|
Askm
Nak tanya la,kan..baju batik sutera yang untuk orang lelaki pakai tu, boleh bawak sembahyang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 5-3-2009 16:44
Askm
Nak tanya la,kan..baju batik sutera yang untuk orang lelaki pakai tu, boleh bawak sembahyang ke?
Rasulullah S.A.W mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya dan ia mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lantas ia berkata:
"Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap aku ada khilaf tentang hukum solat memakai sutera...
ada yg mengatakan solat sah tapi haram berdosa,
ada yg mengatakan solat tidak sah...
mungkin ada yg lebih arif dapat memberi huraian yg lebih lanjut... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 Equalizer\ catat
So macammana ek?. SO setiap kali sembahyang kena buka ke?. |
|
|
|
|
|
|
|
sutera bukan ke orang lelaki tak boleh pakai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 5-3-2009 17:08
So macammana ek?. SO setiap kali sembahyang kena buka ke?.
senang je...
tak payah la pakai baju sutera..
melambak2 lagi baju yg tak sutera.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kena tengok tulen atau tak sutera tu?
maksudnya peratusan sutera tulen dipakai |
|
|
|
|
|
|
|
ahli fiqh akan cari jalan cemane nak mengharuskan sesuatu.
ahli sufi akan mencari jalan cemane nak menyucikan diri dari melakukan sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
takyah pakai lah.....
susah2 je....
baju bukan sutera lawa2 kan manyak...cari yg nylon je pun ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 ussopp\ catat
Kalau sutera campuran boleh ke..sebab ada juga baju kerja macam ni..terutamanya baju Durban |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 eastrun\ catat
jika haram maka jelaslah haramnya itu........................ |
|
|
|
|
|
|
|
Thursday, 16 March 2006
Hukum memakai sutera ketika sembahyang
SOALAN;
Seseorang bersembahyang dengan menggunakan baju sutera.
Apakah hukum memakai sutera dan adakah ie memberi kesan kepada sembahyang kita ?
Soalan ini dijawab dalam bentuk kertas kerja ringkas.
MUQADDIMAH
Industri tekstil dan fesyen berkembang maju dengan terhasilnya pelbagai jenis kain seperti cita, cotton, sutera, polyster dan sebagainya. Selalunya, selain daripada paten, potongan , corak dan jenama, jenis kain juga mempengaruhi harga. Sudah menjadipengetahuan umum, kain sutera adalah salah satu jenis kain yang mahal harganya.
Perkembangan fesyen yang begitu pesat, dipelopori pula oleh pihak kapitalis dan orang-orang barat yang tidak mengambil kira hukum-hakam , menyaksikan lambakan pasaran pakaian yang diperbuat daripada sutera samada pakaian lelaki atau perempuan.
Banyak tali leher yang menjadi trend berpakaian moden pria diperbuat samada daripada sutera seratus peratus, atau campuran dengan bahan lain.
Kertas kerja yang terbatas ini cuba untuk membincangkan berkenaan hukum
memakai sutera bagi orang lelaki khususnya, dan kesannya terhadap ibadat sembahyang sebagaimana persoalan yang dikemukakan di atas.
ASAL-USUL SUTERA
Dalam The Dorling Kindersley Illustrated Factopaedia, diterangkan secara ringkas tentang asal-usul sutera yang berasal daripada kepompong rama-rama sutera yang dikenali secara saintifiknya sebagai Bombyx Mori. Ia diproduksi oleh ulat rama-rama putih yang dikenali sebagai ulat sutera yang memintal kepompong sutera.
Kepompong ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam air panas yang menggelegak dan kemudiannya, sutera tersebut akan dikeluarkan dan dipintal menjadi benang. Setiap kepompong dikatakan dapat menghasilkan sehingga lebih daripada 1 lometer panjang. Daripada benang inilah kemudiannya ditenun menjadi kain.Biasanya, kain sutera asli mengeluarkan bauan yang harum.
HUKUM 1 : ADAKAH SUTERA ITU NAJIS ?
