View: 15340|Reply: 4
|
Pantang Larang Pemburu - Myth? -
[Copy link]
|
|
Batang balak jadi ular
Terlalu banyak rahsia hutan dan ilmu berburu disimpan dalamingatan lelaki yang digelar Tok Yaman ini. Ia termasuklah kisah seekorrusa yang kembali bangun dan berlari, sedangkan ia sudah pun ditembakdan hampir disembelih.
Tok Yaman seakan-akan segan pada mulanya untuk ditemu ramah. Dalamnada merendah diri, berulang kali dia mengatakan bahawa dirinya tiadapengalaman menarik mengenai ilmu berburu. Begitupun, dia masih peramahmempelawa EKSTRA bertamu ke kediamannya yang terletak di pinggir bandar Mersing, Johor itu.
"Saya ini pencen pegawai kerani sahaja. Lihat itu, 36 tahun, enambulan dan dua hari dalam tugas. Itulah saja yang dapat dibanggakan,"katanya tersenyum sambil menunjukkan sijil penghargaan perkhidmatanoleh kerajaan negeri Johor yang dibingkaikan di dinding ruang tamunya.
Sebenarnya, bagi pemilik nama sebenar Mohd. Yaman Hassan Basri, 76,sepanjang tempoh itu jugalah dia 'dipancing' teman-teman sekerja untukberjinak-jinak dengan dunia perburuan.
Fitrah tugas yang berpindah lokasi dan profil jabatan daripadapejabat daerah, pejabat tanah dan pernah bersama pasukan Mergastua(kini Perhilitan) sudah menjadi suatu yang biasa. Tok Yaman akhirnyamendapat kelulusan dalam permohonan pemilikan senjata api pada tahun1957.
" Pistol Steven, itulah senjata api pertama saya. Itu pun saya dapatatas bantuan Pegawai Daerah Kluang ketika itu, Datuk Suleiman Mohd.Noor yang membelikannya pada harga RM85.
"Sejak itu, saya sering mengikutnya menembak di hutan sekitar Kluang," imbas bapa kepada tiga orang anak itu.
'Bertatih' dengan pengalaman awal membawa pulang ayam atau burunghutan, Tok Yaman bersama teman-teman Mergastua mula meredah jauh kedalam perut rimba.
DARI KIRI: Penekut burung dan pemipit rusa; racik yang sudah
diharamkan penggunaannya; serta pemipit kijang.
| TOK YAMAN membuat demonstrasi cara menekut yang dikhuatiri mengundang kehadiran 'sesuatu' yang lain daripada burung wak-wak.
|
Awalnya hanya dengan melihat-lihat, Tok Yaman kemudian mendapat kepuasan melalui lepasan das pertamanya.
Teruja setiap kali menyertai kumpulan pemburu berpengalaman,genggaman pistol kecil Tok Yaman adakalanya berganti laras senapang.Pada musim tertentu, hasil buruan pun semakin besar jadinya.
Napuh,kijang dan rusa antara yang pernah ditundukkan dan dilapah bersama.
Sehingga Tok Yaman berhenti berburu pada tahun 1985, dia mengakuisudah menembak kira-kira 300 ekor kijang di beberapa lokasi berburu.
"Menghadiri jemputan istana menemukan saya dengan adinda SultanJohor iaitu Almarhum Tengku Abdul Rahman. Ada yang memberitahu beliautentang pengalaman saya. Almarhum sudi mengajak saya menemaninyaberburu.
"Almarhum sangat baik hati dan pemurah. Kalau membawa saya danteman-teman lain bersama, tidak pernah kami pulang tanpa diberi wangsagu hati. Setiap seorang akan dihulur RM100," katanya yang pernahmenjadi rakan sekolah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan SriGhazali Mohd. Seth.
MENURUT Tok Yaman, ada banyak cerita mistik yang dikaitkan dengan burung wak-wak.
Bertanya tentang peralatan lain yang pernah digunakan Tok Yamanketika aktif berburu dahulu, dia tidak lokek membuka simpanan lamanyayang terdiri daripada pemipit rusa, pemipit kijang dan penekut burung.Sekali ditiup mengikut caranya, alat-alat pemanggil haiwan dan unggasitu masih berbunyi nyaring.
" Pemipit rusa yang dibuat daripada daun nyalas ini kalau ditiup,rusa sejauh lima rantai pun boleh mendengar. Ia akan berlari derasmengejar bunyi ini. Selalunya yang datang ialah rusa betina. Tunggu apalagi, kami tembaklah!" terangnya.
Bagi menunjukkan cara menangkap burung wak-wak, alat penekut ituditiup oleh Tok Yaman. Alunan bunyi yang lunak itu boleh 'memukau'burung-burung berdada putih untuk mendekati jerat seumpama menyerahdiri.
"Ada yang guna burung pemikat ataupun memasang racik. Tetapialat-alat itu sudah diharamkan penggunaannya oleh pihak Perhilitan.Tentang penekut buluh ini pula, saya sudah tidak berani meniupnya,"kata Tok Yaman sambil menggeleng kepala.
CERITA rusa tidak lut peluru bukan lagi dongengan pemburu.
Apabila diajukan pertanyaan tentang reaksinya itu, suami kepadaRusmah Mohamad, 55, ini memberitahu bahawa ramai yang sudah takuthendak menggunakannya.
