CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 13

Pemasaran & Jenama

[Copy link]
Post time 17-3-2009 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingin mulakan topic ini, Pemasaran (Marketing) dan Jenama (Branding). Kerana saya memang setuju bahwa pemasaran serta jenama memang penting, takira apa produk atau servis yang kita pasarkan. Harap semua boleh berikan pandangan serta idea.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 11:43 PM | Show all posts
jenama amat penting, krn ia memberikan byk impak kpd produk anda

membangunkan jenama memerlukan perancangan - cth apa mktg strategy semasa nak kenalkan jenama tu kpd market, apa nak buat masa pdt sampai maturity stage dsbnya.

pernah terlibat dlm penjenamaan - once jenama tu dah dikenali - lebih senang nak buat marketing. it speaks about ur own product.

bagi yg takde brand tu, bole mula build the brand

bagi yg dah ada brand, dan nak rejuvenate semula, bole buat rebranding

... dan sebenar2nya, jika tau bagaimana, tak mahal pun nak buat jenama sendiri... boleh bermula di name card sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:56 PM | Show all posts
jap. saya baru tulis artikel pasal nie semalam. he he he.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:57 PM | Show all posts
diambil dari
http://www.shahabudeenjalil.com/ ... an-penjenamaan.html

Jenama dan Penjenamaan.

Jenama dan penjenamaan adalah salah satu aspek terpenting dalam perniagaan dan kehidupan seharian kita. Sekecil-kecil perkara dalam hidup mempunyai penjenamaan.

Malah nama tubuh badan kita sendiri pun adalah satu jenis penjenamaan yang diletakan oleh ibubapa kita ke atas kita sewaktu kita lahir. Proses penjenamaan bermula dengan memilih nama yang baik. Ibubapa kita membuat senarai nama, mengkaji maksud setiap nama, membuat survey dikalangan keluarga dan rakan-rakan mereka serta menyebut berulang-kali nama yang bakal dipilih.

Kadang-kala proses ini memakan masa berbulan-bulan lamanya. (Saya sendiri menjadi mangsa keadaan dalam hal ini kerana nama saya didaftarkan selepas kira-kira 6 bulan selepas dilahirkan. Saya sendiri tak tahu apa yang difikirkan oleh ibubapa saya selama itu)

Penjenamaan adalah satu sentimen dan perspektif yang diletakan oleh masyarakat ke atas perniagaan kita. Tiga unsur utama yang penting dalam satu-satu penjenamaan selepas pemilihan nama (saya akan menulis mengenai pemilihan nama dalam artikel yang lain) adalah dikenali, disukai dan dipercayai.

Jika tiga unsur ini ada pada satu-satu jenama, maka jenama ini berada di landasan yang betul untuk berjaya.

Pelanggan tidak akan teragak-agak untuk membayar lebih jika apa yang mereka akan beli ini tidak mempunyai risiko yang merugikan mereka.

Tidakkah kita merasa lebih selamat, bangga dan merasa diri kita ke taraf yang lebih tinggi apabila kita  minum kopi di Starbucks berbanding di gerai di tepi jalan ?

Tidakkah kita merasa lebih selamat, bangga dan merasa diri kita ke taraf yang lebih tinggi apabila kita memandu kereta Toyota, BMW atau Mercedes berbanding memandu Kancil ?

Tidakkah kita merasa lebih selamat, bangga dan merasa diri kita ke taraf yang lebih tinggi apabila kita membeli-belah di Tesco, Carrefour atau Giant berbanding membeli-belah di kedai runcit ?

Kenali Perniagaan Kita

Ini adalah soalan pertama yang harus ditanya untuk memulakan proses penjenamaan (selepas pemilihan nama). Kita perlu mempunyai satu identiti yang unik dan istimewa untuk dikenali. Sebelum kita memperkenalkan perniagaan kepada masyarakat, kita harus mengenali perniagaan kita. Kenapa kita unik dan kenapa kita istimewa berbanding perniagaan lain ?

Contohnya adalah jenama-jenama besar seperti McDonald, Coca-cola dan lain-lain. Produk yang disampaikan adalah istimewa dan unik dan tidak terdapat dalam produk lain dalam kategori yang sama. Jika ada sekalipun, produk-produk ini jauh lebih baik.

Proses Penyampaian

Setelah kita war-warkan bahawa produk/perkhidmatan kita adalah unik dan istimewa. Kita perlu menyampaikan perkara yang unik dan istimewa ini dalam bentuk yang terbaik dan menepati kehendak pelanggan.

