CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: cursebreaker

Minta Allah Cepatkan Ajal...Bdosa x?

[Copy link]
Post time 1-3-2009 08:05 PM | Show all posts

Reply #14 makcikmengamok's post

In suka baca posting macik.. sungguh berterus terang..

betul macik, In pun dulu punya perasaan cm tuan rumah... berfikir knp xmati masa kecil aje.. xperlu menanggung beban dosa, kalo mati leh terus masuk syurga... knp dan knp....

bila suatu hr jatuh sakit lak, seperti menunggu dan mengharap malaikat maut dtg.. setiap kali celik mata, melihat diri apakah dlm kubur atau masih dalam umah...

kata pepatah; jika memandang bintang di langit jgn dilupa rumput di bumi.... jgn lupa memandang kesakitan, kemiskinan, masalah org lain yg lbh hiba dr kita, barulah kita merasa bersyukur di atas apa yg telah dikurnianya buat kita. selalulah ingat, Tuhan menguji hamba-Nya yg dikasihi-Nya.... gembirakan? bila merasakan kita yg diuji ini dikasihi Tuhan...

selain itu kesakitan / kesusahan yg kita alami bila disulami dgn redha dan sabar, Allah kurniakan pahala dan rahmat-Nya...

benar kata macit, bersedekahlah biarpun kecil... ia dpt mmbantu kita mlihat kegalauan hidup org lain yg lbh trajis. akan timbul rasa tenang/bahagia dlm hati selepas menunaikannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2009 08:15 PM | Show all posts
abang curse..    jangan lar selalu berfikiran begitu.. kroit dengar pun sedih..

abang curse, abang curse ingat lah, kat luar sana ada banyak lagi orang macam abang curse.. mencari "penawar" nafsu tu.. abang harus tabah, buktikan kepada mereka semua, tidak tunduk dengan nafsu..

erm, cuba abang curse berfikir positif,.. apa2 yang positf mengenai inner self abang curse tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 09:39 PM | Show all posts

Balas #22 kroit92\ catat

betul tu
selalu kita berasa kita
yang paling susah
yang paling miskin
yang paling huduh
yang paling tersiksa
yang paling
dan pelbagai yang paling

namun
pernahkah kita melihat, meninjau n memerhati di sekeliling kita
betulkah semua yang paling  . . . . ..   itu ada pada diri kita
atau mungkinkah
ada makhluk lain lebih teruk dari kita

cuba lihat kepada OKU

lihat pada yang lebih rendah dari kita

sebenarnya kita lebih banyak merasakan kekurangan yang ada
jarang sekali kita melihat kepada kelebihan yang diberi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 01:20 AM | Show all posts

Reply #16 makcikmengamok's post

Dalam dunia ada dua jenis manusia, YANG MENDENGAR dan YANG SOMBONG.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 03:56 AM | Show all posts
Originally posted by cursebreaker at 1-3-2009 11:31 AM
as mentioned above,

bedosa x kalo tedetik di hati....mohon Allah cepatkan ajal kite?



Salam,

Pertama sekali saya nak komen pasal kamu punya nickname iaitu Cursebreaker. Jika dilihat pada nickname kamu itu seolah-olah kamu adalah seorang yang berupaya menyelesaikan masalah kutukan yang dihadapi oleh orang lain. Macam problembreaker iaitu orang yang berupaya menyelesaikan masalah orang lain.

Contoh lain seperti circuitbreaker iaitu salah satu daripada electrical components pada mainbox. Apakah akan terjadi jika terdapat overloading of electrical power? Jika circuitbreaker itu masih berfungsi dengan baik maka dia akan jatuh dan menyelamatkan masalah shortcircuit dan viceversa.

Contoh lain,macam ghostbuster/ghostbreaker seperti Haron Din,berupaya menyelesaikan masalah hantu/jin yang terkena pada orang lain. Jadi macam mana dengan kamu ni? Cursebreaker tetapi berfungsi terbalik;mintak orang lain selesaikan masalah kamu.

Mari saya tunjukkan jalan yang betul bagi menyelesaikan masalah kamu ini.

Sebelum itu saya berikan selingan dahulu:

Sesaorang yang menghadapi sakit teruk atau kritikal boleh memohon perhitungan dengan Allah SWT. Bukan saje dia sendiri boleh melakukannya bahkan dia boleh meminta orang lain mendoakan untuknya. Kamu nak tahu ke,apakah doa yang dibaca oleh orang yang dipinta itu? Jawapnya,doa perhitungan kepada Allah SWT. Oleh itu,kamu boleh berdoa seperti itu dan orang yang diminta supaya berdoa jugak akan berdoa seperti yang disyorkan oleh agama.

Secara pasti,kamu tidak boleh berdoa secara direct meminta kepada Allah SWT untuk mempercepatkan ajal kamu tetapi kamu boleh berdoa berupa perhitungan. Maknanya, jika doa kamu didengar/dimakbulkan oleh Allah maka kamu akan mendapat salah satu daripada 2 kemungkinan.

Disebabkan kamu terasa terlalu hebat sangat masalah yang kamu hadapi maka wajarlah kamu berdoa perhitungan iaitu memohon kepada Allah salah satu daripadanya iaitu memohon disembuhkan ataupun sebaliknya.

Begini doanya:

Ya Allah,tidak tertahan rasanya penderitaan yang aku sedang hadapi. Aku telah berusaha sedayaupaya bagi menyembuhkan penderitaan ini tetapi tidak berjaya dan aku tidak sanggup lagi untuk menanggong penderitaan ini. Oleh itu,aku serahkan penyelesaiannya kepada Mu ya Allah.