"Macam-macam boleh jadi. Orang yang biasa menggunakannya pun tahu.Panggilan bunyinya 'berhantu'. Kalau nasib tidak baik, bukan burungyang datang, tetapi kita diganggu jin dan syaitan."
Tok Yaman sempat membuka sebuah cerita lama, iaitu tentang dirinyayang pernah jatuh pengsan selepas 'berdendam' dengan seekor ayam hutanyang berkali-kali ditembak namun tidak mengena.
"Ketika itu waktu Maghrib. Saya mahu pulang tetapi tetap inginkanseekor ayam hutan jantan yang masih belum dapat ditumpaskan. Sayaterdengar ia berkokok tiga kali lalu menembaknya buat kali terakhir,"ujarnya yang bergegas mahu menyembelih ayam seraya itu yang diyakiniterkena peluru.
AYAM hutan pernah menyebabkan Tok Yaman jatuh 'pengsan' ketika hendak menyembelihnya.
Tatkala mata pisau hampir menumpahkan darah ayam itu, Tok Yamanjatuh pengsan. Dia cuma sedar kemudian apabila abu bakaran bulu ayamhutan disapu ke mukanya oleh seorang pemburu lain. Dia mendapatidirinya sudah terbaring di dalam rumah.
Ayam hutan itu pula tiadakhabar tentangnya.
Selain ayam hutan, rusa juga menurut Tok Yaman bukan buruan yang mudah diimpi untuk dikongsi nikmat dagingnya di meja hidangan.
Pada satu malam, dia bersama rakannya pernah menembak jatuh seekorrusa besar. Saat mahu disudahkan dengan syarat sembelihan, rusa itubingkas bangun dan kembali berlari ke dalam hutan. Tok Yaman hanyaterkebil-kebil tidak percaya.
"Pernah juga satu masa dulu saya menembak seekor rusa yang langsungtidak berganjak dari tempatnya. Tujuh das semuanya dilepaskan namun ialangsung tidak lari. Setiap kali ditembak, badan rusa itu mengeluarkanasap," imbasnya bersungguh.
Rusa yang sama diburu pada malam berikutnya. Seorang rakan yangtidak berpuas hati ingin menduga kemahirannya. Saat kelibat rusa itudilihat di sekitar kawasan yang sama, rakan Tok Yaman bersedia untukmenjatuhkannya.
"Namun, setiap kali hendak menarik picu senapang, teman saya ituterasa seperti hendak sangat membuang air besar. Perkara yangmelengahkan niat pemburu itu terjadi berulang kali sementara rusa itusekadar memandang dari kedudukannya," kata Tok Yaman sedikit ketawa.
Akhirnya niat mereka hendak memburu dilupakan tatkala melihat seekorayam hutan datang bertenggek di badan rusa itu. Ia berkokok seolah-olahmemberi amaran.
"Itu petanda kurang baik. Kami pulang sahaja malam itu tanpa meneruskan hajat berburu," ceritanya.
Tok Yaman tidak berhenti membuatkan krew EKSTRA meremang bulu roma apabila bercakap tentang kisah selanjutnya.
"Saya bersama dua rakan sedang duduk di atas sebatang balak yangtumbang pada malam hari sambil menunggu kelibat haiwan buruan. Kamitiba-tiba merasakan suatu keanehan apabila mendapati batang balak itubergerak perlahan ke samping.
"Apabila meraba tempat duduk kami, terasa seperti ia bersisik,lembut dan sejuk," ujarnya yang tidak dapat membayangkan betapabesarnya 'makhluk' itu, kalau benar ia menyerupai seekor ular.
Bagai hendak gugur jantung dibuatnya, mereka lari lintang pukangmeninggalkan tempat itu. Peliknya, pada keesokan siang apabila tempatitu dituju semula, yang kelihatan hanyalah sebatang batang balak danbarang-barang milik mereka yang berselerakan.
"Sebenarnya setiap yang ada di hutan ada penjaganya. Kita perluberwaspada dan tidak boleh lupa tujuan kita berburu. Bukan untukberseronok atau bermegah, cukuplah untuk sekadar mencuba pengalaman,"pesannya.
Meskipun semua cerita itu sudah berlalu dan peralatan sepertipenekut, pemipit dan racik itu sudah tidak digunakan, Tok Yaman masihmenjaga rapi dan menyimpan peralatan itu sebagai kenang-kenangan.
Semua itu akan selalu menjadi topik cerita yang merapatkan hubunganantara isteri dan anak cucu, saudara-mara atau kenalan Tok Yaman.
Pastinya mereka tidak jemu mendengar kembali kisah kerabat istanayang pemurah, rusa yang tidak lut peluru, serta batang balak yangbertukar menjadi ular besar.
*****************************************************************************
saya letak kat board ni sebab mungkin some fikir ni adalah myth... so interesting to see adakah
ianya.. myth tentang perkara2 pantang larang ni... atau sebenarnya... memang diamalkan sebenarnya - |
|
|
|
|
|
|
|
jin bukan myth, so ikut Islam, logiklah....... |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan Mitos la...ni Misteri...salah Board ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pantang larang dalam siri bercakap ngan jin |
|
|
|
|
|
|
| |
|