CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: indah_iman

Azab Kepada Mereka Yang Melengah-lengahkan Sembahyang Lima Waktu

[Copy link]
Post time 19-5-2009 10:26 AM | Show all posts
Setiap solat itu pada waktunya ada haknya. Bila sudah luput setiap waktu solat itu, tidak akan berulang lagi waktunya selama-lamanya.

Untuk panduan kita, ulama membahagikan setiap waktu solat itu ada waktu2nya seperti waktu fadhilahnya, waktu ikhtiyar, waktu jawaz, waktu harus, waktu hurmah, waktu darurat dan waktu uzurnya.

Sebagai contoh waktu zuhur ada enam waktu
1) Waktu fadhilah - yakni kelebihan -  Mula dari awal masuk waktunya hingga sekadar azan, dan mengambil air sembahyang, dan menutup aurat, dan disembahyangkan fardhu itu serta segala sunat rawatibnya.
2) Waktu ikhtiyar - iaitu daripada awal waktu hingga bertengah waktu itu
3) waktu jawaz - yakni harus iaitu drp awal waktu hingga meninggal lagi daripada waktu itu sekadar yang lulus baginya sembahyang fardhu.
4) waktu hurmah - yakni haram kerana haram ditakkhirkan sembahyang kepada waktu itu -waktunya selepas waktu jawaz
5) waktu darurat - akhir waktu bagi orang yang tertegah dari sembahyang kerana ada yang menegahkan. Waktu ini berakhir  apabila hilang suatu yang menegahkan pada hal yang meninggal lagi daripada waktu itu pada kadar takbiratul ihram.
6) waktu uzur, iaitu waktu asar bagi orang yang jama' takkhir.

begitu juga dengan solat2 yang lain..

Sesiapa yang sengaja melewatkan solatnya dengan tanpa keuzuran sehingga terluput dan tidak melakukannya dalam waktu yg sepatutnya, mereka termasuklah dalam golongan SaaHuun - melalaikan sembahyang -  dan bakal menghuni neraka Wail (surah al Maaun 6-7).

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 02:51 PM | Show all posts
uhh.. bedah belom solat... nk solat dulu lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:23 PM | Show all posts
سلام

Originally posted by digitalgunner at 26-2-2009 21:35
Ckp psl lewat2kn solat ni...ada satu lg soalan aku nk tanya...mungkintak bape related tp nk tau gak ar...kata kn la kalo kita kadang tidolewat sbb keje byk sgt...pastu celik2 mata je da ter-miss subuh...mestila kena qada' kn solat tu...so bila waktu terbaik utk qada' tu...terusbangun amek wudhu' solat atau tunggu masuk waktu solat zohor n qada'lepas da solat zuhur ?


Terus solat. (Wudhu' dulu, jgn bangun terus solat)
Subuh anda selepas terjaga daripada tidur.  Jgn tangguh. Ajal tak pasti.
Ini apa yg dipesan oleh guru aku dulu.

Originally posted by raudah at 19-5-2009 09:13
bagaimana jika solat zuhur hampir pada waktu asar..selepas tu teruskan solat asar...

ada sesapa tahu hukum n kesalahan....

wa x reti nak soal daaaa


Waktu hurmah. Mcm yg dinyatakan sahabat kat atas..

وبه والله تعالي اعلم
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 19-5-2009 10:26
Setiap solat itu pada waktunya ada haknya. Bila sudah luput setiap waktu solat itu, tidak akan berulang lagi waktunya selama-lamanya.

Untuk panduan kita, ulama membahagikan setiap waktu solat ...


tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by pandaniw at 19-5-2009 15:23
سلام


QUOTE:
Originally posted by raudah at 19-5-2009 09:13
bagaimana jika solat zuhur hampir pada waktu asar..selepas tu teruskan solat asar...

ada sesapa tahu hukum n kesalahan....

wa x reti nak soal daaaa


Waktu hurmah. Mcm yg dinyatakan sahabat kat atas..


terima kaseh bebanyak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 09:05 AM | Show all posts
sembahyang masa azan leh kan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2009 09:08 AM | Show all posts

Reply #26 nazifahrun's post

seelok-eloknya selepas azan kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:35 PM | Show all posts
bagusnya.. thread ni... mengingatkan kita tentang solat..

alhamdulillah bedah terjumpa thread ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2009 04:05 PM | Show all posts

Balas #28 kakbedah\ catat

Terima kasih.Semoga kita dapat mengamalkannya dengan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 11:01 AM | Show all posts
terima kasih ... kadang-kadang terlalai jugak kita ni
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039120 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list