutla tak masuk tv. Kena buat iklan Lingerie..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by joey_mcintrye at 23-3-2009 11:23
Tak ada ke mana-mana penganjur nak buat program realiti WHO WANTS TO BE AN USTAZAH?


Rasanya rancangan macam tu guna 100% sms ko suka tak.. Dahla sekarang ada gelaran ustazah tv.. nanti ada gelaran ustazah mee segera plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by tdpp2006 at 25-3-2009 09:28 AM
Patutla tak masuk tv. Kena buat iklan Lingerie..

mmg tak tayang kat tv yaa???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 09:39 AM | Show all posts
sde jgk melayu msk rancangan cam nie....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 09:54 AM | Show all posts
pmpn melayu zaman skrg.....sume nak sama rata
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by Eddlisa_uyuk at 25-3-2009 20:21

mmg tak tayang kat tv yaa???


kene tgk online jer....
mak ai...terjojol2 betik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 12:42 AM | Show all posts
hidup lagi rancangan ni rupanya
diorang buat benda ni online sbb diorang kata takde restriction cam tv
takde restriction pd yg Melayu utk join, tak mcm ratu cantik
& aku pernah baca blog winner first season
dia kata, ada satu challenge tu diorang kena makan apa benda ntah kat satu restoran tu
& dia kata restoran tu serve benda tak halal, so dia tertanya pasal contestant muslim yg makan gak kat situ
bila dah buat yg takde restriction, sampai ke makan pun tak beringat
pendek citer, muslim tak sesuai masuk program ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by tdpp2006 at 25-3-2009 09:36


Rasanya rancangan macam tu guna 100% sms ko suka tak.. Dahla sekarang ada gelaran ustazah tv.. nanti ada gelaran ustazah mee segera plak..



Kan ada realiti tv yang ada juri, mcm Cari Menantu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 06:49 PM | Show all posts

Reply #18 joey_mcintrye's post

Boleh juga tapi kalau nak jadikan fenomena pastikan bakal ustazah tu bukan dari sekolah agama, kalau boleh budak dari pusat pemulihan akhlak baru la betul 2 transformasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.415947 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list