View: 9898|Reply: 12
|
Istana Lama Seri Menanti; update: Istana kayu TERtinggi di m'sia
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 14-7-2009 05:34
27 Februari, 2009
Usaha Jadikan Istana Lama Seri Menanti Tapak Warisan Dunia
SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan akan menubuhkan pasukan petugas yang diterajui Lembaga Muzium Negeri Sembilan dalam usaha menjadikan Istana Lama Seri Menanti sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata pasukan petugas itu akan menyediakan dan memenuhi apa juga syarat, kriteria dan justifikasi seperti mana yang dikehendaki Unesco.
"Bukannya mudah bagi Unesco mengisytiharkan sesuatu tapak warisan itu sebagai tapak warisan dunia. Kita perlu mematuhi dan memenuhi syarat, kriteria dan justifikasi yang ditetapkan oleh Unesco," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohammad Razi berkata usaha untuk menjadikan Istana Lama Seri Menanti sebagai tapak warisan dunia dibuat berikutan pengisytiharannya sebagai warisan negara oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan baru-baru ini.
Istana Lama Seri Menanti setinggi empat tingkat dibina di pusat pemerintahan diraja iaitu Seri Menanti, Kuala Pilah, pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908.
Keunikannya ialah ia diperbuat daripada kayu yang tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi menggunakan pasak kayu.
-- BERNAMA
lagi banyak tapak warisan doniya kat mesia... bley bawak masuk tourist banyak ; tinggi sket ekonomi!! |
|
|
|
|
|
|
|
Seri Menanti Old Palace (Malay Istana Lama Seri Menanti) is one of the famous landmarks in Negeri Sembilan. It is a timber palace constructed between 1902 to 1908. Today, the palace has been turned into a royal museum.
This four-storey building is special because it was constructed surprisingly, without using any nails. Hardwood rods were instead used to piece the timber together. The roof of this palace represents a buffaloes horns. The buffalo horns are widely regarded as the protective symbol of the palace. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 amazed's post
dengar cerita dalam istana tu ada segumpal rambut yam tuan yang terdahulu. Benar atau tidak, aku tak pasti. Tapi binaan istana lama ni memang unik dan still nampak 'megah' dikelilingi oleh perumahan kerabat2 berlatarbelakangkan hutan yang masih hijau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
a'ah kan. jadikan tempat perlancongan. kasi commercial sket Sinanti tue. jln baru pun tgh dibuat, semoga dpt jadi punca rezeki yg baru utk penduduk sekitar. Lps mandi manda kat Ulu Bendul, jln2 kat pekan pilah..cuci mata & tambah pengetahuan tentang sejarah kegemilangan institusi raja2 melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 amazed\ catat
istana sultan kelantan, Istana Besar lgi lama, dibina tahun 1800 |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium Diraja Seri Menanti
SEJARAH PENUBUHAN
Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.
ALAMAT:-
Muzium Diraja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah
Tek / Fax : 06-497 965 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 amazed\ catat
Asalkan ia memberi kebaikan untuk semua pihak, apa salahnya... Hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
tp kat istana seri menanti tu byk gak cite2 pelik kan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 28-2-2009 02:11 AM
istana sultan kelantan, Istana Besar lgi lama, dibina tahun 1800
Ini bukan soal istana mana yang lebih lama dibina. Ini soal keunikan yang terdapat pada binaan tu sendiri.
Keunikan Istana Seri Menanti ialah ia dibina TANPA sebarang paku! Itu yang menjadikan istana tersebut menarik dan unik! |
|
|
|
|
|
|
|
Istana Lama Seri Menanti bakal diiktiraf MBOR
SEREMBAN 3 Julai - Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah bakal diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai istana kayu tertinggi di negara ini pada 11 Julai ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, pengiktirafan istana berusia 100 tahun itu merupakan kemuncak upacara perasmian Pesta Adat Perpatih 2009 yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Jelasnya, pada upacara sama, istana berkenaan bakal menerima plak pengiktirafan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai Warisan Kebangsaan Malaysia.
''Kerajaan negeri berhasrat untuk mencadangkan Istana Lama Seri Menanti sebagai tapak warisan dunia kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)," katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs. Shamsuddin Ahmad.
Menurut beliau, dua buah buku bertajuk 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti dan Jejak Adat Perpatih Luak Jempol akan dilancarkan pada upacara tersebut.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan upacara perasmian di perkarangan Istana Lama Seri Menanti mulai pukul 2 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
Istana Lama Seri Menanti diiktiraf istana kayu tertinggi di Malaysia
KUALA PILAH 13 Julai - Istana Lama Seri Menanti di sini mencatatkan sejarah lagi apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai istana kayu tertinggi di negara ini.
