View: 3732|Reply: 8
|
Kaedah melupus wang syubhah
[Copy link]
|
|
Kaedah melupus wang syubhah
Dewasa ini, umat Islam di negara kita dan juga di serata duniaberhadapan dengan satu masalah yang amat sukar untuk dielakkan, iaituketerlibatan (sama ada secara langsung ataupun tidak) dengan wang atauharta yang diperoleh melalui sumber yang syubhah atau haram.
Perkara ini antaranya berpunca daripada berleluasanyatransaksi-transaksi yang tidak patuhi syariah dalam kebanyakaninstitusi-institusi kewangan konvensional pada hari ini.
Didapati bahawa sebahagian daripada masyarakat Islam pada hari inimenemui kebuntuan dalam mencari penyelesaian kepada saki baki wangsyubhah yang dimiliki dalam simpanan mereka. Contohnya seperti wangfaedah hasil daripada simpanan dalam bank-bank yang berasaskan riba.
Ada di kalangan masyarakat Islam yang mengambil mudah dalam hal inidengan menggunakannya tanpa rasa bersalah. Tidak kurang juga ada yangmembiarkannya begitu sahaja atas anggapan ia tidak boleh dimanfaatkansecara mutlak. Mana satukah cara yang benar?
Oleh Murid Fadzli Musa
MURID FADZLI MUSA ialah Penolong Pengarah Bahagian Mal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar). E-mel: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Pengenalan
Perkataan syubhah itu sendiri berasal daripada perkataanbahasa Arab yang bererti samar iaitu tidak jelas. Dr. Yusuf al-Qaradawidalam bukunya Halal dan Haram dalam Islam mendefinisikan perkarasyubhah ini sebagai suatu perenggan di tengah-tengah halal terang danharam yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yaknimasih samar-samar sama ada ia halal ataupun haram.
Beliau menjelaskan cara yang paling afdal ialah dengan meninggalkanperkara-perkara yang syubhah ini bagi mengelakkan diri daripadaterjerumus kepada perkara-perkara yang memang nyata haramnya. Initermasuk dalam kaedah saddul-zara'i iaitu menutup pintu-pintu kerosakan.
Dalam perkara ini, Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud: Yanghalal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antarakedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (syubhah). (riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi) |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah pelupusan wang syubhah dalam Islam
Terdapat khilaf di kalangan ulama berkenaan kaedah pelupusan wangsyubhah atau haram mengikut syarak. Sesetengah ulama salaf yangberpendapat ia tidak boleh disucikan dan hendaklah dimusnahkan ataudibinasakan begitu sahaja.
Ada ulama yang berpandangan bahawa ia boleh dimanfaatkan bagi tujuanmaslahat umum termasuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Adapula yang berpandangan hanya untuk maslahat umum seperti membuatjambatan dan tandas awam sahaja tetapi tidak wajar diberikan kepadafakir miskin kerana ia berasal dari sumber yang haram dan tidak baik.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatawa Mu'asirah menjelaskanbahawa wang-wang faedah ini selain ia haram untuk dimanfaatkan olehumat Islam, ia juga haram untuk ditinggalkan begitu sahaja di bank-bankkonvensional.
Perbuatan tersebut akan memperkuatkan lagi bank-bank tersebut dansama seperti menolong bank-bank konvensional yang akan turutmenggunakan wang-wang faedah yang ditinggalkan itu untuk tujuan-tujuanyang bertentangan dengan syarak.
Tindakan ini tergolong dalam membantu perkara-perkara maksiat,sedangkan membantu dalam perkara yang haram hukumnya adalah haram!Dalam hal ini, Allah SWT berfirman, mafhumnya: Dantolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, danjangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (al-Ma'idah: 2)
Dr. Yusuf berpandangan, apa yang disyariatkan adalah supayawang-wang faedah tersebut begitu juga dengan harta-harta lain darisumber yang haram dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan. Iniseperti membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir,jihad di jalan Allah, membantu perkembangan dakwah Islam, pembinaanmasjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitankitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yangbersifat kebajikan.
