CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2177|Reply: 9

Qada` solat

[Copy link]
Post time 19-3-2009 12:46 AM | Show all posts |Read mode
Salam

Nak tumpang tanya. Saya masa dulu-dulu banyak tertinggal sembahyang sebab masa muda2 bodoh and terlalu kejarkan duniawi. Tapi baru2 nih, alhamdulilah rasanya hati sudah terbuka nak kembali ke jalan Allah, sembahyang, baca Al-Quran (merangkak tapi masih mencuba) and sebagainya. Saya pun rajin2 kan diri qada kan solat2 yg terlepas dulu. Tapi ada teman ckp, mengapa qada` sembahyang sbb tak pakai tu. Saya cari kat forum2 di internet dan ada gak tanya2 org kat sini (US) tapi banyak jawapan bercanggah - ada kata wajib qada dan ada kata tak payah qada sbb tak pakai, better to sembahyang sunat, etc. Kalau ada yang leh tolong leraikan?

Yang kedua: Saya berkerja so waktu Zohor mmg terlepas sembahyang .... disini takde disediakan tempat utk orang sembahyang diwaktu pejabat (saya kat US). Nak drive gi masjid --- hrmm rasanya drive sama seperti dari KL balik ke Terengganu jauhnya. So situasi seperti ini, boleh kah saya qada bila saya sampai pulang ke rumah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2009 01:06 AM | Show all posts
err...tak pakai ape tu?

dah tertinggal@saje2 tinggal kena la qada bro..

tapi kalau kita pon tak pasti berapa banyak yang dah tertinggal buat la sekadar yang termampu..

sambil tu selit2 sket solat2 sunat...

waktu zohor kat sana kul bape?

kalau waktu tu termasok dalam waktu rehat bleh la solat.

solat la kat stor ke@dalam bilik ko ke..

sibuk takleh jadi alasan nak tinggalkan solat.kecuali tertido ataupon lupe..selain yang 2 ni no excuse haaa...

bagus usaha ko ni..tak ramai yang ade kesedaran cam ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 03:05 AM | Show all posts
Tu lah ... saya pun berpikir yang solat yg tertinggal wajib di qada-kan ... tetapi begitu ramai yg berkata bahawa qada untuk solat yg tertinggal takleh pakai sbb hanya solat waktu saja yg dikira. Tu yang jadi konfius sedikit. Disini zohor lepas pukul satu --- saya lunchtime jam 11.30 hingga 12.30. Ingat ingat nak solat dlm bilik office tetapi pintu dan dinding pejabat saya dibuat dari glass. Akan terlihat org diluar andainya sembahyang. Disini dipraktikkan "separation church and state" termasuk dioffice - sungguh tidak digalakkan sesiapa pun sembahyang in public (only private practices allowed) and diminta pekerja tidak tinggalkan barang2 peribadi berbentuk keagamaan dioffice (contohnya salib utk kristian, buddha utk buddist, etc). Jangan haraplah ada bilik bersih/suci utk solat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 03:18 AM | Show all posts
ow...saye pn student oversea.
macam ni, saye mmg straight 3 jam kadang2 4 jam bergelumang dlm lab. x boleh kuar lak tu. saye tanye senior n diorg kate ade rukhsah solat untuk keadaan macam ni. bukan qada' tapi jamak. jamak sahaje bukan jamak qasar.
so, u boleh jamak takhir zohor ke atas asar. jamak saje tau. xleh qasar. means 8 rakaat r
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 03:40 AM | Show all posts

Balas #4 fluffyneo\ catat

Maaf kalau saya nih tersangatlah bodoh ... tapi cemaner nak buat tu? And bila harus dibuat/dimana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 10:47 AM | Show all posts
solat jamak nih gabung 2 solat dalam 1 masa. ia dibenarkan dalam keadaan2 tertentu yg terdesak. kalau dalam case u iaitu jamak takhir, u solat asar dulu dgn niat " solat asar jamak takhir dgn zohor 4 rakaat kerna ALLAH taala". solat asar dgn 4 rakat pas salam tahiyat akhir, u trus bgn n niat tuk solat zohor pulak "solat zohor jamak takhir ke atas asar 4 rakaat kerna ALLAH taala" then u solat macam biasa 4 rakaat. (niat mase takbirratul ihram)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2009 11:35 AM | Show all posts
Kalau dah terlampau banyak sangat yang ditinggalkan dengan sengaja dan tak termampu lagi di qadha kena usahakan cara lain lah pulak.

pertamanya kena taubat dulu dengan sebenar-benar taubat.  Perbanyakan solat sunat dan perbanyakan amal membantu anak yatim dan fakir miskin.  Mohon keampunan insyaAllah taubat anda diterima...

wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 03:37 PM | Show all posts
ni nanti nak kena merge pulak....

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=170649
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2009 09:07 PM | Show all posts

Balas #8 ibnur\ catat

Terimakasih .... link tu (posting2 lama) is very helpful sebab saya tak pandai lagi navigate forum nih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:41 PM | Show all posts

Reply #9 wira1510's post

mmg solat yg pernah kita tinggal kena Qada'

itu yg saya amalkan sekarang..saya pun banyak tinggal dulu..skrg Tuhan dah beri petunjuk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045610 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list