Ia pengiktirafan kedua selepas keunikannya yang tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi hanya disambungkan menggunakan kayu pasak, sebelum ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Istana empat tingkat ini dibina pada 1902 dan siap pada 1908 dengan ketinggian lebih 20 meter.
Ia menggunakan 99 batang tiang kayu jenis cengal yang panjangnya 67 kaki (kira-kira 20.5 meter) yang diambil dari Bukit Pergai, Jelebu dan pelan asalnya adalah rekaan dua tukang Melayu, Kahar dan Taib.
Kelmarin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melancar dan menerima pengiktirafan terbaru itu daripada Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi pada upacara perasmian Pesta Adat Perpatih 2009 dan Sambutan 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti.
Turut mengiringi baginda, Tunku Ampuan Besar Negeri, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Berangkat sama Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.
Pada upacara sama, Tuanku Muhriz berkenan melancarkan dua buku bertajuk 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti dan Jejak Adat Perpatih Luak Jempol.
Seni bina istana lama itu mengambil sempena istana Melayu Minangkabau dengan atapnya melengkung seperti tanduk kerbau dan semakin tinggi tingkatnya, semakin kecil ruangnya.
Ruang paling tinggi di tingkat empat selalunya digunakan oleh raja untuk meninjau aktiviti penduduk di sekitar istana.
Sementara itu, dalam ucapannya, Mat Ali berkata, Istana Lama Seri Menanti pernah menjadi tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-7, Tuanku Muhammad Tuanku Antah.
''Sekitar 1960-an, bangunan istana berkenaan dijadikan sekolah agama tinggi dan kini ia lebih dikenali sebagai Muzium Diraja Seri Menanti.
''Istana Lama Seri Menanti sememangnya unik kerana pembinaannya tidak menggunakan walau sebatang paku pun,'' jelas beliau.
Mat Ali berkata, istana lama tersebut merupakan lambang keindahan seni bina masyarakat berketurunan Minangkabau yang berpegang teguh pada adat perpatih di negeri ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kunjungi ke Istana Lama Seri Menanti
| pengunjung melihat koleksi potret Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Pameran Raja Kita, Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
|
KUALA PILAH 6 Nov. - Keunikan Istana Lama Seri Menanti di sini yang cukup bersejarah itu kini menjadi lebih bermakna dengan pengisian Pameran Raja Kita yang berlangsung sejak 24 Oktober.
Malah bagi kebanyakan pengunjung terutama dari negeri ini, pameran itu menjadi kebanggaan kerana paparan tentang keunikan institusi diraja negeri ini.
Seorang pengunjung Mohd. Riz Faizal, 31, dari Kuala Lumpur berkata, pameran tersebut wajar dimanfaatkan oleh orang ramai terutama penduduk negeri ini demi mendekatkan diri mereka dengan institusi diraja.
''Seharusnya setiap daripada kita mengenali raja kita dan asal usul institusi diraja ini apatah lagi dari negeri adat perpatih yang penuh adat istiadat dan keunikan ini.
'' Pameran ini walaupun ringkas namun banyak memberikan maklumat kepada kita dari asal usul hingga salasilah diraja. Ia sangat berguna," kata beliau yang berasal dari Negeri Sembilan.
Mohd. Riz menambah, keistimewaan pameran tersebut adalah lokasinya di tempat yang cukup bersejarah bagi negeri ini.
''Muzium Diraja ini unik kerana ia juga adalah Istana Lama Seri Menanti yang berusia beratus-ratus tahun dan ditambah pula dengan pameran Raja Kita ini, itu lebih istimewa. Saya rasa orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang ini," tambahnya.
Bagi Aishah Abdul Jalil, 28 pula, kedatangannya bersama keluarga untuk mengunjungi Istana Lama Seri Menanti itu cukup berbaloi.
"Kami sekeluarga berhasrat untuk mengunjungi Istana Lama ini saja tetapi tidak sangka berpeluang melihat pameran Raja Kita ini pula.
"Memang menarik terutama tentang sejarah Raja dan Negeri Sembilan yang unik ini," katanya dari Selayang, Selangor.
Mohd. Pilus Zainuddin, 61 yang juga merupakan seorang peniaga berkata, pameran itu sedikit sebanyak mengimbas asal usul keturunannya yang juga berasal dari Pagar Ruyung Sumatera.
"Banyak yang boleh diperoleh termasuk asal usul Raja negeri ini yang baru ditabalkan itu. Ia sangat bermakna kerana ia mengingatkan saya kepada asal usul keluarga saya yang berasal dari Pagar Ruyung," katanya.
Kata Mohd. Pilus, pameran tersebut sesuai dikunjungi oleh generasi muda hari ini dalam usaha menambah maklumat tentang perkara berkaitan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|