CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2241|Reply: 13

WANITA BERPURDAH DAN DUNIA

[Copy link]
Post time 4-3-2009 06:43 PM | Show all posts |Read mode
suatu kisah...
kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah..suatu hari aku berjalan melalui pasar.
sebaik saja muazzin melaungkan azan,aku terlihat seorang wanita.
wanita itu ganjil cantiknya.

dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya.
malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu.
dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid,
memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata ganjil.
aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya.
dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan.
dia memaling wajahnya seketika kepadaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu disebalik purdah hitamnya.

"adakah ini khayalanku sahaja?"bisik hatiku.
akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
"siapakah wanita itu?"

aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk.
dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa di hadapan,
masih tak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua.
perasaanku tambah membuak.

"adakah wanita itu orang gila?"

semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan sehingga ke penghujung bandar.
mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku.
sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka...
sebuah perkuburan lama.

kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir,
tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara.

dalam 60 langkah di antara kami, aku melihat wanita itu memandang ke arahku,
menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa,
tapi sekarang, tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

di dalam bilik bangunan itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah,
bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi  cahaya lilin pada dinding bilik itu.

disebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubag perigi.

"kuncikan pintu itu,"kata wanita itu dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik.
"dan bawakan kuncinya."
aku akur...

"buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,"kata wanita itu.
aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.
"buanglah,"ujar wanita itu sambil ketawa,
"tadi kau tak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?"
tempelak wanita itu lagi.
aku diam

"waktu maghrib sudah hampir selesai,"kata wanita itu bernada sedikit menyindir.
"apa yang kau risaukan?pergilah buang kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?"

aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi dan memerhatikan kunci itu jatuh.
perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi.

"tiba masanya untuk melihat aku,"kata wanita tersebut dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajahnya sebenar.
bukan wajah segar seorang gadis remaja...
tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

"pandang aku sungguh-sungguh,"kata wanita itu lagi

"namaku DUNIA.aku kekasihmu
kau habiskan masamu mengejarku,sekarang kau telah memiliki diriku..
di dalam kuburmu.
mari.....mari...

kemudian wanita itu ketawa dan ketawa sehingga dia hancur menjadi debu dan lilin itu padam satu demi satu,
dan kegelapan menyelubungi suasana...

ASTAGHFIRULLAHHALADZIM

dalam sebuah riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilngi hidangan mereka."

ada yang bertanya, apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?

Rasullullah s.a.w menjawab:
"bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu seperti buih.
Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.


ada yang bertanya, apakah al-wahn itu wahai Rasullullah?
jawab Baginda " cintakan dunia dan bencikan mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 06:59 PM | Show all posts
best baca...pengajaran buatku insan yg lemah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 07:05 PM | Show all posts
cerita yang menarik
dan baru pertama kali aku membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 08:44 PM | Show all posts
bgs.dapat menginsafkan diri yg srba kekurangan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 10:43 PM | Show all posts
adui....insap....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 01:31 AM | Show all posts
maveles.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2009 02:39 AM | Show all posts
Kalau difikirkn tentang mati......msti manusia x pandang dunia.
Kalau difikirkn tentang azab neraka...msti manusia x inginkn dunia..
Kalau difikirkn tentang syurga.....msti manusia x mahu dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 01:39 PM | Show all posts

Reply #1 teacher_vogue's post

Thnx utk cite ni...
terkelu jap bace...

mmg rupe dunia dah tua kan...
Rasulullah pon penah jumpe ngn dunia..
Baginda ceritakan..dunia dah tua usianya...hodoh rupe...
tp..tu la yg kite kejar skang..

kalau kite kejar dunia....
akhirat akan lari dari kite..

kalau kite kejar akhirat...
dunia akn datang pd kite..

renug2kan la..~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2009 03:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Terima kasih krn sudi berkongsi kisah tauladan ini.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2009 04:15 PM | Show all posts

Balas #15 penyo\ catat

yela...kubur pun masing-masing gak kan...
teacher doakan agar saudara bahagia dgn apa jua yang saudara lakukan..
wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 05:41 PM | Show all posts
DAh2...x mo gado2 ea..
kite nak share ilmu je kat sni..

CARI ni kan luas..
byk bod yg ade..
pilih la bod mane yg sesui dgn topik yg kite suke/kite nak bincangkan...
berpuluh bod yg ade kan...
every bod has their own identity..
so..u can choose which 1 u want..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 07:25 PM | Show all posts
Begitulah dunia yg sudah tua. Semoga jadi pengajaran. Dunia penuh dangan fitnah dan kepalsuan.
Menggunakan kuasa utk menfitnah manusia lain. Benda yg kita tak buat , manusia lain akan fitnah kita yg kita buat. Dan menggunakan kuasa itu utk menghukum org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 07:57 AM | Show all posts
tebeliak mata aku baca cter ni
jrg aku nk bca cter pjg2

takutnye aku klau aku jd laki tu
kt kuboq pn msih nk ikot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 06:09 PM | Show all posts

Reply #13 dhanishdhania's post

Bila nafsu menguasai diri..
akal yg waras pon xley nak pk..
iman yg ade pon..makin menipis..
suara syaitan lebey kuat dr suara malaikat..
byknye dugaan hidup ni..
klu x kuat..nauzubillah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070184 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list