Jangan jadikan pengalaman membeli barangan dari kita sebagai satu pengalaman yang menyerikkan sehingga pelanggan tidak mahu lagi melalui proses ini. Biasanya harga produk/perkhidmatan, masa penyampaian dan layanan memainkan peranan penting.

Jika kita ke satu restauran yang terkenal yang mempunyai makanan yang unik dan sedap, tetapi layanannya teruk atau masa makanan ini sampai sangat lambat. Ini akan membuatkan pelanggan menjadi serik dan sekaligus men'jenamakan' restauran ini sebagai restauran yang tidak efisien.

Layanan Selepas Jualan

Selepas sesuatu jualan telah selesai, walaupun kita tidak lagi terikat dengan pelanggan namun tempoh waktu ini juga sangat penting kerana ini adalah waktu di mana pelanggan sedang menggunakan produk atau perkhidmatan yang kita sampaikan.

Jika kita menjaga bahagian ini dengan baik, pelanggan kita akan menjadi agen promosi kita yang terbaik (promosi mulut ke mulut adalah iklan yang terbaik bagi sesebuah perniagaan).

Ini dapat dilakukan dengan menghubungi pelanggan setelah beberapa waktu jualan dilakukan, menghantar kad hari jadi, melayan kerenah pelanggan jika mempunyai masalah dengan barangan jualan atau perkhidmatan kita.

Konsistensi

Dalam aspek keempat ini, produk dan perkhidmatan kita perlulah sentiasa konsisten jika tidak lebih baik. Kita perlu sentiasa memikirkan kaedah menjadikan produk dan perkhidmatan kita lebih baik.

Contoh bagi konsistensi : Jika kita menjual makanan, pastikan makanan itu adalah segaram dan sama setiap masa (jika lebih baik adalah bagus). Jika makanan ini berubah-ubah. Ini akan menjadikan pelanggan merasa seolah-olah mengambil risiko untuk kembali membeli atau menggunakan perkhidmatan kita.


Jika sekiranya kita mempunyai empat ciri-ciri ini, pelanggan tidak akan teragak-agak untuk membayar lebih kepada kita. Apa yang penting bagi pelanggan adalah perasaan mereka yang merasakan diri mereka selamat, bangga dan meningkat ke taraf yang lebih tinggi selepas membeli atau menggunakan perkhidmatan kita.

Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil
17 Mac 2009
Kuala Lumpur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:46 AM | Show all posts
wah... nak share lah jugak... ni artikel saya dari majalah usahawan.. Bil 48, 2007.. tapi tak de on line lah... .hiven, lepas ni kita bole buat publishing..

BILA PENJENAMAAN DIANGGAP TIDAK PERLU

Kad jemputan itu masih berada di atas meja. Majlis tersebut akan diadakan sempena pelancaran penjenamaan semula syarikat. Sudah hampir 12 tahun syarikat itu beroperasi. Ramai masyarakat Malaysia sudah sinonim dengan nama jenama sedia ada. Rasanya kita membesar dalam suasana jenama tersebut.

揔enapa mereka perlu buat penjenamaan semula?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 02:38 PM | Show all posts
Bagi saya, Branding untuk produk memang kena melaburkan wang yang banyak serta masa. Ramai kawan2 saya yang memiliki syarikat sendiri, mereka memiliki jenama sendiri, tetapi tidak banyak melaburkan wang untuk publicity, oleh sebab itu, banyak produk SME tidak dikenalli. Sunguhpun pihak kerajaan ada buat program Promosi Produk Usahawan Tempatan, namun kebanyakan jenama produk tempatan tu tidak dikenali, justeru tidak mendapat sambutan yang baik dari pelanggan.

Baru2 ini, saya baru complete satu Marketing Program (2 tahun) membantu satu jenama tempatan mencapai status "Asia Pacific Super Excellent Brand", anugerah disampaikan oleh Deputy Minister of International Trade and Industry.