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Allah yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa,Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar,Allah yang Maha Esa lagi Penyempurna segala hajat,jika pada PandanganMu hidup ini lebih baik daripada mati, sembuhkanlah penderitaanku ini dan jika mati itu lebih baik daripada hidup, akhirilah hayat ku dalam keadaan Iman dan Islam.

Oleh yang demikian wahai Cursebreaker, permohonan sebegini dibolehkan dalam Islam. Ianya bukan secara direct meminta kepada Allah mempercepatkan ajal kamu tu,disebaliknya memohon perhitungan daripada Allah kerana tidak tertahan dengan penderitaan yang kamu hadapi. Kamu pun tidak sanggup untuk melakukan dosa-dosa besar, hasil daripada penderitaan yang kamu hadapi. Oleh itu, wajarlah masalah kamu itu diserahkan kepada Allah SWT membuat perhitungannya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 07:27 AM | Show all posts
Originally posted by cursebreaker at 1-3-2009 11:31 AM
as mentioned above,

bedosa x kalo tedetik di hati....mohon Allah cepatkan ajal kite?


dosa mintak macam tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2009 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by cursebreaker at 1-3-2009 11:31
as mentioned above,

bedosa x kalo tedetik di hati....mohon Allah cepatkan ajal kite?


Asalamualaikum cursebreaker,

Teman ada terbaca di dalam sebuah hadis berkenaan oghang yg minta mati.
Ada di antara nya kerana tak tahan sakit bla bla bla....

Nabi saw di dalam sebuah hadis nya ada menyatakan lebey kurang maksud nya....
Seseorg itu hendak lah membaca doa ini.....

"Ya Allah...........sekiranya MATI itu lebey baik dari hidup, Engkau matikan lah aku.
Tetapi sekiranya HIDUP itu lebey baik dari mati, Engkau hidupkan lah aku."

Doa ini amat dalam maksud/makna nya.
1. memberi kekuatan kpd pesakit ataupun pemohon
2. sekiranya dia di matikan...............sudah pasti bahawa MATI itu adalah yg terbaik utk diri nya.
3. sekiraya dia di panjangkan umur nya, sudah pasti ada HIKMAH/KEGUNAAN diri nya utk Agama, manusia dan seluruh alam.

Apa apa pung, hadis ataupun doa yg di anjurkan olih Nabi saw ini memberitahu bahawa manusia itu usah lah mengeloh kesah ataupun kecewa mengenai akan kehidupan nya. Dia hendak lah REDHA/RELA akan ketentuan terhadap diri nya. SEgala gala nya ada HIKMAH di sebalik kejadian tersebut.
Sesungguh nya Allah swt tidak melakukan sesuatu itu sia sia.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 04:24 PM | Show all posts

Balas #27 niceghost2005\ catat

yes...thanks niceghost...perfectt answer...

rasanya tuan rumah dah dapat jawapan yg terbaik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2009 08:24 PM | Show all posts
Dah sedia ke nak mati??

Dah sedia izrail nak cabut nyawa??

dah cukup amal??

dah prepare pe nak jwb dlm kubo??

dah redy kat mahsyar nti??

agak2....pas x titian sirat nti??

pk tu dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 08:29 PM | Show all posts
Katakanlah : wahai hamba-hambaKU yg berlebih-lebihan terhadap dirinya
(dgn membuat dosa), janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
-Az-Zumar,53-
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 08:56 PM | Show all posts
abang curse.. adeh, terasa kesedihan melepas jaringan internet terus menuju ke lubuk hati..     

maksudnya kroit dapat terasa kesedihan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:39 PM | Show all posts

Reply #31 kroit92's post

Jgn sedey dik...
stp hamba xkan lari dr di uji..
cume stp org, berbeza ujiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:58 PM | Show all posts

Reply #27 niceghost2005's post

In teringat dalam kuliah pembelajaran In, ustaz bercerita tentang peristiwa yang berlaku di zaman abbasiyyah ketika fahaman muktazilah menguasai kerajaan dan khalifah. Imam Ahmad bin Hambal ditangkap begitu juga ulama2 besar yg lain. Ketika itu Imam Bukhari balik ke bukhara kerana fitnah agama yg terlalu besar. Namun, gabenor Bukhara juga di maklumkan telah menganut fahaman muktazilah.  Di pertengahan jalan Imam Bukhari berdoa :


"Ya allah, jika hidup lebih baik bagi aku maka panjangkan umurku, namun jika mati adalah lebih baik bagiku maka matikan aku"

Lalu Allah mematikan Imam bukhari dan di makamkan di bukhara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 12:27 AM | Show all posts
ermm..

saya pun kadang2 bila ada masalah yang melanda, saya sll minta ajal saya dipercepatkan..

mungkin itu cara yang paling baik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:04 PM | Show all posts

Balas #1 cursebreaker\ catat

meminta untuk dipercepatkan ajal tidak menjadi kesalahan.....................tetapi niat kita hendaklah meminta dipendekkan ajal jika ajal itu didalam kebaikan dan meminta dipanjangkan ajal itu jika memberi kebaikan..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:06 PM | Show all posts

Balas #1 cursebreaker\ catat

antara doanya " Ya Allah panjagkanlah usia ku jika ianya menambah kebajikan dan matikanlah aku jika kematian ini membawa kebaikan bagi ku"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068248 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list