CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

[R-TV] Pilih Kasih. Tahniah, IQBAL - Juara

[Copy link]
Post time 14-8-2009 02:49 AM | Show all posts
kat youtube dh ader dh
cube search
59# eizka_wa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 02:51 AM | Show all posts
aku nk sofian bujang menang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 10:02 AM | Show all posts
Iqbal juara Pilih Kasih musim pertama


Muhammad Iqbal Mazlan mencium trofinya selepas diumumkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama. - foto THE STAR oleh DARRAN TAN

SENAWANG: Pelakon dan penyanyi sambilan, Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, di sini, semalam.

Iqbal, 20, yang memperoleh peratusan tertinggi iaitu 39.36 peratusadalah antara lima pelakon yang 'dicari' Rosyam Nor selama 10 mingguprogram realiti itu berlangsung.

Ia diikuti dengan empat peserta lain iaitu Reza Hasbi (36.27 peratus),Indera Hafiz (31.59 peratus), Nabila Dally (28.45 peratus) sertaWanina Zaki (26.67 peratus).

Lima finalis lain terdiri daripada Mohamad Redzuan Rosli, 19 (DiwanNawi), Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Rabiatul BalqisRameshan, 21 (Rea Rameshan), Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi);dan Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi).


Iqbal yang ditemui sejurus selepas itu berkata, dia sememangnya cukup terkejut dan tidak menyangka akan menjadi juara Pilih Kasih.

Lebih-lebih lagi katanya, dia menduduki tempat tercorot dalam undiankhidmat pesanan ringkas (SMS) dengan hanya mendapat 0.36 peratus.

"Saya tidak pernah berfikir untuk melangkah sejauh ini apatah lagimenjuarai program realiti ini.

"Apa yang saya tahu, saya mesti membuat yang terbaik di pentas agarmenonjolkan bakat lakonan saya," katanya pada sidang akhbar sejurusberakhirnya Pentas Akhir Pilih Kasih.

Sementara itu, Pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih ialahSofian Bujang dan Wanina Zaki.


Sofian Bujang dan Bea Rameshan dalam satu aksi persembahan.

Masing-masing menerima trofi dan ditawarkan berlakon dalam dua buahdrama bersiri arahan pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima.

Walaupun julung kali diadakan, Pilih Kasih mempunyai daya penarik yangtersendiri.

Misalnya, tayangan drama pendek bersiri 'Mangsa Pemburu' diakhiridengan adegan sepasukan anggota polis berkejaran menangkap seorangpenjenayah bertopeng balaclava.

Insiden tersebut adalah berkesinambungan daripada bahagian akhir dramapendek tersebut. Menariknya, lelaki bertopeng tersebut ialah RosyamNor sendiri!

Dalam drama pendek itu juga, Iqbal yang memegang watak utama lelakiberjaya berlakon dengan baik sekali.

Malah, persembahan monolog Iqbal berjudul 'Menjadi Pelakon' mendapatpujian daripada dua pengkritik peringkat akhir Pilih Kasih iaitu Dr.Abu Hassan dan Mamat Khalid.

Artis-artis undangan seperti Mazlan Tahir, Zulhairy, Zamzuriah Zaharidan Liyana Jasmay menjayakan persembahan monolog-monolog pada malam itu.


10 finalis Pilih Kasih

Penonton juga turut disajikan dengan persembahan oleh artis jemputan,Akhil Hayy, Azlan The Typewriter dan Amy Search.

HADIAH-HADIAH

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suriasumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian kePerth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suriasumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian kePerth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakejpercutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday,cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajiandi Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.

Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selamasetahun dalam drama dan filem 'Kekasih' terbitan Suhan Movies yangdimiliki oleh Rosyam Nor.


Indera, Iqbal dan Reza dengan trofi dan cek replika masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 12:13 PM | Show all posts
wakakakaka...x sangka iqbal tu bole menang...tapi persembahan dia semlm memang lebih dr biasa...cuma yg buat sakit atinya part teater musikal tu lama bebeno...xde mood nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 05:22 PM | Show all posts
hish. xpuas ati larr. nak reza yang menang!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 04:30 PM | Show all posts
muka comey2 mcm iqbal ni menang tapi tak blh pegi jauh..
berlakon pun ada watak tertentu je boleh..

hehehehe... komen dari aku yg tak tengok pilih kasih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.297743 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list