Dalam masa 2 tahun ni, kita buat marketing and branding strategy yang baru, upgrade all marketing material serta mulakan campaign iklan dalam NTV7. Pencapaian program Marketing & Branding ini memang jelas, keyakinan keatas produk serta jenama telah naik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2009 03:57 PM | Show all posts
insyaALLAh bln depan aku daftar jenama aku sendiri.... doakan semoga berjaya dengan penjenamaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 03:46 AM | Show all posts
good job.. aku menanti. (walaupun aku dah tahu baju jenama ko tu aku tak akan pakai. Bukan sebab aku tak nak pakai atau aku tak suka pakai ... tapi sebab semua tu baju pompuan..  he he he.)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 03:36 AM | Show all posts
http://www.shahabudeenjalil.com/ ... erniagaan-anda.html

Anda Adalah Jenama Perniagaan Anda

Syarikat-syarikat besar mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan perniagaan kecil kerana mereka mempunyai lebih ramai pekerja dan sumber. Namun dalam masa yang sama, faktor ini akan membuatkan pelanggan merasa tidak mempunyai hubungan atau ikatan dengan syarikat ini. Kerana itulah mereka mewujudkan penjenamaan yang kuat supaya pelanggan sentiasa merasa mereka mempunyai hubungan dan ikatan dengan syarikat ini.

Kita boleh ambil contoh seperti McDonald yang menggunakan tagline "i'm loving it" untuk menjadikan pelanggan mereka merasa mereka adalah sebahagian daripada syarikat tersebut. Ataupun TV3 yang menggunakan tagline "Inspirasi Hidupku".

Mereka sering mengubah tagline ini tetapi berkisar dalam lingkungan yang sama iaitu untuk membuatkan pelanggan merasa syarikat mereka sebahagian dari hidup pelanggan.



Jenama adalah sesuatu perkataan atau simbol yang menghubungkan minda dengan syarikat atau produk. Apabila membangunkan sesuatu jenama, pegawai pemasaran akan menghubungkan apa yang dimahukan/diperlukan oleh pelanggan dengan produk/syarikat. Mereka akan mencipta satu persepsi dimana sesuatu produk tersebut mempunyai kualiti yang menjadikannya unik dan istimewa serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Dalam perniagaan kecil, kita mungkin tidak mempunyai simbol atau tagline yang hebat untuk kita perkenalkan kepada pelanggan. (jika ada sekalipun, kita kekurangan modal untuk mengiklankannya sepertimana yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar). Jadi kita adalah jenama perniagaan kita sendiri.
Penjenamaan diri kita mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat besar. Apa yang kita buat dan cakap akan melambangkan perniagaan kita. Apabila pelanggan menghubungi syarikat kita untuk membuat tempahan, atau membuat aduan, mereka berinteraksi secara terus dengan diri kita. Pelanggan suka berhubung dengan manusia dan bukan mesin atau robot atau manusia yang bekerja sebagai mesin.

Dengan ini kita berada di tangga yang lebih atas berbanding syarikat besar yang mempunyai jenama atau tagline yang hebat. Pelanggan akan mempunyai satu ikatan perasaan yang positif apabila berhubung dengan kita atau apabila mendengar mengenai kita dari orang lain yang mereka kenali.

Seterusnya apabila kita membuat website di internet untuk meluaskan perniagaan kita. Pastikan nilai-nilai manusia terdapat di website tersebut. Ramai orang cuba menunjukan bahawa syarikat mereka ini besar dan hebat dalam website. Kaedah ini bakal menikam kita semula kerana kita menghilangkan semua penjenamaan peribadi yang kita telah sedia ada dalam perniagaan kecil. Kita tidak lagi menjadi unik dan istimewa dari mata pelanggan.

Tidak perlu ada gambar-gambar gempak atau hebat yang menunjukan semua orang dalam gambar memakai kot atau gambar 'mat salleh' sedang berpeluk tubuh memandang masa depan. Tidak ramai yang akan percaya.


Ini antara contoh gambar yang biasa digunakan oleh perniagaan kecil. Adakah anda akan percaya syarikat ini berpusat di Malaysia ?

Secara ringkas, letakkan gambar anda jika perlu, gambar perniagaan anda dan tulis tentang siapa anda dan kenapa anda berniaga. Apa produk yang anda jual dan apa wawasan dan harapan anda melalui perniagaan ini. Tidak perlu ada ayat-ayat bombastik atau skema yang keterlaluan seperti yang ada di website syarikat-syarikat korporat. Jadikan semua ini formal, kemas dan teratur. Pastikan maklumat dalam website ini relevan untuk sesuatu masa tertentu samada 6 bulan atau setahun.

Mengenai pergerakan perniagan anda, mulakan blog yang akan menjadikan pembaca mengetahui perjalanan perniagaan anda. Jika ada soalan dari pelanggan, jawab soalan-soalan mereka. Jika pelanggan ini mendapat jawapan bagi persoalan mereka melalui blog anda. Ini akan menjadikan anda seorang pakar di mata mereka (setiap orang adalah pakar dalam bidang tersendiri). Ini menjadikan jenama diri anda lebih kuat dari hari ke hari. Anda akan mendapat pelanggan baru secara berpanjangan.

