View: 3171|Reply: 3
|
TURKEY Catastrophe: latest: banjir di Istanbul, 23 maut!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 10-9-2009 07:30
9 maut, nahas pesawat terputus 3
| PASUKAN mencari dan menyelamat membantu penumpang-penumpang yang cedera selepas sebuah pesawat penumpang Turkish Airlines terhempas dan terputus tiga ketika mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, semalam. Sebanyak sembilan penumpang terbunuh dalam nahas itu. ?REUTERS
|
AMSTERDAM 25 Feb. ?Sembilan terbunuh, sementara lebih 50 yang lain cedera apabila sebuah pesawat penumpang Turkish Airlines (THY) yang membawa 143 orang terhempas ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, di sini hari ini.
Timbalan Setiausaha Kementerian Pengangkutan Turki, Suat Hayri Aka mengesahkan mengenai angka kematian itu kepada stesen penyiar CNN Turk.
Pesawat Boeing 737 yang dalam penerbangan dari Istanbul, Turki itu terputus tiga apabila terhempas bersebelahan landasan.
Sebelum itu, di Ankara, laporan awal memetik Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim sebagai berkata, tiada seorang pun daripada 135 penumpang di dalam pesawat itu terbunuh.
Katanya, semua lapan krew di dalam pesawat tersebut turut selamat.
揃erita baik kerana tidak ada korban jiwa dalam nahas di Lapangan Terbang Schiphol,?katanya dalam laporan awal tersebut.
Beliau bagaimanapun mengesahkan ada penumpang yang cedera tetapi tidak menyebut bilangan mereka.
Terdahulu stesen CNN Turk melaporkan seorang terkorban dan 20 lagi cedera.
Seramai 50 penumpang terselamat tanpa sebarang kecederaan dan sesetengahnya dilihat berjalan meninggalkan lokasi nahas, lapor stesen CNBC Turkey.
Televisyen Belanda pula menunjukkan pesawat itu berada di sebuah padang berlumpur dengan bahagian ekornya tercabut dan keretakan luas pada bahagian badannya di belakang kokpit.
揔ami sekarang berada di tengah-tengah padang, kira-kira 5-6 kilometer dari terminal, kebanyakan penumpang cedera dan kira-kira 30 ambulans sudah tiba,?kata seorang penumpang yang terselamat, Mustafa Bahcecioglu kepada stesen televisyen Turki, Channel 24.
Seorang lagi penumpang, Huseyn Sumer memberitahu CNN Turk menerusi telefon: 揔ami ingin memaklumkan keadaan tidak begitu serius tetapi mungkin ada kemalangan jiwa di bahagian depan pesawat.?
Pesawat yang berlepas dari Istanbul pada pukul 8.22 pagi (2.22 petang waktu Malaysia) itu terhempas dekat landasan paling jauh dari terminal di Schiphol, 20 kilometer ke barat daya Amsterdam.
Seorang jurucakap lapangan terbang berkata, ekoran kejadian itu, semua penerbangan yang dijadual mendarat dan berlepas dari Schiphol telah digantung.
?Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat patah tiga bahagian
BEBERAPA pegawai kecemasan memeriksa pesawat
yang terhempas di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
27 Februari, 2009 09:59 AM | | Dutch say Turks, Americans among Schiphol crash dead
A video grab shows an aerial view of the site of the crashed Turkish Airlines passenger plane at Amsterdam's Schiphol airport February 25, 2009. REUTERS/Police Handout via Reuters TV
|
By Reed Stevenson
AMSTERDAM, Feb 27 (Reuters) - Five Turks and four Americans were killed when a Turkish Airlines jet crashed into a field short of the runway at Amsterdam's Schiphol airport on Wednesday, an official said on Thursday.
Haarlemmermeer Mayor Theo Weterings said officials were also trying to identify the rest of the passengers on flight TK 1951 from Istanbul, especially those who were seriously injured.
Sixty-three people are still in hospital, including six in a critical condition, he told reporters.
"Four of them are in such a severe condition that we have not been able to communicate with them," Weterings told a news conference.
Three of the nine people killed were Turkish crew.
Investigators are examining the flight recorders from the Boeing 737-800, which were taken to Paris where French authorities were providing technical assistance.
A reconstruction of the accident will be made in combination with data from the recorders and information gathered at the scene, Dutch Safety Board spokeswoman Sandra Groenendal said.
"We will know more after the weekend and probably have clues to determine the direction of the investigation and how to proceed," she said.
The mayor said authorities now believed 135 people had been on board, not 134 as previously thought, of whom 121 people were treated in hospitals around Amsterdam.
The plane was carrying mainly Dutch and Turkish nationals, as well as Britons and Americans.
The flight from Istanbul slammed into the field in light fog while trying to land at Schiphol and passengers described the plane as suddenly dropping to the ground during landing.
Safety Board chairman Pieter van Vollenhoven told Dutch media the plane left a short trail in the field where it crashed, indicating the engines might have stopped providing forward thrust.
"If you then lose speed, you then literally fall out of the sky," he was quoted saying.
Three staff from Boeing, the plane's manufacturer, and two investigators from the manufacturer of the engines, CFM International, are assisting Dutch authorities. Turkish Airlines will provide maintenance records of the plane. |
|
|
|
|
|
|
|
23 maut banjir terburuk di Istanbul
SEORANG lelaki yang terperangkap menunggu diselamatkan di sebatang
lebuh raya di Istanbul semalam.
ISTANBUL - Sebanyak 23 penduduk Turki maut berikutan hujan lebat yang menyebabkan bandar terbesar negara itu dilanda banjir dalam bulan Ramadan, lapor media semalam.
Dalam kejadian itu, beberapa lebuh raya bertukar menjadi sungai, sejumlah rumah ditenggelami air manakala tujuh wanita lemas dalam sebuah bas mini.
Beberapa helikopter turut terlibat dalam kerja menyelamat selepas hujan lebat melanda bandar raya itu selama dua hari dan dianggap paling buruk dalam tempoh 80 tahun.
Pekerja-pekerja penyelamat sebahagiannya menaiki bot dan menggunakan tangga bagi menyelamatkan pemandu yang terperangkap dalam banjir itu.
Banjir itu berlaku di kawasan Istanbul yang terletak di bahagian Eropah yang mengalami masalah perparitan yang tidak sempurna.
Beberapa saksi menyatakan air lumpur menghanyutkan kenderaan, pokok dan serpihan sampah yang merempuh rumah serta bangunan.
"Kami mendengar bunyi rempuhan dan melihat kereta dan pelbagai barangan dibawa oleh air banjir," kata seorang pengawal, Nuri Bitken.
Stesen televisyen CNN Turks yang menyiarkan imej mayat-mayat ditemui di kawasan perumahan Halkali dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.
Bagaimanapun, beberapa pegawai di lapangan terbang itu menyatakan tidak ada jadual penerbangan yang dibatalkan. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|