View: 4751|Reply: 17
|
Pulau Sipadan - Jadi Tapak Warisan Dunia -
[Copy link]
|
|
Cadang Pulau Sipadan jadi tapak warisan dunia
Daripada ZULHISHAM ISHAK
PARIS 7 Mac - Kerajaan Sabah akan menghantar permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi menyenaraikan Pulau Sipadan sebagai salah satu tapak warisan dunia.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, jawatankuasa khas peringkat Lembaga Pelancongan Sabah akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menggerakkan usaha tersebut.
Menurutnya, usaha awal memperoleh status tersebut dilakukan oleh Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Datuk Kenneth J. Luis.
"Wakil UNESCO akan ke Sabah bagi mengkaji kelayakan Pulau Sipadan menerima status tersebut.
"UNESCO juga mengetahui bahawa Pulau Sipadan sebelum ini disenarai sebagai satu daripada tujuh keajaiban baru dunia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi pelancongan Perancis di sini semalam.
Sipadan sebelum ini dicalonkan sebagai satu daripada tujuh keajaiban baru dunia bagi kategori alam semula jadi bersama 261 destinasi lain seperti Ko Phi Phi di Thailand, Grand Canyon dan Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat dan terumbu karang besar di Australia.
Masidi yakin Pulau Sipadan memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan dunia.
Katanya, kejayaan penyenaraian itu bakal melonjakkan populariti pulau berkenaan, selain membolehkan usaha pemuliharaan dilakukan dengan lebih berkesan.
Sementara itu, Masidi berkata, pihaknya akan melakukan kempen secara agresif untuk menarik lebih ramai pelancong dari Perancis melancong ke Sabah.
Menurutnya, daripada 80,000 rakyat negara itu melancong ke Malaysia tahun lalu, hanya 4,000 orang melawat Sabah.
Beliau menambah, selain kempen agresif, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan di Perancis untuk mengadakan penerbangan terus Paris-Kota Kinabalu.
"Walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang lembap, kita percaya usaha menarik pelancong Perancis tidak terjejas dan agensi pelancongan di sini juga menunjukkan minat yang mendalam," katanya.
*************************************************************************************
cadangan yang bagus... tak ada tempat kat dunia ni macam sipadan -
bersih - tak ada tercemar (hopefully - stay that way) - dan kalau cadangan
diterima.. lagi ramai dapat mendapat pelancong ke malaysia -
kalau dapat jadi tapak warisan dunia -- pemeliharaan dan pemuliharaan sipadan
akan dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi - |
|
|
|
|
|
|
|
Bangganye jd anak malaysia!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Wow!!!! Such a beautiful place. Segala kebesaran dan keindahan milikNya jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 FreeMen's post
Aku yang duduk jauh ni pun teringin yang amat nak pegi sane. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 lizz_7777's post
since pasal kes Abu Sayyaf hari tu aku dgr diorg dah close resort ni..
maksud aku bukan utk open tourist..
open for special reservation je..
that means for VIP or VVIP..
tapi aku tatau le ape citer sebenarnya..
Pulau Sipadan ni terkenal ngan Grave of the Turtle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa maksud tutup tu ialah takleh overnight kat situ untuk kawal pencemaran. Dan kalau tak salah aku jumlah pelancong pada satu2 masa pun dihadkan untuk elak masalah yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknye.. x pernah sampai lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aritukan ada sapa bagi link kat CI, aku dah vote pulau sipadan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abu Sayyaf idup lagi kee?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 dexa\ catat
Pulau Sipadan merupakan SATU-SATUNYA pulau samudera (oceanic island) di Malaysia yang berasaskan batu kapur. Ia juga pernah menjadi REBUTAN di antara Malaysia dan Indonesia. Akhirnya pulau tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai hak milik Malaysia.
Pendek kata, Pulau Sipadan umpama permata yang sangat bernilai harganya bagi negara dan rakyat Malaysia. Berpuluh ribu ringgit telah kita korbankan untuk mendapat kedaulatan penuh ke atas pulau tersebut.
Dari peristiwa-peristiwa tersebut, kita boleh faham akan tindakan kerajaan Sabah untuk meminta UNESCO mewartakan pulau tersebut sebagai satu tapak warisan dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh keajaiban alam semula jadi dunia baru, Pulau Sipadan lepasi tapisan pertama
KOTA KINABALU: Pulau Sipadan melepasi tapisan pertama dalam pencalonan memilih tujuh keajaiban alam semulajadi dunia yang baru bersama 260 lokasi lain dari 222 negara menerusi undian penganjur `New 7 Wonders Of Nature', tahun lalu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pulau indah yang terkenal sebagai lokasi menyelam antarabangsa itu menduduki tempat ke-17 bagi kategori pulau.