Sebagai rumusan, logo yang hebat dan tagline yang menarik bukanlah jenama bagi perniagaan kecil. Apa yang kita cakap dan apa yang kita lakukan akan membentuk jenama kita. Bukan saja apa yang kita lakukan dalam perniagaan tetapi juga apa yang kita lakukan dalam setiap detik hidup kita.

Dalam penjenamaan, KEPERCAYAAN adalah segalanya.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil
23 Mac 2009
Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 03:39 AM | Show all posts
aisehman.. aku tak baca artikel atas tu tadi.. aku dah tulis artikel lain... nampak macam bercanggah sket dgn artikel hazel kat atas.. minta maaf.

tapi mungkin boleh digunakan untuk orang bisnes kecil macam aku nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 10:44 AM | Show all posts
Semuanya betul. tiada yang bercanggahan. Semua terpulang kepada keadaan. Saiz of the company and resources will determine what strategy to apply.

All Brand start small, start with a simple logo and brand name, ada yang tak ada jenama hanya pakai guna nama boss saja. Apabila biz mula berkembang, baru mula membuat satu logo serta jenama yang sesuai. Then hantar untuk trade mark registration. Then next stage is creating CI (Corporate Identity), macam name card, company letter head, leaflet etc. Peringkat ini mungkin panjang sikit, peringkat yang seterusnya ada iklan, for exposure and awareness. dari iklan kat majalah sampai iklan kat suratkhabar, radio serta TV dan billboard.

Lepas tu, dah sampai tahap untuk apply nomination for branding award. Ini adalah untuk buktikan kepada semua pihak bahwa jenama tersebut telah mencapai tahap yang lebih tinggi. There are SUPERBRAND, ASIA PACIFIC SUPER EXCELLENT BRAND, BRAND LAULLETE, READER DIEGEST SUPERBRAND dll.

I baru complete satu project dua tahun, membantu satu syarikat tempatan mendapat "SUPER EXCELLENT BRAND AWARD".
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 11:33 AM | Show all posts
wah.. tak sangka kita ada expert kat sini..

mintak tunjuk ajar sifu...

Boleh tak explain sket pasal superbrand, asia pacific super excellent brand, brand laullete(nak sebut camne nie? mcm LAUT ke ?), reader digest superbrand.

macam mana kriteria pemilihan dan macam mana you develop brand ini untuk kompeni. Kalau boleh berkongsi ilmu bagus gak nie. Kita boleh share ramai2. kan.

Didahulukan dengan terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 03:26 PM | Show all posts


[ Last edited by  hazel23 at 23-3-2009 15:29 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 03:39 PM | Show all posts
To qualify, basically jenama kena welknown lah, simple jer! tapi yang susah, how to become welknow if you under tight budget. Dulu semasa I kerja kat syarikat, I was the Marketing Mgr, I remember that year I spent RM2.5million in advertising, in newspaper, radio and TV. The next year we were nominated for SUPERBRAND. but of cause they will ask for your companies info including 3 years a/c to verify that you qualify.

However, the latest project, we spent only RM200k, and we were nomin ated for Asia Pasific Super Excellent Brand.

To get your brand nominated for Superbrand award, of cause, record syarikat (jualan) kena cantik, means sales improving. There is a few phase that I usually do.

Phase 1 - Brand Audit (to identify the current situation of the brand, including market penetration, market share etc.)

Phase 2 - Brand Strategy Formulation (assist the company to come out with brand strategy, as this will clarify many questions like brand target market, brand vision etc. )

Phase 3 - Brand Design (or Re-design) (this is mainly about Brand Identity, just like Corporate Identity)

Phase 4 - Branding Material (at this stage, we will re-design all required branding and marketing material so that they conform to the updated Brand Strategy and Brand target, there may be a new "Tag line" or new color)

Phase 5 - Brand A & P ( when ready, I mean when all of the above are achieved, usually take me 1yr, then we start some simple ad campaign, usually in Magazine, coz cheaper. 2nd stage then go in Newspaper, 3rd stage TVC. Last year NTV7 giving a very attractive rate for Branding Ad, then finally but your brand on Billboard)

Phase 6 - Brand Award (usually, your company will receive Brand award nomination for all the effort you have done)

This is what I usually call : STRATEGIC MARKETING PLANNING - "NO BRAND PLANS TO FAIL, BUT MOST BRANDS FAIL TO PLAN"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052222 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list