Prof. Dr. TM. Hasbi Ash Shiddieqy dalam himpunan buku kuliahnya, Ahkam Al-Fiqh Al-Islami atau Hukum-hukum Fiqh Islami menyatakan, air mata dari sesuatu yang masih hidup, peluhnya, air liurnya, air hidungnya. Hanya kesucian segala benda yang tersebut ini, apabila dia itu dari binatang yang suci, baik binatang itu dimakan dagingnya
atau pun tidak. Demikian pendapat Syafe抜. Manakala ulama Hanbaliyah berkata, suci air mata, peluh, air liur dan air hidung apabila yang demikian itu daripada binatang yang dimakan atau dari selainnya asal sahaja binatang yang semisal kucing atau yang lebih kecil daripadanya dan bukan pula keluar dari (jalan) najasah.
Kepompong sutera adalah sesuatu bahan yang keluar daripada mulut ulat sutera yang kemudiannya ia memintalnya menjadi kepompong yang membaluti dirinya. Dalam kitab Sabil-Al-Muhtadin, Syeikh Arsyad Banjari menyatakan, dan demikian lagi, suci
ulat sutera dan telurnya iaitu yang keluar daripadanya ulat sutera.
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa sutera itu tidaklah najis, maka ia adalah sesuatu yang boleh disentuh, dipakai dan disimpan. Persoalan yang akan kita bincangkan seterusnya ialah hukum pemakaian sutera samada oleh lelaki atau perempuan.
HUKUM 2 : PEMAKAIAN SUTERA.
Adalah diketahui umum, bahawa hukum memakai sutera adalah haram bagi lelaki tetapi diharuskan bagi perempuan. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang ditunjuki oleh nas As-Sunnah. antaranya;
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Umar bin Khattab RA yang berkata; Rasulallah SAW telah bersabda; Kamu jangan memakai sutera. Maka barang siapa yang memakainya di dunia tidak akan memakainya di akhirat.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Anas RA katanya; Rasulallah SAW bersabda ; Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang tidak ada bahagian untuknya ( di akhirat ).
Daripada kedua-dua hadis di atas, Rasulallah SAW melarang memakai sutera dan diancam pula dengan keadaan yang akan berlaku di akhirat kelak. Ia dibuat dengan lafaz umum tanpa mengkhususkannya kepada sesiapa.Kemudian terdapat pula hadis berikutnya yang mengkhususkan pengharaman itu kepada orang lelaki sahaja.
Diriwayatkan oleh Abi Daud, dari Ali KW katanya : Aku melihat Rasulallah SAW memegang sutera di tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda :Kedua ini haram kepada orang lelaki dari umatku.
Dan hadis yang berikutnya pula mengkhususkan lagi bahawa ia haram bagi
lelaki tetapi harus pula buat perempuan.
Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Abu Musa Al-Ansary RA katanya; Rasulallah SAW bersabda; Telah diharamkan memakai sutera dan emas pada orang lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.
Manakala hadis berikutnya mengkhususkan lagi penggunaannya. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Huzaifah RA katanya ; Nabi SAW melarang kami minum dalam bekas daripada emas dan perak atau makan di dalamnya, dan juga memakai sutera yang halus atau tebal atau duduk di atasnya.
Berdasarkan kepada riwayat-riwayat di atas, adalah jelas bagi kita bahawa pemakaian sutera adalah diharamkan untuk lelaki tetapi diharuskan untuk wanita sebagaimana juga emas dan perak.
Walau bagaimanapun, di sana terdapat riwayat yang mengecualikan pengharamannya atas sebab-sebab kesihatan.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas RA katanya; Rasulallah SAW telah mengizinkan Az-zubair dan Abd. Rahman bin Auf memakai sutera kerana kedua-duanya sakit gatal-gatal.
Adalah jelas bahawa pengharusan sutera kepada lelaki hanyalah atas sebab-sebab kesihatan seperti penyakit kulit dan bukannya atas sebab-sebab yang lain,samada sebab imej atau gaya.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
Sekarang kita tinjau pula syarat-syarat sah solat sebagaimana yang
diterangkan dalam kitab-kitab Fiqh khususnya dalam mazhab Syafe抜.