Katanya, rakyat negara ini perlu mengundi dalam laman web www.new7wonders.com atau www.sabahtourism.com bagi melayakkan Pulau Sipadan memasuki pusingan pemilihan seterusnya yang dipilih berdasarkan 11 lokasi mendapat undian tertinggi.
"Kita perlu mengundi untuk meningkatkan kedudukan Pulau Sipadan dalam pemilihan peringkat kedua ini supaya dapat memasuki golongan 11 lokasi menerima undian tertinggi kategori pulau.
"Ketika ini, Pulau Sipadan menduduki tempat ke-17 bagi kategori pulau. Ia perlu memintas enam tempat lagi sebelum pemilihan peringkat kedua berakhir pada 7 Julai ini," katanya pada sidang media mengenai pemilihan Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semulajadi dunia yang baru di sini, semalam.
Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ellron Angin dan Bolkiah Ismail serta Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmud.
Masidi berkata, kementeriannya dan STB sudah merangka kempen untuk menggalakkan pengundian terhadap Pulau Sipadan termasuk mendapatkan kerjasama Persatuan Pengajar Menyelam Profesional Antarabangsa (PADI) dalam meminta penyelam di seluruh dunia memilih Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia.
"STB juga sudah mengirim e-mel kepada ejen pelancongan di seluruh dunia untuk mengundi Pulau Sipadan. Kita minta rakyat di seluruh negara memberikan sokongan sepenuhnya untuk menjadikan Sipadan sebagai satu-satunya keajaiban dunia di negara ini," katanya.
Beliau berkata, kempen menerusi media massa, pelajar universiti dan poster yang ditampal di lokasi strategik juga sedang dirancang untuk memastikan Pulau Sipadan layak memasuki pusingan seterusnya selepas 2 Julai depan.
Katanya, kerajaan negeri turut menyuarakan kesediaan memberi peruntukan khas bagi menjayakan kempen berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha menaikkan nama Sipadan, Sabah dan negara dalam peta pelancongan dunia.
"Jika Sipadan terpilih sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semulajadi dunia, sektor pelancongan di negeri ini pastinya akan terus meningkat kerana kita yakin akan ramai penyelam dari seluruh dunia berminat mengunjungi pulau itu," katanya.
Berdasarkan pemilihan New 7 Wonders Of Nature, sebanyak 77 lokasi di seluruh dunia akan dipilih mewakili tujuh kategori keajaiban alam semula jadi iaitu masing-masing 11 bagi setiap kategori pada peringkat kedua pemilihan.
Daripada jumlah itu, panel pakar yang diketuai bekas Ketua Pengarah UNESCO, Profesor Federico Mayor, akan memilih 21 lokasi untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan diumumkan pada 21 Julai depan.
Proses pengundian bagi pemilihan peringkat seterusnya akan berterusan pada tahun depan dan 2011.
kalu jadik tujuh keajaiban... mmg malatop mesia nih..... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Kempen Pulau Sipadan keajaiban alam semula jadi akan dilancar
KOTA KINABALU 1 April - Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan melancarkan kempen di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negeri bagi membolehkan Pulau Sipadan disenaraikan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.
Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata, bagi memastikan kejayaan kempen tersebut, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendekati pelajar dan penuntut agar mengundi Pulau Sipadan sebelum 7 Julai ini.
''Kempen ini akan digerakkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang diketuai oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Bolkiah Ismail dan Pengerusi STB, Tengku Datuk Zainal Adlin Tengku Mahamood.
''Pemilihan sekolah dan IPT adalah kerana golongan ini merupakan pengguna Internet yang paling ramai. Justeru, kita mahu mereka mengundi melalui online www.new7wonders.com/nature dan menggunakan peluang ini untuk merealisasikan hasrat rakyat Malaysia menjadikan Pulau Sipadan sebagai salah satu keajaiban alam semula jadi yang baru," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Tun Fuad, dekat sini semalam.
Masidi berkata, selain sekolah dan IPT, kempen berkenaan juga melibatkan pelancongan Malaysia, hotel, agensi-agensi pelancongan, agensi kerajaan dan pihak media cetak dan elektronik.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri sedia membantu jika terdapat keperluan peruntukan kewangan yang diperlukan oleh kementeriannya untuk tujuan itu.
''Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ada memberitahu saya sekiranya ada keperluan untuk menjayakan kempen undi Pulau Sipadan ini, kerajaan negeri sedia menyediakan peruntukan kewangan," ujarnya.
Pulau Sipadan adalah satu daripada 261 calon bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru dan ketika ini pulau yang kaya dengan khazanah marin serta terkenal di kalangan penyelam dari serata dunia itu menduduki tempat ke-17 bagi kategori pulau.
Bagaimanapun, kedudukan itu belum mencukupi untuk melayakkan pemilihan Pulau Sipadan kerana ia perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat ke-11 bagi kategori pulau.
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Profesor Federico Mayor yang kini mengetuai panel itu akan mengumumkan senarai 21 finalis tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru pada 21 Julai ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|