|
Tak Semestinye Kamu Islam Kamu Masuk Syurga??
[Copy link]
|
|
Balas #19 indah1285\ catat
taubat ya????
itu pun kalau TAHU dan YAKIN
kalaulah masih dalam KEJAHILAN
yang SALAH pun DIKATAKAN BETUL
yang SESAT pun DIKATAKAN BENAR
gimana yaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HANYA MEREKA YANG BERAKAL MENDAPAT PELAJARAN |
|
|
|
|
|
|
|
salam.
mengupas isu ini, sebaiknya kita perjelaskan dulu definisi Islam dan Muslim.
Islam, adalah agama Allah, sistem Allah dan cara hidup manusia yang diperintahkan Allah agar manusia melaksanakannya. Islam membawa maksud selamat, aman dan damai. Seseorang yang mengangkat Islam sebagai agamanya mestilah memasuki Islam secara Kaffah yakni secara 100% secara keseluruhannya, bukan nama aja Islam, tapi perangai dan cara hidup macam John dan Ah Kong.
Bukan itu saja, seseorang Islam itu juga menerimaIslam sebagai cara hidup, hukum serta perundangan serta sistem kemasyarakatan. Islam bukan agama anutan seperti buddha, hindu dan lain2 yang memisahkan agama dengan cara hidup dan pemerintahan. Menjadi Islamialah menerima Islam sebagai cara hidup, agama dan perundangan Islam. Jika menolak hatta 1% sekalipun dariketentuan Allah, maka tidak Islam lagilah manusia itu.
Muslim pula ialah gelaran bagi orang2 yang masuk Islam. Muslim bermaksud 'menyerah diri' atau 'surrender'. Jadi orang Muslim adalah orang2 yang 'surrender' pada ketetapan Allah yang disampaikan para Rasul melalui wahyu dan kitab (Al-Quran). Bila berserah diri atau surrender, kita menyerahkan diri 100% pada Allah untuk dipimpin serta dibimbing berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya buat ikut suka hati je. Jika orang tu dah buat ikut suka hati dia, maka dia x surrender lagi dan tidaklah ia menjadi Muslim lagi.
Ramai Umat Islam hari ini tidak tahu bahawasanya garisan perbezaan antara Islam dan musyrik itu TERSANGATLAH tipisnya. Mengaku Islam, bernama islam serta mengucap kalimah syahadah TIDAK menjadikan seseorang itu Islam/Muslim, sekiranya diri masih 'liar' dan enggan surrender pada ketetapan dan hukum Allah. Seseorang itu masih boleh terkeluar dari Islam dan menjadi musyrik walaupun rukun Islam dilaksanakannya tetapi dalam masa yang sama menolak dan engkar pada perintah Allah yang lainnya. Yakni beriman pada sebahagian dan engkar pada sebahagian.
Dalam persoalan syurga dan neraka, seseorang Islam itu TIDAK PERNAH diijanjikan dan dijaminkan syurga, kecuali mereka2 yang dipilih Allah serta mereka2 yang beramal soleh dan menyerah diri dengan ssedaya upayanya. Tidak ada istilah masuk neraka sekejap dan pastu masuk syurga at the end, bagi SESIAPA pun, termasuk orang Islam.
2:80. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"
disini Allah membidas manusia2 (termasuk sesetengah orang Islam) yang menyatakan kononnya balasan neraka itu tidak kekal. dah habis kene dera, di belasah dan diseksa, nanti masuklah ke syurga. Tapi benarkah? atau mereka hanya mengatakan apa2 yg tidak mereka ketahui?
2:81. (Bukan demikian), yang benar: barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Jadi Allah menerangkan bahawasanya yang benar ialah BUKAN. Allah berfirman bahawasanya BARANGSIAPA yakni sesiapapun jua menteri ke, ahli agama ke, ulama ke, penyangak ke, doktor, artis, programmer, Islam ataubukan, jika timbangan dosa dan pahala itu menunjukkan dosa melebihi pahala, maka mereka itulah penghuni neraka. dan mereka ini KEKAL yakni dah takleh keluar lagi, diseksa dan dipalu sepanjang masa SELAMA-LAMANYA.