Al-Imam Syazali dalam kitabnya Al-Wajiz menerangkan bahawa syarat-syarat sah solat ialah;
1. Suci daripada hadas, samada hadas kecil atau besar. Orang yang hendak mendirikan
solat mestilah tidak dalam keadaan junub atau berhadas besar yang mensucikannya
dengan mandi hadas dan juga hadas kecil yang mensucikannya ialah dengan wuduk.
2. Suci daripada kotoran yakni najis, samada pada badan, pada pakaian dan pada tempat solatnya.
3. Menutup aurat. Bagi lelaki auratnya dari paras pusat sehingga lutut manakala bagi
perempuan kesemua anggota tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
4. Meninggalkan berkata-kata, yakni tidak berbicara dalam solat.
5. Meninggalkan perbuatan yang banyak, iaitu tidak bergerak dengan pergerakan yang berat lebih dari tiga kali.
6. Meninggalkan makanan, yakni tidak makan ketika solat.
Dalam kitab yang lain pula meletakkan syarat sah solat dengan tambahan mengadap kiblat dan mengetahui masuknya waktu solat.
Dalam syarat-syarat di atas, soal pakaian yang dibincangkan hanyalah dari segi kesuciannya dari najasah dan juga pakaian itu menutup aurat. Tidak kedapatan dalam syarat-syarat tersebut, dan penghuraiannya, tentang pakaian itu hendaklah yang harus dipakai.
KESAN MEMAKAI SUTERA DALAM SOLAT
Berdasarkan huraian di atas, samada dari segi pengharaman memakai sutera, dan juga syarat-syarat sah solat mengenai pakaian, ianya mempunyai kaitan yang berbeza.
Pengharaman memakai sutera bukan kerana kenajisan sutera tersebut di mana hanya lelaki sahaja yang dilarang memakainya dan tidak pada perempuan.Jika sekiranya sutera itu sesuatu yang najis, maka sudah tentu keharamannya juga meliputi kaum wanita.
Manakala solat tidak sah, jika sekiranya pakaian itu bernajis dan juga tidak cukup syarat menutup aurat. Kesimpulannya, jika sekiranya pakaian sutera itu dipakai tanpa ada apa-apa najis dan juga cukup syarat menutup aurat, maka solatnya adalah sah dan ia tidak mendatangkan kesan apa-apa dari segi sah batalnya solat.
Persoalannya, pakaian sutera itu haram di pakai, samada di dalam atau di luar solatoleh lelaki. ianya sama dengan hukum memakai pakaian yang dirampas, dicuri dan sebagainya yang bukan miliknya yang mana ia tidak menjejaskan kesahihan solat seseorang. Justeru itu dapat difahami bahawa memakai sutera bagi lelaki di dalam solat tidak memberikan apa-apa kesan kepada solatnya dari segi hukum Fiqh, dan ianya hanya mendatangkan kesan dari segi diterima atau tidak solatnya kerana jelas memakai sesuatu yang diharamkan dalam solat. Sedangkan solat itu ialah mengadap Allah SWT dan sayugianyalah mengadap Allah SWT hendaklah dengan keadaan taat kepada perintah agama dan menjauhkan larangan agama.
Sedangkan penerimaan solat oleh Allah adalah urusan-Nya, kerana orang yang cukup syarat pun kita tidak tahu samada solatnya itu diterima atau tidak. Kemungkinan, jika kita tinjau dari sudut Tasawuf, maka penghuraiannya adalah berbeza.Oleh kerana kertas kerja ini berkisar kepada persoalan Fiqh semata-mata, maka kita tidak berhasrat untuk menghuraikan dari sudut disiplin ilmu yang lain.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas, adalah jelas bagi kita, bahawa solat seorang lelaki yang memakai sutera tidak memberi apa-apa kesan dari segi sah-batalnya mengikut hukum syarak. Cuma, orang itu adalah berdosa kerana memakai sesuatu yang diharamkan oleh syarak, samada ia dipakai dalam solat atau pun di luar solat.