Dalam hal ini juga, Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa FatwaKali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21Januari 1971 menetapkan: "Faedah yang diperolehi daripada wang simpananyang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikanyang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harusditerima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orangIslam pada masa ini" dan "faedah yang diperolehi daripada wang simpananseseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atasalasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklahdimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum". |
|
|
|
|
|
|
|
Wang bercampur aduk antara halal dan haram
Timbul satu persoalan di sini, iaitu apabila wang yang halal danwang yang haram bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan, contohnyawang simpanan yang halal di dalam bank bercampur dengan wang faedahyang haram dalam akaun yang sama, bagaimana ia hendak dijernihkan?
Dalam kaedah fiqh, terdapat satu kaedah yang berkaitan iaitu:"Apabila berkumpul perkara yang halal dengan yang haram, makadimenangkan (dikira) yang haram".
Menurut kaedah ini, apabila perkara yang halal dan haram bercampuraduk dalam sesuatu perkara itu, maka ia dianggap sebagai haram. Iniadalah pandangan yang lebih utama berdasarkan justifikasi bahawameninggalkan perkara yang harus bagi tujuan menjauhi perkara yang haramadalah lebih baik daripada sebaliknya.
Dalam hal ini, iaitu apabila berlaku campur aduk antara perkara yanghalal dengan yang haram dan tidak dapat dibezakan, maka penyelesaiannyaadalah dengan mengasingkan nilai atau kadar sebenar yang halal denganyang haram dengan niat dibahagikan antara kedua-duanya.
Apa yang jelas halal boleh digunakan manakala yang haram ituhendaklah dilupuskan seperti dengan menyedekahkannya kepada fakirmiskin atau menyerahkan kepada pihak Baitulmal bagi tujuan maslahatummah.
Dengan cara ini, perkara yang halal dapat diasingkan daripadaperkara yang haram dan masih dapat dimanfaatkan walaupun telah berlakucampur aduk antara kedua-duanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan
Sehubungan itu, menjadi tanggung jawab setiap umat Islam untukmenjauhkan diri dari perkara-perkara syubhah demi menjaga diri daripadamelakukan perkara-perkara yang haram.
Dengan tumbuhnya pelbagai institusi kewangan Islam pada hari iniseperti bank-bank Islam, syarikat-syarikat pajak gadai Islam(al-rahnu), syarikat-syarikat insurans Islam (takaful) dan sebagainya,maka menjadi kewajipan umat Islam untuk menggunakan sistem kewanganIslam yang ada ini sewajarnya.
Namun demikian, sekiranya keterlibatan dengan wang syubhah atauharam ini tidak dapat dielakkan, maka hasil-hasil daripada aktivitisyubhah atau haram tersebut hendaklah dilupuskan sewajarnyaberlandaskan syarak.
Penyerahan kepada Baitulmal merupakan pilihan cara pelupusan yangutama, selamat dan meyakinkan serta dapat menyumbang kepadakemaslahatan sosio-ekonomi umat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Thnx 4 d info..~
mmg skang ni...nak x nak...kite ttp akan terlibat dgn mslh ni..
wat loan pape...mmg terlibat dgn riba la..
sume ni..akan jd darah daging nti
pe yg kite ley wat..."cuci" la wang tu..
byk care yg di statekan tu..
insyaAllah..moge kite di perlihara.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya berkerja di syarikat telefon awam (publicfon) bila saya membaiki telefon tu slalu ada duit tersangkut. saya slalunye sedekah sebahagian dan makan sebahagian jika duit itu jelas haram dimakan boleh ke saya guna duit itu untuk isi minyak motor kerana saya tiada elaun minyak/kenderaan? |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni, saya rasa rasa murah rezeki bila sebahagian duit tu bila sedekah kat masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu duit ekor tu kire wang syubhah ker?
duit haram nih buat bayar saman trafik, bil IWK, beli cd/dvd haram, |
|
|
|
|
|
|
| |
|