2:82. Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya.
dan bagi orang yang beriman dan beramal soleh, ini dah tentulah orang Islam kan, dan bila timbangan amalan mereka menunjukkan pahala yang terkumpul melebihi dosa, maka masuklah mereka dalam syurga dan mereka pun KEKAL dalam syurga dah takleh nak pegi visit neraka lagi.
Jadi disini kesimpulannya, sesiapa pun kalau hidup membuat dosa walaupun bersyahadah dan sekali sekala berbuat ibadat, tapi dosa lagi banyak dari pahala, maka dipersilakan masuk neraka dan takleh keluar la lagi sampai bila2 pun.
dan sama juga bagi sesiapa[un yang beriman, menjadi Islam yang sejati, berbuat baik dan mengumpul pahala, maka masuklah syurga dengan tenangnya dan nikmatilah hasil amalan anda buat selama-lamanya.
Inilah keadilan Tuhan Yang Maha Adil.
Keadilan sejati. So jangan mimpi la ye, klu hidup bergelumang dosa, xnak bertaubat dan percepat kumpulkan pahala, tu tup dah mati masuk neraka sekejap untuk 'dicuci' dosa pastu masuk syurga. NO SUCH THING.
Wallahualam. Sadakallahulazim. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 16-3-2009 10:09
taubat ya????
itu pun kalau TAHU dan YAKIN
kalaulah masih dalam KEJAHILAN
yang SALAH pun DIKATAKAN BETUL
yang SESAT pun DIKATAKAN BENAR
gimana yaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HANYA MEREKA ...
ha'aa kann....
tapi tulah hanya Allah yang Mengetahui keikhlasan taubat kita tue....
Dia yang paling tahu hati kita macam mana...
walau dlm kejahilan kita, hanya Dia yg tahu niat kita..
tanpa kita sedar mungkin ada kebaikan kita...
allahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hammam at 16-3-2009 14:13
dan bagi orang yang beriman dan beramal soleh, ini dah tentulah orang Islam kan, dan bila timbangan amalan mereka menunjukkan pahala yang terkumpul melebihi dosa, maka masuklah mereka dalam syurga dan mereka pun KEKAL dalam syurga dah takleh nak pegi visit neraka lagi.
Jadi disini kesimpulannya, sesiapa pun kalau hidup membuat dosa walaupun bersyahadah dan sekali sekala berbuat ibadat, tapi dosa lagi banyak dari pahala, maka dipersilakan masuk neraka dan takleh keluar la lagi sampai bila2 pun.
dan sama juga bagi sesiapa[un yang beriman, menjadi Islam yang sejati, berbuat baik dan mengumpul pahala, maka masuklah syurga dengan tenangnya dan nikmatilah hasil amalan anda buat selama-lamanya.
Inilah keadilan Tuhan Yang Maha Adil.
Keadilan sejati. So jangan mimpi la ye, klu hidup bergelumang dosa, xnak bertaubat dan percepat kumpulkan pahala, tu tup dah mati masuk neraka sekejap untuk 'dicuci' dosa pastu masuk syurga. NO SUCH THING.
kau confirm ke pahala kau lebih byk dari dosa?
kau ada mesin penimbang?
kau bercakap hati2 ar beb...
soal masuk syurga neraka tu, biar Allah tentukan...
kau ni siap ckp pahala lagi byk dr dosa, dosa lagi byk dari pahala..silap2 haribulan besok2 kau kat hari akhirat, bila ditimbang dosa pahala kau, tup tup dosa kau lagi byk... apa macam ?