Wal-Lahu A抣am.
http://albakaky.tripod.com/agama/index.blog/1437116/hukum-memakai-sutera-ketika-sembahyang/ |
|
|
|
|
|
|
|
ringkas dari pernyataan panjang lebar di atas :
solat sah, pakai sutera bagi lelaki haram.
persoalan kedua: kalau bercampur antara sutera ngan bahan lain (not 100%)
amik kaedah ' jika bercampur halal dan haram, maka yang menang haram'
atau guna kaedah 'sad az-zara'ie' iaitu kita tutup jalan kearah benda yang dikhuatiri menjerumus kepada haram.
Wallahu 'alam |
|
|
|
|
|
|
|
KEUNGGULAN ISLAM
| | HUKUM SUTERA
| | | |
| Hukum memakai sutera secara umum
Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah) berpendapat ia adalah haram. Dalil-dalil hadis sahih melarangnya adalah banyak, antaranya:
HR Ahmad, IBn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib
Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku. HR Bukhari-Muslim dari Umar alKhattab:jangan siapa memakai sutera di dunia,niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat. Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana berdalilkan amalan sahabat:
Segelintir sahabat, sebanyak dua puluh orang (20) memakai sutera antaranya Anas dan al Barra' (diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud). Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor:
Apabila digabungkan kesemua dalil hadis yang melarang dan dalil-dalil yang membolehkan, maka ia menujukkan makruh hukumnya memakai sutera. Ini terbukti dengan 20 orang sahabat yang memakainya, sedangkan tidak mungkin para sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh syari'at.
Bagaimana pula kalau bukan 100% sutera?
Dalam hal ini kita membawa dalil hadis yang berbunyi:
HR Muslim dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari.. Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali), sedikit sutera utk lelaki adalah diharuskan, sebab itu adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.
Rumusan:
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya sedikit saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab ia hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar serta kot.
Jumhur fuqaha juga bersependapat, jika fabrik pakaian seperti baju itu bercampur dengan sutera dan fabrik lain lebih banyak drpd sutera, ia juga adalah harus memakainya.
Rujukan:
Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Imam Syaukani Nailool Awthor
Sunan Abi Daud bab Libas
|
|
[ Last edited by niy at 6-3-2009 08:07 ] |
|
|
|
|
|
|
|
persoalan seterusnya...
adakah pakaian batik sutera yg popular di malaysia ini betul betul diperbuat daripada sutera
kalau ada berapa peratus adalah dari benang yg dihasilkan dari kepompong caterpillars tu?
definisi sutera
Silk is a filament fiber formed from proteins secreted by Bombyx mori, or silkworms. Silkworms are not actually worms, but caterpillars, despite their common name. Humans have practiced silk production, which originated in China, for thousands of years. Highly prized for its softness, insulating properties, and strength, silk is a natural animal product and therefore quite expensive. Making silk requires monitoring and feeding the silkworms constantly, and a great deal of effort results in a surprisingly small amount of thread.
diambil dari http://www.wisegeek.com/what-is-silk.htm
[ Last edited by niy at 6-3-2009 08:16 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 eastrun's post
LAki xley pakai sutera kan...
apetah lg nak bwk g solat..
sutera ni..utk ppuan je..
nak ikutkan..batik pon xley..
coz batik ni..pakaian ppuan asalnye..
dlu mane ade llki pakai batik..
Dlm Islam kan xley klu llki menyerupai ppuan..
ppuan menyerupai llki..
Tp skang ni..dah bese..
batik dah jadi pakaian formal..sume gender pakai..
nak wat camne kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Hikmah pengharaman pemakaian sutera & emas bagi kaum lelaki amat terang lg bersuluh ... bagi mengelakkan perasaan takabbur golongan yg mampu kpd org lain.
Lahirnya sikap dia lbh kaya & berkemampuan drp org lain jelas sekali tertampak dgn sikap suka menunjuk-nunjuk status kewangan dgn jam tangan Rolex, baju kemeja sutera dsb yg dipakai selebriti, org korporat & anak2 hartawan, serta eksekutif2 muda.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
lebihkan status dari hukum agama |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm kalau baju jersey manchester yang ada lambang setan tu pulak? berdosa ke memakainye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|