[ Last edited by Leonarzi at 16-3-2009 15:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 Leonarzi's post
salam bro.
pahala dan dosa kita tu hanya Allah yang tahu. tapi disini mesti ditekankan bahawasanya pahala dan dosa tu memang ada timbang taranya. Aku memang xde, tapi di akhirat kelak SETIAP manusia, termasuk aku dan engkau dan semuanya sekali akan dihitung baik buruk amalan, dosa dan pahala.
itu sebab dalam Islam ditekankan sangat2 untuk menjauhi amalan2 yang ditegah dan perbuatan2 terkutuk serta memperbanyakkan amal ibadat agar diri kita kelak di akhirat bila dihitung, amalan2 kita yang baik dapat menyelamatkan kita dari terjerumus ke dalam neraka.
soal masuk syurga atau neraka memang hak Allah, Allah SAHAJA yang menentukan siapa yang masuk sana dan masuk sini. TETAPI, Allah SUDAH menerangkan BANYAK KALI dalam AL-Quran tentang kriteria2 manusia yang akan dicampak ke neraka dan yang akan dinikmatkan ke syurga.
DALIL Allah dan firman Allah itu sangat JELAS bro. Tak usah kita nak cakap berlapik itu ini sebabnya sudah tentu seperti dalam firman Allah, BARANGSIAPA termasuk aku dan engkau yang berbuat dosa dan dosa meliputinya, maka silalah masuk neraka dan KEKAL dalamnya.
Apa yang aku katakan dalam post sebelum itu adalah berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran, iaitu kitab kebenarang yang memberi penerangan atas SEGALA SEMUA PERSOALAN manusia, termasuk syurga neraka, dosa pahala.
Aku nasihatkan agar kau mendalami lagi kitab Allah dan disitu kau akan ketemu jawapan.
Yang pasti, kalau nama saja Islam tetapi cara hidup tak macam Islam, memang neraka la tempatnya dan mereka ini KEKAL didalamnya.
tujuan aku hanya menyampaikan dan memberi kebenaran, aku sendiri pun tak terlepas dari ancaman neraka, mungkin juga aku pun timbangannya tersenget lagi TETAPI KEBENARAN TETAP KEBENARAN.
Tiada apa yang boleh menyangkal kebenaran. Ancaman neraka adalah benar. Timbang tara di padang masyar juga benar. Takutlah kepada kebenaran bro dan sama-samalah kita menginsafi diri masing2 kerana SESUNGGUHNYA untuk masuk syurga TIDAK MUDAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya-Sin: Dan mereka berkata: "Bilakah [terjadinya] janji ini [ hari berbangkit] jika kamu adalah orang-orang yang benar?" (48) Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. (49)
Kenapa nak bertanya adakah masuk syurga ataupun tidak? kenape nak berdebat/bertengkar sesama sendiri? Tidak sedarkah apa yg kamu persoalkan itu adalah serupa/seiras dengan ayat2 yg diatas, maka adakah manafaat kepada yg bertanya mahupun yg rasakan dirinya dpt menjawab persoalan ini sedang ia tahu tentang apa yg mereka sedang perbuat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 hammam's post
betullah kata hammam, sesungguhnya utk masuk syurga tidak mudah... ia diperhitungkan amalan pd neraca mngikut amalan baik dan buruk seseorang... itulah janji Tuhan yg telah termaktub dlm Al Quran;
''Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan'' - maksud Q: An Naba': 17.
''Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.'' - maksud Q: An Naba': 29.
''Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan baik sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya.'' - maksud Q: Al Zalzalah: 7-8.
"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi." - maksud Q: Luqman: 16.
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?" - maksud Q: Ar Rahman: 60.
tidak ada satu amalan pun yg akan terlepas daripada perhitunganNya.. hatta amalan sebesar zarah sekalipun pasti akan dihitung kerana semuanya telah dicatitkan dalam buku amalan kita serapi-rapinya oleh malaikat yang menjaga kita 24/7
~ Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut akan azabmu.. semoga kami lebih mengingatkan akhirat dari dunia persinggahan kami ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 antiQue's post
antiQue,
ayat yg aku maksudkan adalah yg dlm posting hammam...
2:81. (Bukan demikian), yang benar: barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
2:82. Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya
pemahaman aku pun begitula
setelah ditimbang tara..masuklah kte sama ada syurga atau neraka..dan kekal di dalamnye
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 gunblade712\ catat
saya setuju....
Kalau dah janji Allah buat apa nak di persoalkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|